AKTIVITI MINGGU BAHASA
PERTANDINGAN MEMBACA
BERITA
ANJURAN PANITIA BAHASA MELAYU
2 JANUARI 2023
MEMBACA BERITA MENENGAH RENDAH
DAN MENENGAH ATAS
• Murid membaca petikan yang disediakan guru,pilih satu sahaja.
• Murid membuat rakaman video, aksi membaca berita dengan intonasi yang
betul,lancar dan jelas sebutan bakunya serta gaya yang sesuai.
• Murid boleh mengenakan pakaian yang sesuai untuk membaca berita.
Pastikan suara jelas dan kuat.
• Hantar video rakaman selewat-lewatnya sebelum 2 Januari 2023 ke google
form ini , https://forms.gle/p8d54inX5Udrvrpv8.
• Video mestilah bersaiz kurang dari 1 GB
TEKS BERITA 1: BANTUAN BANJIR
Assalamualaikum,bersama saya ( sebut nama) melaporkan untuk Berita Viral Pusat
Sumber Ibnu Sina. Kerajaan Persekutuan hari ini mengumumkan peruntukan segera
RM50 juta masing-masing untuk Kelantan dan Terengganu sebagai bantuan awal untuk
meringankan beban rakyat akibat bencana Monsun Timur Laut. Perdana Menteri Datuk
Seri Anwar Ibrahim berkata,keputusan itu diambil selepas melihat banjir yang melanda
kedua-dua negeri itu lebih parah daripada biasa.Beliau berkata , perkara itu telah
mendapat kelulusan Jemaah Menteri,Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal
Sabah,Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali akan memantau
peruntukan tersebut melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Memandangkan banjir ini lebih parah daripada biasa,walaupun saya telah maklumkan
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid yang ke sini beberapa hari yang lalu,telah beri
kelulusan RM12juta, saya setuju setelah bincang dengan Kementerian dan Jemaah
Menteri tadi,untuk luluskan segera RM50 juta untuk Kelantan dan RM50 juta untuk
Terengganu.Anwar berkata,beliau meminta perkara itu diselesaikan dalam tempoh sebulan
demi menjamin kesejahteraan rakyat negeri itu. Sekian berita Viral,berjumpa lagi 3 jam dari
sekarang untuk lebih berita viral yang sememangnya viral(tagline sendiri)
TEKS BERITA 2: KECOH KEDAI NASI AYAM ITIK VIRAL DIDAKWA AMBIL MAKANAN DARI RESTORAN TAK HALAL, JHEAIPP
LAKUKAN SIASAT
Assalamualaikum,bersama saya ( sebut nama) melaporkan untuk Berita Viral Pusat Sumber
Ibnu Sina. Sabtu lalu tular satu rakaman di media sosial mendakwa perniagaan nasi ayam,
itik viral di Sungai Ara mengambil bekalan makanan daripada sebuah restoran tidak halal di
Paya Terubong , Pulau Pinang. Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman
Facebook akaun Muhammad Zuhair Aqil kelihatan jelas dua remaja lelaki sedang
menghantar bekas nasi dan hidangkan makanan ke restoran terbabit. Susulan dari itu,
penjelasan telah dimuat naik oleh seorang wanita yang dipercayai pemilik kedai terbabit di
laman facebook miliknya. Dia mendakwa bahawa bekas nasi dan hidangan terbabit hanya
dihantar bagi tujuan untuk dicuci sahaja. Menerusi video sama,pemilik kedai turut
menunjukkan cara memasak makanan terbabit dan juga keadaan di sekitar dapur. Pada
masa yang sama, dia mendakwa bahawa mereka telah menutup sepenuhnya operasi
perniagaan susulan timbulnya isu keraguan status halal atas makanan yang dijual.Sekian
berita Viral,berjumpa lagi 3 jam dari sekarang untuk lebih berita viral yang sememangnya
viral (tagline sendiri).
SELAMAT MENCUBA