The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sfd7717, 2020-11-03 23:23:39

KERJA LAPANGAN TING 4

SIAPKAN

SMK PASIR PUTIH TAWAU

MIGRASI DALAMAN
DI KAMPUNG PASIR PUTIH

TAWAU, SABAH

NAMA MURID :
NO KP :

TINGKATAN :
NAMA GURU :

ISI KANDUNGAN Muka Surat
Bil Isi Kandungan

1. Penghargaan
2. Pendahuluan / Pengenalan
3. Objektif Kajian
4. Kawasan Kajian
5. Kaedah Kajian
6. Dapatan Kajian (hasil keseluruhan kajian)
7. Rumusan
8. Rujukan
9. Lampiran

PENGHARGAAN

Pertama sekali syukur kepada Allah S.W.T. kerana limpah izin serta rahmatnya,
dapatlah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya. Seterusnya,
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua SMK Pasir Putih
Tawau, T​ n Hj Abdul Wahid Abd Rahman yang telah memberi kebenaran kepada
saya untuk menjalankan kajian ini. Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada guru
Geografi saya, Encik...................., yang tanpa penat dan lelah memberikan bimbingan
dan tunjuk ajar sehingga kajian ini dapat diselesaikan dengan sempurna.

Selain itu, saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah
memberikan peruntukkan perbelanjaan serta dorongan dan sokongan sepanjang
kajian ini disiapkan.

Dalam pada itu, penghargaan juga saya tujukan kepada para responden yang telah
memberikan kerjasama secukupnya juga buat rakan-rakan sekelas saya ............
,..........., ........... dan .............. yang telah bersama-sama dalam menyiapkan kajian ini.

Tanpa sokongan dari setiap pihak yang terlibat tidak mungkin saya dapat menyiapkan
kajian ini dengan jayanya kerana kerja-kerja untuk menyiapkan tugasan ini
memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan mahupun peruntukan kewangan bagi
memastikan ianya berjalan dengan lancar.

PENGENALAN

Kajian lapangan ini merupakan tugasan wajib seperti yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dijalankan oleh setiap pelajar tingkatan 4
yang mengambil mata pelajaran Geografi. Tajuk kajian bagi kajian lapangan saya
adalah (​ ​tajuk kajian​)​ dan saya​ (​nama​)​ pelajar tingkatan 4 (​ n​ ama kelas​) ​dari
sekolah (​ n​ ama sekolah)​ ​ telah melakukan kajian ini di kawasan ​(k​ awasan kajian​)​.

Antara sebab utama saya memilih kawasan​ (​kawasan kajian​)​ sebagai kawasan kajian
kerana ia merupakan tempat tinggal saya dan berdekatan dengan sekolah. Ini akan
memudahkan urusan saya untuk membuat kajian kerana berhampiran dengan rumah
saya. Selain itu, saya juga mahir dengan kawasan ini justeru memudahkan saya
mendapat data-data yang berguna untuk direkodkan dalam kerja kursus saya.

Tempoh masa yang diberikan kepada saya telah saya gunakan dengan sebaiknya
dari hari pertama sehingga hari kerja kursus ini disiapkan. Sepanjang saya melakukan
kajian ini, saya telah menemu bual beberapa orang responden bertujuan untuk
mendapatkan data-data yang tepat. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih
kepada semua responden kerana telah memberi kerjasama yang baik dan akhirnya
saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang diberikan.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan kajian peta
melalui aspek dan perkara-perkara seperti berikut:

a)​ Menjelaskan konsep dan takrifan migrasi dalaman di Malaysia
b)​ Menyatakan pola migrasi dalaman di kawasan kajian
c)​ Menyatakan dan menghuraikan faktor migrasi dalaman di kawasan kajian
d)​ Menyatakan kesan migrasi dalaman kepada pembangunan ekonomi dan alam
sekitar di kawasan kajian
e)​ Mencadangkan langkah untuk mengatasi migrasi dalaman di kawasan kajian

KAEDAH KAJIAN

Bagi kajian ini, saya telah menggunakan kaedah kajian secara kuantitatif dan juga
kualitatif. Pemilihan kedua-dua pendekatan kaedah kajian ini dilakukan adalah bagi
mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan sesuai dengan kajian saya. Justeru,
terdapat empat kaedah kajian yang telah dipilih bagi memastikan kajian ini dapat
dilaksanakan dengan sempurna dan bersistematik.

1) Kaedah Temu Bual
Kaedah yang digunakan bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian saya adalah
kaedah temu bual. Kaedah temu bual ini telah dijalankan terhadap beberapa orang
informan yang dikenalpasti. Informan tersebut terdiri daripada orang penting atau
berpengaruh di sekitar (nama kawasan kajian)seperti ketua kampung dan pengerusi
jawatankuasa rukun tetangga.
Dengan menjalankan kaedah temu bual ini, saya dapat mengenalpasti beberapa
jawapan awal terhadap kajian saya yang seterusnya boleh digunakan sebagai soalan
dalam borang soal selidik bagi mendapatkan jawapan yang lebih menyeluruh atau
mewakili kawasan tersebut.
Selain itu, jawapan yang diperoleh daripada para informan menerusi temu bual ini
juga adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam bagi objektif kajian
yang ingin dicapai

2) Kaedah Borang Soal Selidik
Setelah menjalankan kaedah temu bual, saya telah meneruskan kajian saya dengan
menggunakan kaedah borang soal selidik. Borang soal selidik telah diedarkan kepada
penduduk di sekitar kawasan kajian yang telah dipilih.

3) Tinjauan Literatur
Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini, internet adalah satu
gerbang limpahan pelbagai sumber bagi mendapatkan maklumat. Melalui laman
sesawang berautoriti yang telah dilayari iaitu Portal Rasmi……………….., saya turut
dapat memuat-turun bahan berkaitan kajian / tugasan ini untuk dijadikan rujukan
tambahan.

DAPATAN KAJIAN

LATAR BELAKANG RESPONDEN
40% responden adalah dari kalangan mereka yang berumur 60 tahun keatas. Majoroti
responden mempunyai anak lebih dari 5 orang iaitu 75%. Majoriti terdapat dua orang
anak yang akan berpindah keluar iaitu 45%.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI PENDUDUK DI KAWASAN KAJIAN

1. Faktor Pekerjaan
Faktor ini menyumbang 50% keseluruhan migrasi penduduk di kawasan kajian. Ini
disebabkan kawasan kaian tidak dapat menampung atau menyediakan peluang
pekerjaan di kalangan belia di kawasan kajian.

2. Faktor Melanjutkan Pelajaran
Faktor ini menyumbang sebanyak 25% untuk migrasi penduduk di kawasan kajian.
Kumpulan ini adalah terdiri dari lepasan SPM iaitu melanjutkan pelajaran ke
peringkat lebih tinggi seperti memasuki kolej, universiti, IPG dan politeknik .

3. Faktor Perkahwinan
Selebihnya adalah faktor perkahwinan iaitu berpindah mengikut pasangan. Ini
terjadi kerana penduduk di kawasan kajian sama ada lelaki atau perempuan akan
mengikut pasangan mereka yang berasal dari kawasan lain.

4. Faktor Perumahan
Faktor ini menjadi punca juga yang menyebabkan berlakunya migasi di kalangan
penduduk di kawasan kajian iaitu menyumbang sebanyak 20%. Pembukaan
taman-taman perumahan mendorong penduduk untuk berpindah dengan alasan
untuk menjamin kehidupan yang lebih selesa bersama keluarga mereka sendiri.

KESAN MIGRASI TERHADAP KAWASAN KAJIAN

1. Kehidupan Lebih Baik
Maklumat dari responden, kesan ketara akibat migrasi ini ialah sumber kewangan
ketua keluarga lebih baik. Ini kerana anak-anak mereka yang bekerja di luar akan
memberi bantuan kewangan setiap bulan kepada ibu bapa mereka yang semakin
tua.

2. Struktur Penduduk Tidak Seimbang
Hasil pemerhatian, sruktur penduduk tidak seimbang terutama melibatkan
golongan tua dan jantina. Peratus golongan yang berpindah adalah dari kalangan
golongan belia dan kaum lelaki. Ini menyebabkankan golongan tua dan kaum
perempuan lebih ramai tinggal di kawasan kajian.

3. Wujud Tanah Terbiar
Kekurangan golongan belia dan kaum lelaki di kawasan kajian didapati banyak
kawasan pertanian yang terbiar dan dipenuhi dengan semak samun. Golongan tua
tidak mampu lagi untuk bekerja di kebun-kebun pertanian.

CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH MIGRASI DALAMAN

1. Menyediakan Peluang Pekerjaan
Responden mencadangkan supaya di kawasan kajian ini dibina banyak kilang
untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. Antara kilang yang
boleh dibina seperti kilang makanan kerana kawasan ini merupakan kawasan
pertanian.

2. Membina pusat pengajian tinggi
Ini juga antara cadangan responden iaitu membuka pusat pengajian tinggi yang
sesuai dengan permintaan kemahiran tenaga buruh negara. Contohnya
politeknik dan kolej kemahiran yang boleh menjadikan pelajar lepasan SPM
menceburi bidang kemahiran ini.

3. Menaik taraf kampung menjadi pekan
Cadangan ini memang sesuai dilaksanakan kerana kawasan kajian mempunyai
jumlah penduduk yang ramai. Selain itu terdapat pelbagai kemudahan asas
yang lengkap seperti air, elektrik, sekolah rendah dan menengah dan beberapa
buah kilang papan. Bila ini dilaksanakan maka penduduk akan terus menetap
di kawasan kajian apatah lagi dibina taman perumahan.

RUMUSAN

Migrasi ini merupakan satu perkara yang tidak boleh dielakkan. Apa yang penting
ianya perlu dikawal agar tidak menimbulkan masalah terhadap kawasan kampung ini.
Golongan belia atau anak muda diharap akan terus menetap di kampung ini agar
dapat mewujudkan satu suasana yang lebih harmonis dan disambung ke generasi
akan datang. Apa yang ditakuti ialah apabila golongan belia kurang akan
mengundang kemasukan warga asing yang pasti akan banyak menimbulkan masalah
sosial di kampung ini.

RUJUKAN

1. Dr Khairuddin Nisa, ets. (2019).​Geografi Tingkatan 4 KSSM.​ Selangor: Percetakan
Vinar Printing Sdn Bhd.

2. Cikgu Zulhazlia & Cikgu Mamat. (2020). Modul KSSM Geografi Tingkatan 4.
3. https://www.slideshare.net/ZcakUnfold/migrasi-penduduk-folio-geo-ting-4


Click to View FlipBook Version