GROUP 6
AHLI KUMPULAN
1. FARISHA BINTI SAPIAN (292382)
2. THEEN LI ER (292334)
3. NUR SYAKIRAH BT MOHD
SAMSUDIN (292268)
4. CHONG HUI YEE (292224)
5. BOEY XIN YI (292259)
6.HAIRUN JAMIRAH BINTI PREM
NAVAZ (292260)
7.NOR ALYAA BINTI MALZATUL
HAZAN (292256)
8.AIDA SOFIYAH BINTI ROSLI (292207)
9.SIM PEI YENG (292326)
)10. OOI MU KENT (292151
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN 1
LATAR BELAKANG 2
OBJEKTIF KAJIAN 3
METODOLOGI KAJIAN 4
TEKS UTAMA 5-22
KESIMPULAN 23
RUJUKAN 24-25
REFLEKSI 26-27
PENGENALAN
Warisan ketara dan tidak ketara merupakan dua perkara yang juga wujud
dalam aspek tradisional. Usaha--usaha penyeliaan menjadi semakin
meningkat dan usaha ini diberi keutamaan dari semasa ke semasa untuk
mencapai matlamat yang ditetapkan dan mengekalkan warisan negara
serta cabaran juga meningkat.
Warisan ketara melibatkan sesuatu yang boleh dipegang sama ada
ia tidak boleh bergerak atau mudah alih dan boleh dilihat. Warisan
tidak ketara pula melibatkan tarian tradisional yang dibincangkan
dalam kajian ini. Perkara yang tidak ketara bermaksud sesuatu gerak
geri manusia yang boleh disentuh, didengari, dilihat dan dihidu.
Tarian tradisional merangkumi cara hidup yang unik dan seni tarian yang
menunjukkan pelbagai perbezaan terutamanya dari segi pakaian, bahasa
badan, muzik dan sebagainya. Oleh itu, tarian boleh didefinisikan secara ringkas
sebagai tarian yang menunjukkan gerakan badan serta kaki yang seiring dengan
rentak muzik.
1
2.0 LATAR BELAKANG
Tema yang berkaitan adalah kepada warisan tak ketara di mana
warisan tersebut adalah tarian tradisional. Warisan adalah sesuatu
peninggalan yang ditinggalkan oleh pewaris kepada ahli waris
ataupun apa–apa amalan dan cara hidup yang amalkan oleh
segolongan masyarakat.
Tarian pula boleh didefinisikan sebagai satu seni tari dengan
gerakan tubuh badan yang mengikut rentak muzik yang dimainkan.
Manakala, tarian tradisional pula merupakan sejenis seni gerak yang
memerlukan gerakan tubuh badan yang diiringi oleh unsur–unsur
keindahan.
Skop penulisan yang terlibat adalah Pada masa yang sama, penghasilan
dalam kalangan masyarakat Malaysia majalah ini diharapkan dapat memberi
mengikut kaum. Malaysia adalah kesedaran terhadap kepentingan untuk
masyarakat yang berbilang bangsa, mengekalkan warisan terhadap tarian
budaya serta bahasa di mana perbezaan tradisional. Antara jenis–jenis tarian yang
ini membawa kepada amalan diluputi adalah seperti tarian Mak Yong,
kebudayaan yang berbeza. Penulisan Zapin, Menora, Kuda Kepang dan
majalah ini adalah dengan tujuan untuk sebagainya.
memperkenalkan jenis–jenis tarian Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada
tradisional yang menjadi warisan pelbagai kaum menyumbang kepada
sehingga ke hari ini dalam masyarakat wujudnya pelbagai warisan dan ia menjadi
Malaysia mengikut kaum. Selain itu, tradisi sehingga ke hari ini. Kajian ini
dapat memahami asal–usul atau latar diharapkan agar dapatmemberi kesedaran
belakang tarian tradisional mengikut kepada generasi yang akan datang tentang
kaum di Malaysia serta mendedahkan kepentingan untuk memelihara warisan
keistimewaan dan kewarisannya. yang menjadi identiti keunikan sesebuah
kaum.
2
Mengenal pasti jenis- Mengkaji asal usul atau
jenis tarian tradisional latar belakang tarian
yang menjadi warisan
tradisional dalam
sehingga ke hari ini masyarakat Malaysia.
dalam masyarakat
Malaysia.
OBJEKTIF
KAJIAN
Mengkaji keistimewaan Menjelaskan
dan kewarisan tarian kepentingan untuk
mengekalkan warisan
tradisional yang
terdapat di Malaysia. terhadap tarian
tradisional.
3
METODOLOGI KAJIAN
1.Cara Mendapatkan Maklumat
Penggunaan SumberSekunder
# Buku-buku Rujukan
# Majalah
# Kamus
# Surat Khabar Online
# Sumber Internet
2.Cara Memproses dan Mempersembahkan Data
Data-data yang dikumpul melalui sumber
sekunder akan dipersembahkan dalam bentuk
penulisan iaitu melalui perisian komputer
dengan menggunakan Microsoft Word.
4
Your paragraph text
Tarian ini dicipta pada 1644 dan dinamakan “yang
disayangi”. Persembahan tarian ini dimulakan dengan
sepuluh penari berpakaian tradisi dan seorang primadona
iaitu Puteri Asyik. Persembahan ini juga diiringi oleh
orkestra yang terdiri daripada sebelas alat muzik seperti
gedombak asyik, gambang dan rebab. Tarian ini berasal
dari tarian istana, namun sekarang tarian ini menjadi
hiburan pada perayaan atau majlis perkahwinan
masyarakat.
5
Tarian Mak Yong
T a r i a n M a k Y o n g b e r
a s a l d a r i P a t a n i d a n
dibawa ke Kelantan lebih 200 tahun dahulu.
Selepas itu, tarian ini berkembang ke negeri-
negeri lain. Tarian ini dicipta oleh makhluk
dinamakan Semar. Persembahan tarian ini
dipertontonkan oleh semua orang tak kira
raja atau rakyat bagi menghormati semangat
padi, sebagai tanda berterima kasih untuk
menuai dan merawat penyakit. Pergerakan
dalam tarian ini mengikut rentak muzik
tradisional yang dimainkan dan penari
memakai pakaian yang berhias cantik.
6
TARIAN ZAPIN
Tarian zapin ialah satu jenis tarian
tradisional dari zaman dahulu. Tarian ini
merupakan satu jenis tarian rakyat
tradisional dilakukan oleh kaum Melayu
seperti di negara Jawa, Indonesia, Thailand,
dan Malaysia. Bagi negara Malaysia, ia lebih
terkenal di negeri Johor. Tarian ini biasanya
dipersembahkan oleh kaum lelaki sahaja
namun setelah tarian ini berkembang dengan
meluas di setiap negeri maka tarian ini mula
ditarikan secara berpasangan di antara lelaki
dan perempuan dengan mempersembahkannya
yang melambangkan sifat-sifat diri golongan
tersebut. Selain itu, para penari perlu
memakai pakaian tradisional iaitu berbaju
melayu bagi lelaki dan berbaju kurung atau
sarung kebaya bagi perempuan. tarian ini
menpunyai struktur utama yang terbahagi
kepada 3 bahagian iaitu taksim, ragam kopak
dan wainab.
7
TARIAN JOGET
Tarian joget ialah satu jenis tarian tradisional
melayu yang dipopularkan di negeri Melaka.
Tarian ini didefinisi sebagai ronggeng yang
diambil daripada perkataan "Wrong Gang" kerana
ia ditarikan secara berpasangan iaitu lelaki dan
perempuan. tarian ini juga boleh ditarikan tidak
mengira peringat umur anatara kanak-kanak,
orang dewasa mahupun orang tua. seterusnya,
pemakaian bagi tarian joget adalah berbaju
melayu lengkap serta bersamping namun bagi
perempuan pula, mereka perlu memakai baju
kebaya yang agak sedikit labuh dan bersanggul
di atas kepala. Selain itu, cara persembahannya
adalah gerak kaki lebih penting berbanding
gerakkan tangan. bagi tempo tarian joget ialah
sederhana iaitu langkah 2/4 dan 3/8 untuk
pergerakkan lebih pantas.
8
Tarian
Menora
Tarian Menora merupakan
satu tarian tradisi
masyarakat Melayu sebelum
kedatangan Islam. Tarian ini
berasal dari zaman kerajaan
Melayu kuno di Segenting
Kra. Terdapat dua gaya
kecopong Melayu dengan
Menara Kecopong Siam adalah Kra Kecopong Melayu
mempunyai pom pom yang berbentuk bulat, telinga,
subang dan enam belas pakaian lengkap. Manakala,
Menara Kecopong Siam pula adalah tiada pom pom
namun bertingkat-tingkat dan tajam seperti pucuk
rebung seperti kecopong yang dipakai oleh maharaja-
maharaja Angkor.
9
Tarian Piring
Tarian Piring juga bergelar Tarian Piriang
merupakan tarian tradisi orang
Minangkabau di Negeri Sembilan yang
telah wujud lebih 800 tahun yang lalu.
Tarian ini dari Sumatera Barat
berkembang ke zaman Srivijaya dan lalu
perkembangan ke negeri-negeri Melayu
selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya
kepada kerajaan Majapahit. Tarian ini
dipersembahkan semasa upacara adat di
majlis perkahwinan sebagai hiburan.
Ketika melakukan tarian ini, peserta
memegang pinggan di tangan dan diiringi
alunan yang dimainkan oleh talempong
atau saluang. Tambahan pula, tarian ini
hanya disertai oleh penari yang
jumlahnya ganjil sahaja.
10
Tarian
dabus
Juga dikenali sebagai sebagai Tarian ini mengutamakan
kebolehan dan kehebatan penari
Tarian Pahlawan Perak yang - penari . Di samping itu, tarian
berasal dari negeri Perak. ini juga bertujuan sebagai
Tarian ini merupakan tarian hiburan dalam majlis - majlis
tradisional Melayu yang telah rasmi.
dikenali sejak hampir 300 tahun Pakaian yang terlibat semasa
yang lalu. persembahan tarian ini adalah
Tarian ini memerlukan penari dipilih oleh ketua kumpulan
untuk menggunakan anak dabus pada kebiasaannya.
iaitu sejenis senjata tajam seperti Namun, secara lazimnya, kanak -
keris,, pisau belati, kapak dan kanak akan memakai pakaian
sebagainya. Melayu berwarna hijau
Tarian ini berkait rapat dengan manakala hitam utuk golongan
kisah di mana cedera dan rasa dewasa bagi menunjukkan
kesakitan yang ditimpa oleh anak kepahlawanan.
dabus akan pulih setelah dijampi
oleh ketua kumpulan.
Pada asalnya, Dabus bukanlah sejenis tarian tetapi lebih kepada
seni mempertahankan diri. Justeru itu, Dabus adalah
berkonsepkan kepahlawanan.
Dabus secara zahirnya bukanlah tarian bercorak hiburan semata -
mata.
Tetapi sumbangan dan peranan dalam mempertahankan
kedaulatan serta mengbangkit martabat bangsa adalah cukup
bermakna.
11
Tarian Rodat
Merupakan tarian tradisional Struktur kumpulan rodat pada
kebiasaan adalah seperti berikut:
Melayu yang popular di negeri
Terengganu dan berakar umbi dari 9 orang pengadi
Timur Tengah. 12 orang pelenggok
Persembahan tarian Rodat 5 orang mak inang
adalah dengan nyanyian pantun Tetapi struktur bilangan tersebut
dan sajak sebagai hiburan dalam adalah tidak tetap di mana akan
majlis - majlis rasmi yang berubah mengikut kesesuaian satu
berkonsepkan fungsi sosial - satu majlis.
seperti perkahwinan, kenduri Bagi aspek pakaian pula, penari
musim menuai dan sebagainya. lelaki adalah berpakaian Baju Melayu
Tarian Rodat telah mengalami manakala bagi penari wanita adalah
perubahan dalam formasi berbaju Kurung atau Kebaya.
terhadap kumpulan penari pada Pada awal kemunculan tarian ini,
era 40-an soal pemakaian para pemain tidaklah
Pada asalnya, tarian ini hanya dititikberatkan.
dipersembahkan oleh lelaki namum Namun, perubahan masa telah
kini wanita juga dapat menyertai membawa kepada usaha
tarian ini sebagai watak mak menyeragamkan pakaian kumpulan
inang. rodat.
Tarian rodat telah menjelajahi era pertumbuhan, perkembangan
serta perubahan yang panjang. Oleh itu, keunikan rodat sukar
ditandingi terutamannya dengan tarian moden pada masa kini.
12
Tarian Sumazau
Di Sabah, terdapat satu tarian tradisional
kaum Kadazan-Dusun yang terkenal iaitu
Tarian Sumazau yang dipersembahkan
semasa Tadau Kaamatan iaitu Pesta
Menuai sebagai tanda penghargaan hasil
tuaian padi. Selain itu, tarian ini juga ditari
semasa majlis perkahwinan dan majlis rasmi
dengan mengikut rentak bersama bunyi
gong, gendang dan lain-lain alat muzik untuk
memeriahkan suasana. Tarian ini telah
menarik perhatian pelancong semasa
melawat di negeri Sabah. Dengan ini,
memperkukuhlah sektor pelancongan Sabah.
13
Tarian Runsai
Tarian Runsai merupakan tarian tradisional
bagi kaum Bajau dari Kota Belud.
Persembahan Tarian Runsai ini biasanya
dipersembahkan pada waktu malam dan
semasa majlis perkahwinan, kelahiran baru
bayi, majlis kesyukuran dan sebagainya.
Penari akan memakai pakaian yang
berwarni-warni dan persembahan ini
disembahkan tanpa mengiringi dengan
apa-apa muzik atau bunyi. Perkara yang
utama bagi persembahan ini adalah ‘kalang’
iaitu berbalas pantun antara penari lelaki
dan wanita dengan bahasa Bajau.
14
Tarian Kuda Kepang
Tarian Kuda Kepang merupakan tarian tradisional dari
Jawa yang berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama
Wali Songo. Beliau tinggal di Jawa pada abad ke-15 dan
sangat terkenal dengan tariannya. Wali Songo menari
tarian ini untuk mendekati penduduk di kawasan pedalaman
supaya mengembangkan ajaran Islam. Orang Johor yang
berketurunan Jawa sangat menggemari Tarian Kuda
Kepang. Tarian Kuda Kepang ini dipercayai oleh masyarakat
bahwa ia dikuasai oleh kuasa ghaib di mana pemain dan
penonton akan ditimpa buruk jika tidak mematuhi adat-adat
yang telah ditetapkan seperti upacara khas dan
sebagainya. Tarian Kuda Kepang ini bukan sahaja sebagai
hiburan di majlis perkahwinan dan hari perayaan, ia juga
mempunyaifungsi lain seperti merawati penyakit ganjil.
Penyakit ganjil seperti dirasuk hantu dan diresapi roh
orang mati. Kuda Kepang ini perlu diwarisi dengan baik dan
di tempat yang khusus sebagai tanda hormat kepada roh
kuda kepang.
15
Tarian Singa atas Tiang
Tarian singa adalah tarian tradisional Cina. Setiap
penari akan memakai kostum singa dan juga akan
menari seperti singa. Tarian singa ini diiring dengan
peralatan muzik tradisional seperti gong, gendang,
dentuman mercun yang membawa maksud tuah.
Antara asal usul terhadap tarian singa ini yang
terkenal adalah Kisah Singa dan Nian. Penduduk
berpura-pura menjadi singa dengan letupan mercun
dan sebagainya bagi menghalaukan Nian iaitu sejenis
mahkluk ganas. Dengan ini, mengulang tradisi ini
sebagai menghalau unsur jahat sehingga kini.
Biasanya, tarian ini dipersembahkan semasa
perayaan atau majlis rasmi untuk memeriahkan
suasana.
16
Tarian Bharatanatyam
Tarian Bharatanatyam
merupakan tarian tradisional
kaum India tertua dan
terkenal sejak 3000 tahun
dahulu. Ia berasal dari
bahagian selatan India, Tamil
Nadu dan dipersembahkan
oleh wanita-wanita yang
menumpukan seluruh
kehidupannya sebagai simbol
kesetiaan kepada Tuhan.
Tarian ini juga dikenali sebagai Sadir,
Chinnamelan dan Dasi Attam semasa
dahulu. Kemudian dinamakan
sebagai Bharatanatyam kerana
tarian ini mengandungi tiga elemen
iaitu ekspresi (Bhava), melodi (Raga)
dan ritma (Tala). Kelembutan dan
keunikan tarian ini telah digemari
oleh ramai penonton
17
Tarian Ngajat
Tarian Ngajat merupakan tarian tradisi
bagi kaum Iban di Sarawak dan tarian
ini dibahagikan kepada beberapa jenis
iaitu Ngajat Lesong, Ngajat Bunuh,
Ngajat Induk, Ngajat Ngalu Temuai.
Tarian tersebut ini biasanya
dipersembahkan untuk menyambut
tetamu, manakala Ngajat Pua Kumbu
dan Ngajat Kuta adalah persembahan
ngajat tradisional.
Sebelum ini, tarian ini adalah sebagai
tanda kepulangan tentera Iban
mendapat kemenangan dari medan
peperangan. Kini, tarian ini ibarat satu
tanda kesyukuran kepada hasil tuaian
padi semasa perayaan Hari Gawai
dan memperkukuhkan sektor
pelancongan dan budaya di Sarawak.
Semasa persembahan, penari
akan memakai pakaian tradisi
tertenru seperti sirat, gagung atau
baju burung dengan iringan bunyi
gong, gendang dan lain-lain.
18
TARIAN
BHANGRA
Tarian Bhangra berasal dari kaum
Punjabi. Tarian ini ditarikan oleh
kaum Punjabi atau Sikh yang
berada di Malaysia.
Tetapi biasanya kesemua
masyarakat India juga turut
menyertai tarian ini.Tarian
Bhangra membawa maksud
tentang kaum Punjabi yang
menyambut musim menuai
dengan mengadakan pesta
menuai . Kebanyakkan kaum ini
hidup sebagai seorang petani
dengan menanam padi dan
tanaman‐tanaman lain.Tarian
Bhangra ditarikan untuk
menunjukkan rasa gembira
kerana hasil tanaman mereka
menjadi. Tarian ini dihasilkan
untuk membalas jasa Tuhan
mereka.
19
TARIAN TRADISIONAL Suku Mah Meri di
Malaysia iaitu
TOPENG MAH MERI
dikalangan orang-orang
asli memiliki upacara 20
pemujaan leluhur pada
setiap tahun.Pada hari
ritual,penari akan
memakai topeng
berukir dan akan
melakukan tarian yang
utama iaitu Jo-oh bagi
festival Hari Moyang
tahunan yang diadakan
di Pulau Carey. Semasa
ritual,masyarakat
setempat akan
memanjatkan doa bagi
leluhur mereka.
5.3 Mengkaji Keistimewaan dan
Kewarisan Tarian Tradisional yang
Terdapat di Malaysia
Tarian tradisional di Malaysia ialah dapat
dipersembahkan oleh orang yang bukan profesional.
Kebanyakan tarian tradisional di Malaysia adalah
diturunkan dari nenek moyang kita bergenerasi-
generasi yang dahulu. Tarian tradisional telah
dipelajari melalui pemerhatian dan pencerminan
dengan orang yang memahami tarian tersebut dan
bukannya diajar secara formal. Oleh itu, kebanyakan
tarian tradisional adalah dipersembahkan oleh orang
yang tiada latihan tarian profesional atau kemahiran.
Tarian tradisional biasanya adalah dipersembahkan
dengan muzik tradisional, pantun dan sajak yang
menunjukkan kebijaksanaan kita. Kebanyakan tarian
tradisional dipersembahkan mengikut muzik
tradisional sesuatu kaum. Lagu-lagu tersebut
mengandungi lirik yang menceritakan kisah sesuatu
budaya tetapi ada juga yang mementingkan kepada
muzikal sahaja.
Tarian tradisional juga dipersembahkan dengan
pakaian tradisional dan pada hari istimewa seperti
perayaan, majlis perkahwinan dan sebagainya. Ini juga
merupakan satu keistimewaan tarian tradisional.
Penari akan memakai pakaian tradisional budaya
mereka untuk menjalankan persembahan. Pakaian-
pakaian tersebut menunjukkan identiti budaya penari
sambil memberikan perasaan keseragaman dengan
keseluruhan kaum yang mengekalkan tarian
tradisional hingga hari kini.
21
5.4 Kepentingan untuk Mengekalkan Warisan Terhadap
Tarian Tradisional
Budaya tarian tradisional ini melambangkan
identiti sesebuah kaum. Amalan tarian tradisional
kita merupakan simbol masyarakat kita adalah
makjmuk. Melalui tarian tradisional dapat
mengetahui budaya, warisan dan jiwa yang telah
diturunkan oleh nenek moyang kita. Setiap tarian
tradisional mempunyai sejarah sendiri yang
istimewa kerana setiap tarian adalah dicipta
melalui kisah-kisah dari kehidupan harian kita.
Budaya tarian tradisional dapat memupuk
perpaduan kaum di negara ini. Hal ini demikian
kerana untuk mempersembahkan sebuah tarian
yang sempurna memerlukan kerjasama ramai
orang. Perpaduan dalam budaya juga dapat
dilihat jika masyarakat yang berbilang kaum
memahami warisan budaya kaum lain.
Budaya tarian tradisional dapat mengekalkan
harmoni antara kaum. Sekiranya generasi baru
saling mengabaikan budaya tarian tradisional ini,
negara ini tidak lagi harmoni kerana melupakan
budaya yang turun temurun daripada nenek
moyang kita. Identiti sesuatu budaya seperti
kehilangan jika generasi muda melupakannya.
Dengan ini, rakyat pelbagai bangsa kemungkinan
akan berlaku perselisihan faham budaya antara
satu sama lain kerana tidak faham asal-usul
budaya sendiri.
22
6.0 KESIMPULAN
Tuntasnya, kita dapat lihat bahawa Tambahan pula, warisan ini dapat
setiap kaum di Malaysia mempunyai
tarian tradisional tersendiri yang memupuk perpaduan kaum di negara
tidak dapat disangkal keunikannya.
Melalui penghayatan terhadap kita jika menghayati dan mendalami
pelbagai jenis tarian ini dapat kita
pelajari dan menghayati adat dan warisan tarian tradisional daripada
budaya bagi setiap kaum tersebut.
Tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai kaum. Kita seharusnya
warisan tarian tradisional ini patut
dikekalkan dan dipelihara agar tidak memartabatkan adat dan budaya
dilupakan bak kata pepatah “tak
basah dek hujan, tak lekang dek kaum kita apatah lagi pada zaman kini
panas”. Hal ini dikatakan demikian
kerana, warisan merupakan sebuah dimana adat dan budaya masing-
identiti bagi sesebuah kaum.
Sekurang-kurangnya kita perlu masing kian dilupakan. Generasi muda
mengetahui serba sedikit mengenai
asal usul bagi tarian tradisional. Hal zaman kini mula mengagungkan
ini dapat memberi kesedaran kepada
kita bahawa betapa pentingnya budaya barat berbanding budaya
mengekalkan dan memelihara
warisan. mereka sendiri. Oleh itu, kita perlu
mengambil tindakan bagi
mempertahankan warisan yang
diperkenalkan oleh nenek moyang
kita. Kita tidak sewajarnya
mendiamkan diri melihat kehancuran
dan kemusnahan warisan yang
dipertahankan sejak dahulu lagi.
23
RUJUKAN
Budaya Malaysia Tarian Tradisional Malaysia. (2020, April
21). Diakses pada 3 Januari 2023, daripada
https://tradisisarawak.blogspot.com/2020/04/tarian-
joget.html
Dabus. (2003). Cawangan Dokumentasi Dan Penerbitan
Bahagian Pembangunan Kebudayaan Dan Kesenian
Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan
Malaysia. ). Diakses pada 3 Januari 2023, daripada
https://www.kkmm.gov.my/pdf/buku/dabus.pdf
DI SEBALIK TARIAN KLASIK BHARATANATYAM. (2020, April
10). ). Diakses pada 3 Januari 2023, daripada
https://katamalaysia.my/culture/di-sebalik-tarian-klasik-
bharatanatyam/
Najjua Zulkefli. (2018, July 1). Pesona tarian Asyik. ).
Diakses pada 3 Januari 2023, daripada
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/g/58897
Nickyson Nyambar. (2019, May 27). Tarian Ngajat identiti
masyarakat Iban. ). Diakses pada 3 Januari 2023, daripada
https://www.astroawani.com/gaya-hidup/tarian-ngajat-
identiti-masyarakat-iban-208669
Pengetua TheHistorian SS. (2015, July 30). Asal-usul
Menora. ). Diakses pada 3 Januari 2023, daripada
http://historianlodge.historiansecret.com/?p=409
SMahadzir. (2021, December 29). Tarian Tradisi
Masyarakat Mahmeri. ). Diakses pada 3 Januari 2023,
daripada
https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2021/12/29/989/
24
TAHUN BAHARU CINA, TARIAN SINGA. (n.d.). ). Diakses pada
3 Januari 2023, daripada
https://www.utusansarawak.com.my/?p=29199
Tarian Bhangra. (2012, November 12). ). Diakses pada3
Januari 2023, daripada
http://tayting66.blogspot.com/2012/11/tarian-bhangra.html
TARIAN JOOH. (n.d.). ). Diakses pada 3 Januari 2023,
daripada https://www.sgbumbun.net/kebudayaan/
TARIAN MAK YONG WARISAN MELAYU SEPANJANG ZAMAN.
(2021, May 19). ). Diakses pada 3 Januari 2023, daripada
https://katamalaysia.my/culture/tarian-mak-yong-
warisan-melayu-sepanjang-zaman/
Tarian Piring di Negeri Sembilan. (2021, August 26). ).
Diakses pada 3 Januari 2023, daripada
https://gdtjns.com/tarian-piring-di-negeri-sembilan/
Tarian Rodat. (2003). Cawangan Dokumentasi Dan
Penerbitan Bahagian Pembangunan Kebudayaan Dan
Kesenian Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan
Pelancongan Malaysia. 2003 . ). Diakses pada 3 Januari
2023, daripada
https://www.kkmm.gov.my/pdf/buku/rodat.pdf
Tarian Sumazau. (n.d.). ). Diakses pada 3 Januari 2023,
daripada http://orangsabahan.blogspot.com/p/tarian-
sumazau.html
TARIAN ZAPIN: WARISAN NEGERI JOHOR. (2021, January 5).
). Diakses pada 3 Januari 2023, daripada
https://katamalaysia.my/culture/tarian-zapin-warisan-
negeri-johor/
25
REFLEKSI
BOEY XIN YI 292259
Saya telah mengetahui pelbagai pengetahuan tentang tarian tradisional di
Malaysia dari pelbagai kaum-kaum yang sedia ada semasa saya mencari
maklumat mengikut objektif kami. Selain itu, saya telah mempelajari bahawa
penting untuk kita mewarisi adat-adat yang telah berturun generasi-generasi
sehingga kini. Tarian tradisional perlu disebar kepada lebih banyak orang
untuk mengenalinya supaya tidak akan semakin dilupakan oleh generasi baru.
OOI MU KENT 292151
Satu – satu warisan perlu dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke
generasi yang seterusnya. Salah satu cara untuk memliharanya adalah
dengan memahami erti sebenarnya sesebuah warisan itu. Mengambil
pengajaran daripada sumbangan dan peranan Ia kepada masyarakat tanpa
mengira zaman.
THEEN LI ER 292334
Saya berasa amat gembira kerana objektif yang dikaji oleh kumpulan kami
dalam tajuk “Tarian Tradisional yang terdapat dalam masyarakat Malaysia”
telah dicapai dengan cemerlang oleh semua ahli kumpulan. Setelah saya
mengkaji secara mendalam berdasarkan tajuk ini, saya dapati setiap tarian
mempunyai keunikan dan kewarisan masing-masing. Sekiranya kita tidak
menghargai tarian-tarian ini dengan baik mungkin tarian-tarian ini akan hilang
dalam ketinggalan zaman pada masa yang akan datang. Keadaan ini tidak
memberi manfaat kepada negara kita namun secara tidak langsung telah
menjejaskan imej negara kerana tarian-tarian tersebut tidak lagi menjadi
warisan negara Malaysia.
SIM PEI YENG 292326
Pada pendapat saya, tarian tradisional merupakan satu warisan yang tidak
boleh dilupai oleh generasi muda. Melalui laporan ini, saya dapat mengetahui
lebih banyak jenis tarian tradisional dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina,
India dan juga Bajau, Iban Kadazan. Ini telah memberi peluang kepada saya
untuk mempelajari asal-usul tarian tradisional dan keistimewaanya yang
dibawa daripada nenek moyang kita. Saya berasa bangga kerana hidup dalam
negara yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa. 26
CHONG HUI YEE 292224
Pada pendapat saya, dengan melihat tugasan kumpulan saya, saya dapat
belajar tentang pelbagai tarian trdisional yang ada pada pelbagai kaum di
Malaysia. Semua tarian begitu unik dan melambangkan identiti sesebuah
bangsa. Selain itu, saya juga dapat belajar kepentingan untuk mengekal dan
mewarisi tarian tradisional tersebut supaya generasi depan tidak
melupakannya dan menghayati selama-lamanya.
FARISHA BINTI SAPIAN 292382
Berdasarkan pembentangan yang dibuat, saya telah mempelajari lebih
mendalam berkaitan warisan ketara dan tidak ketara. Warisan negara perlu
dikekalkan sepanjang zaman supaya generasi seterusnya tidak akan lupa
tentang asal usul mereka dan unsur-unsur tradisional seperti tarian
tradisional tidak akan ditelan zaman.
NOR ALYAA BINTI MALZATUL HAZAN 292256
Melalui laporan ini saya dapat mempelajari lebih lanjut tentang tarian
tradisional yang ada di Malaysia.Saya dapat mengetahui tentang sejarah
tarian tersebut serta keistimewaannya.Laporan ini juga dapat mengeratkan
perpaduan yang tercipta semasa laporan ini disiapkan kerana ahli kumpulan
juga terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa.
NUR SYAKIRAH BT MOHD SAMSUDIN 292268
Hasil daripada melakukan kajian ini, saya dapat mengetahui jenis-jenis tarian
tradisional yang ada dalam Malaysia ini. Terdapat pelbagai jenis tarian
tradisional yang ada di Malaysia ini. Tarian tradisional ini juga mempunyai
keunikannya tersendiri .
HAIRUN JAMIRAH BINTI PREM NAVAZ 292260
Sepanjang menjalankan tugasan ini saya belajar tentang kerjasama.Kerjasama
sangat penting antara ahli kumpulan untuk menyiapkan tugasan ini.Pendapat
daripada setiap ahli kumpulan juga penting bagi menghasilkan tugasan yang
lebih baik.
AIDA SOFIYAH BINTI ROSLI 292207
Tarian juga merupakan sebuah warisan budaya melayu dan negara Malaysia
yang perlu dipertahan dan dikekalkan sepanjang zaman serta dijaga untuk
diwarisi oleh generasi muda pada masa hadapan.
27