SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
PENGALAT PAPAR, SABAH
KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 2
TAJUK:
PEMANASAN GLOBAL
Nama : Ivan Moses Swinson
Tingkatan : 2 UUM
Guru Kelas : Puan Nelly Francis
[1]
JADUAL KERJA
Tarikh Hari Perkara Catatan
05/10/2021 Selasa Kerja Kajian Lapangan Geografi Tingkatan 2 Guru mata
06/10/2021 Rabu UUM pelajaran
Perbincangan tentang:
Melalui aplikasi
a) Tajuk kajian Whatsapp
b) Jadual kerja
c) Penghargaan selama 1 jam
d) Pendahuluan
e) Obkektif kajian
f) Kawasan kajian
g) Penentuan kaedah kajian
h) Borang soal selidik
i) Hasil kerja lapangan
j) Rumusan
k) Rujukan
7/10/2021 Khamis Penyediaan borang selidik PDPR - Dirumah
8/10/2021 Jumaat Menulis pendahuluan, penghargaan, obkektif PDPR - Dirumah
Isnin- kajian dan kaedah kajian (1jam30minit)
11-12 Selasa Melakukan soal selidik , mencari dan PDPR – Dirumah
/10/2021 Rabu mengumpul maklumat
13/10/2021 Melakukan: PDPR – Dirumah
Khamis (1jam 30minit)
14/10/2021 Jumaat a) Huraian konsep,
15/10/2021 b) Menganalisis maklumat / data dalam PDPR – Dirumah
18/10/2021 Isnin PDPR – Dirumah
20/10/2021 Rabu bentuk peta bulatan,
21/10/2021 Khamis c) Melukis peta bulatan (1jam)
Mentaksir peta bulatan yang dilukis PDPR – Dirumah
Menghuraikan faktor yang mempengaruhi
pemanasan global (1jam)
Menghuraikan kesan pemanasan global PDPR – Dirumah
Langkah-langkah bagi mengatasi pemanasan (1jam)
global dan rumusan tentang tajuk kajian PDPR - Dirumah
Mengemaskini laporan kajian lapangan untuk
dihantar
[2]
Senarai Kandungan
Bil. Tajuk Muka Surat
1 Penghargaan 4
4
2 Pendahuluan 4
5
3 Objektif Kajian
5
4 Kawasan kajian
4.1 – Lokasi kawasan kajian 6
4.2 – Lingkungan kawasan kajian 7
4.3 – Bentuk muka bumi 7
10-12
5 Kaedah kajian 13-14
5.1 – Pemerhatian 15-18
5.2 – Temu bual 19
5.3 – Rujukan 20
6 Peta Bulatan
7 Hasil kajian
6.1 – Maksud pemanasan global
6.2 – Punca berlaku pemanasan global
6.3 – Kesan pemanasan global terhadap kehidupan manusia
dan eko-sistem
6.4 – Langkah-langkah mengatasi pemanasan global
8 Rumusan
9 Rujukan
8.1 – Buku
8.2 – Orang sumber
8.3 - Internet
[3]
PENGHARGAAN
Saya sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberikan iaitu Kajian
Lapangan Geografi Tingkatan 2. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua SMK Pengalat,
Puan Zarida Binti Mohd Junaidi kerana telah memberi kebenaran untuk menjalankan kajian
lapang ini. Saya juga merakam penghargaan ucapan ribuan terima kasih kepada guru mata
pelajaran Geografi saya, Puan Nelly kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya dalam
menyediakan laporan kajian lapangan ini. Tunjuk ajar sepanjang penyediaan laporan ini
merupakan hasil komitmen yang jitu daripada beliau.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Encik Swinson
Pauli dan Puan Cristy Bosney Johann yang tidak putus-putus dan jemu untuk sentiasa
membantu dari segi tenaga, idea, masa serta kewangan dan juga kebenaran kepada saya
untuk menyiapkan laporan kajian ini.
Tidak lupa juga saya mengucapkan terima kasih kepada rakan saya iaitu, Cristiano
kerana telah menyumbang tenaga dan masa dalam melaksanakan proses kajian ini. Dan akhir
sekali, ucapan terima kasih diajukan kepada responden dan orang awam / kampung yang sudi
menjawab soalan-soalan dalam boring temu bual.
PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kajian tentang pemanasan global ini di tempat kediaman saya iaitu di
Kampung Sabandil, Papar.
Saya memilih tajuk ini sebagai laporan kajian saya kerana isu pemanasan global sejak
kebelakangan ini sangat-sangat penting terhadap kesan kehidupan manusia serta eko-sistem
bukan sahaja di tempat kediaman saya malah diseluruh dunia.
Walaupan dengan keadaan Covid-19 ketika ini, saya tetap menjalankan kajian ini
dalam beberapa minggu lalu untuk mengumpul data serta respon daripada masyarakat
sekeliling terhadap isu pemanasan global ini dengan pematuhan SOP. Penulisan laporan
kajian saya ini dilakukan dirumah.
OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kajian lapangan ini di sekitar kampung saya bertujuan untuk:
a) Mentakrif dan menghuraikan isu pemanasan global
b) Menyatakan kesan pemanasan global
c) Menghuraikan kesan pemanasan global di kawasan kajian
d) Meghuraikan cadangan bagi mengurangkan isu pemanasan global
[4]
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya lakukan di Kampung Sabandil, Papar. Jarak kampung ini dari Pekan Papar
adalah lebih kurang 7 hingga 10 kilometer dan memakan masa 15 minit perjalanan. Kawasan
kajian ini juga adalah berbukit, tanah rata bekas penanaman sawah padi yang tidak lagi aktif
serta anak sungai. Jumlah penduduk di Kampung Sabandil dalam anggaran 800 orang.
Kawasan ini adalah dibawah pentadbiran Majlis Daerah Papar
KAEDAH KAJIAN
Saya menjalankan kajian ini dengan menggunakan kaedah berikut:
a) Pemerhatian – saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui aktiviti masyarakat /
penduduk di kampung yang boleh mengakibatkan / memberi kesan kepada
pemanasan global.
b) Temu bual – kaedah ini juga saya gunakan bagi mendapatkan data serta respon
penduduk kampung terhadap aktiviti yang boleh memberi kesan terhadap pemanasan
global. Selain itu juga saya boleh mendapatkan cadangan mereka bagaimana untuk
mengurangkan pemanasan global
c) Rujukan – saya akan dapatkan rujukan buku di perpustakaan dan Internet.
[5]
PETA BULATAN
Berikut merupakan peta bulatan yang secara ringkas menunjukan kesan peningkatan suhu
kepada bumi.
Mengakibatkan
banjir, rebut,
ombak besar dan
taufan
Taburan Kesan Terdapat
hujan yang peningkatan kawasan yang
suhu akan
tidak menyebabkan mengalami
menentu kumarau yang
gangguan
cuaca teruk
Udara menjadi Kemusnahan
kering dan fauna dan
flora
jerebu mudah
terbentuk
[6]
HASIL KAJIAN
KONSEP PEMANASAN GLOBAL
Pemanasan global merupakan peningkatan suhu atmosfera permukaan bumi secara global
dan disebabkan oleh aktiviti manusia atau secara semula jadi.
Kajian tempatan dan antarabangsa mengesahkan air laut semakin meningkat akibat
pemanasan global, sekaligus mencetuskan gesaan masyarakat antarabangsa supaya isu
berkenaan diberi perhatian seriusa oleh semua Negara.
Menurut Laporan Penilaian Iklim Keempat oleh Panel Antara Kerajaan mengenai perubahan
iklim (IPCC) yang dikeluarkan pada 2007, terdapat bukti kukuh bahawa paras air laut dunia
meningkat beransur-ansur dalam abad ke-20, dan dijangka semakin serius pada abad ini
akibat daripada:
a) Pengembangan air laut
b) Kecairan bungkah ais
Kajian oleh Ketua Program Geoinformasi, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, Institut
Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Khali Aziz Hamzah bersama Hamdan Omar,
bertajuk ‘VULNERABILITY ASSESTMENT OF COASTAL ZONES USING GEOSPATIAL
TECHNOLOGIES’ yang diperolehi dari Internet, turut memetic laporan IPCC 2001 yang
menjangkakan peningkatan tambahan 48 sentimeter air laut, menjelang 2100, iaitu dua kali
ganda kadar peningkatan untuk abad ke-20.
Menurut kajian itu, peningkatan paras laut mengakibatkan masalah banjir dan hakisan,
dimana kenaikan satu sentimeter boleh menghakis pantai kira-kira 1 meter secara mendatar.
[7]
Pemanasan global terjadi apabila gas-gas seperti karbon monoksida, karbon dioksida, kloro
flourokarbon (CFC), metana dan nitrus oksida menyerap sinaran daripada matahari dan
mengeluarkan semula sinaran tersebut, suhu purata atmosfera bumi akan meningkat. Gas-
gas ini akan menyerap tenaga haba yang dikeluarkan daripada system atmosfera bumi. Ini
secara kolektif akan meningkatkan lagi suhu purata atmosfera bumi.
PUNYUMBANG KARBON MONOKSIDA
[8]
PENYUMBANG KARBON DIOKSIDA
PENYUMBANG KLORO FLOUROKARBON (CFC)
METANA
[9]
NITRUS OKSIDA
[10]
PUNCA PEMANASAN GLOBAL
Berikut adalah antara punca berlaku pemanasan global.
PEMBAKARAN TERBUKA
Pembakaran terbuka ialah aktiviti manusia yang dilakukan ditempat yang terbuka tanpa
melalui cerobong. Antara sebab manusia melakukan aktiviti tersebut ialah:
a) Pembukaan tanah – bertujuan untuk penanaman semula / pembukaan tanah untuk
pertanian seperti sawah, sawit dan lain-lain.
b) Pembakaran sampah
c) Pembakaran hutan
PENGANGKUTAN
Gas-gas utama yang dilepaskan kenderaan ialah nitrogen oksida,karbon dioksida,karbon
monoksida dan sulfur dioksida. Nitrogen oksida bertindak secara fotokimia dan menyebabkan
pencemaran sekunder / ozon dan dapat menyerang tisu sistem pernafasan manusia,haiwan
dan tumbuhan. Pertambahan kenderaan dikawasan yang padat seperti bandar-bandar besar
juga boleh menghasilkan pencemaran udara. Ia juga akan merosakan kawasan hutan.
[11]
PENCEMARAN INDUSTRI
Pembebasan debu, asap dan habuk daripada kilang-kilang ke udara akan mencemarkan
udara. Pembebasan CFC menipiskan lapisan ozon dan meningkatkan kadar sinaran ultraungu
matahari ke bumi yang menyebabkan penyakit seperti barah kulit dan katarak mata. Selain
itu juga, hujan asid akan terbentuk dan ini juga boleh membahayakan kesihatan. Pembinaan
kilang industry juga mengubah landskap kawasan dan banyak pokok ditebang.
PEMBINAAN BANGUNAN PENCAKAR LANGIT
Pembinaan bangunan tinggi terutama di bandar-bandar besar memberi impak negative
terhada[ muka bumi. Ini kerana pantulan daripada matahari yang menembusi cermin
bangunan boleh menyebabkan haba terperangkap di kawasan atmosfera.
PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK
Walaupun sumber tenaga elektrik sangat penting, peningkatan penggunaan tenaga elektrik
mengakibatkan peningkatan aliran tenaga yang mengakibatkan berlakunya pelepasan gas
rumah hijau dan memberi kesan negatif kepada kehidupan manusia.
[12]
KESAN PEMANASAN GLOBAL TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA
DAN EKO-SISTEM
PENINGKATAN SUHU
Peningkatan suhu purata global meningkat mengakibatkan suhu global semakin panas. Kesan
daripada peningkatan suhu ini, kecairan Glacier, litupan ais di Kutub, air di Greenland dan
Antartika Barat mula cair dan begitu juga ais di Pergunungan Himalaya. Kesan daripada ini
telah menengelamkan kepulauan South Pasific Ocean kedalam air lautan.
PENINGKATAN PARAS AIR LAUT
Ketika paras air laut meningkat pada kadar yang cepat, penambahan yang sedikit akan
mendatangkan kesan yang buruk kepada habitant di pesisir pantai. Jika air laut memasuki
kawasan lebih dalam di pedalaman, ini akan menyebabkan:
a) Hakisan tanah akan berlaku.
b) Pembanjiran kawasan seperti kawasan paya bakau dan tumbuhan di tepi sungai
c) Pencemaran ke kawasan tadahan air tawar dan kawasan penanaman
d) Kehilangan habitant burung, ikan dan juga tumbuh-tumbuhan
e) Apabila ribut besar melanda dan air laut pada paras yang lebih tinggi, maka ia akan
menyebabkan ribut yang lebih besar dan berkemampuan memusnahkan apa saja yang
berada dilaluanya
f) Penduduk yang berada berdekatan dengan kawasan pantai terdedah kepada banjir
kilat.
[13]
PERUBAHAN IKLIM
a) Menyebabkan bencana seperti El Nino dan kumarau yang berpanjangan dan teruk.
b) Menjejaskan kesihatan terutama penyakit kulit
c) Menjejaskan tanaman dimana tanah untuk pertanian semakin kering dan sukar
mendapatkan air.
d) Hujan lebat yang luar biasa
e) Hujan ribut / taufan
f) Rantaian makanan terputus / bekalan makanan semakin berkurangan
PENYAKIT
Selain itu, terdapat juga beberapa kesan negatif lain akibat pemanasan global. Contohnya,
peningkatan suhu dunia yang semakin bertambah akanmengundang kepada peningkatan risiko penyakit
berjangkit terutamanya dikawasan Afrika.
Hal inidisebabkan oleh pemanasan global yang menyebabkan kemarau sering berlaku dan akan
memudahkan penyakit merebak. Selain itu, ketiadaan air yang cukup akan menyebabkantan
aman tidak subur dan akibatnya mereka akan tiada sumber makanan untuk dimakan sekali gus
menyebabkan kebuluranberlaku.
[14]
LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGATASI PEMANASAN GLOBAL
Terdapat beberapa Langkah bagi meminimakan / mengurangkan kesan negatif pemanasan
global terhadap bumi serta hidupan dimuka bumi. Antaranya ialah:
TEKNOLOGI HIJAU
Teknologi hijau boleh didefinisikan dengan merujuk pembangunan dan aplikasi produk,
peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan
meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif kepada manusia, tumbuhan mahupun
haiwan. Sebagai contoh, menstrukturkan semula dan menambah fungsi beberapa
kementerian serta mewujudkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang sebelum
ini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia
Melalui pendekatan ini, impak negatif aktiviti manusia terhadap alam sekitar sudah
pasti dapat dikurangkan. Hal ini kerana lebih banyak kementerian baru yang berkaitan dan
lebih proaktif ditubuhkan bagi mengawalselia serta memantau keadaan semasa atau kualiti
alam sekitar.
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Selain daripada itu,penguatkuasaan undang-undang yang lebih proaktif dan efektif oleh pihak
Kerajaan perlulah dilaksanakan.
Sebagai contoh, mewajibkan pengguna kenderaan bermotor yang mempunyai
penapis gas pada ekzos kenderaan masing-masing. Hal ini sudah tentu akan menjamin
kebersihan gas yang dilepaskan daripada ekzos-ekzos kenderaan terutamanya di kawasan
bandar.
Pengeluaran atau kelulusan lessen bagi tujuan pembalakan perlu diminimumkan. Hal
ini adalah bagi mengelakkan aktiviti pembalakan dilakukan secara berleluasa dan bukannya
untuk kepentingan diri sendiri. Penetapan had kuantiti kayu balak yang boleh ditebang dalam
masa setahun dapat meminimumkan penebangan kayu balak.
[15]
MASYARAKAT SALING MEMBERI MAKLUMAT
Bagi mengurangkan kesan negatif pemanasan global, peranan masyarakat dalam sesebuah
negara juga penting. Masyarakat haruslah saling memperingati dan memberi maklumat
tentang keseriusan isu pemanasan global kepada orang lain.
Masyarakat turut perlu memberi respon yang positif terhadap seruan kerajaan bagi
sama-sama menggembleng tenaga bagi menangani masalah ini. Ajakan untuk sama-sama
memberi komitmen terhadap alam sekitar oleh masyarakat setempat adalah amat penting
supaya semua lapisan masyarakat akan sedar dan tahu akan tanggungjawab masing-masing
dalam memelihara alam sekitar.
MEMBERI PENDIDIKAN TERHADAP ALAM SEKITAR
Pendidikan mengenai penjagaan alam sekitar turut perlu diberi dan didedahkan sejak di
bangku sekolah lagi. Hal ini demikian kerana generasi muda harus mengetahui kepentingan
menjaga alam sekitar dan melalui pendedahan isu pemanasan global sejak mereka
bersekolah lagi sekurang-kurangnya dapat memberi mereka idea tentang apa yang perlu
mereka lakukan sebagai tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar.
[16]
MEWUJUDKAN KELAB PENCINTA ALAM
Dengan mewujudkan kelab pencinta alam sekitar sebagai salah satu kelab dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah, para pelajar akan berpeluang untuk mengaplikasikan ilmu tentang
penjagaan alam sekitar disekolah. Mereka tidak hanya duduk dan mendengar tentang
tanggungjawab ini dari mulut guru mereka sewaktu kelas pada waktu pagi sebaliknya
mengaplikasikan apa yang telah dipelajari pada waktu petang, iaitu semasa aktiviti
kokurikulum dijalankan. Penubuhan kelab ini turut akan dapat menanam sedikit-sebanyak
perasaan cinta terhadap alam sekitar pada usia muda.
PERANAN GURU KAUNSELING
Guru kaunseling disekolah seharusnya tidak hanya memandang berat pada masalah-masalah
disiplin pelajar di sekolah sahaja. Pendedahan tentang isu-isu semasa pada pelajar turut perlu
dipandang serius.
Contohnya, isu pemanasan global yang semakin serius pada masa kini. Pendedahan
tentang cara-cara yang boleh dijadikan sebagai sumbangan bagi meminimumkan impak
pemanasan globaladalah penting dan perlu diketahui oleh semua warga sekolah. Hal ini boleh
dilakukan dengan menampal poster, mengadakan ceramah kepentingan alam sekitar,
menganjurkan pertandingan yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar sehingga ke
peringkat antarabangsa. Hal ini akan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang
pentingnya menjaga alam semulajadi disekeliling kita.
[17]
DIRI SENDIRI
Kesedaran didalam diri tentang isu ini adalah asas kepada usaha yang akan dilakukan oleh samada pihak
sekolah, masyarakat mahupun negara. Sumbangan diri sendiri terhadap penjagaan alam sekitar adalah lenih
banyak jika dibandingkan dengan usaha-usaha pihak sekolah, masyarakat dan negara. Antara Langkah atau
tipsyangboleh diambiltermasuklah:
a) Memastikan tayar kenderaan telah dipam secukupnya kerana tayar yang tidak dipam secukupnya
akan melepaskan gas karbondioksida ke atmosfera
b) Elakmenggunakanairpanasbagimencucipakaiansebaliknyamenggunakanalatpencuciyangsesuai
yangboleh digunakan walaudalam air sejukatau suam.
c) Tanggalkan plak elektrik pada soketnya apabila tidak digunakan. Hal ini demikian
kerana plak wayar elektrik yang masih bersambung pada soket akan menyebabkan
arus masih mengalir walaupun suis telahpun dimatikan.
d) Penggunaan lampu pendaflour juga lebih menjimatkan tenaga berbanding lampu bilik
atau lampu mentol.
e) Beli barangan yang boleh dikitar semula. Selain dapat meminimumkan penggunaan bahan mentah
untuk penghasilan barangan baru, barangan yang boleh dikitar semula akan memberi keuntungan
apabila barangantersebutdijualuntukdikitar semula.
f) Menanam pokok di kawasan atau sekitar rumah turut dapat mengatasi masalah ini.
Selain mewujudkan suasana yang nyaman dan sejuk, penanman pokok turutakan mengurangkan
ketumpatan gaskarbondioksida yangterkumpuldisekelilingrumah
[18]
RUMUSAN
Daripada hasil kajian, dapat disimpulkan bahawa pemanasan global bukan lagi perkara baru
dan isu yang ringan kerana isu ini banyak mendatangkan mudarat kepada semua hidupan di
muka bumi dan manusia adalah tidak terkecuali. Kita perlu sedar bahawa pemanasan global
bukan berlaku secara semulajadi. Sebaliknya, kita perlu ingat bahawa isu ini berpunca
daripada perbuatan kita sendiri yang lebih mementingkan keuntungan, keseronokan dan
keselesaan duniawi yang berlebihan dan sebagainya. Benar, kita tidak mampu untuk
menghalang pemanasan global daripada berlaku, tetapi kita masih mempunyai kebijaksanaan
bagi mengawal isu ini daripada menjadi semakin parah dalam jangka masa yang singkat
sahaja.
Oleh yang demikian, Langkah yang proaktif adalah wajar kita ikuti dan semua pihak
perlu bekerjasama serta sama-sama berganding bahu dalam mengatasi masalah ini.
Walaupun semua langkah tersebut tampak remeh, namun seandainya semua individu di
dunia ini melakukan hal yang sedimikian, tidak mustahil pemanasan global tidak akan
memberi impak yang lebih teruk pada masa akan datang. Kita tidak seharusnya membiarkan
diri kita terus dibuai mimpi oleh keseronokan dan keselesaan hidup didunia sedangkan kita
tidak mengetahui akan realitinya impak pemanasan global terhadap masa depan generasi
akan dating atau anak-anak kita.
Masa depan anak-anak kita terletak pada usaha dan apa yang kita lakukan pada masa
sekarang. Janganlah kita sanggup membiarkan generasi akan dating menderita dan hidup
dalam ketakutan disebabkan oleh kelalaian dan sikap endah tak endah kita pada masa kini.
[19]
RUJUKAN
BUKU
Buku Teks Geografi Tingkatan 2
ORANG SUMBER
Batsie Johann, Kg Sabandil 89600 Papar, Sabah
Jackris Johann, Kg Sabandil 89600 Papar, Sabah
INTERNET
Pemanasan global
a) http://bukutekskssm.my/Geografi/Nota32.html
b) http://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/pemanasan-global.html
c) https://wordwall.net/ms-my/community/geografi-tingkatan-2-bab-9-pemanasan-
global
[20]