(KBA1005)
SEKOLAH
KEBANGSAAN
LUBOK
BUNTAR
09800 SERDANG,
KEDAH
KOD SEKOLAH :KBA1005
DAERAH PPD :KULIM BANDAR
BAHARU
GRED SEKOLAH :B
LOKASI :LUAR BANDAR
SESI PERSEKOLAHAN:PAGI SAHAJA
NO TEL/FAX :04-4078343
EMAIL :[email protected]
WEBSITESKLB
KBA1005.1bestarinet.net/sklubokbuntar
SK Lubok Buntar
09800 Serdang, Kedah
KOD SEKOLAH:
KBA1005
PPD:
KULIM BANDAR BAHARU
GRED SEKOLAH:
B
LOKASI:
LUAR BANDAR
SESI:
PAGI SAHAJA
NO. TELE/FAX:
04-4078343
EMEL:
[email protected]
VISI
Sekolah Unggul Penjana
Generasi Terbilang
MISI
Membangun Potensi
Individu Melalui Pendidikan
Berkualiti
KEBERHASILAN
Murid Yang Cemerlang
Kebolehpasaran Tenaga Kerja
Warganegara Yang Baik
SEJARAH SEKOLAH
(1)
Sekolah Kebangsaan Lubok Buntar bermula dengan namanya Sekolah Melayu Lubok Buntar.
Dibina dalam tahun 1926, Sekolah Melayu Lubok Buntar merupakan sebuah bangunan batu dua
tingkat dengan tingkapnya diperbuat daripada anyaman bertam yang berbingkai kayu.
Sekolah Melayu Lubok Buntar dibuka pada tahun 1927 dengan stafnya seramai empat orang,
seorang Guru Besar dan tiga orang guru penolong. Guru besarnya ialah Encik Ayub bin Haji Mat
Akib berkelulusan dari Teacher’s College, Malacca sementara guru-guru yang lain adalah guru-
guru tanpa latihan (untrained). Mereka ialah Encik Puteh bin Mohd Shariff, Tuan Haji Noh bin
Penghulu Jusoh dan Encik Saad bin Ahmad.
Semasa Sekolah Melayu Lubok Buntar dibuka, murid-muridnya terdiri daripada murid-murid lelaki
dan perempuan. Tetapi pada tahun kedua (1928), murid-murid perempuan terpaksa
diberhentikan persekolahan mereka kerana tidk dibenarkan bersama-sama belajar dengan murid-
murid lelaki. Perkara ini berlaku setelah sekolah ini dilawati oleh seorang Ulamak (Syaikul Islam)
Kedah yang bernama Wan Sulaiman. Beliaulah yang membuat bantahan tentang perkara tersebut
(system co-ed). Menurutnya, murid-murid perempuan hanya boleh belajar semula setelah ada
guru perempuan yang mengajar mereka.
SEJARAH SEKOLAH
(2)
Apabila sekolah ini mula dibuka, ia hanya ada tiga kelas ‘0’ (sifar). Mengikut system persekolahan
pada masa itu, hanya murid-murid yang lulus dinaikkan darjah iaitu ke Darjah Satu dan
seterusnya. Murid-murid yang tidak lulus dikekalkan di kelas 0 dan seterusnya.
Tiada had umur untuk memasuki sekolah pada masa itu. Oleh itu, tidak hairanlah ada murid-
murid yang berumur 6 tahun, 7 tahun bahkan yang berumur sebelas tahun dalam kelas 0.
Dalam tahun 1930, Sekolah Melayu Lubok Buntar dibekalkan dengan dua orang guru tambahan.
Mereka ialah Encik Arof bin Saad dan Encik Mohamad bin Mat Saman. Pada masa itu telah ada
enam kelas iaitu Kelas 0 hingga Darjah Lima.
Mulai tahun 1929, waktu persekolahan terbahagi kepada dua sesi iaitu dari jam 7.00 pagi hingga
12.30 tengah hari dan dari 2.00 petang hingga 4.00 petang.Sesi petang ialah untuk Kelas Quran
Tajuwid dan Fardhu Ain. Guru-guru yang mengajar pada sesi petang ialah Encik Yusof, Encik Khalid
dan Encik Nasir.
SEJARAH SEKOLAH
(3)
Begitulah perjalanan Sekolah Melayu Lubok Buntar sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua
pada tahun 1941.
Pada tahun 1935 apabila Guru Besar yang pertama, Encik Ayub bin Haji Mat Akib bersara, beliau
digantikan oleh Guru Besar kedua, Encik Mat Din bin Mat.
Semasa pemerintahan Jepun, sekolah ini dijadikan markas sementara tentera Jepun untuk
beberapa bulan. Pada akhir tahun 1942, Sekolah Melayu Lubok Buntar dibuka semula.
Nama sekolah-sekolah di Tanah Melayu/Malaysia bertukar dari masa ke semasa. Begitu jugalah
dengan sekolah ini; dari sekolah Melayu Lubok Buntar kepada Sekolah Umum Lubok Buntar dan
seterusnya selepas kemerdekaan kepada Sekolah Kebangsaan Lubok Buntar.
Pada masa sekarang, Sekolah Kebangsaan Lubok Buntar yang terdiri dari Bangunan Asal dan tiga
bangunan yang lain berdiri megah di pekan Lubok Buntar yang warganya terdiri dari seorang Guru
Besar, 3 orang Penolong Kanan, 31 orang Guru Penolong, 3 orang staff sokongan dan 435 orang
murid.
SENARAI PENTADBIR
SEKOLAH
1. En. Ayub Bin Hj. Mat Akib (1926-1927) 11. En. Abd. Halim Bin Jaafar (1988-1993)
2. En. Mat Din Bin Mat (1928-1939) 12. En. Abd. Aziz Bin Abd. Hamid (1994-1996)
3. Tn. Hj. Mohd Darus Bin Arshad (1940-1941) 13. Pn. Hjh. Zainab Bt. Mahmud (1997-2000)
4. Tn. Hj. Md. Zain Bin Husin (1942-1953) 14. Tn. Hj. Abu Bakar Bin Meh (2000-2001)
5. Tn. Hj. Chik Bin Long (1954-1959) 15. En. Ibnirislan Bin Mahmad Isa (2002-2006)
6. En. Mahmud Bin Lebai Man (1960-1962) 16. Pn. Hjh. Junainah Bt. Sidek (2007-2010)
7. En. Othman Bin Din (1963-1974) 17. Pn. Nor Asiah Bt. Abd. Ghalim, PCK (2010-
2016)
8. En. Salleh Bin Hj. Saad (1975-1978)
18. En. Mohamad Zaki Bin Hj. Jaffar (2017-
9. En. Abd Hamid Bin Hassan (1979-1985)
2019)
10. Tn. Hj. Abd. Rahim Bin Abd. Hamid (1986-
19. Pn. Rabiaton Adawiah Bt. Othman (2019-
1987)
kini)
SENARAI GURU SEKOLAH
2019
1. PN. RABIATON ADAWIAH BT. OTHMAN 19. PN. MADIHAH BT. ISHAK
2. PN. NORASYIKIN BT. BAHARUDDIN 20. PN. MAZLINA BT. MANDZOR AHMAD
3. PN. NOR AKMA BT. JAMIL 21. PN. NOR AZIRA BT. RAMLI
4. EN. SHAHAIRI B. SURATMAN 22. PN. NOR REHA BT. ABDULLAH
5. EN. AZMAN B. ABAS 23. PN. NORHANITA BT. MOHAMAD SA'AD
6. EN. BASRI B. MOHAMED IDRIS 24. PN. SHARIFAH BT. HASHIM
7. EN. MAZAIDI B. OTHMAN 25. PN. SITI NURHASHIMA BT. SAFEE
8. EN. MOHD ZAIDI BIN HARON 26. PN. SUZANA BT. DERAHMAN
9. EN. NOOR HISHAM B. SAHROM 27. PN. SYAIRULYATINI BT. ABD GHANI
10. EN. SHAHRIR B. SALLEH 28. EN. MOHD RASHID B. YUSOFF
11. EN. SHAHZURABANE B. ZAINOL 29. CIK AZLINDA BT. ALI BASHAH
12. EN. ZAMRI B. SAIDIN 30. EN. ROSLI BIN TARMIZI
13. PN. AMINAH BT. KIMLI 31. EN. AHMAD BIN MAHAMOD
14. PN. AZILA AZWA BT AZMI 32. PN. NUR AKMAR BT.AHMAD ANUAR
15. PN. AZIZAH BT. OMAR 33. PN. SUZANA BT.ABD RASHID
16. PN. DAHLIA BT. MD DAHALAN
17. PN. HADIBAH BT. MOHAMAD DARUS
18. PN. JUNAIDAH SARTINI BT. OSMAN
SENARAI STAF SEKOLAH
2018
1. EN. KAVIARASAN A/L MARIMUTHU – P.PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
2. PN. LAILI BT. MAT SAAD – PEMBANTU TADBIR
3. CIK NOOR LAILI BT. ABD. KADIR – PEMBANTU AM PEJABAT
4. CIK YUHAFIZHAH BT. YUSOP – PEMBANTU PENGURUSAN MURID
5. PN. NURUL AZIAN BT. AZNAN – PEMBANTU PENGURUSAN MURID
LAGU SEKOLAH
ENROLMEN 2019
GURU BESAR DAN BARISAN
PENOLONG KANAN
GURU BESAR
PK HEM PK KOKU PK PENTADBIRAN