The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shazmirulss11, 2022-05-14 22:40:10

F12.MUHAMMADSHAZMIRULBINSHAMSUDDIN.BUD2

F12.MUHAMMADSHAZMIRULBINSHAMSUDDIN.BUD2

07

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

Disediakan oleh:

Nama: MUHAMMAD SHAZMIRUL BIN SHAMSUDDIN
011002060589
No. Kad Pengenalan: 2020192340222
Angka Giliran: PISMP F12
Kumpulan/ Unit
PUAN J. KRISHNA KUMARY a/p JUVAL
Nama Pensyarah:
PENULISAN AKADEMIK
Tajuk Tugasan : 12 MEI 2022

Tarikh Penyerahan:
Tarikh Menerima Maklum

Balas Daripada
Pensyarah

ISI KANDUNGAN i
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN ii

PENGENALAN 1

LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA 1-4

KESIMPULAN 4
SENARAI RUJUKAN 5

PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada pensyarah kursus ini iaitu Puan J. Krishna Kumary A/P Juval yang telah
memberi sokongan dan bimbingan kepada saya sepanjang melakukan kerja kursus ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah
menyokong saya sehingga selesai tugasan ini. Saya juga tidak lupa akan rakan-rakan
seperjuangan dalam bidang ini kerana telah bersama-sama membantu antara satu sama
lain untuk menyelesaikan tugasan dengan baik. Saya juga amat bersyukur kerana telah
dapat menyiapkan tugasan dengan tepat pada tarikh yang ditetapkan. Saya juga ingin
mengungkapkan rasa bertuah kerana berpeluang untuk mempelajari kursus Budaya Dan
Pembelajaran pada semester ini.

1

PENGENALAN

Sebagai sebuah negara yang unik dan istimewa kerana mempunyai rakyat yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan etnik, bahasa dan loghat, agama dan kepercayaan, adat resam
dan adab disamping persekitaran tempat tinggal yang pelbagai, Malaysia adalah berpegang
teguh kepada persefahaman dan rasa hormat antara rakyat. Rakyat Malaysia adalah amat
perlu memahami sosiobudaya negara ini dengan mendalam. Kepelbagaian budaya juga
merangkumi kepelbagaian latar belakang, pencapaian, budaya, bahasa, dan nilai yang
dipegang oleh murid (Syed Ismail & Ahmad Subki Maskom, 2012).

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) penekanan aspek
perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Perkara ini boleh ditekankan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran yang mana melibatkan interkasi dalam kalangan murid yang
terdiri daripada latar belakang dan budaya yang berbeza. Pendidikan pelbagai merupakan
struktur keutamaan pendidikan, komitmen dan proses yang mencerminkan realiti budaya
majmuk sebagai budaya kehidupan di Malaysia (Najeemah Md. Yusof, 2006).

LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya merupakan satu elemen yang penting kepada
murid-murid daripada pelbagai latar budaya dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Mok Soon Sang (2010) berpendapat bahawa pengurusan bilik
darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk
mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai. Oleh yang demikian, langkah
pengurusan bilik darjah mesra boleh dilakukan untuk menjadikan sebuah suasana yang
kondusif dan tidak mengganggu fokus murid semasa proses PdP dijalankan.

Aspek Fizikal

Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2012), persekitaran pembelajaran yang mesra
budaya akan mengembangkan nilai sivik seperti hormat-menghormati, kasih sayang dan
toleransi yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmoni dan aman.
Persekitaran mesra budaya adalah perlu dipupuk dan disemai dalam diri kalangan pelajar
khususnya dari peringkat sekolah rendah. Persekitaran fizikal bilik darjah adalah merupakan
aspek sangat penting dalam membantu murid untuk fokus dalam pembelajaran disamping
mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya.

2
Usaha mencapai persekitaran fizikal yang mesra budaya, guru boleh memulakan
gerak atur dengan menyusun tempat murid dengan bijak dan berstrategi. Guru hendaklah
menyusun atur tempat duduk murid yang terdiri daripada pelbagai kaum supaya suatu sesi
pengenalan dan kolaborasi antara kaum berlaku antara mereka. Guru juga boleh menghias
bilik darjah dengan menggunakan aspek seni yang mampu meningkatkan motivasi dan
minat murid untuk belajar. Perkara ini akan melibatkan galakan daripada pihak guru untuk
menyumbangkan sedikit wang sebagai satu tanda pengorbanan kepada murid dalam
mewujudkan suasasna bililk darjah yang ceria.

Aspek Emosi

Kanak-kanak membuat pemerhatian terhadap tingkah laku, sikap dan reaksi yang berada di
sekelilingnya sewaktu berinteraksi (Albert, 1971). Kanak-kanak suka untuk membuat
perhatian terhadap sekeliling mereka lalu meniru tingkah laku, sikap dan reaksi orang lain.
Pelbagai aspek perlu dititikberatkan dalam menjadikan perkara sekeliling mereka adalah
berada dalam keadaan baik supaya mereka tidak terpengaruh dengan agenda luar.

Dari sudut emosi, guru perlu bersikap adil dalam memberi galakan dan hukuman
kepada murid. Ini juga merujuk kepada aspek diskriminasi agama yang tidak sepatutnya ada
dalam ketika proses PdP. Motivasi murid di sekolah adalah bergantung kepada cara
penyampaian pengajaran guru yang turut diserap semasa sesi itu berlangsung. Selain itu,
proses PdP akan menjadi lebih seronok dengan wujudnya hubungan baik guru dengan
murid. Pengajaran dua hala juga akan berlaku apabila murid dan guru mempunyai
persefahaman yang baik antara satu sama lain. Aspek emosi juga boleh menitikberatkan
nilai guru mengambil berat masalah murid. Ini sedikit sebanyak membantu guru untuk
memilih penggunaan teknik pengajaran yang betul. Seterusnya, guru juga amat perlu
membina hubungan baik dengan murid iaitu dengan menunjukkan perilaku yang baik seperti
memberikan makanan kepada murid, memberikan nasihat yang berguna dan sentiasa
memberikan motivasi positif kepada mereka. Perilaku dan peribadi yang baik ini mampu
memberikan kesan kepada murid iaitu mereka akan mencontohi kelakuan baik yang
dilakukan guru. Perkara ini adalah penting supaya mereka dapat menerapkan nilai yang baik
dalam kehidupan seharian mereka.

Aspek Sosial

Menurut Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf (2012),
perkembangan sosial setiap individu bermula daripada alam kanak-kanak dan situasi

3
ini akan mempengaruhi kehidupan manusia itu seterusnya. Dalam konteks ini, murid yang
mampu bersosial dengan baik boleh mewujudkan satu suasana yang sihat dalam kelas dan
mendorong kepada pembinaan hubungan baik dan positif dengan murid-murid lain. Ini
adalah kerana kemahiran sosial yang tinggi dalam diri seorang pelajar dapat membentuk
keperibadian diri yang unggul. Oleh yang demikian, guru perlu memainkan peranan bagi
membantu murid untuk mengembangkan lagi kemahiran sosial mereka dengan baik.
Misalnya, guru boleh mengunakan strategi pembelajaran koperatif kumpulan kecil yang
terdiri daripada tiga hingga lima pelajar. Dengan ini, murid boleh berinteraksi, berkomunikasi
dan
berkolaborasi untuk membina pengetahuan. Selain itu, guru meminta murid meraikan hari
lahir rakan sekelas agar merapatkan tali persahabatan murid daripada pelbagai etnik.
Sebagai contoh, guru menghias kelas dengan meletakkan Tarikh-tarikh hari lahir pelajar di
dalam kelas. Walaupun perkara ini nampak remeh tetapi ianya amat membantu
mengeratkan lagi hubungan murid-murid. Secara tidak langsung satu kenangan manis akan
diiingati oleh mereka semasa berada di sekolah.

Aspek Sosiolinguistik

Bahasa Melayu sesungguhnya merupakan salah satu unsur terpenting dari segi penyatuan
bangsa dan budaya masyarakat berbilang keturunan (Asmah Hj. Omar, 1979). Penggunaan
Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara adalah digunakan dalam konteks formal
dan tidak formal yang berupaya untuk menghakis kepercayaan etnik sendiri yang lebih
unggul daripada etnik yang lain.

Jika dilihat dari segi sudut bilik darjah mesra budaya, aspek sosiolinguistik adalah
berfungsi untuk memastikan berlakunya komunikasi berkesan dan komunikasi dua hala,
Bahasa Melayu perlulah digunakan sebagai bahasa pengantaraan agar persefahaman dan
persaudaraan dapat diwujudkan. Seterunya guru juga perlu menjadi contoh terbaik dalam
pendekatan ini dengan penggunaan Bahasa Melayu yang betul dan bukannya bahasa
rojak bagi membantu murid yang menggunakan bahasa lain seperti Bahasa Cina dan
Tamil sebagai bahasa pengantar di rumah. Ini adalah kerana kanak-kanak akan lebih cepat
menguasai kemahiran bertutur mereka yang mempunyai kemahiran bahasa yang baik lebih
baik daripada orang dewasa.

Guru juga boleh merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua
kepercayaan, nilai dan agama pelajar seterusnya menggunakan sumber PdP yang
mempunyai pelbagai unsur budaya yang dapat memupu merancana idea diantara murid
yang berbilang kaum. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan aktiviti lakonan lalu

4
dipersembahkannya di hadapan kelas. Oleh yang demikian, guru perlu cakna dengan
pendekatan yang digunakan bagi menarik minat murid untuk belajar.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, guru perlu mengambil kira akan ciri sosiolinguistik, persekitaran fizikal
yang baik, emosi dan suasana sosial murid-murid di dalam sesebuah bilik darjah. Oleh yang
demikian, seseorang guru itu juga perlu mempunyai pengetahuan mantap untuk
diaplikasikan dalam konteks langkah-langkah mewujudkan pengurusan bilik darjah yang
bertepatan dengan mesra budaya masyarakat di Malaysia. Justeru itu, sudah pasti sebuah
negara yang bersatu padu akan terbina pada masa akan datang.

5

SENARAI RUJUKAN

Albert. (1971). Jurnal Hadhari, 2, 33-51

Mok Soon Sang. (2011). Psikologi pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Najeemah Md. Yusof (2006). Murid dan Alam Belajar Edisi Kemas Kini (Siri Pendidikan
Guru). Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Azman dan Zuraidah A.Majid.
(2011). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syed Ismail & Ahmad Subki (2012) Budaya dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia.

Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon. (2012). Guru dan Cabaran Semasa.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version