NORDIN BATIK & CRAFT Sdn. Bhd. WARISAN BUDAYA BANGSA TUAN HAJI NORDIN BIN MAHMOD
NAMA AHLI KUMPULAN SITI NURUNNISA' AMIRAH BINTI SUHAIMI (C19A0781) KONSERVASI WARISAN SITI NUR AMANIE BINTI MOHD NOOR (C19A0766) KONSERVASI WARISAN NURUL NABILAH BINTI SHAMSUDIN (C19A0674) SASTERA WARISAN NURUL INAS HAFINA BINTI ELIIYES (C19A0663) KONSERVASI WARISAN
TUAN HAJI NORDIN BIN MAHMOD PENGASAS NORDIN BATIK &CRAFT Sdn. Bhd. ordin Batik & Craft Sdn.Bhd adalah Disebabkan berkat kegigihan beliau iaitu Tuan Haji Nordin bin Mahmod ,syarikat batik ini telah berkembang maju dari tahun ke tahun di dalam perusahaan batik di Kelantan. Beliau mempunyai ramai pekerja di dalam bidang pembuatan batik yang terdiri daripada golongan yang berusia sehingga golongan muda. N merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang telah ditubuhkan bagi tujuan mengilang dan mengedar batik tradisional untuk pasaran di dalam dan di luar Negeri Kelantan. Ianya ditubuhkan pada tahun 1993 dengan nama Nordin Batik Sdn.Bhd dan seterusnya ditukarkan nama kepada Nordin Batik & Craft Sdn. Bhd.
Tuan Haji Nordin Bin Mahmood, dilahirkan pada 24 September 1949, di Jalan Gajah Mati, Kota Bharu, Kelantan berusia 67 tahun merupakan Pengerusi Eksekutif Wisma Nordin Group. Beliau menetap di Lot 1905, Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Padang Garong, Kota Bharu dan beliau telah melanjutkan pelajarannya di Sultan Ismail College (SIC). Penglibatan beliau di dalam bidang batik mula timbul sejak dari zaman kanak-kanaknya lagi, di mana beliau telah terdedah kepada dunia batik. Sebenarnya, batik telah menjadi sebahagian daripada hidup Tuan Haji Nordin kerana bapanya, iaitu Haji Mahmood bin Muhammad sendiri adalah seorang penggiat batik di sekitar awal 40-an. Haji Mahmood telah menjadikan batik sebagai sumber pendapatan utama keluarga dengan membuat sarang batik (batik cop) dan mengusahakan batik secara tradisional di bawah rumahnya, di Jalan Gajah Mati bersama seorang pekerja, yang mana ia diusahakan secara kecil-kecilan. B I O D A T A T O K O H
Berkat dari pemerhatian sejak kecil, minat Tuan Haji Nordin terhadap batik mula tersemai. Pada tahun 1963, beliau telah mula membantu bapanya di dalam pembatikkan, dan kemudian telah keluar mencari pengalaman berniaga batik bersama bapa saudaranya sendiri, Tuan Haji Muhammad Amin bin Idris. Pada tahun 1968 hingga 1972, beliau bekerja sebagai jurujual di kedai bapa saudaranya yang terletak di Pasar Lama Kota Bharu, atau lebih dikenali sebagai ‘Pasar Zink Merah’. Dalam tempoh tersebut, beliau merebut peluang untuk mencari pengalaman dalam bidang perniagaan batik. Selepas lebih empat tahun bekerja sebagai jurujual, Tuan Haji Nordin telah membuat keputusan untuk mengambil upah membuat batik sendiri, sekaligus mewarisi tradisi batik dari bapanya. Dengan bermodalkan RM500.00, beliau telah membuka tapak di Kampung Sireh dengan menubuh sebuah kilang dan diusahakan dengan dibantu oleh tiga orang pekerja.Beliau membuat batik secara mengambil upah dari pembatik-pembatik di sekitar Kota Bharu selama lebih kurang lima belas tahun. Berkat kesabaran, komited yang tinggi, dan idea yang kreatif, beliau berjaya bertahan dan muncul sebagai penggiat batik yang tersohor di Kelantan
Bapa kepada enam orang cahaya mata ini, telah berjaya membesarkan anak-anak beliau, dan menjadikan mereka sebagai bakal pewaris kepada perniagaan beliau, yang mana anak sulung beliau, Azlinda bt. Nordin telah dilantik sebagai Pengurus Showroom Nordin Batik Sdn. Bhd, anak keduanya iaitu Fadli B. Nordin di pertanggungjawabkan menjaga dan menyelia kilang kedua yang terletak di Kg. Penambang, Jalan PCB, Kota Bharu, manakala anak ketiganya iaitu Azlizan Bt Nordin pula bertindak sebagai Pengurus Pentadbiran Paloh Inn. Aziana Bt Nordin pula merupakan anak ke empat ,memperolehi Diploma Kesetiausahaan daripada Universiti Teknologi MARA Cawangan Dungun, Terengganu. Manakala anaknya yang kelima iaitu Mohd. Faizal, bertanggungjawab ke atas kerja-kerja pembinaan bagi projek terbaru Tuan Haji Nordin iaitu industri burung layang-layang. Seterusnya anak bongsu beliau, Nur Afiqah masih lagi menuntut di institusi pengajian tinggi.
Pada tahun 1993, beliau menubuhkan syarikat Nordin Batik Sdn Bhd bagi tujuan mengilang dan mengedar batik tradisional untuk pasaran di dalam dan di luar negeri Kelantan. Ianya ditubuhkan tambahan kepada perniagaan yang dahulunya didaftarkan dibawah Ordinan Perniagaan 1956 sebagai pemilik tunggal pada 1hb. Sept. 1981. Dengan kegigihan dan ketabahan pemiliknya, syarikat ini telah berkembang maju tahun demi tahun di dalam perusahaan batik tradisional. SUMBANGAN TOKOH INISIATIF DALAM PENGUSAHAAN BATIK. Tuan Haji Nordin adalah seorang usahawan yang mempunyai inisiatif untuk memulakan dan mewujudkan industri batik di Kelantan walaupun pada masa itu tidak ramai pengusaha batik di Kelantan. Beliau telah pun memulakan perusahaan batik ini semenjak 1972, bertempat di Kampung Sireh, Kota Bharu dengan 3 orang pekerja. Pengeluaran pada masa itu bertumpukan kepada batik sarong dan batik ela.
Syarikat memasuki era baru di dalam industri batik tradisional dengan mengeluarkan batik tulis yang terdiri dari kain sutera Jacquard, Rayon Jacquard dan Rayon Fuji. Syarikat telah dilesenkan sebagai pengilang berlesen dibawah Seksyen 13, Akta Cukai Jualan. Syarikat telah diberi kebenaran oleh Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja untuk mengimport kain putih dari China dan Singapura tanpa bayaran cukai jualan. Di samping itu, syarikat juga diberi pengecualian duti import oleh Perbendaharaan Malaysia untuk tujuan yang sama. Jumlah pekerja meningkat kepada 80 orang dan pengeluaran meningkat kepada 120 pasang sehari (480 meter). Bilangan pekerja bertambah kepada 110 orang seiring dengan pertambahan permintaan di mana pengeluaran meningkat kepada 440 pasang sehari (1760 meter). Syarikat telah menambahkan bilangan pekerja kepada 140 orang dengan purata pengeluaran di antara 550 – 750 pasang sehari dengan penggunaan kain putih di antara 2200 hingga 3000 meter sehari dan semuanya adalah terdiri daripada kain sutera yang diimport terus daripada negara China. MELAKUKAN TRANSFORMASI DALAM PENGUSAHAAN BATIK Pada awalnya, pengilangan dibuat dengan 15 orang pekerja. Syarikat mendapat bekalan kain putih dari Koperasi Pembatik - Pembatik Kelantan Berhad untuk mengilang batik sarong dan batik ela. Tahap pengeluaran adalah sebanyak 15-20 pasang sehari. Kerja-kerja ini dilakukan secara mengambil upah dari pembatik-pembatik di sekitar Kota Bharu. Syarikat terpaksa berpindah ke Kampung Pintu Geng, Kota Bharu, kerana proses pembesaran di mana tempat lama didapati tidak lagi sesuai kerana sempit. Pada masa tersebut, bilangan pekerja telah meningkat lebih dari 50 orang dengan kuantiti pengeluaran melebihi 100 meter sehari.
erkembangan fesyen terkini menjadikan industri batik semakin berkembang dengan pelbagai idea yang dihasilkan oleh pelukis batik adalah sangat berdaya saing. Ini salah satu faktor mengapa pengurusan harus sentiasa peka dengan keadaan semasa. Persekitaran memainkan peranan penting dan amat dititikberatkan oleh Tuan Haji Nordin dalam memastikan kualiti batik yang dihasilkan benar-benar memberi kepuasan kepada citarasa pelanggan. Syarikat beliau sentiasa bertungkus lumus bagi memastikan produk mereka sentiasa mendapat tempat dihati pelanggan dengan pelbagai variasi corak yang terbaru dan terkini. Beliau juga memastikan suasana tempat mencanting batik atau tempat melukis batik mempunyai ruang yang mencukupi dan luas supaya ianya dapat memberi keselesaan kepada pelukis batik agar dapat menterjemahkan serta menghasilkan batik yang bermutu nilainya. BERPENGARUH DAN PEKA DALAM FESYEN BATIK P
idak semua orang boleh mengurus. Tuan Haji Nordin berkebolehan untuk merancang, mengorganisasi, mengarah dan mengawal aktiviti-aktiviti perniagaan beliau sehingga kerkembang sehingga ke hari ini. Aspek pengurusan yang ada pada beliau berjaya menaikkan imej syarikat, membentuk disiplin para pekerja dan seteruskan menjadikan mereka pekerja yang cekap dan efisyen. Selain daripada itu, para pekerja dilatih untuk mengetahui tentang mutu kain, warna, fabrik dan sebagainya. Secara tidak langsung, beliau bejaya membantu ekonomi masyarakat tempatan dengan memberi peluang pekerjaan kepada mereka dalam penghasilan produk batik. Beliau juga memastikan setiap produk yang dihasilkan disusun dengan lebih teratur, lebih kemas agar ianya mampu menarik minat pelanggan untuk melihat hasil keluaran batik. KEUPAYAAN MENGURUS T
Tuan Haji Nordin sentiasa memberi peluang kepada pekerja beliau untuk mencurahkan idea mereka bagi menghasilkan batik yang lebih bermutu. Menurut beliau, semangat harus diberikan kepada mereka bagi mendapatkan hasil kerja yang lebih baik. Di samping itu, syarikat juga menggunakan mesin clureng dari Pekalongan, Indonesia untuk proses pengeringan dan mesin ini mempunyai pengilat khusus untuk pengeluaran batik sarong dan batik jawa tulin. Beliau juga sentiasa mengenal pasti jenis kain yang bermutu dan diimport. Kebanyakan kain yang diimport adalah dari China. Jenis kain juga dikelaskan mengikut gred-gred yang tertentu. Gred yang mahal akan menghasilkan batik yang mahal dan bermutu nilainya. M U T U K E R J A T I N G G I
Tuan Haji Nordin mewujudkan idea-idea baru untuk dihasilkan bagi menjamin mutu batik yang tinggi. Banyak peluang telah diketengahkan dan produk ini bukan sahaja setakat kain atau kemeja batik sahaja, beliau telah memperkenalkan produk baru berasaskan batik seperti lampu, kotak, pensel, payung dan pelbagai barangan lain yang mempamerkan ciri-ciri batik. Beliau juga menggunakan teknologi terkini dalam penghasilan batik dimana kebanyakan corak batik dihasilkan menggunakan komputer. Dengan pengguna teknologi terkini, Syarikat beliau berkemampuan mengeluarkan teknik lukisan batik secara digital. Mengikut beliau, sebenarnya banyak cara yang boleh diketengahkan dalam menghasilkan produk batik yang lebih berkualti dan bermutu. KREATIF DAN INOVATIF
Usahawan yang mengusahakan batik merupakan seseorang yang berfikiran kreatif, inovatif dan bersedia mengambil risiko dalam mengusahakan usaha teroka yang diceburinya. Usahawan akan cuba menghasilkan idea-idea perniagaan yang baru, mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber yang sedia ada dalam membangunkan perniagaannya sehingga berjaya. Usahawan juga dikatakan mencipta kekayaan dari hasil usaha terokanya. Peranan usahawan adalah sangat penting dalam membina masyarakat yang sempurna dan sihat. Pihak kerajaan telah mewujudkan banyak program-program bagi menggalakkan penyertaan individu sebagai usahawan. Persediaan untuk menjadi usahawan bolehlah diibaratkan sebagai langkah bersiap sedia menuju medan perang. Individu yang terlibat hendaklah mempastikan bahawa mereka bukan sahaja mempunyai kelengkapan fizikal yang standing dengan musuh dalam bidang perniagaan yang akan diceburi tetapi juga mempunyai kekuatan spiritual dan mental yang seimbang dengan cabaran yang akan ditempuhi. Walaupun kerjaya sebagai usahawan sesuatu yang dianggap mencabar, namun pada masa yang sama hasil dan ganjarannya amatlah memberangsangkan.Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, seseorang individu itu perlu mempunyai ciri-ciri unik seorang usahawan. Ciri-ciri inilah yang membezakan individu yang bergelar usahawan dengan bukan usahawan. Seseorang usahawan itu boleh menjadi seorang pengurus dan peniaga kecil, namun belum pasti mereka ini boleh menjadi usahawan yang berjaya. Profil usahawan berjaya boleh dijadikan contoh dan sumber inspirasi kepada seseorang individu dalam mengejar cita-citanya menjadi usahawan berjaya dan cemerlang KESIMPULAN
LAMPIRAN