The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aidahafizal, 2022-08-11 23:21:23

Buku Program Majlis Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA & Minggu Informasi Pendidikan dan Kerjaya Tahun 2022

BUKU PROGRAM SEKOLAHKU SEJAHTERA

SEKOLAHKU
SEJAHTERA &

2022MINGGU INFORMASI PENDIDIKAN DAN KERJAYA

SMK PUTRA PERDANA
PUCHONG SELANGOR

15 OGOS 2022 (ISNIN)

1.30 – 2.30 PETANG

DATARAN ILMU

DIRASMIKAN OLEH :
PUAN WAN ZURIAH BINTI WAN MAT YIM
PENGETUA SMK PUTRA PERDANA

PENGENALAN

Selari dengan konsep Sekolahku SEJAHTERA yang dilancarkan dan diperkenalkan oleh
Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi bin Jidin pada 21 Februari 2022 di Putrajaya, pihak
sekolah mengambil inisiatif mengukuhkan konsep tersebut untuk dilaksanakan. Konsep ini
memberi penekanan terhadap nilai murni secara semula jadi dalam pengajaran dan
pembelajaran serta dalam kokurikulum. Ianya wajar diaplikasikan dalam kalangan murid
dan seluruh warga sekolah ke arah pembentukan budaya amalan baik secara berterusan.

Konsep baharu ini bertujuan untuk mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman,
selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan
masyarakat. Hal ini juga membolehkan murid meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan
penemuan baharu yang sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif dalam penyelesaian
masalah. 14 elemen SEJAHTERA yang terkandung dalam konsep ini ialah Selamat, Sihat,
Seronok, Etika, Empati, Jati Diri, Adab Sopan, Harmoni, Tekun, Teliti, Terampil, Eksplorasi,
Rasional dan Artikulasi.

Selain itu pihak sekolah mengadakan pelancaran Minggu Informasi Pendidikan dan
Kerjaya untuk memberi pendedahan berkaitan dengan pendidikan dan kerjaya serta hala
tuju pendidikan. Seterusnya memberikan motivasi kepada murid-murid khususnya murid-
murid tingkatan lima yang bakal menghadapi peperiksaan SPM dan seterusnya akan
memilih bidang yang diminati untuk menyambung pengajian kelak. Pendedahan dan
perancangan awal murid-murid menerokai bidang kerjaya dapat melahirkan ramai murid
yang bekerjaya pada masa hadapan.

OBJEKTIF

i.) Memastikan murid dan warga sekolah mengetahui dan memahami konsep
Sekolahku SEJAHTERA.

ii.) Mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan,
membina dan inklusif ke arah mencapai kecemerlangan potensi diri.

iii.) Membolehkan murid meneroka pelbagai cabang ilmu, kreatif dan inovatif.

iv.) Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan menentukan kerjaya di masa akan
datang

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Pengerusi :Pn.Wan Zuriah bt Wan Mat Yim (Pengetua)
Naib Pengerusi :Pn.Wan Khirani bt Wan Muhammad (PK Pentadbiran)
:Pn. Riza binti Jupry (PK Hal Ehwal Murid)
Ahli Jawatankuasa :En. Khairuddin bin Othman (PK Kokurikulum)
Tugas :Pn. Norlina bt Ismail (PK Petang)
:Tn. Hj Zaidi bin Masri (PK PPKI)

:: Bidang Tugas

Ahli Jawatankuasa

Persiapan Tempat Pn. Nor Hazlina binti Mat Daud -Menyediakan tempat duduk guru
Pn. Hasniza binti Kenoh -Menyediakan rostrum.
Pengawas sekolah
-Menyediakan buku program dan
Buku Program dan Pn. Che Eaida binti Che Omar e-banner sebelum majlis.
e-banner

Gimik Perasmian Pn. Siti Juliana binti Mohamed -Merancang Gimik yang sesuai.
PRS Sekolah. -Menyediakan dan menguruskan
gimik perasmian.

Peralatan Siaraya En. Mohammad Amirul Ashraff bin -Memastikan pa sistem berfungsi

Kawalan disiplin Rohana sepanjang program berlangsung.
murid
Pn. Siti Hanis binti Abdul Rahman -Memastikan murid berada dalam
Pn. Hanisah binti Abidin barisan yang teratur.
Guru Bertugas -Memastikan murid dalam
Pengawas sekolah keadaan yang baik dan berdisiplin.

Fotografi Pn. Norazlina binti Mokhtar -Merakam gambar sepanjang
program dijalankan.

Pengacara Majlis Pn. Che Eaida binti Che Omar -Mengacarakan majlis dan
memastikan majlis
Teks Ucapan Pn. Siti Juliana binti Mohamed berjalan dengan lancar.
pengetua
-Menyediakan teks ucapan
pengetua

ATUR CARA MAJLIS

1.30 petang :Murid-murid Peralihan dan Tingkatan 1
berkumpul di Dataran Ilmu
:Guru-guru mengambil tempat

2.00 petang :Ucapan alu-aluan pengawas yang bertugas
:Bacaan doa
:Nyanyian Lagu NegaraKu
:Nyanyian Lagu Negeri Selangor
:Nyanyian Lagu Sekolah
:Bacaan Ikrar
:Ucapan Guru Bertugas
:Ucapan Perasmian Pengetua
:Gimik perasmian

2.30 petang :Bersurai

AKTIVITI MINGGU INFORMASI PENDIDIKAN DAN KERJAYA

BIL TARIKH/ MASA AKTIVITI TEMPAT PERSONALIA/

TEMPAT Pelancaran Minggu Informasi Dataran SASARAN
1 15.08.2022 8.00 – 9.00 pg/ Pendidikan dan Kerjaya Wawasan/ Cg, Noraini &
Cg. Siti Juliana
(ISNIN) 1.30 – 2.30 ptg

Dataran Ilmu Semua pelajar
2 16.08.2022 8.30 – 12.00 tgh Pam: eran Kerjaya Laluan Pendidikan Dataran Ilmu
Cg. Yunus

(SELASA) dan Kerjaya Semua Murid

3 17.8.2022 2.30 – 4.00 ptg SMART STUDY Bilik Cg.Noraini

(RABU) Mesyuarat 50 murid Tingkatan

4 18.8.2022 9.00 – 10.30 pg Ceramah Laluan Pendidikan ke Dewan Sri 5 terpilih
Cg. Shaiful

(KHAMIS) Matrikulasi Putra Tingkatan 5 Stem

1, 2, 3

SG1, SG2 dan

2.30 – 3.30 ptg Bicara Inspirasi Bersama Ibu bapa Dewan Sri Kem 1
Cg. Che Eaida

Putra Murid Tingkatan

1&2

5 15 – 19.8 5 Minit Terokai 1 Hari 1 Cita ( Kerjaya Stem) Dataran Ilmu Cg. Siti Juliana

2022 Kerjaya Kuiz Kerjaya Murid Sesi Petang

6 23.8.2022 8.30 – 10.30 Ceramah Kemasukan ke Tingkatan Dewan Sri Cg. M. Yunus

(SELASA) pagi 6 Putra Murid

8 24.8. 2022 2.30 – 4.00 ptg SMART STUDY Tingkatan 5
Bilik Cg.Noraini

2.30-4.30 ptg Mesyuarat 50 murid Tingkatan

7 25. 8 2022 8.30 – 10.30 Rancang masa depan anda Dewan Sri 5 terpilih
Cg.Karimah

(KHAMIS) pagi bersama Kolej Vokasional Putra Murid

Tingkatan 3

MAKSUD 14 ELEMEN SEKOLAHKU SEJAHTERA

BIL ELEMEN MAKSUD

1 Selamat Persekitaran sekolah yang aman dan tenteram serta terpelihara

daripada ancaman dan bahaya

2 Seronok Suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang

menggembirakan

3 Sihat Penjagaan kesihatan fizikal dan mental khususnya dalam aspek

pemakanan: serta kebersihan diri dan persekitaran

4 Etika Pegangan yang teguh kepada nilai-nilai akhlak dan prinsip moral

khususnya dalam aspek integriti

5 Empati Keupayaan untuk menyelami dan memahami perasaan dan

emosi orang lain dengan meletakkan diri pada tempat mereka

6 Jati Diri Prinsip serta pegangan yang membentuk identiti dan karakter

diri dalam mencorak keperibadian unggul

7 Adab Sopan Amalan tingkah laku yang memberi penekanan kepada akhlak,

budi bahasa, pertuturan dan kelakuan baik

8 Harmoni Suasana persekitaran yang aman dan penuh toleransi serta

berteraskan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang terdiri

daripada pelbagai lapisan

9 Tekun Rajin dan bersungguh-sungguh dengan penuh tumpuan serta

daya usaha dalam mendalami ilmu dan melaksanakan

tanggungjawab

10 Teliti Cermat dan hemat (pemikiran) dengan penuh analitis dalam

menjalankan tanggungjawab

11 Terampil Kecekapan dan kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan

tanggungjawab

12 Eksplorasi Rasa kecintaan untuk meneroka ilmu yang bermanfaat dan terus

berusaha meningkatkan kefahaman serta menguasai ilmu

berkenaan

13 Rasional Kemampuan membuat pertimbangan dan keputusan

berdasarkan fakta dan maklumat serta tidak dipengaruhi oleh

emosi dan prasangka

14 Artikulasi Keupayaan untuk mengolah serta menyampaikan pandangan,

hujahan atau huraian tentang sesuatu perkara dengan jelas,

teratur berdasarkan fakta

LIRIK LAGU SEKOLAHKU SEJAHTERA

Di sini bermula, mengenal dunia
bersama guru tercinta

Seronok belajar, selamat sentiasa
Sekolahku SEJAHTERA

Pre Chorus 1
Kesihata: n diutama, kebersihan dijaga
Sama perkasa etika, integriti di jiwa
Kita selami empati, bina kasih insani
Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni

Chorus
Sekolahku_SEJAHTERA
Sekolahku_SEJAHTERA

Bangkitlah,
Generasi pewaris negara

Sekolahku_SEJAHTERA
Sekolahku_SEJAHTERA

Gemilanglah,
Malaysia di mata dunia

Post Chorus
SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA Ayuh
kita jayakan bersama

Pre Chorus 2
Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha
Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil
Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional
Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti

PENGHARGAAN

Setinggi – Tinggi Penghargaan Dan Terima Kasih
Kepada

Puan Wan Zuriah bt Wan Mat Yim
Pengetua

SMK Putra Perdana

Seluruh Warga Sekolah
SMK Putra Perdana

Serta
Semua Yang Terlibat Secara Langsung dan

Tidak Langsung Dalam Menjayakan
Majlis Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA &

Minggu Informasi Pendidikan Dan Kerjaya
Tahun 2022


Click to View FlipBook Version