The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by peiyeng020403, 2023-01-19 10:41:57

Permainan Tradisional

Permainan Tradisional

PERMAINAN TRADISIONAL E - M A J A L A H APAKAH PERMAINAN TRADISIONAL SEMAKIN DILUPAKAN? P E R M A I N A N T R A D I S I O N A L M E R U P A K A N P E R M A I N A N Y A N G D I W A R I S I D A R I S A T U G E N E R A S I K E G E N E R A S I Y A N G L A I N . KETAHUI CARACARA PERMAINAN TRADISI K E N A L I P E R M A I N A N T R A D I S I O N A L D A R I P E L B A G A I K A U M D A L A M M A J A L A H I N I


SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA (AL) PENSYARAH : TAJUK : PERMAINAN TRADISIONAL DR. MASHITAH BINTI MOHD UDIN SEMESTER 2022/2023


DISEDIAKAN OLEH: Cheng Zhi Yong 292670 Cheng Chia Shuan 292689 Muhammad Haikal Airiel Bin Fauzi 292964 Chong En Qi 292648 GROUP 5


Wan Iqbal Hamizan Bin Wan Mohd Sakri 292914 Hemanandhini A/P Ravi 295299 Nur Ayuni Sari Binti Mohd Zuhdi 292650 Khor Chiau Yee 293054


ISI KANDUNGAN Pengenalan Objektif Kajian Metodologi Kajian Permainan Tradisional Malaysia & Jenis Permainan Tradisional Kepentingan Permainan Tradisional Permainan Tradisional Melayu Permainan Tradisional Cina Permainan Tradisional India Permainan Tradisional Sabah & Sarawak Cara untuk mengekalkan warisan Permainan Tradisional Kesimpulan Sumber Rujukan


OBEJKTIF KAJIAN Mengenalpasti jenis permainan tradisional yang diwarisi oleh masyarakat Malaysia Mengkaji kepentingan permainan tradisional terhadap masyarakat Malaysia Mengkaji cara untuk mengekalkan warisan permainan tradisional


METODOLOGI KAJIAN Menurut Hornby(1985), metologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Manakala menurut Sabitah Marican(2009) dan Ahmad Munawar Ismail dan Mohd Nor Shahizan Al (2014), metodolgi merupakan kaedah menyiasat objektif kajian tertentu berdasarkkan disiplin yang sistematik. Matlamatnya ialah memanitesasikan penyelidikan yang baik. Oleh hal yang demikian, kumpulan pengkaji menjalankan usaha dengan sedaya upaya untuk menyempurnakan kertas kajian ini. 1) Rujukan Internet Terdapat pelbagai maklumat umum yang telah dipaparkan di laman sesawang untuk dijadikan sebagai rujukan pengkaji. 2) Buku-buku Rujukan Menjumpai pelbagai buku rujukan yang memberikan informasi yang berkaitan terhadap kajian yang dibuat. 3) Majalah segala maklumat yang berkaitan dengan permainan tradisional demi menyempurnakan kajian dengan lebih telitidan dapat memberikan pengetahuan kepada para pembaca. Oleh hal yang demikian, tajuk kajian telah berjaya diselesaikan atas kaedah yang telah digunakan oleh kumpulan pengkaji.


PERMAINAN TRADISIONAL DIDEFINISIKAN SEBAGAI PERMAINAN YANG DIWARISI SECARA TURUN-TEMURUN. PERMAINAN TRADISIONAL MERUPAKAN SATU JENIS HIBURAN YANG DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT PADA ZAMAN DAHULU UNTUK MEMANFAATKAN MASA LAPANG MEREKA DISEBABKAN TIDAK MEMPUNYAI MEDIA ELEKTRONIK YANG BOLEH MENGHIBURKAN MEREKA. PERMAINAN TRADISIONAL BOLEH DIMAINKAN DI MANA-MANA SAHAJA IAITU DI LAMAN ATAU DI DALAM RUMAH. KITA JUGA MENGETAHUI KEBANYAKAN PERMAINAN TRADISIONAL BOLEH DIMAINKAN SECARA BERKUMPULAN. SECARA TIDAK LANGSUNGNYA, KITA DAPAT MEWUJUDKAN INTERAKSI SOSIAL SERTA MERAPATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM ANTARA MASYARAKAT YANG MEMPUNYAI LATAR BELAKANG YANG BERBEZA DARI SEGI AGAMA, KEPERCAYAAN DAN CORAK KEHIDUPAN. DI SAMPING MEMBINA KEMAHIRAN SOSIAL, PERMAINAN TRADISIONAL JUGA MEMBERI MANFAAT FIZIKAL DAN MENTAL. SELAIN ITU, PERMAINAN TRADISIONAL MERUPAKAN SATU KEBIJAKSANAAN NENEK MOYANG KITA DAN PERKARA INI DAPAT MENCERMINKAN ASAL USUL RUMPUN SETIAP KAUM SAMA ADA MELAYU, CINA, INDIA DAN MASYARAKAT DI SABAH DAN SARAWAK. SETIAP KAUM MEMPUNYAI PERMAINAN TRADISIONAL YANG BERBEZA. OLEH ITU, DALAM KAJIAN INI, PENGKAJI AKAN MENDALAMI LEBIH LANJUT BERKENAAN PERMAINAN TRADISIONAL YANG TERDAPAT DI MALAYSIA. Pengenalan: PERMAINAN TRADISIONAL


PERMAINAN TRADISIONAL DI MALAYSIA DAN JENIS PERMAINAN TRADISIONAL Malaysia dikenali sebagai satu negara yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai pelbagai budaya masing-masing yang sering menjadi corak tarikan Malaysia.Sebagai contoh, permainan tradisional yang terdapat di Malaysia terdiri daripada Melayu,Cina,India dan Sabah Sarawak. Jenis permainan tradisional yang terdapat di Malaysia dibahagikan kepada dua jenis iaitu permainan anjung dan permainan laman.Permainan anjung merupakan permainan mudah dan memerlukan pengerakan yang terbatas dengan contohnya batu Seremban dan congkak. Manakala,permainan laman merupakan permainan yang memerlukan kawasan yang luas, pergerakkan yang lincah dan aktif seperti sepak raga.


KEBANGGAAN ASET BUDAYA MALAYSIA DAYA TARIKAN YANG SIGNIFIKAN DALAM INDUSTRI PELANCONGAN Kepentingan Permainan Tradisional MENGUKUHKAN HUBUNGAN MASYARAKAT KITA YANG TERDIRI DARIPADA BERBILANG KAUM DIJADIKAN SEBAGAI HIBURAN KEPADA MASA LAPANG Ia merupakan satu warisan budaya masyarakat. Hal ini kerana permainan tradisional telah melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa yang didapati dalam kalangan masyarakat Malaysia.Lantasnya , permainan tradisional telah dikenali sebagai satu seni budaya yang amat unik dan terunggul. Hal ini kerana, permainan tradisional mempunyai corak budaya kita yang berwarna-warni dan gemar dihayati oleh pelancong di luar negara.Tamsilnya, permainan tradisional mempunyai kelebihan untuk menarik tarikan pelancong asing dan menjadi satu keistimewaan terhadap mereka. Hal ini kerana kebanyakkan permainan tradisional akan melibatkan penglibatan lebih daripada dua orang pemain dan sering dimain secara berkumpulan.Terdapat juga pertandingan permainan tradisional yang sering dianjurkan oleh pihak sekolah atau pihak kerajaan untuk menarik minat generasi muda untuk menyertainya.Oleh hal yang demikian,murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum akan bekerjasama untuk mencapai kemenangan dalam pertandingan tersebut dan perpaduan dapat diwujudkan. Hal ini kerana permainan tradisional merupakan aktiviti yang berkhasiat untuk mengisi masa lapang.Hal ini disebabkan permainan tradisional dapat menghiburkan seseorang kerana permainan ini menyeronokkan dan dapat mengurangkan stress yang dihadapi oleh seseorang.Oleh itu, permainan tradisional merupakan aktiviti yang sangat berfaedah kepada masyarakat.


PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU Permainan Congkak Permainan Wau Permainan Gasing


Permainan Tradisional Masyarakat Melayu Permainan Congkak Melalui sejarah, kita dapat mengetahui bahawa nama congkak diambil daripada perkataan Melayu lama iaitu congak.Congkak merupakan permainan mancala tertua yang ditemui di Roman Mesir pada abad ke-4 Masihi.Kemudian, congkak berjaya diperkenalkan oleh pedagang Arab pada abad ke-15 dan congkak telah berjaya disebar ke seluruh Tanah Melayu dengan bermulanya daripada Negeri Melaka.Selepas itu, congkak menjadi satu permainan yang digemari oleh masyarakat Melayu Jawa dan India peranakan.Congkak dikenali sebagai “dakon batu” di Jawa dan digunakan dalam upacara keagamaan. Reka bentuk congkak terdiri daripada papan congkak dan buah congkak.Bahan yang digunakan untuk menghasilkan papan congkak ialah kayu yang berbentuk sampan dan terdapat 5 hingga 7 lubang yang berada dalam papan tersebut yang dikenali sebagai “ kampung” manakala di hujung lubang dikenali sebagai “ rumah”.Papan congkak mempunyai size panjang 80cm dan lebar 18cm dan setiap “kampung” wajib diisi 7 biji guli sebelum memulakan permainan.


Dalam permainan congkak, hanya dua orang sahaja yang terlibat sebagai pemain dan akan dimainkan secara serentak pada permulaan.Cara untuk bermain congkak ialah buah congkak diambil dan dimasukkan ke dalam setiap “kampung’’ mengikut arah pusingan jam dan akan berlanjutan sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong ataupun dikenali sebagai mati.Selepas itu, pemain yang belum mati akan meneruskan permainan secara berterusan dan pemain akan bergilir-gilir bermain sehingga buah mereka mati. Semasa dalam permainan, pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya manakala yang menang akan memulakan permainan selanjutnya dengan mempunyai kelebihan dalam giliran seterusnya. Setelah habis permainan ,pemain yang tidak cukup buah untuk mengisi satu lubang dianggap sebagai kalah dalam permainan tersebut . CARA UNTUK BERMAIN CONGKAK DOUBLE CLICK UNTUK MENONTON VIDEO INI


PERMAINAN WAU SELAIN ITU , PERMAINAN TRADISIONAL YANG POPULAR DALAM KALANGAN KAUM MELAYU IALAH PERMAINAN WAU. MELALUI SEJARAH, KITA DAPAT MENGETAHUI NAMA “WAU” BERASAL DARIPADA PERKATAAN THAILAND. KEMUDIAN, WAU BERJAYA DIPOPULARKAN OLEH KAUM MELAYU DAN SIAM DI NEGERI PANTAI TIMUR.DALAM CATATAN TUN SERI LENANG , KITA DAPAT MENGENALI KISAH WAU DENGAN LEBIH TELITI.APABILA WAU DIBAWA KEPADA PANTAI BARAT , IA SUDAH DIGELAR SEBAGAI “ LAYING-LAYANG” OLEH PENDUDUK TEMPATAN.SALAH SATU FAKTOR NAMA ‘WAU’ DIBERI IALAH DISEBABKAN BUNYI UNSUR YANG DIIKAT PADA WAU DAN BUSUR ITU MENGELUARKAN BUNYI “ WAU” SECARA BERIMA. DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU, WAU YANG POPULAR IALAH WAU BULAN.REKA BENTUK IALAH MENYERUPAI BULAN SABIT PADA BAHAGIAN HADAPAN DAN MEMPUNYAI EKOR BERBENTUK SEPARA BULATAN PADA BAHAGIAN BELAKANG.WAU BERSAIZ PANJANG 2.5 METER DAN TINGGI 3.5 METER.SEMASA KITA MEMBUAT BANDINGAN TERHADAP WAU, KITA MENDAPATI SAIZ WAU BULAN ADALAH TERBESAR BERBANDING SAIZ WAU LAIN .DALAM PROSES PEMBUATAN WAU, PEMILIHAN WARNA YANG TERANG DAN CORAK YANG BESAR MENJADI ASAS DALAM PEMBUATAN WAU DAN DAN BERTUJUAN UNTUK MENYERLAHKAN CORAK PADA WAU SELEPAS SIAP DIBENTUK.SELAIN WAU BULAN ,JENIS WAU LAIN YANG KITA BOLEH LIHAT WAU MERAK, WAU JALA BUDI, WAU KUCING, WAU DODO HELANG, DAN BANYAK LAGI.SELEPAS SIAP DIPERBUAT, TALI YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGIKAT WAU IALAH TALI TANGSI. DALAM PERMAINAN WAU, KITA MENDAPATI BIASANYA WAU DIMAINKAN OLEH DUA ORANG IAITU PEMEGANG WAU DAN PEMEGANG TALI ATAU DIKENALI SEBAGAI JURU ANJUNG.WAU JUGA MEMPUNYAI TEKNIK SEMASA BERMAIN YANG DIKENALI SEBAGAI TEKNIK PELANCARAN IAITU PELANCARAN JARAK DEKAT DAN PELANCARAN JARAK JAUH.KAWALAN TERHADAP WAU PERLULAH KEMAS ANGGAR TALI TIDAK AKAN PUTUS KERANA TIUPAN ANGIN YANG TIDAK MENENTU DAN KENCANG.JUSTERU ITU ,PEMAIN PERLU PANDAI MENGGULUNG TALI AGAR WAU TIDAK JATUH.DALAM PERTANDINGAN MENCIPTA WAU, TERDAPAT BEBERAPA UNSUR UNTUK MENENTUKAN PEMENANG IAITU WAU YANG MEMPUNYAI BENTUK, CORAK CIPTAAN, WARNA, KEASLIAN CIPTAAN DAN UKURAN YANG MENEPATI SYARAT PERMAINAN PEMAIN JUGA PERLU SALING MEMUTUSKAN TALI WAU DALAM PERMAINAN WAU LAGA.UNTUK MEMUDAHKAN TALI DIPOTONG, TALI WAU KEBIASAANNYA AKAN DISALUT DENGAN KACA HALUS.


PERMAINAN GASING DI SAMPING ITU,SALAH SATU PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU IALAH GASING. BERDASARKAN SEJARAH , KITA MENGETAHUI GASING BERASAL DARI MEKAH PADA 450 MASIHI.PADA MASA ITU GASING DIBAWA OLEH PEDANGANG ARAB YANG DATANG KE MELAKA BERJAYA MENYEBAR KE SELURUH NEGERI-NEGERI MELAYU ATAS KEUNIKKANNYA.DALAM SEJARAH, IA MENGATAKAN BAHAWA PERKATAAN GASING BERASAL SINGKATAN PERKATAAN KAYU IAITU ‘KA” DAN PUSING ‘SING’.KEMUDIAN, NAMA “KASING” BERTUKAR KEPADA NAMA “GASING” YANG DIGUNAKAN SEKARANG DISEBABKAN PEREDARAN MASA. GASING SEBENARNYA BERASAL DARI PERMAINAN BUAH BEREMBANG YANG BENTUKNYA SEAKAN GASING.PENCIPTA GASING BERJAYA MENIMBUL ILHAM UNTUK MEMBENTUK PERMAINAN INI DENGAN MENGGUNAKAN KAYU. CARA UNTUK MEMBUAT GASING IALAH MESTILAH MENGGUNAKAN DARIPADA KAYU YANG BERKUALITI TINGGI. REKA BENTUK GASING MESTI BERBENTUK BULAT DENGAN GARIS TENGAH YANG BERVARIASI.DALAM BAHAGIAN BAWAH AKAN DIREKA AGAK BERBUCU MANAKALA BAHAGIAN ATAS BERBENTUK SEDIKIT KELUAR UNTUK MELILIT TALI.TALI UNTUK PERMAINAN GASING DIPERBUAT DARIPADA KULIT KAYU DAN CONTOH KAYU YANG DIGUNAKAN IALAH KAYU WARU DAN TAMBERAN .ANTARA JENIS GASING IALAH GASING URI, GASING TANJUNG, GASING LEPER KELANTAN, GASING TOYOL, GASING LANG LAUT, GASING JANTUNG, GASING GAMELAN DAN GASING KUNO GASING MERUPAKAN SATU PERMAINAN YANG MELIBATKAN SEMUA LAPISAN MASYARAKAT .GASING SERING DIMAINKAN OLEH DUA ORANG YANG DIGELAR GANTI ALU ATAU BEREGU YANG DIGELAR SERAJE.GASING MEMPUNYAI LIMA LANGKAH UNTUK BERMAIN DALAM PERMAINAN IAITU MELILIT TALI,MELILIT GASING,MEMUSINGKAN GASING,MEMANGKAH GASING DAN MENGANGKAT GASING


DOUBLE CLICK UNTUK MENONTON VIDEO CARA MEMBUAT WAU CARA BERMAIN GASING


PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA Permainan XiangQI Permainan Mahjong Permainan Yoyo Cina


Permainan XiangQI Xiang Qi merupakan permainan papan cina yang hanya boleh dimainkan oleh dua pemain sahaja.Xiang Qi sebenarnya dikategorikan sebagai satu keluarga dengan catur.Ia juga diberi nama Catur Cina disebabkan bentuk kini berasal dari China.Permainan sebenarnya didapati telah bermula dimainkan iaitu seawall abad ke -4 selepas Masihi di China dan kini telah berjaya disebarkan ke seluruh dunia dengan menjadi salah satu permainan papan yang popular. Dalam Xiang Qi, ia mempunyai ciri-ciri sendiri yang menunjukkan keistimewaannya seperti pergerakan Meriam atau dikenali sebagai unik “ pao’ ,peraturuan yang melarang panglima iaitu merupakan “raja” dalam catur untuk bertemu dalam garisan yang sama .Sesetengah pergerakan buah catur juga dihadkan disebabkan mempunyai “sungai” dan “istana” dalam Catur Cina. Dalam sejarah telah mencatatkan Xiang Qiberasal dari zaman purba China iaitu kirakira tahun 569 sebelum Masihi yang merupakan zaman masyarakat feudal.Xiang Qi ataupun dikenali catur Cina telah dicatat secara rasminya semasa muncul tentang latar belakangnya merupakan negeri-negeri pada Zaman berperang di China ketika itu.Selain digelar sebagai Catur Cina, Xiang Qi juga mempunyai nama yang lain iaitu ‘Xiangxi’ atau “Ju Zhong Xi” yang berevolusi dari sejenis judi sebelum Dinasti Qin dan sejenis Catur Enam yang popular pada penghujung Zaman Berperang Chunqiu pada tahun 770 sebelum Masihi hingga tahun 476 sebelum Masihi.


DOUBLE CLICK UNTUK MENONTON VIDEO Dasar-dasar Permainan Xiang QI


Permainan Mahjong Selain itu ,salah satu permainan tradisional yang digemari oleh masyarakata Cina ialah mahjung.Menurut sejarah, permainan mahjong mempunyai beberapa mitos yang dapat menceritatkan asal usulnya. Mitos yang pertama menyatakanbahawa permainan ini dibangunkan oleh Kongzi,seorang pemikir Cina teragung pada 500 Sebelum Masihi.Kemunculan mahjong ialah disebabkan berkaitan dengan penjelajahan beliau untuk menyebarkan ajarannya kepada raja-raja yang ada dalam negeri Tionghua. Dalam mahjong, terdapat tiga biji buah naga yang meramalkan tiga nilai yang diturunkan dalam ajaran tersebut iaitu Zhong yang disebut “ tengah” dengan berwarna merah yang melambangkan kemurahan hati,Fa yang disebut harfiah kemakmuran dengan berwarna hijau yang melambangkan kejujuran dan Bai yang disebut harfiah putih yang berwarna putih yang melambangkan taat kepada ibu bapa.Namun demikian,kesahihkan muasal ini gagal disahihkan disebabkan kekurangan bukti yang mencukupi.Mitos ini juga mendakwa bahawa Confucius menggemari burung yang mungkin menjelaskan nama “ Mahjong” disebabkan nama mahjong diperoleh daripada “Ma Que” iaitu burung pipit dalam Bahasa Cina.Bagaimanapun, tiada bukti kewujudan mahjong sebelum era Taiping pada kurun ke-19 yang mengenepikan Confucius sebagai pencipta yang mungkin namun kesahihan cerita masih diragui.Dakwaan ini berkemungkinan menyebabkan cerita ini diragui kebenarannya.


Manakala mitos yang kedua menyatakan bahawa permainan tersebut dimajukan daripada kad dan permainan domino Cina sekitar tahun 1850. Hal ini dipercayai oleh ramai sejarahwan disebabkan terdapat satu jenis permainan kad Cina yang disebut sebagai “Ma Diao” atau “Ma Tiae” yang digelar sebagai kuda gantung atau nama lain iaitu “Yezi” yang bermaksud daun pada awal zaman Dinasti Ming.Berdasarkan sejarah, kita megetahui bahawa permainan ini dimainkan dengan 40 keping kad yang mempunyai penampilan serupa dengan kad-kad yang digunakan dalam permainan Ya Pei.Dalam permainan ini,40 keping kad akan dinomborkan dari 1 hingga 9 dalam empat buah sut berbeza bersama-sama empat keping kad bunga tambahan yang mempunyai persamaan dengan penomboran buah mahjong masa kini. Oleh itu, masih wujud perdebatan sihat yang mengenai siapa pencipta mahjong. DOUBLE CLICK UNTUK MENONTON VIDEO CARA BERMAIN MAHJONG


PERMAINAN YOYO CINA DI SAMPING ITU ,YOYO CHINA JUGA MERUPAKAN SATU PERMAINAN TRADISIONAL YANG POPULAR DALAM KALANGAN MASYARAKAR CINA. PERMAINAN BERASAL GANDAR YANG PANJANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHUBUNGKAN DUA CAKERA YANG BERSAIZ SAMA.KEMUDIAN YOYO CINA AKAN SENTIASA BERPUSING PADA TALI YANG DIIKAT PADA DUA BATANG KAYU KECIL DAN PEMAIN AKAN MEMEGANG HUJUNG KEDUADUA KAYU DAN MENGIMBANGINYA UNTUK MENGELAKKAN JATUH. MENURUT SEJARAH, PERMAINAN BERMUNCUL DARIPADA DINASTI MING YANG SEKITAR TAHUN 1386 HINGGA TAHUN 1644 SELEPAS MASIHI. PADA KETIKA ITU,YOYO YANG TRADISIONAL AKAN DIPERBUAT MENGGUNAKAN BULUH TETAPI MUDAH PATAH.TERDAPAT JUGA SEETENGAH APABILA YOYO CINA YANG DIMASUKKAN ALAT YANG MENGHASIKAN BUNYI BERPUSING DENGAN LAJU AKAN MENARIK PERHATIAN PENONTON.BUNYI TERSEBUT JUGA MEMBAWA SATU KELEBIHAN IAITU KELAJUAN YOYO DAPAT DIIMBANGI OLEH PEMAINNYA MELALUI BUNYI YANG DIHASILKAN.PADA ZAMAN SEKARANG PULA M YOYO-CINA DIHASILKAN DARIPADA PLASTIC UNTUK MENAMBAH DAYA TAHAN. NAMUN DEMIKIAN,TONGKAT TETAP MENGGUNAKAN KAYU KERAS SEBAGAI BAHAN UTAMA, KOS YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGHASILKAN YOYO CINA LEBIH MURAH APABILA MENGGUNAKAN KAYU DAN SESUAI KEPADA PEMULA.TETAPI JUGA TERDAPAT TONGKAT YANG DIPERBUAT DARIPADA ALUMINIUM,LUCITE,KARBON LOGAM DAN FIBREGLASS.SEBAB FIBREGLASS DIPILIH MENJADI TONGKAT IALAH DISEBABKAN SIFATNYA YANG RINGAN DAN KUAT MANAKALA LOGAM DAPAT MENAWARKAN SIFAT RINGAN TANPA MENGURANGKAN KEKUATAN DAN MERUPAKAN PILIHAN BAIK BAGI MEREKA YANG INGIN MELAKUKAN “HIGH STRESS WHIPS” DAN TRIK-TRIK YANG LAIN. DALAM PERMAINAN YOYO CINA, IA JUGA DIGELAR SEBAGAI DIABOLO DISEBABKAN MEMERLUKAN PEMAINNYA MEMEGANG STIK KAYU YANG DIIKAT DENGAN TALI NILON DENGAN MENGGUNAKKAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN.FUNGSI STIK KAYU IALAH SEBAGAI ALAT UNTUK MENGGERAKKAN TALI NILON MENGIKUT CARA YANG DIKEHENDAKI.SEMASA BERMAIN, PEMAIN HARUS MENGIMBANGI YOYO UNTUK MENGGELAKKANNYA DARIPADA JATUH DAN MEMUTARKANNYA DIABOLO DENGAN LAJU DEMI MELAKUKAN PELBAGAI JENIS AKSI YANG MENARIK.DIABOLO YANG BERAT SERING MENJADI PILIHAN KEPADA PEMAIN YANG HANDAL UNTUK MELAKUKAN PELBAGAI AKSI BERBANDING DIABOLO YANG RINGAN ATAS SEBAB WALAUPUN MUDAH DIIGUNAKAN TETAPI PUTARANNYA HANYA SEKTIKA SAHAJA.DIABOLO SENANG DIPELAJARI OLEH PEMULA TETAPI MENGAMBIL MASA YANG PANJANG UNTUK MEMAHIRINYA.


DOUBLE CLICK UNTUK MENONTON VIDEO Teknik untuk Bermain YOYO Cina


P E R M A I N A N T R A D I S I O N A L K A U M I N D I A Permainan Kabaddi mula dimainkan oleh tentera British pada tahun 2004 salah satu permainan tradisional masyarakat india yang dikenali ramai PERMAINAN KHO-KHO Issue 11.11| March 2021


Kho-kho berasal dari Maharashtra iaitu menggunakan kereta kuda dalam pemaianannya. Kho-kho merupakan pengubahsuaian daripada satu permainan iaitu “lari dan kejar”. Kebaikkan Kho-kho ialah dapat membangunkan sifat-sifat seperti ketaatan dan disiplin yang baik. Reka bentuk Kho-kho terdiri daripada 8 kotak yang terdapat di padang permainan manakala cara bermainnya ialah permainan ini mempunyai 12 orang pemain yang akan dibahagikan kepada dua giliran dan mereka akan menyentuh pihak lawan dengan menggunakan tapak tangan. Permainan KhoKho GALLERY Issue. 1


PERMAINAN KAUM INDIA KABADDI PERMAINAN KABADDI Sejarah telah mencatatkan bahawa Kabaddi merupakan permainan yang terkenal di selatan asia dan merupakan permainan bangsa Bangladesh dan di Tamik Nadu. Kabaddi mula dimainkan oleh tentera British pada tahun 2004. Kabaddi akan dibentuk dalam 2 pasukan dan juga melibatkan pemain simpanan yang seramai 5 orang. pemainan Kabaddi akan berlangsung selama 20 minit dalam Charurangga Sejarah. Permainan ini mula berkembang di India pada abad ke-6. Kabaddi menggunakan simulasi permainan perang memperlihatkan kekuatan strategi Reka bentuk


kabaddi Kho-Kho Permainan tradisional kaum India


PERMAINAN TRADISIONAL SABAH DAN SARAWAK EXCLUSIVE MAGAZINE NYUMPIT MIPULOS May 2032 SEPAK MANGGIS DIADAKAN SEMASA KERAIAN Tibow BERASAL DARI SABAH 12 PEMAINAN TRADISIONAL YANG POPULAR DALAM KALANGAN MASYARAKAT SABAH DAN SARAWAK


SEPAK MANGGIS CARA BERMAIN berasal dari Sabah dan diwarisi oleh masyarakat Kadazan Dusun ,Tindai dan Bajau secara turun-temurun Permainan Tradisional Sepak Manggis Sepak maggis kerap diadakan semasa keraian seperti majlis perkahwinan. Reka bentuk sepak manggis dibentuk dengan memerlukan satu tiang yang setinggi 25 kaki dan bahan untuk membuat tiang ialah buluh. Satu kotak yang berisi hadiah lumayan serta dihiasi berwarna-warni dan akan digantung pada titik tertinggi buluh. Bola yang digunakan ialah diperbuat daripada rotan. Permainan ini akan dimain dengan cara bola yang diperbuat daripada rotan akan ditendang ke arah kotak tersebut.


PERMAINAN TRADISIONAL 01 t i b o w Tibow atau juga dinamakan Pisa Tibow merupakan permainan tradisional yang diwarisi di Sarawak dan akan bermain ketika menyambut musim buah. Tujuan Tibow ialah untuk bersuka ria serta pesta mencari jodoh. Reka bentuk terdiri daripada 2 tiang kayu yang setinggi 30 kaki demi pembinaan tiang tibow.Hal ini kerana beberapa tiang sederhana akan digunakan sebagai tangga rak dalam permainan tersebut. Penghayun akan diperbuat menggunakan rotan sega dan daun muda. Dalam permainan tibow, penghayun akan dihayunkan dan setiap peserta akan melompat ke arah penghayun itu.


0 3 nyumpit ialah sejenis peralatan memburu atau berperang yang digunakan oleh masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak pada zaman dahulu.Tetapi, sumpitan ini dilarang untuk digunakan dalam manusia demi pembunuhan satu sama lain.Reka bentuk nyumpit diperbuat daripada kayu dengan berbentuk tongkat panjang yang mempunyai lubang kecil atas ukuran 8mm bertujuan memasukkan anak sumpitan. Selepas itu, sebuah mata tombak menyikat erat dengan sumpit pada hujung. PERMAINAN NYUMPIT


Mipulos atau lebih diingati sebagai gusti tangan.Mipulos akan diadakan sempena perayaan pesta keamatan peringakat negeri Sabah dan akan dilaksanankan selepas menuai padi. PERMAINAN MIPULOS setiap peserta akan bermain secara bersendirian dan akan bermain menggunakan tapak tangan. Pemain akan menggengam tangan pihak lawan secara merapatkan dengan tapak tangan pihak lawan. Kemudian siku harus sentiasa berada di atas pelabik siku sepanjang perlawanan dan akan dianggap kalah jika siku terlepas daripada pelapik siku manakala kaki pemain haruslah berada dalam keadaan yang bebas.


Sepak Manggis Tibow Issue. 1


PERMAINAN TRADISIONAL SABAH DAN SARAWAK Issue. 1 nyumpit mipulos


usaha pertama yang dapat mempromosikan permainan tradisional ialah melalui pengaruh ibu bapa. menemui kanak-kanak dengan memain permainan tradisional Pengenalan permainan tradisional dapat dicatat ke dalam kursus pelajaran sejak sekolah rendah. Apabila melanjut pelajaran ke sekolah menengah, pelajar boleh melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan permainan tradisional yang diadakan oleh pihak sekolah. Tindakan mempromosikan permainan tradisional melalui media massa sama ada media social atau media elektronik dapat memberi bantuan yang hebat. Permainan tradisional akan menjolak mata orang awam dan akan menarik minat mereka. pihak kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen secara besar-besaran di peringkat negeri dan kebangsaan. Pihak kerajaan boleh memperkenalkan program yang bertemakan permainan tradisional agar rakyat menyertainya dan mengetahui kepentingannya. PIHAK IBU BAPA MEDIA MASSA PIHAK SEKOLAH PIHAK KERAJAAN CARA MENGEKALKAN WARISAN PERMAINNAN TRADISIONAL


KESIMPULANNYA, PERMAINAN TRADISIONAL MERUPAKAN SATU ASET ATAU KHAZANAH YANG PENTING KEPADA RAKYAT MALAYSIA. HAL INI SUDAH JELAS BAHAWA MALAYSIA TERDIRI DARIPADA BERBILANG KAUM YANG MEMPUNYAI KEUNIKAN SENDIRI DALAM KAUM MASING-MASING. OLEH HAL YANG DEMIKIAN, MASYARAKAT YANG TERDIRI DARIPADA KAUM YANG BERBEZA HARUSLAH BERUSAHA UNTUK MEMELIHARA DAN MEWARISKAN PERMAINAN TRADISIONAL IALAH SATU PERANAN YANG PENTING IAITU PERLU DILAKSANANKAN OLEH SETIAP MASYARAKAT DI TANAH AIR. MELALUI USAHA YANG DILAKUKAN UNTUK MENGEKALKAN PERMAINAN TRADISIONAL, SITUASI YANG MELENYAPKAN PERMAINAN TRADISIONAL AKAN SEMAKIN NIPIS DAN BERPELUANG UNTUK DISENTUHI OLEH GENERASI YANG AKAN DATANG. KESIMPULAN KUMPULAN 5 PERMAINAN TRADISIONAL ASSIGNMENT NATIONHOOD


Sumber Rujukan FAIZAH. (2016, DECEMBER 5). 10 PERMAINAN TRADISI YANG PATUT DIMAINKAN SEMULA BERSAMA ANAK. SIRAPLIMAU.COM. HTTPS://SIRAPLIMAU.COM/PERMAINAN-TRADISIRAKYAT-MALAYSIA/ RAIEH, R. M. (2022, MAY 11). KENALI PERMAINAN TRADISIONAL YANG POPULAR SATU KETIKA DAHULU. PELAJAR WAJIB TAHU INI! SINAR BESTARI. HTTPS://SINARBESTARI.SINARHARIAN.COM.MY/KOMUNITI/KENALI-PERMAINANTRADISIONAL-YANG-POPULAR-SATU-KETIKA-DAHULU-PELAJAR-WAJIB-TAHU-INI/ SELVANATHAN, K. (2014, JANUARY 13). KEBUDAYAAN KAUM INDIA: PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA. KEBUDAYAAN KAUM INDIA. HTTP://TRENDYPINKYGIRL.BLOGSPOT.COM/2014/01/PERMAINAN-TRADISIONAL-KAUMINDIA.HTML AMMAL. (2010, AUGUST 15). KEPELBAGAIAN BANGSA MALAYSIA - 1 MALAYSIA: PERMAINAN TRADISIONAL DI MALAYSIA. KEPELBAGAIAN BANGSA MALAYSIA - 1 MALAYSIA. HTTP://AMMAL90.BLOGSPOT.COM/2010/08/PERMAINAN-TRADISIONAL-DIMALAYSIA.HTML SEVA. (2012, NOVEMBER 3). BMSEVASPM: USAHA MENGEKALKAN PERMAINAN TRADISIONAL. BMSEVASPM. HTTP://BMSEVASPM.BLOGSPOT.COM/2012/11/USAHAMENGEKALKAN-PERMAINAN-TRADISIONAL.HTML ZAINAFSIAH. (2011, SEPTEMBER 3). BLOG CIKGU ZAINAFSIAH: KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL. BLOG CIKGU ZAINAFSIAH. HTTP://ZAIZAK69.BLOGSPOT.COM/2011/09/KEPENTINGAN-PERMAINANTRADISIONAL.HTML BENECULTURE. (2018, MAY 6). 5 PERMAINAN TRADISIONAL DARI CINA. BENE CULTURE - KUMPULAN BUDAYA YANG UNIK DAN MENARIK. HTTPS://BENECULTURE.WORDPRESS.COM/2018/05/07/5- HERANI ISMAIL SUKI. (1979). PERMAINAN TRADISIONAL. BAHAGIAN KEBUDAYAAN, KEMENTERIAAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN. MOHD. ARIFF ABU BAKAR. (1989). PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU. SAMA PUBLICATIONS. EUIS KURNIATI. (2016). PERMAINAN TRADISIONAL DAN PERANNYA DALAM MENGEMBANGKAN KETERAMPILAN SOSIAL ANAK. KENCANA.


Click to View FlipBook Version