The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ernia23-399, 2021-09-01 10:37:41

KISAH SANG BUAYA DAN DUA SAHABAT

KISAH SANG BUAYA DAN DUA SAHABAT

KISAH SANG BUAYA
DAN DUA SAHABAT

Kisah Sang Buaya dan Dua Sahabat| 1

RINGKASAN CERITA

Cerita ini mengisahkan tentang sang buaya
dan dua orang sahabat yang pergi menjala.
Ketika sedang menjala, mereka diserang oleh
buaya. Disebabkan ketakutan, mereka berdua
pun menembak buaya tersebut. Namun,
buaya tersebut belum mati. Buaya itu
mengikut mereka berdua. Mereka berdua pun
mengayuh perahu dengan laju. Setibanya di
jeti, kaki orang tua itu tersangkut pada jala
sahabatnya. Ketika orang tua tersebut hendak
bangun, buaya tadi terus membaham dan
membawa orang tua itu ke sungai. Rakannya
memberitahu orang kampung dan mereka
mencari orang tua tersebut. Orang tua itu
ditemui mati dengan berlumuran darah dan
tiada kaki. Akhirnya, mayat lelaki tua itu
dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

Kisah Sang Buaya dan Dua Sahabat| 2

Pada suatu masa dahulu, ada seorang orang tua
bersama sahabatnya pergi menjala ke hulu dengan

menggunakan perahu. Sewaktu mereka berdua
sedang menjala, tiba-tiba seperti ada sesuatu yang
menarik jala orang tua itu. Orang tua itu pun menarik
jalanya. Namun begitu, dia berasa hairan, mengapa jala

yang ditariknya semakin ditarik semakin berat.

Kisah Sang Buaya dan Dua Sahabat| 3

Rupa-rupanya, ada seekor buaya pada jala orang
tua tersebut. Tanpa berfikir panjang, orang tua itu
pun terus memanggil sahabatnya dan memberitahu
dia bahawa terdapat seekor buaya pada jalanya.
“Oi, ada buaya pada jalaku.” Buaya itu perasan
bahawa dia diperhatikan dan dilihat oleh orang tua
tersebut. Disebabkan kehadirannya telah diketahui,
buaya tersebut mengganas lalu menyerang perahu
yang digunakan oleh mereka berdua.

Kisah Sang Buaya dan Dua Sahabat| 4

Perahu yang digunakan oleh mereka berdua
rumpang digigit oleh buaya. Mereka berdua terus
mengambil senapang dan menembak buaya
tersebut kerana khuatir buaya itu akan membaham
mereka berdua.

Kisah Sang Buaya dan Dua Sahabat| 5

Walau bagaimanapun, buaya yang ada pada jala orang
tua itu tadi belum mati. Mereka berdua pun mengayuh
perahu tersebut dengan laju. Orang tua itu berkata
“laju lagi laju”. Tanpa disedari, buaya itu mengikut
mereka berdua. Buaya itu masih berdendam dengan
orang yang telah menembaknya tadi.

Kisah Sang Buaya dan Dua Sahabat| 6

Ketika mereka berdua hendak naik ke jeti, kaki orang tua
tadi tersangkut pada jala sahabatnya dan apabila dia
hendak bangun, buaya tadi terus menerkam dan
menyambar orang tua itu lalu dibawa ke sungai. Orang tua
itu pun menjerit meminta pertolongan daripada rakannya.
“Tolong. Tolong.”

Kisah Sang Buaya dan Dua Sahabat| 7

Sahabatnya yang melihat kejadian tersebut tidak dapat
berbuat apa-apa lalu meminta pertolongan daripada
orang kampung. “Wahai orang kampung. Sahabatku
telah dibaham oleh buaya” Orang kampung yang
mendengar jeritan tersebut terus pergi ke tempat
kejadian. Apabila orang kampung dan sahabat orang tua
tadi tiba di tempat orang tua tersebut disambar oleh
buaya, orang tua itu tiada lagi. Kemudian, orang
kampung pun menelefon bomba dan penyelamat untuk
mencari orang tua yang hilang itu.

Kisah Sang Buaya dan Dua Sahabat| 8

Orang kampung serta bomba dan penyelamat
berganding bahu dalam misi mencari orang tua yang
hilang disambar oleh buaya tersebut. Sewaktu
menjalankan pencarian tersebut, seorang perempuan
tua yang duduk di jeti seperti terlihat akan sesuatu
benda yang terapung. Orang tua tersebut pun
memanggil anaknya. “Nak, cuba kamu lihat apa benda
yang terapung itu?” Anaknya pun melihat benda yang
diberitahu oleh ibunya lalu berkata “kemungkinan itu
orang tua yang dicari oleh orang kampung tadi bu”.

Kisah Sang Buaya dan Dua Sahabat| 9

Anaknya pun bergegas ke tempat orang kampung
mencari orang tua yang hilang itu lalu memberitahu
mereka bahawa dia dan ibunya ternampak benda yang
terapung. “Hai orang kampung”. “Aku dan ibuku melihat
ada benda terapung di hilir sungai dan kami menyangka
kemungkinan itu adalah orang tua yang kalian cari”.
Tanpa melengahkan masa, orang kampung serta bomba
dan penyelamat pun pergi ke tempat yang dikatakan oleh
perempuan tua tadi.

Kisah Sang Buaya dan Dua Sahabat| 10

Setibanya mereka disana, alangkah terkejutnya
mereka apabila melihat benda yang terapung tadi
ialah mayat manusia yang berlumuran dengan
darah dan tiada kaki. Mayat tersebut dibawa ke
tebing untuk disahkan sama ada mayat itu ialah
mayat orang yang dicari atau bukan.

Kisah Sang Buaya dan Dua Sahabat| 11

Sahabat orang tua tersebut pun berkata “Ya. Itu
mayat sahabat saya yang bersama dengan saya
menjala tadi”. Setelah mengesahkan tentang
identiti mayat tersebut, mayat itu dibawa ke
hospital untuk dibedah siasat.

Kisah Sang Buaya dan Dua Sahabat| 12

Sesungguhnya, ramai yang telah menjadi mangsa
kepada buaya-buaya di kampung Sessang ini disebabkan
dendam buaya pada orang yang telah membunuh
mereka suatu ketika dahulu dan sehingga kini buaya
tersebut masih ada.

Kisah Sang Buaya dan Dua Sahabat| 13

-Tamat-

Kisah Sang Buaya dan Dua Sahabat| 14


Click to View FlipBook Version