The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jinkazamafc055, 2022-03-23 02:56:49

Document2

Document2

E-Folio

KUMPULAN 1

NUR HANIS SYAZWI BINTI MOHD SHOLIHIN
P01STS21F022
NURULAIN FADHLINA BINTI HASNIZAN
P01STS21F027

1

3

BIL TAJUK MUKASURAT

11 PENGENALAN 3
PENGENALAN
22 4
PPEENNGGEERRTTIAINANTATSASASWSAURWDAAUNRISDLAANM ISLAM 5
---PKPEOENNNGSGEEPRETTRIAATSNSIAAISWLNAUMIRSILSLAAMM 6
-KONSEP TASSAWUR DAN ISLAM 7
8

2

PENGENALAN

-Tasawwur Islam pada asasnya merujuk kepada gambaran
menyeluruh tentang isi kandungan ajaran Islam yang
meliputi aspek akidah, akhlak dan amaliyyah. Tasawwur
Islam adalah hasil pemerhatian dan kesimpulan para
sarjana terhadap sifat-sifat dan ciri-ciri ajaran Islam dalam
kesemua bidangnya. Oleh itu, perbincangan tentang
tasawwur Islam ialah perbincangan tentang gambaran
ajaran Islam berdasarkan kandungannya yang telah anda
pelajari sebelum ini. Untuk memudahkan anda memahami
gambaran menyeluruh tentang ajaran Islam, bab ini akan
memecahkan tajuk perbincangan kepada beberapa
subtajuk iaitu keistimewaan dan ciri-ciri ajaran Islam,
pandangan semesta Islam, epistemologi Islam, konsep
ilmu dan konsep nilai.

3

PENGERTIAN TASSAWUR DAN ISLAM

*PENGERTIAN ISLAM

Islam adalah sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh
aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya
aqidah, amalan-amalan dan hukum-hukum berhubungan
dengan rohani dan jasmani, fardiyyah dan jamaiyyah,
agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan
akhirat. Secara khususnya Islam sebgaimana yang
dikemukakan oleh ulama-ulama berdasarkan kepada Al-
Quran dan AsSunnah adalah:-
Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah swt
serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran dengan tidak
dipaksa kerana ketundukan yang seperti itu tanpa
perhitungan pahala dan dosa.

4

*KONSEP TASSAWUR ISLAM

1. Konsep Tasawwur Islam Mardzelah
Makhsin Perkataan tasawwur berasal
daripada perkataan bahasa Arab yang
bermula dengan kata dasar sawwara.

2.Hasil daripada kata dasar ini
menerbitkan perkataan tasawwur yang
bererti memberikan suatu tanggapan
kepada rupa yang dapat dikhayalkan dan
menjelaskan gambaran sebenar ke atas
sesuatu serta menghasilkan rupa dalam
akal.

3.Daripada definisi tersebut, tasawwur
bermaksud memberikan gambaran
sebenar ke atas apa yang disampaikan
kepada akal fikiran dan seterusnya
menjadi sebati dalam diri untuk difahami.

5

4. Apabila perkataan tasawwur
dipadukan dengan perkataan islam,
maka ia membentuk tasawwur islam
yang bererti gambaran bentuk islam
hakiki. Hal ini menunjukkan tasawwur
islam bertujuan menjelaskan prinsip-
prinsip asas islam secara keseluruhan
dan seterusnya menggambarkan agama
islam sebagai suatu tasawwur yang
menganggap manusia sebagai agama
yang bersifat fleksibel dan
global.Tasawwur Islam dalamK onteks
Syumul Tasawwur Syumul ialah suatu
tasawwur yang menganggap manusia
sebagai salah satu daripada makhluk-
makhluk Allah yang amat lemah dan
kehidupannya bergantung kepada
rahmat Allah SWT. Justera itu, keimanan
manusia kepada Allah SWT perlu
mengatasi segala kepercayaan pada
perkara-perkara lain. Manusia juga perlu

6

mengingati kepercayaan dan ketaatan
kepada Allah SWT secara lengkap dan
sempurna kerana Allah SWT sentiasa
menilai segala perkataan, perbuatan dan
tingkah laku manusia setiap masa. Ini
bertepatan dengan perkataan syumul
yang bermaksud sempurna, lengkap,
menyeluruh dan ia selaras dengan
matlamat islam yang berorientasikan
kepada dua bentuk penghayatan iaitu
kehidupan di dunia dan kebahagiaan di
akhirat. Ini diakui oleh al-Syahid Hassan
al-Banna dalam bukunya Risalah Islam
ada menyebutkan, ³Islam merupakan
suatu perutusan yang mempunyai jangka
masa yang panjang dan meliputi setiap
zaman. Pengisian lebarnya merangkumi
segala bangsa di seluruh pelosok dunia.
Manakala tunjangannya meliputi semua
urusan dunia dan akhirat.´ Islam adalah
agama yang syumul. Ini sesuai dengan

7

fitrah islam yang menyediakan segala
keperluan yang diperlukan oleh manusia.
Daripada perkara-perkara yang
sekecilnya sehinggalah kepada perkara-
perkara yang besar, segalanya sudah
diberikan panduan di dalam al- Quran
dan al-Sunnah. Sebagai contoh, Islam
sudah mengemukakan panduan
berkenaan perkara-perkara kecil seperti
adab-adab makan, minum, tidur, mandi
meliputi hal-hal yang lebih global seperti
sistem dalam ekonomi, politik, sosial
dan pendidikan. Bukan itu sahaja, malah
Islam sudah memberi panduan
bagaimana memelihara jasad dan roh
seseorang manusia dan kaitan di antara
hubungan manusia dengan Allah SWT,
hubungan manusia dengan manusia dan
hubungan manusia dengan makhluk
yang lain.

8


Click to View FlipBook Version
Previous Book
png2pdf (1)
Next Book
การผลิตสินค้าและบริการ (2)