The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Azlin, 2023-11-15 09:49:42

B(S) 002877_MENYELAMAT KECEMASAN

B(S) 002877_MENYELAMAT KECEMASAN

RANCANGAN SESI PENGAJARAN MENYELAMAT KECEMASAN NAMA : NURUL AZLIN SHAFIKA BINTI ABU SAMAH NO. KAD PENGENALAN : 010430-03-0568 NO. ANGGOTA : B (S) 002877 CAWANGAN : KOR SISPA UPM


RANCANGAN SESI PENGAJARAN TAJUK KURSUS : METODOLOGI UJIAN TAJUK SESI : MENYELAMAT KECEMASAN TEMPOH MASA : 120 MINIT (TEORI) KEDUDUKAN FIZIKAL : KOLEJ CANSELOR, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PESERTA PESERTA : KADET SENIOR KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM UPM ALAT BANTUAN MENGAJAR : LAPTOP, PROJECTOR, SKRIN PUTIH Perkara yang perlu dilakukan sebelum sesi : 1. Memastikan keselamatan dan kesihatan peserta dalam keadaan baik serta selesa. 2. Faham akan tentang menyelamat kecemasan sebelum sesi mengajar berlangsung. Objektif sesi : Di akhir sesi ini, peserta akan dapat : 1. Menentukan "Body Mechanics" 2. Menentukan langkah-langkah keselamatan yang perlu diikuti apabila mengangkat pesakit. 3. Menjelaskan tanda-tanda untuk "Emergency Movement". 4. Menjelaskan tanda-tanda untuk "Non-Emergency Movement.


BIL MASA KANDUNGAN PERINCIAN KAEDAH / PROSES ALAT BANTU MENGAJAR (AVA) CATATAN 1. 5 minit PENGENALAN - Beri Salam - Memperkenalkan diri dan tanya khabar - Memperkenalkan tajuk sesi - Komunikasi 2 hala serta sesi soal jawab tentang fahaman pendengar tentang menyelamat kecemasan Power Point dan Slide 2. 5 minit DEFINISI Definisi teknik menyelamat: 1. MENYELAMAT Proses kerja atau aktiviti yang dilaksanakan bagi mengubah situasi bahaya kepada keadaan selamat. 2. KECEMASAN Suatu keadaan genting atau dianggap boleh memudaratkan keadaan atau nyawa. 3. MENYELAMAT KECEMASAN Satu tindakan pantas dalam membantu mangsamangsa yang mengalami kecederaan dan mengeluarkan mangsa dari satu tempat bahaya ke tempat yang lebih selamat. 4. PENYELAMAT Kumpulan atau individu yang selamat dan berkemampuan menyelamatkan orang lain dan harta benda semasa berlakunya bencana. - Pengajaran menggunakan slide dan komunikasi 2 hala antara pelajar Power Point dan Slide


3. 8 minit PRINSIP AM DAN SARANAN Prinsip Am • Pindahkan pesakit jika perlu • Menggerakkan badan pesakit secepat mungkin • Menggerakkan pesakit sebagai satu unit • Gunakan teknik dan cara yang betul • Merancang arah pergerakan • Arahan dari satu penyelamat sahaja Saranan • Lewatkan pergerakan • Merawat pesakit sebelum memindahkan pesakit • Terangkan kepada pesakit apa yang akan dilakukan • Gerakkan pesakit dalam beberapa kali yang mungkin -Pengajaran menggunakan slide dan komunikasi 2 hala antara pelajar Power Point, dan Slide 4. 8 minit PERSEDIAAN Body Mechanics - Penggunaan 'body kinetics' dalam aktiviti seharian boleh mengelakkan masalah postur tubuh yang akan memberi kesan pada masa akan datang. • Pastikan keselamatan anda sendiri • Letakkan COG (center of gravity) anda berdekatan dengan COG mangsa • Gunakan otot kaki ketika mengangkat -Pengajaran menggunakan slide dan komunikasi 2 hala antara pelajar Power Point, dan Slide


• Rapatkan diri anda dengan mangsa dan kekalkan postur badan lurus • Menilai berat badan pesakit • Tahu had anda • Berkomunikasi dengan semua penyelamat 5. 7 minit EMERGENCY MOVEMENT DAN NONEMERGENCY MOVEMENT Emergency Movement • Bahaya kebakaran, letupan, atau adanya struktur runtuh • Wujudnya bahan-bahan berbahaya • Kemalangan tidak boleh dilindungi • Akses kepada pesakit lain cedera parah diperlukan • CPR mesti dilakukan Non-Emergency Movement • Apabila kedua-dua tempat kejadian dan pesakit dalam keadaan stabil, penyelamat boleh memilih salah satu kaedah untuk mengangkat dan membawa pesakit. 6. 7 minit KAEDAH MENYELAMAT Direct Ground Lift • Drag Technique • Blacket Drag • Firefighter Drag (Merangkak bomba) -Pengajaran menggunakan slide dan komunikasi 2 hala antara pelajar Power Point dan Slide


Extremity Lift • Fireman lift ( Dukungan bomba) • Packstrap (Memikul uncang) • Darling carry (Dukung sayang) • Gaya memapah • Gaya mengekor • 2 hand seat (Duduk atas 2 tangan) • 4 hand seat (Duduk atas 4 tangan) • Hammock carry 6. 20 minit MENYELAMAT KAEDAH DIRECT GROUND LIFT 1. Drag Technique Digunakan untuk menyelamat dan mengalihkan mangsa melalui tangga. Langkah-langkah: i. Mangsa diikat kedua-dua tangan. ii. Tangan penyelamat disauk dicelah ketiak mangsa. -Pengajaran menggunakan slide dan komunikasi 2 hala antara pelajar - Power Point dan Slide - Penglibatan Pelajar


iii. Mangsa diheret perlahan-lahan menuruni tangga. 2. Blacket Drag Digunakan menyelamat dan mengalihkan mangsa dengan menggunakan blanket. Langkah-langkah: i. Mangsa diikat kedua-dua tangan dan dibaringkan di atas blanket. ii. Mangsa diheret perlahan-lahan menuruni tangga 3. Firefighter Drag Digunakan untuk membawa mangsa keluar dari tempat sempit


Langkah-langkah: i. Penyelamat mengikat kedua-dua tangan mangsa. ii. Mangsa dibaringkan dalam keadaan penyelamat berada di atas mangsa dengan muka mengadap antara satu sama lain. iii. Penyelamat menyauk tangan mangsa yang berikat pada lehernya. iv. Penyelamat merangkak dengan membawa mangsa. v. Pastikan kepala mangsa tidak terseret sewaktu penyelamat merangkak keluar dari tempat runtuhan atau bencana.


7. 40 minit KAEDAH MENYELAMAT EXTREMITY LIFT 1.) Fireman lift Langkah-langkah: i. Untuk mangsa yang tidak sedarkan diri, angkat mangsa perlahan-lahan mengikut teknik berperingkat sehingga mangsa dapat didukung di bahu dan dibaringkan semula di tempat yang lebih selamat. ii. Untuk mangsa yang sedarkan diri dan boleh berdiri, penyelamat perlu memegang sebelah tangannya dan penyelamat memasukkan sebelah lagi tangan di antara kedua belah kaki pada lutut mangsa. iii. Pegang sebelah kakinya pada lutut dan angkat mangsa di atas belakang penyelamat. -Pengajaran menggunakan slide dan komunikasi 2 hala antara pelajar - Power Point dan Slide - Penglibatan Pelajar


2.) Packstrap Digunakan untuk mengangkat mangsa yang sedar dan mampu memegang. Langkah-langkah: i. Bagi mangsa yang boleh berdiri, mangsa haruslah memaut leher penyelamat dengan meletakkan bahagian mukanya di atas bahu penyelamat. Mangsa boleh didudukkan di tempat yang agak tinggi, seterusnya penyelamat akan membongkok di hadapannya dengan meletakkan bahagian mukanya di atas bahu penyelamat. ii. Penyelamat memaut kedua-dua kaki mangsa. iii. Penyelamat perlahan-lahan meletakkan kedua-dua kaki mangsa ke bahagian atas pinggangnya.


3.) Darling Carry - Digunakan pada mangsa yang lebih ringan atau seorang kanak-kanak. - Mangsa yang cedera di bahagian pinggang tidak boleh menggunakan cara ini. Langkah-langkah: i. Mangsa diangkat di bawah bahu dan lutut dengan tangan. ii. Mangsa diangkat dengan selesa dan dalam keadaan yang baik.


4.) Gaya Memapah - Digunakan oleh seorang atau dua orang anggota penyelamat untuk memapah mangsa yang sedar dan boleh memegang. Langkah - langkah: i. Penyelamat memegang tangan mangsa serta memegang pinggang mangsa dengan tangan yang lain. ii. Anggota penyelamat bertindak sebagai 'tongkat' membantu mangsa bergerak.


5.) Gaya Mengekor - Digunakan oleh 2 anggota untuk mengangkat mangsa yang pengsan dan tidak boleh berjalan. Langkah-langkah: i. Seorang penyelamat memegang mangsa pada lututnya dan seorang lagi memeluk dari belakang. ii. Kedua-dua penyelamat mengangkat mangsa dan mula berjalan perlahan-lahan.


6.) Gaya mengekor bagi penggunaan kerusi - Digunakan pada mangsa yang tidak sedarkan diri. Langkah-langkah: i. Pastikan kerusi dalam keadaan baik ii. Seorang penyelamat memegang kepala kerusi dan seorang lagi penyelamat memegang kerusi di bahagian lutut mangsa


7.) 2 Hand Seat - Digunakan 2 orang anggota untuk mengangkat mangsa yang sedar dan tidak boleh berjalan. Langkah-langkah: i. Kedua-dua penyelamat berdiri di sisi mangsa dan sebelah tangan pada paras dada. ii. Mangsa kemudian diangkat sedikit dan pegang tangan antara satu sama lain di bahagian tengah bawah peha mangsa. iii. 2 tangan mengampu di bawah peha dan 2 tangan menjadi penyandar untuk mangsa. iv. Penyelamat boleh mula berjalan perlahan-lahan.


8.) 4 Hand Seat - Digunakan oleh 2 anggota untuk mengangkat mangsa yang sedar dan tidak boleh berjalan serta tangan tidak tercedera. Langkah-langkah: i. 4 tangan penyelamat mengampu di bawah peha mangsa membentuk tempat duduk seperti kerusi dengan memegang pergelangan tangan antara satu sama lain. ii. Kedua-dua penyelamat berdiri di sisi mangsa dan menyuruh mangsa untuk meletakkan kedua-dua belah tangannya ke tengkuk kedua-dua penyelamat. iii. Penyelamat sebelah kanan mula melangkah dengan kaki kanan manakala penyelamat sebelah kiri melangkah dengan kaki kiri dan mula berjalan perlahan-lahan.


9. ) Hammock Carry - Digunakan pada mangsa yang tidak sedarkan diri. Langkah - langkah: i. Memerlukan tiga atau empat orang penyelamat ii. Penyelamat berada pada bahagian betis, pinggang dan bahu mangsa


8. 15 minit PERBINCANGAN Perbincangan berkaitan topik ini dan sesi soal jawab bersama para pelajar tentang kefahaman masing-masing. - Komunikasi dua hala antara pelajar - Power Point dan Slide 9. 5 minit KESIMPULAN Membuat kesimpulan bagi topik ini - Penerangan Power Point dan Slide


Click to View FlipBook Version