The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN LEMBAGA JURUTERAPI PERGIGIAN MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatimah betah, 2025-02-24 23:55:38

Buletin Lembaga

BULETIN LEMBAGA JURUTERAPI PERGIGIAN MALAYSIA

BULETIN LEMBAGA JURUTERAPI PERGIGIAN MALAYSIA BULETIN BIL.1/2024 Tatacara Pemakaian Lencana Juruterapi Pergigian Berdaftar Malaysia m/s . 9 Aktiviti Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia (LJPM) m/s . 10 Aktiviti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) m/s. 19


‘Semanis Madah, Seungkap Rasa ’ Bismillahirahmanirrahim, Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Buletin Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia (LJPM) telah berjaya diterbitkan. Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan merealisasikan penerbitan ini bagi Bil. 1 Tahun 2024. Kemunculan buletin ini amat dinanti-nantikan oleh juruterapi pergigian yang berdaftar dengan LJPM kerana ia adalah keluaran pertama daripada LJPM yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2022. Buletin ini akan menjadi medium bagi LJPM untuk mendokumentasikan segala aktiviti yang telah dilaksanakan, kejayaan yang telah dicapai, serta memaparkan statistik pencapaian LJPM sepanjang tahun. Buletin yang dijangka akan diterbitkan sekali setahun ini diharapkan dapat memperlihatkan usaha, kesungguhan, dan kerjasama berpasukan dalam meningkatkan profesion Juruterapi Pergigian melalui penerapan amalan memberus gigi secara harian kepada kanak-kanak berusia di bawah 13 tahun. Diharapkan usaha ini dapat meningkatkan kualiti kebersihan mulut selaras dengan Kertas Halatuju dan skop tugas Juruterapi Pergigian yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2023. Akhir kata, saya mendoakan agar Juruterapi Pergigian dapat berganding bahu untuk meneruskan perjuangan dalam memartabatkan profesion ini dengan cemerlang di persada dunia. Dr. Noormi binti Othman Sekian, terima kasih. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Pergigian) Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia


Mesej dari Editor Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Buletin Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia edisi pertama berjaya diterbitkan. Buletin ini bertujuan menjadi platform rasmi untuk berkongsi perkembangan dan maklumat terkini serta pandangan professional dalam bidang juruterapi pergigian. Penerbitan buletin ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi peranan juruterapi pergigian sebagai profesion yang mampu membantu memberi impak positif kepada sistem kesihatan pergigian negara. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penulis, penyumbang artikel, dan rakan sekerja yang menjayakan penerbitan ini. Sokongan berterusan anda semua amat dihargai dalam memastikan buletin ini kekal relevan dan bermakna. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani, Alhamdulillah, segala puji dan syukur setulusnya kepada hadrat Allah SWT, kita dapat berjumpa di ruangan ini sebagai media perhubungan yang merupakan sumber rujukan serta mempamerkan perkembangan, pencapaian, dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia (LJPM) sepanjang tahun 2023-2024. Syabas dan tahniah kepada sidang redaksi yang telah bekerja keras untuk merealisasikan penerbitan Buletin LJPM Bil. 1 Tahun 2024. Misi Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan untuk memastikan sistem kesihatan yang berkualiti tinggi, iaitu mengutamakan pelanggan, saksama, tidak membebankan, cekap, wajar mengikut teknologi, boleh disesuaikan mengikut persekitaran, dan inovatif. Bagi merealisasikan misi ini, Juruterapi Pergigian berdaftar hendaklah melakukan transformasi diri agar sentiasa menanam sikap untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan rawatan klinikal, pencegahan, pendidikan kesihatan, dan promosi kesihatan pergigian agar masyarakat menerima perkhidmatan yang terbaik bagi meningkatkan kualiti hidup mereka. Akhir kata, semoga buletin ini dapat memberi inspirasi dan manfaat bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat bagi mengurangkan penyakit pergigian yang masih tinggi. Sekian, terima kasih. Serangkai Kasih Puan Normala binti Omar Ketua Profesion Juruterapi Pergigian Puan Fatimah binti Rahman Ketua Editor Akhir kata, saya berharap buletin ini menjadi sumber inspirasi kepada semua juruterapi pergigian untuk terus memberi perkhidmatan cemerlang demi kesejahteraan masyarakat. Marilah kita bersama-sama memikul tanggungjawab ini dengan penuh integriti, profesionalisme, dan dedikasi.


Puan Fatimah Rahman Puan Zainab Mohideen Puan Margaret Ann J. Peter Puan Raini Majid Puan Chitra Devi Subramaniam Puan Siti Mariam Nanti Puan Norahzlin Baharuddin Puan Fatimah Betah Jawatankuasa Ketua Editor Editor Ahli sidang buletin Ahli sidang buletin Ahli sidang buletin Ahli sidang buletin Ahli sidang buletin Ahli sidang buletin Buletin


Isi Kandungan Ahli Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia Ucapan YB Menteri Kesihatan Malaysia Statistik Pendaftaran Juruterapi Pergigian Mengikut Negeri 2023 Dasar Halatuju Fungsi dan Skop Tugas Baharu Juruterapi Pergigian KKM 4 5 6 7 8 9 10 18 19 Continuing Professional Development (CPD) Pemakaian Lencana Lembaga Juruterapi Pergigian Aktiviti Lembaga Juruterapi Pegigian Aktiviti Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) 21 Aktiviti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Senarai Penerbitan Dan Garis Panduan


LEMBAGA JURUTERAPI PERGIGIANMALAYSIA Buletin Lembaga Bil.1/2024 . 4 Akta Pergigian 2018 telah memperuntukan penubuhan Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia bagi pendaftaran Juruterapi Pergigian untuk mengawal selia amalan pergigian dan bagi perkaraperkara yang berkaitan. Ahli Lembaga terdiri dari 16 orang seperti berikut: 1. Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian sebagai Pengerusi 2. Ketua Profesion JP sebagai Pendaftar 3. Seorang anggota Majlis 4. Seorang tutor dari ILKKM 5. Dua orang JP dari ILKKM 6. Seorang dari Angkatan Tentera Malaysia 7. Lima orang JP bermastatutin di Semenanjung Malaysia 8. Dua orang JP bermastautin di Sabah 9. Dua orang JP bermastautin di Sarawak Ahli-ahli Lembaga sesi 2022 -2025: 1. Dr Noormi Othman 2. Puan Normala Omar 3. Dr Ng Woan Tyng 4. Puan Fatimah Rahman 5. Puan Jeevaretnam Sockalingam 6. Puan Zainab Mohideen 7. Puan Woon Siong Lee 8. Puan Chitra Devi Subramaniam 9. Puan Noraini Mohd. Arabie 10. Puan Margaret Ann J. Peter 11. Puan Nurfarhana Farah Abdullah 12. Puan Siti Mariam Nanti 13. Puan Bertha Eldo 14. Puan Marina Lim Abdullah (sehingga 5 Mei 2024) 15. Puan Marvel Saba 16. Puan Norahzlin Baharuddin 17. Puan Raini Majid (mulai Jun 2024)


Buletin Lembaga Bil.1/2024 . 5 Statistik ini menunjukkan bahawa kita masih memerlukan juruterapi pergigian untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan pergigian terutamanya di kawasan luar bandar. Dalam masa yang sama, kita perlu memastikan juruterapi pergigian terus menjalani latihan berterusan untuk mengasah kemahiran mereka dan mengikuti perkembangan terbaru dalam bidang pergigian. Ini penting bagi memastikan mereka terus relevan dan berupaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Akta Pergigian 2018 adalah satu usaha untuk mengawal selia amalan pergigian, termasuk memastikan semua juruterapi pergigian yang berkhidmat di Malaysia memiliki latihan yang diiktiraf dan berdaftar dengan Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia (LJPM). Kelayakan bagi juruterapi pergigian dari ILKKM (Pergigian) Georgetown yang melalui lipatan sejarah bermula dengan nama Sekolah Latihan Pergigian Pulau Pinang diikuti dengan nama Kolej Latihan Pergigian Malaysia, merupakan satu-satunya kelayakan yang tersenarai dalam Jadual Kedua dan Jadual Ketiga Akta Pergigian 2018 untuk berdaftar dengan Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia. Melalui pendaftaran dan pengiktirafan ini, kita dapat memastikan bahawa setiap juruterapi pergigian mempunyai kelayakan yang sewajarnya dan mampu memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada rakyat. Sebagai profesional kesihatan yang berdaftar, juruterapi pergigian tertakluk kepada peraturan-peraturan yang termaktub di bawah Akta Pergigian 2018 yang menetapkan standard yang ketat untuk memastikan amalan pergigian di negara kita dilakukan dengan penuh etika, integriti dan profesionalisme. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia, setakat 31 Disember 2023, seramai 3,049 juruterapi pergigian termasuk 292 juruterapi pergigian pasca asas (yang terdiri dari bidang Bedah Mulut & Maksilofasial, Ortodontik, Periodontik dan Pergigian Pediatrik) berdaftar dengan LJPM. Dari jumlah tersebut, seramai 3,018 juruterapi pergigian berkhidmat di sektor awam, manakala seramai lima 5 juruterapi pergigian berkhidmat di sektor swasta. Berdasarkan populasi yang diperolehi dari Pusat Informatik Kesihatan dan Jabatan Statistik Malaysia, nisbah setiap seorang juruterapi pergigian kepada populasi di bawah 18 tahun adalah 1: 3,022 orang. Perutusan YB Menteri Kesihatan Malaysia


Negeri Sektor Awam Sektor Swasta Jumlah MOH Non MOH Jumlah Perlis 61 - 61 - 61 Kedah 175 - 175 - 175 P.Pinang 180 2 182 - 182 Perak 241 2 243 - 243 Selangor 248 15 263 4 267 WP Kuala Lumpur 141 20 161 - 161 WP Putrajaya 16 - 16 - 16 N.Sembilan 132 1 133 - 133 Melaka 112 1 113 1 114 Johor 196 - 196 - 196 Pahang 205 7 212 - 212 Terengganu 154 1 155 - 155 Kelantan 202 32 234 - 234 ILKKM 46 - 46 - 46 IPKKM 16 - 16 - 16 BPL 1 - 1 - 1 Semenanjung Malaysia 2,126 81 2,207 5 2,212 Sabah 377 2 379 - 379 Sarawak 416 2 418 - 418 WP Labuan 14 - 14 - 14 Malaysia 2,933 85 3,018 10 3,023 Statistik Pendaftaran Juruterapi Pergigian Mengikut Negeri 2023 Sejak penubuhan Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia, seramai 3,049 Juruterapi Pergigian telah berjaya didaftarkan dan mendapat Sijil Perakuan Pengamalan Tahunan (SPPT). Dari jumlah tersebut, seramai 292 Juruterapi Pergigian Pascaasas telah berdaftar dalam empat (4) bidang kepakaran iaitu 10 JP dalam bidang Bedah Mulut dan Maksilofasial, 81 JP dalam bidang Ortodontik, 92 JP dalam bidang Pergigian Pediatrik dan 109 JP dalam bidang Periodontik. Buletin Lembaga Bil.1/2024 . 6


04/06 Bagi memenuhi kepentingan rakyat, hala tuju skop tugas Juruterapi Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia telah dilihat semula seperti berikut: Had umur pesakit bagi aktiviti klinikal Juruterapi Pergigian diturunkan daripada bawah 18 tahun kepada bawah 13 tahun. 1. Penyampaian perkhidmatan yang melibatkan rawatan pergigian, pencegahan klinikal, pendidikan dan promosi kesihatan pergigian. 2. Fokus kepada program atau aktiviti bermula tahun 2023 adalah program toddler, prasekolah di semua negeri secara berfasa 3. Buletin Lembaga Bil.1/2024 . 7 Dasar hala tuju fungsi dan skop tugas JP ini telah diluluskan oleh Program Kesihatan Pergigian, KKM melalui Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Dan Perancangan Kesihatan Pergigian Bil 2/2023 pada 17 - 18 April 2023. Edaran telah dibuat kepada semua negeri melalui surat KKM 600-25/4/1 Jld 3 (6) bertarikh 22 Mei 2023 untuk diimplementasikan. Memandangkan peningkatan ketara bilangan Pegawai Pergigian maka reorientasi perkhidmatan Juruterapi Pergigian di KKM yang mana fungsi dan skop tugas Juruterapi Pergigian sedia ada perlu dinilai semula. Penilaian semula hala tuju skop tugas JP di KKM adalah selari dengan lanskap terkini perkembangan sumber manusia dan beban penyakit pergigian di Malaysia. Beban penyakit pergigian dalam kalangan kanak-kanak toddler dan pra sekolah yang masih di tahap tinggi memerlukan JP untuk menumpukan penyampaian perkhidmatan kepada lapisan masyarakat di peringkat awal usia ini. Manakala pertambahan ketara pegawai pergigian membolehkan liputan sekolah rendah dilaksanakan oleh mereka terutamanya bagi Pemasyarakatan Perkhidmatan Klinik Pergigian Sekolah. Reorientasi skop tugasan JP ini akan dapat memastikan golongan kanak-kanak toddler dan pra sekolah mempunyai kesihatan mulut yang optimum dengan memupuk tingkah laku penjagaan kesihatan mulut yang baik bagi menjamin genarasi rakyat Malasyia bebas penyakit pergigian pada masa akan datang. Dasar Halatuju Fungsi dan Skop Tugas Juruterapi Pergigian KKM


Buletin Lembaga Bil.1/2024 . 8 Continuing Professional Development (CPD) Pengumpulan mata pembangunan profesional berterusan (CPD) telah dikuat kuasa selaras dengan Akta Pergigian 2018 di mana semua Juruterapi Pergigian perlu mencapai mata CPD yang mencukupi sebagaimana yang dinyatakan oleh Majlis atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan (merujuk kepada seksyen 37(4)(a). Merujuk kepada garis panduan Continuing Professional Development For Practioners In Malaysia yang telah dikeluarkan pada Januari 2023, di mana pengumpulan mata CPD ini hendaklah terkumpul dari 1 Januari – 31 Disember bagi setiap tahun semasa bermula pada tahun 2023 bagi melayakkan permohonan Sijil Perakuan Pengamalan Tahunan (SPPT). LJPM telah menetapkan minimum 20 mata CPD sebagai keperluan tahunan untuk permohonan sijil perakuan pengamalan. Mata boleh dikumpul daripada mana-mana sub-kategori yang disenaraikan di bawah Appendiks 1. Mohon perhatian bahawa terdapat bilangan maksimum mata yang boleh dikumpul untuk setiap sub-kategori. Keperluan ini adalah tertakluk kepada perubahan berdasarkan keputusan LJPM.


Pemakaian Lencana Lembaga Jurutrapi Pergigian Pemakaian Lencana Juruterapi Pergigian Berdaftar Buletin Lembaga Bil.1/2024 . 9 Merujuk kepada Mesyuarat Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia Kali Ketiga yang telah diadakan pada 11 April 2023 bersetuju bahawa Juruterapi Pergigian yang telah berdaftar memakai lencana yang dikeluarkan oleh Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia di atas tanda nama (kecuali ATM). Ini merujuk kepada petikan minit mesyuarat 3.6 Pemakaian Lencana dan Nombor Pendaftaran Lembaga Juruterapi Pergigian - Sebagai penjawat awam, YBrs. Puan Pengerusi menyarankan supaya mengikut arahan yang telah dikeluarkan KSU dengan pemakaian tanda nama disematkan di baju di dada sebelah kiri dan diasingkan daripada pas keselamatan (merujuk kepada surat Pemakluman Pindaan Kod QR Pada Pemakaian Dan Penggunaan Tanda Nama Bagi Warga KKM (Ruj:KKM.100-2/1/1JLd.10(25) bertarikh 27 Februari 2023 dan Surat Pekeliling Am Bil. 8 Tahun 1983). Pemakaian lencana ini bertujuan untuk mengenal pasti Juruterapi Pergigian yang telah berdaftar dengan Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia dan berkuat kuasa 1 Ogos 2024. Surat KKM.600-250407 JLD2(14) bertarikh 29 Julai 2024 adalah berkaitan. Lencana boleh diperolehi daripada Setiausaha Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia melalui Penyelia Juruterapi Pergigian Negeri/ pegawai yang bertanggungjawab di Institut Pengajian Tinggi/ Angkatan Tentera Malaysia.


Bil Agenda Tarikh 1. Mesyuarat Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia Pertama Bil. 1/2022 08.06.2022 2. Mesyuarat Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia Bil. 2/2022 23.11.2022 3. Mesyuarat Jawatankuasa Halatuju Profesion Juruterapi Pergigian Bil. 2/2023 04.04.2023 4. Mesyuarat Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia kali Ketiga 11.04.2023 5. Mesyuarat Pra Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia Sesi Kedua 09.10.2023 6. Mesyuarat Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia kali Keempat 20.10.2023 7. Mesyuarat Pra Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia Sesi Ketiga 22.04.2024 8. Mesyuarat Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia Kelima 03.05.2024 9 Mesyuarat Pra Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia Sesi Keempat 26.07.2024 AKTIVITI LEMBAGA JURUTERAPI PERGIGIAN MALAYSIA Mesyuarat Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia Buletin Lembaga Bil.1/2024 . 10


Bil Agenda Tarikh 1. Perbincangan Pindaan Jadual Di Dalam Akta Pergigian 2018 23.09.2022 2. Perbincangan JK Menterjemah Code of Profesional Conduct Bil 2/2022 26.09.2022 3. Perbincangan Menterjemah Standing Oder for The Conduct Disciplinary Proceedings Under Dental Act 2018 – Part D : Diciplinary Proceedings Under Malaysia Dental Therapist Board 07.10.2022 4. Perbincangan Skop Tugas Juruterapi Pergigian Berijazah Bil. Kedua Tahun 2023 17.03.2023 5. Perbincangan JK Menterjemah Code of Profesional Conduct Bil. Ketiga 20.03.2023 6. Perbincangan Menterjemah Standing Oder for The Conduct Disciplinary Proceedings Under Dental Act 2018 – Part D: Diciplinary Proceedings Under Malaysia Dental Therapist Board 24.03.2023 7. Perbincangan JK Menterjemah Code of Profesional Conduct Bil. Ketiga 27.03.2023 Buletin Lembaga Bil.1/2024 .11 Perbincangan Dan Mesyuarat Lain-Lain


Bil Agenda Tarikh 8. Perbincangan Cadangan Pindaan Jadual Kelima Akta Pergigian 2018 [Akta 804] 15.06.2023 9. Mesyuarat Penyediaan Skop Tugas Juruterapi Pergigian Berijazah Dan Cadangan Pindaan Jadual Kelima Akta Pergigian 2018 [Akta 804] 16 – 18.8.2023 10. Perbincangan Semakan Semula Skop Tugas Juruterapi Pergigian Berijazah 04.09.2023 11. Mesyuarat Membangun Draf Kertas Cadangan Bagi Meminda Jadual Kelima Akta Pergigian 2018 [Akta 804] Bil. Pertama 23 – 24.10.2023 12. Mesyuarat Membangun Draf Kertas Cadangan Bagi Meminda Jadual Kelima Akta Pergigian 2018 [Akta 804] Bil 2 Tahun 2023 27 – 28.11.2023 13. Mesyuarat Membangun Draf Kertas Cadangan Bagi Meminda Jadual Kelima Akta Pergigian 2018 [Akta 804] Bil 3 Tahun 2023 19.12.2023 14. Perbincangan Kertas Cadangan Pindaan Jadual Kelima Akta Pergigian 2018 [Akta 804] Bil. 2 Tahun 2024 25 – 26.03.2024 Buletin Lembaga Bil.1/2024 . 12 Perbincangan Dan Mesyuarat Lain-Lain


Bil Senarai Jawatankuasa 1. Prosiding Tatatertib di Bawah Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia (Standing Oder for The Conduct Disciplinary Proceedings Under Dental Act 2018) 2. Jawatankuasa Terjemahan Bahagian D – Prosiding Tatatertib di Bawah Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia (Standing Oder for The Conduct Disciplinary Proceedings Under Dental Act 2018) 3. Kod Tatakelakuan Profesional 2022 (Code of Professional Conduct 2022) 4. Jawatankuasa Kod Tatakelakuan Profesional Terjemahan Kod Tatakelakuan Profesional 2022 (Code of Professional Conduct 2022) 5. Jawatankuasa Laman Web Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia 6. Jawatankuasa Buletin Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia 7. Jawatan Kuasa Teknikal Akreditasi Pergigian (JKTAP) Buletin Lembaga Bil.1/2024 . 13 Jawatankuasa-Jawatankuasa Yang Dianggotai Oleh Ahli LPJM


Bil Senarai Jawatankuasa 8. Ahli Jawatankuasa Pembangun Code of Practice for Programme Acceditation (COPPA) 9. Majlis Pergigian Malaysia (MDC) 10. Continuing Professional Development (CPD) 11. Guidelines And Provisions For Public Information 12. Guidelines For Dental Record Keeping And Dental Charting Buletin Lembaga Bil.1/2024 . 14 Jawatankuasa-Jawatankuasa Yang Dianggotai Oleh Ahli LPJM


Mesyuarat Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia Bil 1/2022 pada 8 Jun 2022 Terjemahan Bahagian D – Prosiding Tatatertib di Bawah Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia (Standing O Standing Order Oder for The Conduct Disciplinary Proceedings Under Dental Act 2018) pada 07 Oktober 2022 Pemantauan Pelaksanaan Final Acceptance Test (FAT) untuk Malaysian Healthcare Practioners System (MHPS) Pada 02 November 2022 Sesi Penterjemahan Bahasa Melayu Bahagian D – Prosiding Tatatertib di Bawah Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia (Standing Oder for The Conduct Disciplinary Proceedings Under Dental Act 2018) pada 24hb Mac 2023 AKTIVITI LEMBAGA JURUTERAPI PERGIGIAN MALAYSIA Sesi Penterjemahan Bahasa Melayu Bahagian D – Prosiding Tatatertib di Bawah Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia (Standing Oder for The Conduct Disciplinary Proceedings Under Dental Act 2018) pada 27hb Mac 2023 Buletin Lembaga Bil.1/2024 . 15 Taklimat Pendaftaran Juruterapi Pergigian Sesi 1 pada 03 Mei 2023


Taklimat Pendaftaran Juruterapi Pergigian Sesi 2 pada 06 Jun 2023 Pra Perbincangan Penyediaan Skop Tugas Juruterapi Pergigian Berijazah Dan Cadangan Pindaan Jadual Kelima Akta Pergigian 2018 [Akta 804] pada 28 Julai 2023 Mesyuarat Penyediaan Skop Tugas Juruterapi Pergigian Berijazah Dan Cadangan Pindaan Jadual Kelima Akta Pergigian 2018 [Akta 804] pada 16 - 18 Ogos 2023 Mesyuarat Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia Keempat pada 20 Oktober 2023 Buletin Lembaga Bil.1/2024 . 16 Mesyuarat Membangun Draf Kertas Cadangan Bagi Meminda Jadual Kelima Akta Pergigian 2018 [AKTA 804] Bil. Pertama pada 23 - 24 Oktober 2023 Perbincangan Cadangan Pindaan Jadual Kelima Akta Pergigian 2018 [AKTA 804] pada 15 Jun 2023


Mesyuarat Membangun Draf Kertas cadangan Bagi Meminda Jadual Kelima Akta Pergigian 2018 [AKTA 804] Bil.2 Tahun 2023 pada 27 - 28 Nov 2023 Perbincangan Deraf Kertas Pertimbangan Meminda Jadual Kelima Akta Pergigian 2018 [AKTA 804] Bil.1 Tahun 2024 pada 7 Mac 2024 Mesyuarat Pra Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia Sesi Ketiga Di bawah Akta 2018 pada 22 April 2024 Mesyuarat Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia Kelima pada 03 Mei 2024 Barisan Jawatankuasa Penyediaan Laman Web Lembaga Juruterapi Pergigian Perbincangan Penyediaan Laman Web Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia Bil. 1/2024 pada 23 – 25 Julai 2024 Buletin Lembaga Bil.1/2024 . 17


Aktiviti Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Buletin Lembaga Bil.1/2024 . 18 Program bersama Sekolah Rendah Agama Puchong Program Kesihatan Pergigian telah diadakan di Sekolah Rendah Agama Puchong dengan tujuan meningkatkan kesedaran pelajar tentang pentingnya penjagaan gigi. Aktiviti program ini merangkumi pemeriksaan gigi, ceramah kesihatan mulut, dan pelbagai aktiviti interaktif yang mendidik.


Aktiviti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Buletin Lembaga Bil.1/2024 . 19 Pada 14 Mei 2024 (Selasa), Program Kesihatan Pergigian telah diadakan di Tadika KEMAS Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) - TD Blok 1, Bukit Jalil. Program ini melibatkan seramai 31 murid, di mana 25 murid hadir dan menjalani pemeriksaan pergigian, manakala 6 murid tidak hadir. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan penjagaan kesihatan pergigian dalam kalangan murid sejak kecil. Tadika KEMAS RKMAT -TD Blok 1


Buletin Lembaga Bil.1/2024 . 20 Pada 15 Mei 2024 (Rabu), Program Kesihatan Pergigian telah diadakan di Tadika KEMAS Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) - TD Blok 3, Bukit Jalil. Program ini melibatkan seramai 57 murid, dengan 49 murid hadir dan menjalani pemeriksaan pergigian, manakala 8 murid tidak hadir. Program ini bertujuan memastikan kesihatan pergigian murid terjaga sejak usia awal. Tadika KEMAS RKMAT -TD Blok 3


Bil. Senarai Penerbitan & Garis Panduan 1. Undang-Undang Malaysia – Akta Pergigian 2018 [Akta 804] 2. Undang-Undang Malaysia –Peraturan-Peraturan Pergigian 2021 [P.U.(A) 443/2021] 3. Terjemahan Bahagian D – Prosiding Tatatertib di Bawah Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia (Standing Oder for The Conduct Disciplinary Proceedings Under Dental Act 2018) 4. Terjemahan Kod Tatakelakuan Profesional 2022 (Code of Professional Conduct 2022) 5. Guidelines Dental Record Keeping And Dental Charting 6. Guidelines for Application of Temporary Practising Certificates Dental Act 2018 7. Guidelines on Continuing Professional Development for Practitioners In Malaysia Senarai Penerbitan dan Garis Panduan Buletin Lembaga Bil.1/2024 . 21


Bil. Senarai Penerbitan & Garis Panduan 8. Guidelines and Provisions for Public Informations 2022 9. Position Document Use of Flourides in Malaysia 2021 10. Guidelines Position Statement on The Use of Dental Amalgam 2020 11. Guidelines on Infection Control in Dental Practice 2017 12. Methods of Disposal of Hypodermic Needles 2013 13. Guidelines for Oral Healthcare Practitioners Infected Eith Blood-Borne Viruses 2014 14. Guidelines on Radiation Safety in Dentistry 2010 Buletin Lembaga Bil.1/2024 . 22 Senarai Penerbitan dan Garis Panduan


Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia E301 , Level 3 , Block 3340 , Enterprise Building 1 , Jalan Teknokrat 3 , 63000 Cyberjaya , Selangor Tel : +60(3) 8318 7401 e-mel : [email protected] DITERBITKAN OLEH :


Click to View FlipBook Version