The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by umisalha84, 2022-11-06 23:41:21

DOKUMENTASI PERTANDINGAN FORUM BAHASA INGGERIS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

SMK PANDAN MEWAH, AMPANG

No Agenda Emcee

11 “Sidang maya yang dimuliakan, Rakaman
suara
Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan video montaj Pertandingan Forum Bahasa Inggeris
Sekolah-Sekolah Dan Kolej-KolejTingkatan Enam Malaysia Tahun 2022.

Skrip montaj:
Pertandingan Forum Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Dan Kolej-Kolej Tingkatan Enam Malaysia Tahun 2022
Secara Atas Talian Melalui PelantarYoutube merupakan program yang julung kali dianjurkan pada tahun ini.
Pertandingan Forum Bahasa Inggeris ini dianjurkan oleh SekolahMenengah Kebangsaan Pandan
Mewah, Ampang Selangor.
Pertandingan ini menyasarkan penyertaan murid Tingkatan Enam daripadaseluruh sekolah menengah dan kolej
Tingkatan 6 di Malaysia.

Objektif utama Program Pertandingan Forum Bahasa Inggeris ini adalahuntuk menyediakan wadah dan
penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di samping melahirkan pelajar yang berketerampilan
dalam penggunaan Bahasa Inggeris yang sempurna dalam aspek penggunaan tatabahasa , sebutan dan gaya
serta menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-akademik.

(Video tayangan montaj khas)
12 Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Tahniah diucapkan Video 8

kepada semua para pemenang. Semoga kemenangan ini menjadi penambah semangat untuk terus berjaya pada
masa akan datang.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakanmajlis kali ini.

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Kalau
tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,Dilain masa bersua lagi

Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

DOA SEMPENA MAJLIS PENUTUP PERTANDINGAN FORUM BAHASA INGGERIS TINGKATAN 6
MALAYSIA 2022
‫بِ ْس ِن الل ِه ال َّس ْح َو ِي ال َّس ِح ٍْ ِن‬

َِ ‫ َّال َّصلاَة ُ َّال َّسلاَ ُم َعلَى َز ُس ْْلِ ٌَا الأ ِه ٍْ َي َّ َعلَى َءألِ َِ َّأ ْص َحاب‬، ‫ا ْلـ َح ْو ُد لل ِه ال ِر ْي بٌِِ ْع َوتِ َِ تَ ِت ّن ُال َّصالِـ َحا ُث‬
. ‫أ ْجـ َو ِع ٍْ َي‬

Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua-duanya
.

Ya Allah \kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami menghadirkan diri
, emosi dan roh kami sehingga dapat menjayakan pertandingan forum Bahasa Inggeris
sekolah-sekolah dan kolej-kolej tingkatan 6 Malaysia 2022 dengan jayanya .

Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja ,

Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati
yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan
ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,

Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami ,
keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di sekolah ,
sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan .

Ya Allah , Qaadhial Hajat ,

Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa
serta tangan penuh dengan pengharapan. Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa ,
maka ampunkanlah dosa-dosa kami. Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka
kuatkanlah kami dan Islam dalam amal jamai’e dan kolektif ;

Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat
kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi. Sesungguhnya kami amat cenderung
untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan
keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para
sahabat baginda berbuat demikian;

Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka
satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu
dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .

‫َّلاَ َه َع ٌَا‬ َ‫ا َهللَّ ْط ُُِس َّّْندافِ ٍْ َّ ٌَلاا‬ ‫َّ َلشاَ ِقتًٍَّاْج ََعّل ِاَل‬ ، ‫َه ْع ُص ْْها‬ ‫ َّتَ َف ُّس َقـَ ٌَا ِه ْي بَ ْع ِد ٍِ تَ َف ُّسقا‬، ‫َه ْس ُح ْْها‬ ‫َج ْوعا‬ ‫َُ َرا‬ ‫َج ْو َع ٌَا‬ ‫ا ْج َع ْل‬ ‫اَللَّ ُِ َّن‬
‫َه ْح ُس ّْها‬ ‫َه ْي ٌَ ْت َب ُع ٌَا‬ َ‫َّلا‬
ِ ‫َّفًِ الأ ِخ َس ِة َح َس ٌَت َّقِ ٌَا َع َرا َب ال ٌَّاز‬ ‫َزبَّ ٌَا َءاتِ ٌَا فًِ ال ُّد ًْ ٍَا َح َس ٌَت‬

‫ َّا ْل َح ْو ُدَِلَِّ ِل َز ّبِ ال َعالَ ِو ٍْ َي‬، ‫َّ َصلَّى الل ُه َعلَى ُه َح َّو ٍد َّ َعلَى َءالِ َِ َّ َص ْحبِ َِ َّ َسلَّ َن‬

TEKS UCAPAN ALUAN MAJLIS PENUTUP
PERTANDINGAN FORUM BAHASA INGGERIS
SEKOLAH-SEKOLAH DAN KOLEJ-KOLEJ TINGKATAN ENAM MALAYSIA

TAHUN 2022
OLEH

PUAN NORLIZA BT HAJI MOHD NOAH
PENGETUA

SMK PANDAN MEWAH
PADA 29 SEPTEMBER 2022

Terima kasih Saudari Pengacara Majlis.
Salam sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.

Yang Berbahagia,
Tuan Cyril Christopher Singham
Timbalan Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah Dan Kemenjadian Murid
Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia

Yang Berusaha,
Pengetua-pengetua, Penolong-penolong Kanan dan
Guru-guru Pusat-pusat Tingkatan Enam dan
Kolej-kolej Tingkatan Enam,
Malaysia

Yang dihormati barisan hakim-hakim penjurian pertandingan:

Dr Abdullah Mohd Nawi
Pensyarah Kanan,
Akademi Bahasa,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Teknologi Malaysia.

Profesor Madya Fatimah Bt Puteh
Centre for Academic Partnership and Engagement,
University of Nottingham,
Malaysia.
dan
Dr Haida Umiera Bt Hashim
Pensyarah English and Linguistics Department,
Academy of Language Studies,
Universiti Teknologi Mara,
Shah Alam, Selangor.
Seterusnya,

Tuan-tuan dan puan-puan, serta para peserta pertandingan forum yang saya hormati
sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T. kerana pada pagi ini kita diberikan
peluang dan izin untuk bersama-sama meraikan majlis penutup Pertandingan Forum
Bahasa Inggeris antara Pusat-Pusat Tingkatan Enam dan Kolej- Kolej Tingkatan Enam
Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2022.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang dan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian yang berbahagia Tuan Cyril
Christopher Singham, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Dan Kemenjadian
Murid, Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk hadir dan seterusnya menyempurnakan perasmian penutup Pertandingan Forum
ini.

Syukur ke hadrat Ilahi, atas limpah dan nikmat kurniaNya, Pertandingan Forum ini
berjaya dilaksanakan pada 14 hingga 29 September tahun 2022. Pertandingan Forum
peringkat kebangsaan ini telah mendapat penyertaan daripada pusat-pusat dan kolej-
kolej Tingkatan Enam yang mewakili 10 buah negeri di Malaysia.

Komitmen yang ditunjukkan oleh setiap seorang peserta, guru pembimbing
serta ahli jawatankuasa pelaksana sememangnya saya kagumi. Saya ingin merakamkan
penghargaan dan terima kasih atas kerjasama semua yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam memastikan pertandingan ini berjalan dengan lancar. Ucapan
terima kasih juga saya titipkan atas penjurian berharga yang telah diberi oleh ketiga-
tiga hakim.

Api dalam gelas,
Sayang selasih berisi minyak,
Budi bertiga tidak terbalas,
Terima kasih banyak-banyak.

Ladies and gentlemen,
Every journey has its end and every path does stop somewhere. During these two weeks
or so, we have seen the active and dynamic participation from all the teams. And now
we have come to the end of that journey. However, this only marks the end of the
Forum competition, not the knowledge gained and not the practice in using the English
Language which should be carried on and enhanced further. Indeed, the success of this
Forum competition is clearly attributed to all the participants and teachers-in-charge
who have displayed their effort and commitment in the active line-up of speakers in
each team.

It gives me great pleasure to congratulate all the prize winners as well as every student
who performed to the best of his or her ability in this competition. May today’s
celebration of winning also serves as an opportunity for inspiration, especially to those
who didn’t win and may have resigned themselves to a “prize-less” level of
performance. Today is about taking stock of your labour, your attitude, and your
motivation because each participant has the potential and the opportunity to be a
future winner.
I wish you the very best with whatever you go on to do. And I look forward to seeing all
the steps that you take on the way to becoming the change-makers of the future.

Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Thank you.

TEKS UCAPAN SEMPENA MAJLIS PENUTUP
PERTANDINGAN FORUM BAHASA INGGERIS
SEKOLAH-SEKOLAH DAN KOLEJ-KOLEJ TINGKATAN ENAM MALAYSIA

TAHUN 2022
OLEH

TUAN CYRIL CHRISTOPHER SINGHAM
TIMBALAN PENGARAH

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH DAN KEMENJADIAN MURID
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PADA 29 SEPTEMBER 2022

PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN FORUM BAHASA INGGERIS SEKOLAH-SEKOLAH
DAN KOLEJ-KOLEJ TINGKATAN ENAM MALAYSIA TAHUN 2022 SECARA ATAS TALIAN
MELALUI PELANTAR YOUTUBE PADA 29 SEPTEMBER 2022 JAM 8.30 PAGI.
Terima kasih Pengacara Majlis.

Salam sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.

Yang Berusaha,
Puan Norliza Bt Haji Mohd Noah
Pengetua SMK Pandan Mewah

Yang Berusaha, Penolong-penolong Kanan dan
guru-guru Pusat-pusat Tingkatan Enam dan
Kolej-kolej Tingkatan Enam,
Malaysia

Yang dihormati barisan hakim-hakim penjurian pertandingan:

Dr Abdullah Mohd Nawi
Pensyarah Kanan,
Akademi Bahasa,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Teknologi Malaysia.

Profesor Madya Fatimah Bt Puteh
Centre for Academic Partnership and Engagement,
University of Nottingham,
Malaysia.
dan
Dr Haida Umiera Bt Hashim
Pensyarah English and Linguistics Department,
Academy of Language Studies,
Universiti Teknologi Mara,
Shah Alam, Selangor.
Seterusnya,

Tuan-tuan dan puan-puan, serta para peserta pertandingan forum yang saya hormati
sekalian.

1. Marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran ke Maha Pencipta kerana dengan
izin-Nya jua kita dapat bersama pada pagi ini dalam Majlis Penutupan Rasmi Pertandingan
Forum Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Dan Kolej-Kolej Tingkatan Enam Malaysia Tahun
2022.
2. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih
kepada SMK Pandan Mewah yang telah sudi menjadi pelaksana pertandingan kali ini.
Semestinya penganjuran pertandingan ini menuntut komitmen padu dan pengorbanan
semua pihak bagi memastikan kelancaran sepanjang pertandingan ini berlangsung, iaitu
pada 14 hingga 29 September 2022. Ucapan terima kasih turut ingin saya zahirkan kepada
pihak penganjur kerana telah sudi mengundang saya untuk menyampaikan ucapan, dan
seterusnya menyempurnakan majlis penutupan Pertandingan Forum Bahasa Inggeris
Sekolah-Sekolah Dan Kolej-Kolej Tingkatan Enam Malaysia Tahun 2022.

3. Sidang hadirin sekalian. Tidak dapat dinafikan, kemenangan memanglah penting dalam
setiap pertandingan tetapi yang lebih utama ialah mengambil bahagian dan mengutamakan
semangat kerja berpasukan. Kepada yang menang, sekalung ucapan tahniah dirakamkan
dan kepada yang kalah jangan cepat berputus asa, tidak mengapa kerana sesungguhnya
jadikan kekalahan hari ini sebagai satu titik permulaan ke arah kejayaan yang lebih
gemilang pada masa hadapan.
Izinkan saya meneruskan dalam Bahasa Inggeris.

4. Ladies and gentlemen. Undeniably, winning is important in every competition but the
main value is to participate and prioritise teamwork. To the victor, a handful of
congratulations is recorded and to the loser, do not give up quickly, it is all right to make
today's defeat a starting point towards a more glorious success in the future.
5. I hope your participation in this National Level Forum competition will ignite in you
a keen desire to be well-read and to constantly keep abreast of current issues.
6. I would like to take this opportunity to record my heartfelt congratulations to the
participants. Each student in the eyes and in the heart of a teacher is a shining gem that
has its own specialty and qualities. Know that the education of these students is a long-
term investment in the context of the development of a country.
7. Before I end my speech, I would like to thank all the Form 6 participants of the schools

and colleges in Malaysia who have ensured the success of this competition. Not
forgetting the judges; let us all express our gratitude in appreciation of their
adjudication. Thank you to all the judges.

On this final note, I hereby proclaim the English Language Forum Competition of Malaysian
Sixth Form Schools and Colleges Year 2022 to a close.
Thank you.

SIJIL



LAMPIRAN GAMBAR





PENYERAHAN CENDERAHATI


Click to View FlipBook Version