The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jinkazamafc055, 2022-06-12 06:37:58

soalan tugasan edit 1

soalan tugasan edit 1

1
TOPIK 4 – ISLAM&CABARAN SEMASA DI MALAYSIA - TUGASAN

NAMA PROGRAM : UNIT PENGAJIAN AM SESI TUGASAN
KOD KURSUS / NAMA KURSUS : MPU13012 / PENDIDIKAN ISLAM JENIS
PENILAIAN
NAMA :NUR HANIS SYAZWI BINTI MOHD SHOLIHIN
NO MATRIK : P01STS21F022 MARKAH
KELAS : STS2B

NAMA :
NO MATRIK:
KELAS :

2

ISU-ISU EKSTREMISME DALAM BAB AGAMA

 Ekstremisme (Extremism) berasal daripada perkataan
Extreme yang bermaksud hal yang berkenaan faham
atau kepercayaan yang keterlaluan atau berlebihan
(Kamus Dwibahasa Dewan 1990)

 Dalam bahasa Arab ia disebut Tatorruf ( ) yang
bermaksud duduk di sebelah pihak, jauh dari posisi
tengah. Asalnya ia digunakan untuk perkara nyata /
fizikal, tetapi digunakan juga untuk perkara abstrak spt
kepercayaan agama, pemikiran dan tingkah laku (Al
Qaradawi, 1992: 27)

3

MENCEGAH SIKAP EKSTRIM

 Istilah yang digunakan dalam nas-nas al-Quran dan
hadis untuk Ekstrim atau Tatorruf ialah al-Ghuluw

 Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai ahli Kitab!
janganlah kamu melampau dalam agama kamu secara
yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa
nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan
telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang)
mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul"
(al-Maa-idah: 77)

 ‫قال ص النبي أن و عباس ابن عن‬: ‫قبلكم من هلك فإنما الدين في والغلو إياكم‬
‫الدين في بالغلو‬

"Berwaspadalah kamu daripada al-ghuluw dalam agama.
Sesungguhnya umat sebelum kamu musnah hanyalah
kerana ghuluw dalam agama" (Riwayat Ahmad, al-Nasaa-
ie dan Ibnu Majah. Syeikh Syakir berkata: Sanadnya Sahih)

 ‫قال از مسعود ابن عن‬: ‫ ص ا رسول قال‬: ‫ثلثا فالها المتنطعون هلك‬

"Telah binasa orang-orang yang melampau (baginda
menyebutnya tiga kali).

(Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Dawud)

4

EKSTRIMISME PERLU DICEGAH DARI KECIL

 Pencegahan awal adalah perlu kerana hampir semua
perkara bermula dari kecil,kemudian ia membesar dan
melata.

Sebab Wurud hadis di atas adalah: Rasulullah SAW
sampai di Muzdalifah, baginda berkata kepada Ibnu
Abbas: Mari tolong kutip untuk aku.." (baginda
bermaksud mengutip batu-batu kecil untuk melontar
jamrah). Ibnu Abbas berkata: Lalu aku pun kutiplah batu-
batu kecil. Apabila aku meletakkan di tangan Rasulullah
SAW, baginda bersabda:

 ‫ؤالء بأمثال لعم‬، ‫الدين في بالغلو قبلكم من ؤلك فانما الدين في والغلو وإياكم‬

"Ya, seperti macam ni.. Berwaspadalah kamu daripada al-
ghuluw dalam agama. Sesungguhnya umat sebelum
kamu musnah hanyalah kerana ghuluw dalam agama"

5

KESAN BURUK SIFAT EKSTRIM

 la bercanggah dengan tabiat semulajadi manusia.
Hanya segelintir manusia yang sanggup hidup secara
ekstrim, sedangkan syariat Islam bukan untuk
segelintir manusia sebaliknya untuk sekalian manusia.

 Baginda murka terhadap perbuatan Mu'adz
memanjangkan solat ketika menjadi imam: “ ‫معاد يا أنت‬
‫ أفنان )البخاري رواه( ثلثا وكررؤا‬.”

 "Adakah kamu hendak menimbulkan fitnah Mu'adz?"
(Baginda mengulanginya 3 kali)

 Apabila Rasulullah SAW mengutuskan Mu'adz dan
Abu Musa ke Yaman baginda berpesan: “ ‫تعسرا ول يسرا‬
‫تختلفا ول وتطاوعا تنفرا ول وبشرا‬.. (‫” )عليه متفق‬

"Kamu berdua permudahkanlah dan jangan
menyusahkan, berilah khabar gembira yang mendekatkan
dan jangan menyebabkan orang lari, dan kamu berdua
patuh mematuhi dan jangan berpecah.."

6

 Orang yang bersikap ekstrim tidak bertahan lama,
bahkan cepat putus asa. Sikap ini memenatkan dan
tabiat manusia cepat jemu. Apabila dia bosan, dia akan
meninggalkan semua amalan termasuk yang kecil-kecil.

 Oleh sebab fitrah manusia, maka Rasulullah SAW
berpesan: “ ‫أحب وإن تملوا يهمل ل ا فإن تطيقون ما العمال من اكلفوا‬
‫” قل وإن أدومه ا إلى العمل‬

(‫)ر عائشة عن والمسالي داود وأبو الشيخان رواه‬

"Buatlah amalan yang kamu mampu. Sesungguhnya
Allah tidak akan jemu melainkan kamu yang akan jemu.
Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah
yang berterusan walaupun sedikit."

7

TANDA-TANDA EKSTRIM
 Fanatik terhadap satu pendapat dan tidak

mengiktiraf pendapat lain.
 Fanatik:
Apabila seseorang itu terlalu jumud pd
fahamannya sehingga tidak membuka langsung
ruang kpd fahaman lain berdasarkan
kemaslahatan, tujuan syarak,
 suasana zaman..
 Menutup pintu dialog dan pertimbangan.
 Menolak pendapat lain dgn anggapan dirinya

berada dim hidayat dan lawannya dlm
kesesatan, seolah2 pendapatnya adalah wahyu

8

 MEMAKSA ORANG RAMAI DALAM PERKARA
YANG ALLAH SWT TIDAK WAJIBKAN

 Memaksa/menutup pilihan: Sentiasa mewajibkan satu
pendapat drpd banyak pendapat, mengetatkan apa yg
longgar.

 Bercanggah dengan ajaran islam :
I. ‫ البقرة‬- ‫العسر بكم يريد ول اليسر بكم ا يريد‬
II. ‫تؤتى أن يكره كما رخصه تؤتى أن يحب ا إنمعصيته‬
III. ‫أيسرهما اختار إل أمرين بين ص ا رسول خبر ما إنما يكن لم ما‬
 KERAS/TASYID PADA TEMPAT YANG SALAH
-✰ Keras/Berpegang pd pendapat yg keras/ ketat dim
masyarakat bukan Islam/kaum yg baru mengenal
Islam/baru hendak mengubah diri.
-Sepatutnya bermudah2 sahaja dlm perkara cabang/khilaf
dan tumpukan kpd perkara /usul/aqidah

-Bercanggah dgn konsep tadarruj / beransur ansur spt
ajaran Rasulullah SAW ketika mengutuskan Mu'adz ke Yaman
"Sesungguhnya kamu mendatangi satu kaum Ahlul Kitab,
maka serulah mereka kpd syahadah Tiada tuhan selain Allah
dan aku ini utusan Allah. Jika mereka akur, beritahulah
mereka bahawa Allah menfardhukan ke atas mereka solat 5
waktu sehari semalam. Jika mereka akur, beritahulah
mereka bahawa Allah mewajibkan ke atas mereka zakat yg

9

diambil drpd org kaya dan diagihkan kpd org miskin.."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 TANDA EKSTRIM KASAR DALAM INTERAKSI
-Menggunakan bahasa yg kasar terhadap sasaran
Suka membuat label terhadap sasaran
Sasaran seolah-olah tiada harapan bertaubat atau
diampunkan dosanya
Bercanggah dgn etika dakwah Islam: ✓ Berdakwah dgn
hikmah dan nasihat yg baik (al-Nahlu: 125)
✓ Pemimpin sekalipun disuruh berlemah lembut krn
kekasaran menyebabkan pengikut lari (Ali 'Imran: 159)
 TANDA EKSTRIM BURUK SANGKA TERHADAP ORANG

RAMAI
-Buruk sangka: Melihat orang ramai sebagai masyarakat
Jahiliyah, tiada kebaikan dan penuh kejahatan
Terlalu mudah membuat tohmahan/ tuduhan tak berasas
Tidak memberi keuzuran, mendahulukan
takwilan jahat Allah SWT melarang sikap mensucikan diri dan
memburukkan orang lain

10

‫ القى من أعلم هو أنفسكم تركوا ول‬- ‫الحم‬: 32)
Berkata Ibn 'AtaiLLah: Boleh jadi Allah membuka utkmu
pintu ketaatan tetapi tidak membuka pintu penerimaan.
Boleh jadi Allah mentakdirkan utkmu maksiat, lantas ia
menjadi sebab kamu kembali. Maksiat yg menyebabkan
perasaan hina dan sesal adalah lebih baik drpd ketaatan yg
menyebabkan ujub dan takabbur"
 Tandatanda Ekstrim Mudah mengkafirkan / Gejala

takfir/tafsig/tabdi
-Kemuncak sikap ekstrim ialah takfir Gugur kehormatan
orang Islam lain dan halal darah. Faham al-Khawarij, dlm
keadaan mereka sgt
kuat beribadat.
Jemaah Takfir Wa Hijrah
‫ )صحيح حديث( أحدهما ما باء فقد كافر يا لخيه قال من‬Rasulullah SAW
sgt murka terhadap tindakan Usamah membunuh seorg
lelaki yg telah mengucap syahadah ketika dalam perang.
Baginda menolak alasan Usamah kononnya lelaki itu
bersyahadah kerana takut dibunuh dan menyoal: "Adakah
kamu telah membelah dadanya (dan pasti dia tidak
beriman?)? Apa kamu hendak buat dgn syahadahnya?"
Usamah berkata: Baginda mengulang2 soalan itu sehingga
aku berharap hari itu baru aku masuk Islam.

11

 SEBAB-SEBAB EKSTRIMISME
-1) Ceteknya faham agama sebenar
Agama tidak difahami drpd sumbernya yg
sebenar
Kejahilan tidak melahirkan ekstrimisme sebaliknya ilmu
agama yg 'setengah masak'
Seseorg itu menyangka dirinya bertaraf ulama, atau
guru2nya adalah ulama bertaraf dunia, sdgkan tidak mampu
membezakan di antara perkara pokok dan cabang, qat'iyyat
dan dzonniyyat, muhkamat dan mutasyabihat
2)Memahami nas agama secara zahir/ tekstual/ahli
kesusasteraan/
fiqh al-awraq ;
-Menolak illah /hikmah pensyariatan
-Mencampur-adukkan perkara ibadat dan adat/budaya
• Contoh2 perkara adat/budaya
: ➤ Larangan membawa mushaf al-Quran ke negara kafir
-Larangan wanita bermusafir tanpa
mahram
-Persaksian orang bukan Islam

12

3) Sibuk dengan perkara2 cabang berbanding isu utama
umat
Contoh2 perkara cabang:
-Isu cukur janggut, melabuhkan pakaian / isbal, gambar
fotografi, menggerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud, zikir
menari...
-Golongan ini memindahkan isu2 cabang ini ke mana sahaja
mereka pergi termasuk US.
-Sepatutnya mereka mengutamakan 3 isu: Memelihara
aqidah, menunaikan fardhu & menjauhi dosa besar
4) Sangat mudah mengharamkan sesuatu
> Hanis Syazwi:
Mengabaikan tuntutan al-Quran (al
Nahlu: 116)
Contoh sikap mudah mengharam:
Mengharamkan minum berdiri tanpa melihat makna larangan
Mengharamkan isbal / mencukur janggut / pakaian berwarna
Mewajibkan purdah ke atas wanita

13

5) Keliru dalam memahami bahasa /istilah dalam nas-nas
syarak
• Tidak membezakan konsep iman dan Islam, kufur dan
syirik, nifaq dan jahiliyyah
-Mencampur-adukkan di antara lafaz hakikat dan
majaz/kiasan
-Iman vs kesempurnaan iman, syirik vs syirik kecil, jahiliyah
aqidah vs jahiliyyah akhlak
-Makna berhukum dengan hukum Allah
6) Mengambil ilmu drpd bukan ahli
• Ilmu drpd membaca kitab / buku
-Berguru dgn ustaz selebriti
• Memilih seorang guru / guru sealiran sahaja utk belajar
‫مصحفي من القرآن ول صحفي من العلم تأخذ ل‬
 APAKAH PENYELESAIAN?
1) Peranan Masyarakat
Masyarakat wajib kembali kpd Islam dalam bentuk yang
syumul / lengkap; sosial, ekonomi, politik, undang2, pemikiran.

14

2) Peranan Pemerintah
Memberi ruang masyarakat Islam diperintah secara Islam,
adil, tidak mencabar akidah dan akhlak Islam.
> Hanis Syazwi:
3) Duduk berdialog bersama Ekstrimist
Membuka pentas wacana, dialog, soal jawab, mendengar.
> Hanis Syazwi:
4) Jangan melampau melabel pelampau
Kerajaan dan masyarakat tidak harus melampau dalam
menggambarkan fenomena ekstrim


Click to View FlipBook Version