The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

contoh surat tidak rasmi tanya khabar bonda

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arina_mahirah, 2024-06-22 08:27:19

contoh surat tidak rasmi

contoh surat tidak rasmi tanya khabar bonda

SOALAN : Anda sudah lama tidak pulang menjenguk keluarga di kampung lantaran kesibukan bekerja. Tuliskan sepucuk surat kepada ayah anda untuk bertanya khabar. Pendahuluan : semoga keluarga di kampung sihat sejahtera Isi-isi : menanyakan khabar dan menyatakan khabar kata bonda, kaki ayahanda terseliuh harap kaki ayah sembuh Penutup : sampaikan salam kepada bonda


No. 15, Jalan 8/1, Taman Gembira, 56700, Kuala Lumpur. 20 Ogos 2012 Ke hadapan ayahanda di kampung dengan selamatnya. Ayahanda, Apa khabar ayahanda sekarang? Sudah lama anakanda tidak pulang ke kampung. Bukannya anakanda tidak mahu pulang tetapi anakanda sibuk dengan kerja di Kuala Lumpur ini. Menurut kata bonda di telefon semalam, khabarnya kaki ayahanda terseliuh semasa bekerja di sawah. Bagaimana dengan kaki ayahanda? Sudahkah ayahanda berjumpa dengan doktor? Usia ayahanda telah lanjut, janganlah ayahanda bersusah payah lagi membanting tulang di sawah. Ayahanda perlu menjaga kesihatan diri ayahanda. Anakanda akan pulang pada minggu depan untuk menziarahi ayahanda. Harapan anakanda agar kaki ayahanda akan sembuh secepat mungkin. Adakah sekarang ini musim buah durian di kampung? Anakanda amat rindu akan tempoyak yang dibuat oleh bonda. Anakanda berharap dapatlah menikmatinya pada minggu depan. Setakat ini sahaja coretan anakanda. Semoga ayahanda sihat sejahtera. Sampaikan salam anakanda kepada bonda. Sekian, salam rindu. Anakanda, Zamri


Sahabat lama kamu telah menyertai satu pertandingan bercerita di sekolah. Dia telah berjaya menga!ahkan peserta-peserta lain dengan mendapat tempat pertama. Tuliskan sepucuk surat kepadanya untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan itu. Kerangka Karangan Pendahuluan -Nama -Alamat -Tarikh -Kata-kata aluan dan bertanya khabar Isi-isi 1. Mengucapkan tahniah kepada sahabat kerana kejayaannya -berita kejayaannya diperolehi daripada salah seorang sahabat. 2. Melahirkan rasa gembira atas kejayaannya itu. 3. Menyatakan kamu memang sudah menjangkakan kejayaan tersebut kerana dia dilihat memang berbakat sejak dari mula. –Suka bercerita dan ramai orang suka mendengar ceritanya 4. Berharap dia terus aktif dan berusaha untuk mencapai kejayaan dalam pertandingan di peringkat yang lebih tinggi. Penutup -Berharap dapat menghubung selalu agar bersahabatan terus erat dan berkekalan. -Tanda tangan


Contoh Karangan Wan Muhammad Faris Taman Tualang Indah Mentakab, Pahang. 20 April 2015 Assalamualaikum, Menemui sahabat ku Farah yang berada di Sekolah Kebangsaan Merapoh, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Syukur, saya serta keluarga di sini sihat walafiat. Saudari, Sudah lama saya tidak mendengar berita daripada saudari semenjak saya bertukar ke Mentakab. Masih ingatkah saudari kapada saya? Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan saudari dalam pertandingan bercerita baru-baru ini. Saya mendapat berita tersebut daripada salah seorang sahabat kita iaitu Amirul yang kebetulan kami bertemu dalam satu majlis perkahwinan yang kami hadiri baru-baru ini. Tahniah atas kejayaan saudari itu! Saya merasa amat gembira atas kejayaan saudari itu kerana saya memang berharap saudari menyertai pertandingan bercerita semasa kita sama-sama satu sekolah dahulu lagi. Ini kerana saya yakin saudari boleh memenangi pertandingan bercerita berdasarkan kepetahan saudari bercerita di kelas dahulu. Kejayaan saudari ini memang tidak menghairankan kerana saudari memang pandai bercerita. Saudari sangat berbakat dalam bercerita. Sebab itulah kawan-kawan amat suka mendengar cerita saudari apabila saudari bercerita di dalam kelas dahulu. Antara cerita menarik saudari yang masih saya ingat ialah Kisah "Sesat di Pulau Tioman". Untuk memperoleh kemenangan tersebut bukanlah sesuatu perkara yang mudah tanpa bakat dan usaha yang bersungguh-sungguh. Saya amat menghargai usaha yang telah saudari buat dan berharap saudari teruskan usaha tersebut dengan lebih giat lagi. Saya mendoakan agar saudari mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pertandingan bercerita di peringkat yang lebih tinggi pada suatu hari nanti. Sampai di sini sahaja coretan saya untuk kali ini. Akhir kata sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudari sekeluarga. Semoga kita dapat terus berhubung dari masa ke semasa dan dapat bertemu nanti. Sekian, Terima kasih. Sahabat Mu Faris


Contoh 1 Tajuk / Soalan : Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya bahawa Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi menggantikan bola yang telah rosak. Rangka Karangan 1. alamat pengirim ( permulaan perkataan dalam huruf besar ) ( jangan lupa tanda koma di hujungnya ) kemudian selang satu baris 2. buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris 3. nama ( jawatan ) serta alamat penerima ( permulaan perkataan dalam huruf besar )( alamat yang terakhir digariskan ) 4. tarikh ( selari dengan alamat terakhir penerima ) ( bulan ditulis dalam huruf besar ) 5. kata ganti diri penerima ( Tuan, ) 6. perkara / tajuk ( permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan ) 7. perenggan pertama tujuan menulis surat ini ( tiada jarak perenggan, lihat contoh ) 8. perenggan ke-2 - bola lama tidak dapat digunakan lagi memerlukan bola baru ( bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta tanda noktah. Jarakkan sedikit sebelum menulis ) 9. perenggan ke-3 - berharap agar permohonan diluluskan supaya latihan tidak terganggu 10. perenggan ke-4 - mempunyai masa yang singkat sebelum hari perlawanan 11. penutup - terima kasih 12. tandatangan pengirim ( boleh ditulis nama secara bersambung atau tidak ) 13. nama penuh ( huruf besar ) dalam kurungan 14. jawatan jika ada ( permulaan perkataan dalam huruf besar ) 15. berhati-hati dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar , tanda noktah dan koma. Tips : Amalkan menulis salam sebelum memulakan karangan jenis ucapan, syarahan, surat tidak rasmi atau jenis karangan yang sesuai., Ini adalah kerana, diyakini kebanyakan yang memeriksa kertas penulisan adalah orang terdiri dari kalangan orang Islam.


Karangan Lengkap Pasukan Bola Jaring, Sek. Keb. Seri Kenangan Darau, 22000 Jerteh, Terengganu. Encik Musa Bin Hassan, Setiausaha Sukan, Sek. Keb. Seri Kenangan Darau, 22000 Jerteh, Terengganu. 24 APRIL 1998. Tuan, Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sekolah Kebangsaan Seri Kenangan Darau ingin memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan yang lama. 2. Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami memohon bola baru itu melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan yang akan datang. 3. Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini latihan yang kami adakan setiap hari itu tidak tergendala. 4. Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk berlatih sebelum turun ke padang untuk menghadapi perlawanan. Sekian, terima kasih. Yang benar, Widyawati ………………… ( WIDYAWATI BINTI HUSAIN ) Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring, Sekolah Kebangsaan Seri Kenangan Darau.


Contoh 2 Tajuk / Soalan : Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah, Berita Harian. Tuliskan sepucuk surat permohonan kepada akhbar tersebut. Karangan Lengkap Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Darau, 22000 Jerteh, Terengganu. ______________________________________________________________________________ Ketua Pengarang, Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) , Berita Harian Sendirian Berhad, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur. 10 JANUARI 1997. Tuan, Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar Saya bagi pihak Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini ingin memaklumkan bahawa persatuan kami bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD) pada 27 Januari 1997 jam 9.30 pagi. 2. Rombongan kami terdiri daripada 30 pelajar dan tiga guru pengiring. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk mengetahui matlamat unit ADD ditubuhkan dan bagaimana mengendalikannya. 3. Oleh itu, saya berharap permohonan ini akan diluluskan oleh pihak tuan. 4. Segala kerjasama tuan, saya ucapkan terima kasih. Sekian. Yang benar, Nazimah ………………….. ( NAZIMAH NAZIM ) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Darau, 22000 Jerteh, Terengganu. .


Contoh 3 Tajuk/ Soalan : Kamu terbaca iklan tentang penerbitan baru beberapa buah buku cerita dalam surat khabar. Tuliskan sepucuk surat kepada pengurus pemasaran untuk memesan buku-buku tersebut. ________________________________________________________________________ Pengurus Pemasaran, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., 64 & 66, Jalan Pingai, 80400, Johor Bahru. 14 OKTOBER 1998 . Tuan, Memesan Buku Merujuk kepada perkara di atas, saya Ummu Atiyah Bt. Abd. Fatah telah terbaca iklan dalam akhbar tentang beberapa buah buku cerita terbitan syarikat tuan. 2. Sehubungan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku cerita tersebut seperti berikut : Bil. Judul Buku Kuantiti Harga Seunit 1. Misteri Kapal Tenggelam 1 RM 3.60 2. Misteri Patung George 1 RM 3.60 3. Rahsia Rumah Tua 2 RM 4.00 Jumlah RM 11.20 3. Sehubungan dengan itu, saya sertakan kiriman wang pos bernombor 107 yang bernilai RM 11.20. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan hantaran buku tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai. Sekian, terima kasih. Yang benar, .............................................................. ( UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH


Click to View FlipBook Version