“ Tanggungjawab Sosial Koperat (CSR): Peranannya dalam membentuk masyarakat prihatin “ MPU23012 : PENGAJIAN ISLAM KELAS : DPR 2A PENSYARAH KURSUS : NURSOBRIAH BINTI ABU BAKAR NAMA AHLI : 1.NUR ALEEYA SYAMILA BINTI MOHD NOOR (03DPR23F1033) 2.NUR FATINI IELMIEZA BINTI SHAHRUDDIN (03DPR23F1156) 3.FATIN NURSYAZLINA BINTI MOHD ZULFADLI (03DPR23F1998) 4.NUR ADILA BINTI AZMIR (03DPR23F1126) 5.NURUL AIN BINTI MAT ZUKHI (03DPR23F1152)
ISIKANDUNGAN : 1 4 3 2 6 5 APAKAH DALIL YANG BERKAITAN DENGAN CSR INI? KESIMPULANNYA APAKAH PANDANGAN CSR DALAM ISLAM? TANGGUNGJAWAB SOSIAL KOPERAT (CSR)? APA ITU SOSIAL KOPERAT CSR? APAKAH PERANNANYA DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT PRIHATIN?
APA ITU SOSIAL KOPERAT CSR? PENGENALAN “ Tanggungjawab sosial korporat" (CSR) merujuk kepada keperluan syarikat untuk mempertimbangkan bagaimana operasinya boleh menjejaskan masyarakat dan alam sekitar dan mengurangkan sebarang akibat yang tidak menguntungkan.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KOPERAT (CSR)? Tanggungjawab sosial korporat (CSR) bermaksud kewajipan pengurusan sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang akan membantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan juga organisasi. CSR juga merupakan komitmen bagi mempertingkatkan kesejahteraan rakyat serta meningkatkan imej organisasi. “Tanggungjawab sosial korporat" (CSR) juga merujuk kepada keperluan syarikat untuk mempertimbangkan bagaimana operasinya boleh menjejaskan masyarakat dan alam sekitar dan mengurangkan sebarang akibat yang tidak menguntungkan. Sejak sepuluh tahun kebelakangan ini, idea ini semakin popular di kalangan ahli perniagaan. Ia digambarkan sebagai "komitmen perniagaan untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan dengan melibatkan pekerja, keluarga mereka, komuniti setempat dan masyarakat untuk meningkatkan kualiti hidup mereka"
APAKAH PERANNANYA DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT PRIHATIN? Antaranya, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita haruslah menunjukkan perasaan simpati dan belas kasihan terhadap golongan yang hidup dalam serba kekurangan seperti golongan kurang upaya. Hal ini demikian kerana mereka tidak akan berasa tersisih oleh masyarakat bahkan mereka akan berasa lebih dihargai. Misalnya, kita membantu golongan kurang upaya ini dengan memberikan sumbangan dari segi kewangan, tempat tinggal, atau pendidikan. Bak kata peribahasa Melayu, “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing “ . Dengan berbuat demikian, kita akan dihormati dan kehidupan kita akan lebih diberkati kerana tidak bersikap kedekut dalam menyumbangkan harta yang dimiliki.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa keluarga bahagia juga dapat membentuk masyarakat penyayang. Ini disebabkan sikapahli keluarga yang saling mengambil berat antara satu sama lain. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini sama dengan peribahasa, “ melentur buluh biarlah dari rebungya “ . Contohnya, ibu bapa haruslah bersikap terbuka dan bersedia mendengar segala masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Jelaslah bahawa sikap ibu bapa yang sebegini mampu mencegah anak-anak mereka terlibat dalam gejala yang tidak sihat.
CSR DALAM PERSPEKTIF ALQURAN DAN HADIS CSR adalah sebuah pendekatan bisnis yang berkelanjutan serta memberikan kontribusi dalam bidang ekonomi, sosial dan lingkungan sekitar. Sebelum lebih lanjut membahas CSR perspektif Al-Qur'an dan Hadis, alangkah baiknya kita mengetahui terlebih dahulu secara menyeluruh tentang CSR ini. Setelah itu kita akan melihat sudut pandang Al-Qur'an dan Hadis terhadap CSR, apakah suatu keharusan yang dianjurkan di Al-Qur'an dan Hadis, atau malah bertentangan dengannya. Telah kita ketahui bersama Corporate Social Responsibility atau CSR, sederhananya adalah tanggung jawab sosial perusahan terhadap masyarakat sekitar khususnya, dan lingkungan daerah perusahaan itu berdiri. Sekarang apa tanggung jawab perusahaan terhadap masyarakat sekitar, tentunya tidak jauh dari bidang ekonomi yakni terjaminnya kesejehteraan masyarakat sekitar atas rasa bentuk tanggung jawab perusahaan terhadap masyarakat.
APAKAH PANDANGAN CSR DALAM ISLAM? Berbanding dengan konsep CSR dari perspektif konvensional, konsep CSR menurut perspektif Islam lebih menjurus kepada pendekatan kerohanian. Pandangan bersifat rohaninya adalah berteraskan daripada ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Dan idea mengenai tanggungjawab sosial ini terkandung dalam ikatan kerohanian (religious bond). Ikatan ini memerlukan setiap individu untuk berserah kepada ketetapan syariah dengan melaksanakan setiap tanggungjawab yang telah ditetapkan dan menjalani kehidupan di muka bumi ini dengan berasaskan kebaikan dan kemurnian akhlak sebagaimana dituntut oleh syariah (Asyraf Wajdi Dusuki, 2008). Ini kerana, dalam Islam matlamat yang ingin dicapai bukan tertumpu kepada keperluan material sahaja, tetapi ianya merangkumi konsep kesejahteraan hidup manusia yang menekankan konsep persaudaraan dan keadilan sosioekonomi di mana ia memerlukan keseimbangan antara kedua-dua aspek iaitu keperluanmaterial dan spiritual bagi setiap insan (Gillian Rice, 1999).
KESIMPULANNYA •Tanggungjawab sosial adalah asas untuk orang, syarikat dan kerajaan. Ia adalah idea yang telah berkembang dari semasa ke semasa dan kini dilihat sebagai penting untuk memupuk perubahan dan membina ekonomi global yang lebih mampan dan adil. •Setiap orang, daripada individu kepada syarikat kepada kerajaan, mesti memikirkan bagaimana keputusan mereka akan mempengaruhi masyarakat dan alam sekitar dan menerima tanggungjawab untukpilihan mereka. Individu, perniagaan dan kerajaan boleh menyumbang kepada peningkatan dunia untuk generasi sekarang dan akan datang dengan mengambil tanggungjawab atas tindakan mereka.
RUJUKAN https://www.frim.gov.my/ms/perkhidmatan/tang gungjawab-sosial-korporat/ https://dei.so/ms/social-responsibility-andcorporate-social-responsibility-csr-an-overviewof-the-concepts/ https://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemV/PERKEM2010-2-21.pdf https://essays2015.blogspot.com/2015/01/usahausaha-untuk-melahirkan-masyarakat.html?m=1