The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

By:
PROF DATO DR TORLA HASSAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasnahlaeni, 2021-09-18 04:22:00

LEBAH

By:
PROF DATO DR TORLA HASSAN

Keywords: bee,al-nahl,Al-Quran,hisab al-jumal,lebah

LEBAH

‫النحل‬

TORLA HASSAN

1

Qur’an
Lebah ‫النحل‬

Surah An-Nahl seperti yang kita tahu,
adalah surah ke-16 dalam susunan Al-
Quran.
Adalah sangat luar biasa kerana jumlah
kromosom lebah jantan juga mempunyai
16 kromosom.

2

Perkataan lebah tidak disebut dalam Al-
Qur'an yang mulia kecuali sekali sahaja
iaitu dalam Surah An-Nahl, dan ianya
pada ayat 68:
‫وأوحى ربك إلى النحل أن اتخذي من الجبال بيوتاً ومن‬
‫الشجر ومما يعرشون‬

Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada
lebah, - - "buatlah sarang di gunung-
gunung, di pohon-pohon kayu, dan di
tempat - tempat yang dibina oleh
manusia."

3

Perlu diperhatikan di sini bahawa jumlah
huruf dari awal ayat hingga perkataan
lebah adalah 16 huruf.
Dan menjadi lebih luar biasa apabila kita
mengetahui bahawa tulisan ayat ke 68 itu
mempunyai 54 huruf kesemuanya, tetapi
hanya 16 huruf sahaja yang tidak di
ulang (unrepeated) iaitu:

*(‫ذ‬،‫خ‬،‫ت‬،‫ش‬،‫ر‬،‫ع‬،‫ن‬،‫م‬،‫ل‬،‫ك‬،‫ي‬،‫ح‬،‫و‬،‫ج‬،‫ب‬،‫*)ا‬
Jumlah ayat Surah An-Nahl adalah 128
Ayat

4

Jumlah perkataan dari ayat terakhir (ayat
128) adalah 8 perkataan, dan yang
menakjubkan adalah bahawa hubungan
antara ayat ke 128 itu dengan jumlah
perkataannya, iaitu: 128÷ 8 = 16.

Bilangan huruf ayat 128 adalah 32 huruf,
iaitu 16×2, dan hubungan antara jumlah
ayat dan jumlah hurufnya menarik
perhatian: 128×32 = 4096.
Yang mengejutkan di sini ialah nombor
ini adalah kubus (cubic) nombor 16 iaitu:
16×16×16
Bilangan perkataan dalam ayat 68 adalah
13, dan jika kita darabkan (multiply)
nombor ayat dengan bilangan perkataan,
hasilnya ialah: 68 × 13 = 884.

5

Kejutan di sini adalah apabila kita
mengetahui bahawa susunan perkataan
An- Nahl dalam Surat An-Nahl adalah
yang ke 884.

Ertinya, jika kita mulai menghitung satu
persatu perkataan dari awal Surah An-
Nahl, perkataan An-Nahl adalah yang ke
884.

Maknanya perkataan An-Nahl itu jatuh ke
nombor 884 dalam surah An-Nahl.

Bertafakkur !!!

6

Ayat 68 dari Surah An-Nahl, juga adalah
ayat bilangan ke 13 dalam susunan surah-
surah Al-Qur'an, yang ada ayat ke 68
(terdapat 3 surah Qur’an yang pendek
iaitu Surah nombor 1- Al-Fatihah hanya 7
ayat, surah nombor 13 - Al- Ra'd hanya 43
ayat dan surah nombor 14 - Ibrahim hanya
52 ayat, maka ayatnya tidak sampai ke
ayat 68).

Dalam erti kata lain, surah An-Nahl
walaupun surah yang ke-16 tetapi hanya
nombor 13 dalam susunan surah surah
yang ada ayat nombor 68.

Ini bermakna bahawa jumlah nombor ayat
68 ialah 884. Cara pengiraannya ialah
jumlahkan 68 sebanyak 13 kali

68+68+68+.....+68 = 68x13 = 884

7

Ayat ayat yang bilangannya 16 dalam
keseluruhan surah surah Qur’an, itu
adalah 85 ayat (maknanya dari 114 surah
hanya 85 surah yang mempunyai ayat ke
16).
Yang mengejutkan di sini ialah jumlah
perkataan dari semua ayat-ayat ke 16 yang
berada dalam 85 surah Qur’an itu juga 884
perkataan.
Telah menjadi jelas bahawa lebah ada
kaitan dengan nombor 16.

8

Sekarang cuba kita mengambil kira semua
yang ada kaitan dengan lebah:
1. Bilangan ayat, 16 dalam Al-Qur'an
(16x85)
2. Jumlah perkataan 884
3. Surah An-Nahl itu sendiri, nombor
surah 16 dan jumlah perkataan di dalam
surah ini ialah 1844 perkataan.

Jumlah keseluruhannya ialah:
16x85 + 884 + 16 + 1844 = 4104

9

Yang mengejutkan di sini ialah jumlah ini
adalah jumlah hisab Al-Jummal (ً‫حساب‬
‫ )الجمل‬ayat 68 dari Surah An-Nahl.
Hisab Jummal sangat penting. Dengan
menggunakan kaedah Hisab Jummal kita
boleh men-decode (decipher) banyak
rahsia rahsia Qur’an.
Apa itu Hisab Jummal?
Saya terangkan lebih lanjut tentang cara
cara-caranya di bawah ini.

Bertafakkur !!!

10

Terdapat 8 ayat dalam Surat An-Nahl
yang bilangan perkataan dalam ayat ayat
itu ialah 16, 32, 48, 64, 80, 96, 112, dan
128, iaitu 16 x N (N = 1, 2, 3, ..., .
Yang mengejutkan di sini adalah bahawa
jumlah perkataan untuk semua ayat-ayat
ini adalah 119 perkataan.

11

Nombor ini adalah bersamaan dengan
jumlah Jummal ( ‫ )حساب ًالجمل‬perkataan
lebah:
*(1+30+50+8+30) = 119 ‫*النحل‬

Bilangan ayat yang diberi nombor 16 atau
salah satu dari gandaannya, dari awal Al-
Quran hingga ayat 128 dari Surah An-
Nahl adalah: 119 ayat.
(Rujukan Dr Bassam Jarrar)

‫ حسابًالجمل‬Hisab Jummal

Sejak zaman sebelum Islam orang Arab
menggunakan kaedah Hisab Jummal,
iaitu setiap huruf ada nilainya.

12

Nilai yang diberikan kepada setiap huruf
boleh didapati di Google "‫"حساب الجمل‬
Sebagai contoh:

*Jummal ‫النحل‬

ً‫ =ا‬1
30ً=ً‫ل‬
ً‫ =ن‬50
8ً=ً‫ح‬
1+30+50+8+30 = 119

Maka nilai Jummal bagi perkataan Al-
Nahl ialah 119.

Pada bulan Julai 2022 bersamaan dengan
Zulhijjah 1443 diramalkan negara Israel
akan musnah dan Islam akan muncul
sebagai kuasa dunia buat kali kedua.

13

Kajian terperinci dibuat berdasarkan
Hisab Jummal. Oleh itu sangat penting
untuk kita memahami kaedah Hisab
Jummal ini.
Saya akan memberi lebih contoh-contoh
apabila diperlukan untuk memahami
ramalan berdasarkan kajian Qur’an
dengan kaedah Hisab Jummal ini.

***Prof Dato' Dr Torla Hassan***
20/6/2021

14


Click to View FlipBook Version