The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by diyahusninairdina22, 2022-06-11 09:44:38

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5

menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di
rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang,
Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor
Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di
tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya.
Tidak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan
merungut-rungut.

Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak
menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis diisi. Doktor Uwang
menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang
menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor
Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan
menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga
menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited
dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen
minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin
membincangkan hal pesakit Unong Siro dan panggilan tersebut amat penting.

Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak
tenteram. Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga
terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang
sama membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila
Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam
ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak
Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan perkara
sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi
tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat
Rawatan Pantai Kasih.

Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak
sepatutnya melayan emak Unong Siron dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah
kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam perawatan itu. Mengasari
orang yang memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta
Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.

Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang
segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah
ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya untuk
menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat
tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu

51

lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke
Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Bab 7

Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai
Kasih begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai
mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan
besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia
ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu
ibu Unong Siron tentang musibah anaknya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa
bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam
alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya
menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah
silamnya.

Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib
sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan
dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan
masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas
menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya.
Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia
sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.

Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu.
Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor.
Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor
Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia
sanggup percaya dengan doktor muda itu.

Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat
panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan
Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di
Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng
menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu
bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan
tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan
kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang
sedangkan menurut Doktor Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah
panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima
panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin

52

menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha
berharap Unong akan berjaya pada kali ini.

Bab 8

Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz
dan kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan
anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji
supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran
terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi
pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa
semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu
sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatah lagi
ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh
orang lain.

Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia
Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah.
Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk
menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan
kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu
membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka
pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi
oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain
untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut. Peristiwa itu
pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut
bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester.

Bab 9

Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di
dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex
Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada
kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga
terimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam
dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah
salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu
berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan
yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan
ini.

53

Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi
pulang selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang
marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama anak
perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol
dan berhenti di sebuah rumah tumpangan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche
itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara
kebetulan berada di situ.

Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati
sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain.
Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun
anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan
wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang
tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya
kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan
Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak peremuan tua itu.

Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai
dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantunggantung. Raiha
turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan
senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang
memecut laju dan sedang mengekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti
secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.

Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh
tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya
kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-
pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelamatkan nyawanya
dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelengan tangan
dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut.

Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya
menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya
menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar
kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan
langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil
sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

54

Kekuatan

Antara kekuatan novel ini ialah mempunyai klimaks. Hal ini akan membuat pembaca
tidak bosan membaca novel ini. Contoh klimaks dalam novel ini ialah kemalangan Doktor
Uwang dalam kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat lutut kakinya yang kejang dan
pergelangan tangannya yang kebas.

Kekuatan yang kedua ialah mempunyai teknik plot. Hal ini akan membuat pembaca
menjadi tenang sewaktu membaca kerana jalan cerita teratur. Sebagai contoh, pengarang
mengarang tentang kebolehan Doktor Uwang membangunkan Pusat Rawatan Pantai Kasih
daripada sebuah pusat rawatan kecil sehingga menjadi pusat rawatan yang besar dan terkenal.

Selain itu, novel ini mempunyai jalan cerita yang saspen. Hal ini akan membuat
pembaca tertanya-tanya dan meneka apa yang akan terjadi selepas ini dan membuat andaian
sendiri. Sebagai contoh, kematian Rohayu sering diimbas kembali oleh Raiha kerana dia belum
mendapatkan kepastian punca kematian anak istimewanya itu.

Di samping itu, novel ini mempunyai permulaan yang menarik. Dengan ini, pembaca
akan lebih seronok membaca dan pembaca akan mempunyai anggapan yang bagus.

Akhir sekali, novel ini mempunyai kejutan di pertengahan novel. Hal ini akan membuat
pembaca menjadi tidak sangka dengan perkara yang sedang berlaku. Sebagai contoh, pembaca
tidak menyangka bahawa Raiha dengan lantangnya berani menuduh suaminya, Doktor Sadiz
yang telah menyebabkan kematan anak tunggal kesayangan mereka walaupun mahkamah
syariah telah mengisytiharkan bahawa Doktor Sadiz didapati tidak bersalah dalam kes tersebut.

Kekurangan

Antara kekurangan yang terdapat dalam novel ini ialah sudut pandangan karakter
sering bertukar-tukar. Hal ini kerana, di dalam novel sudut pandangan karakter sering berubah
dari karakter a ke karakter b ke karakter c dan ke karakter a semula tanpa amaran atau
penanda sebelum perubahan. Ini menyebabkan pembaca bingung untuk memberi fokus
kepada karakter mana dahulu kerana sering berubah-ubah.

Kekurangan yang kedua ialah mempunyai imbas balik yang tidak diperlukan dan diberi
secara tiba-tiba. Hal ini diperkatakan demikian kerana novel ini memberikan terlalu banyak
imbas balik secara berkerat-kerat dan sekali lagi tidak memberikan penanda atau amaran.
Imbas balik yang diberi secara sedikit-sedikit, memaksa pembaca membuat sambung dari
perenggan ke perenggan lain dengan sendiri. Ini juga menyebabkan pembaca bingung kerana
susah untuk mengklasifikasikan mana yang dahulu dan sekarang.

55

Setrusnya, novel ini membawa moral-moral yang tidak elok untuk kanak-kanak bawah
umur. Sebagai contoh, Penulis telah meletakkan terlalu banyak nilai dan unsur-unsur negatif
dan lucah untuk novel ini yang mempunyai sasaran pembaca dalam lingkungan 13-17 tahun
dan novel ini rata-rata digunakan dalam sistem pendidikan menengah Malaysia, ia membawa
teladan dan pengajara yang tidak sesuai dibincangkan di dalam kelas bersama guru dan
pelajar.

Di samping itu, novel ini tidak mempunyai pembinaan saspens yang skala. Hal ini
kerana pada bahagian awal novel, ia tidak mempunyai pembangunan plot yang linear dan
bermula secara tiba-tiba. Pengenalan karakter dan latar tempat diberi dengan sekilas
pandang dan motif karakter tidak diberi secara mendalam. Ini membuatkan pembaca tidak
tahu tujuan watak utama dan kenapa mereka perlu mengikut cerita watak tersebut. Permulaan
plot yang tidak bermula secara sedikit-sedikut membuatkan pembaca pening dengan konfliks
yang diberi pada awal-awal novel dan bukan pada bahagian pertengahan novel.

Akhir sekali, misteri yang hanya diterangkan dengan sekilas pandang. Hal ini
diperkatakan demikian kerana misteri yang dinaikkan merupakan peristiwa yang dipanggil
peristiwa hitam. Pada bahagian pertama, ia telah membuat pembaca berasa teruja dan
saspen dalam mengetahui apakah peristiwa hitam yang dimaksudkan, tetapi pada bahagian
hujung novel, peristiwa hitam ini tidak diberikan penerangan, sebaliknya penulis beharap
pembaca dapat meneka sendiri perenggan terakhir novel yang merupakan imbas balik
tentang peristiwa hitam yang diceritakan. Pembaca ditinggalkan dengan rasa kecewa kerana
memberi jangkaan yang peristiwa hitam tersebut merupakan sesuatu yang lebih dalam.

Cadangan Penambahbaikan

Antara cadangan penambahbaikan yang mungkin boleh dilakukan ialah
memperbanyakkan lagi nilai-nilai positif dalam novel ini. Hal ini kerana dapat menjejaskan
kesesuaian bagi pelajar - pelajar yang membaca sesebuah novel dimana terdapat banyak nilai
negatif berbanding nilai positif.

Seterusnya, penulis boleh mengurangkan persoalan yang akan timbul dalam kalangan
pembaca. Ini kerana jalan cerita tersebut terlalu padat dengan beberapa masalah semasa serta
terlalu banyak persoalan yang dibangkitkan.

Selain itu, penulis boleh memperbanyakkan nilai yang mendorong kepada kepentingan
masyarakat berbanding kepentingan diri. Hal ini kerana purata pembaca novel tersebut adalah
para pelajar dan guru - guru yang dimana dalam lingkungan umur 16 hingga 50 tahun dan
memupuk sikap kemasyarakatan dalam diri mereka.

56

Di samping itu, penulis juga boleh mengurangkan jalan cerita yang lebih mendorong
kepada sikap atau perbuatan negatif. Dengan cara ini, pelajar tidak akan terhasut dengan sikap
negatif yang ditunjukkan di dalam novel tersebut.

Akhir sekali, novel ini perlu menepati matlamat subjek kompenan sastera (Komsas) di
sekolah dan bukan hanya berkonsepkan popular semata-mata. Hal ini diperkatakan demikian
kerana matlamatnya ialah untuk membentuk pembangunan diri dan memupuk nilai murni di
kalangan pelajar.

57

Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

Pengenalan

Ketabahan seorang gadis dalam mengharungi liku-liku hidup yang penuh cabaran. Dahlia
sebagai anak sulung dalam keluarganya terpaksa memikul tanggungjawab untuk membantu
ayahnya menguruskan rumahtangga setelah ibunya, Saleha, dihantar ke Taman
Bahagia. Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya, Melati, Kiambang
dan Anggerik. Satu persatu masalah yang menimpa Dahlia. Dia difitnah oleh jirannya,
Aton. Anggerik mengalami demam yang berpanjangan. Ayahnya dipatuk ular tedung dan
terpaksa dirawat beberapa hari di hospital. Namun, dalam menjalankan tanggungjawabnya,
Dahlia tidak pernah melupakan impiannya untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam
STPM.

Biografi Pengarang

Khairuddin Ayip yang dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 25 Februari 1962. Beliau
telah menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Pintas Raya (1969 hingga 1974), Sekolah
Menengah Kebangsaan Tun Ismail (1975 hingga 1979), dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Datuk Bentara Luar (1980 hingga 1981). Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab
Perguruan Temenggung Ibrahim (1982 hingga 1984) dan Universiti Putra Malaysia (1996
hingga 1999).

Beliau banyak menghasilkan buku kreatif seperti novel remaja, cerpen dan sajak. Hasil
penglibatannya dalam bidang penulisan kreatif.

Beliau juga telah memenangi beberapa anugerah seperti tempat ketiga Sayembara
Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA II, 1980 (Guruku Ibuku Jua), tempat pertama
Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1987 (Sayang Disayang), hadiah penghargaan
Novel Remaja Utusan-Public Bank 1989 (bukan Untukku), tempat pertama Peraduan Menulis
Novel Remaja DBP 1990 (Songket Berbenang Emas), tempat kedua Peraduan Menulis Novel
Kanak-kanak DBP 1991 (Mawar Putih Mawar Merah) dan tempat kedua Peraduan Menulis
Cerpen Kanak-kanak Hari Guru Kebangsaan 2000 (Semerah Saga).

58

Kini, beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches + (SISC
+) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.

Muka Hadapan & Belakang Novel

Sinopsis Keseluruhan

Cerita Songket Berbenang Emas mengisahkan kegigihan Dahlia yang memegang
peranan sebagai pelajar dan anak sulung dalam keluarga Embong yang menghadapi kesusahan
yang bertimpa-timpa. Dahlia merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan disukai oleh
rakan-rakannya. Namun, akibat masalah keluarga yang dihadapi, tumpuannya terhadap
pelajaran terganggu. Setelah ibunya dimasukkan ke Taman Bahagia, Dahlia terpaksa menjaga
adik-adiknya di rumah dan menyebabkan dia sering lewat ke sekolah. Akhirnya dia
mengambil keputusan untuk keluar terus dari asrama. Masalahnya bertambah apabila difitnah
oleh Aton yang melihatnya dihantar balik oleh Azhari dan dituduh membunuh Said yang tidak
dapat diselamatkan semasa lemas di sungai. Keluarga mereka diuji lagi apabila Embong
sebagai ketua keluarga dipatuk ular tedung dan dirawat di hospital selama beberapa
hari. Segala beban tugas rumah tangga terpaksa dipikul oleh Dahlia tanpa meninggalkan
tugasnya sebagai seorang pelajar. Dahlia tetap tabah menghadapi semua dugaan yang
dihadapinya. Adiknya, Abu Bakar telah menjumpai dua biji telur ayam yang berwarna hitam
mengandungi paku, cincin akek, butiran pasir dan jarum semasa membersihkan kawasan di
bawah rumah mereka. Selepas peristiwa tersebut, Saleha beransur baik dan dibenarkan keluar
dari hospital. Azhari telah menghantarnya balik ke rumah. Nek Kiah tidak lagi membenci dan
menghina keluarga Dahlia. Pertolongan Dahlia sekeluarga semasa dirinya terlantar sakit telah
menimbulkan keinsafan kepada Nek Kiah. Sepanjang menghadapi permasalahan, Dahlia dapat
menangani semua itu dengan jayanya dan memperoleh hasil seperti yang
diinginkannya. Dahlia terpilih sebagai seorang daripada pelajar yang akan dihantar
melanjutkan pelajaran ke Jepun. Dahlia juga selamat ditunangkan dengan Azhari, lelaki
pilihan hatinya. Cerita berakhir dengan kegembiraan apabila mereka sekeluarga dapat
berkumpul semula dan Saleha sudah sembuh daripada penyakitnya.

59

Sinopsis Mengikut Bab

Bab 1

Dahlia dan rakan-rakannya, Siti Wangi dan Kavita menjalani latihan bola jaring di
sekolah. Mereka juga merupakan kumpulan pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan STPM
tidak lama lagi. Azhari, datang ke sekolah untuk berjumpa dengan Dahlia dan menyatakan
hasratnya untuk merisik Dahlia.

Bab 2

Azhari menghantar Dahlia balik ke kampung. Kepulangannya disambut dengan tangisan
Anggerik. Melati memberitahu bahawa ibu mereka telah lama keluar tetapi masih belum
pulang ke rumah. Dahlia keluar mencari emaknya yang berpenyakit kerana sering berjalan dan
bercakap sendirian sehingga tidak dapat mengawal diri sendiri. Dahlia menjumpai ibunya di
kebun getah. Apabila diajak pulang ke rumah, ibunya tidak mahu sehinggalah bapanya datang
memujuk. Saleha lari dan mereka terpaksa meminta orang kampung membantu mencari
Saleha.

Bab 3

Nek Kiah memarahi Embong apabila melihat Saleha diikat. Haji Sulaiman dan beberapa orang
pembantu dari Hospital Batu Pahat datang ke rumah Embong untuk membawa
Saleha. Walaupun pada awalnya, Embong tidak rela, tetapi untuk mengubati Saleha, dia
mengizinkan Saleha dibawa ke hospital. Dahlia, Kiambang dan Melati turut bersedih dan
keberatan ibu mereka dibawa pergi.

Bab 4

Pemergian Saleha menyebabkan suasana bungkam. Dahlia menyelesaikan kerja-kerja di
rumah sambil membimbing adik-adiknya belajar. Dahlia lebih merisaukan keadaan di
rumahnya sekiranya dia balik ke asrama. Namun, Embong memujuknya untuk kembali
bersekolah. Embong teringat peristiwa Saleha mengadu tentang perasaannya yang sering
terganggu oleh suara yang pelik-pelik.

Bab 5

Dahlia lewat tiba di asrama. Cikgu Salwani menegur dan bertanyakan masalah yang dihadapi,
namun Dahlia hanya mendiamkan diri. Pada petang tersebut, Dahlia ke Hospital Batu Pahat
untuk bertemu dengan ibunya tetapi diberitahu oleh Haji Sulaiman bahawa ibunya telah
dihantar ke Taman Bahagia.

Bab 6

Haji Sulaiman memberitahu Embong bahawa Saleha telah dihantar ke Taman Bahagia. Nek
Kiah berterusan menyalahkan keluarga Embong yang menyebabkan Saleha sakit. Dahlia gagal
menyelamatkan Said, anak Aton yang lemas di sungai.

Bab 7

Dahlia terlalu sedih kerana tidak dapat menyelamatkan Said. Aton menuduh Embong dan
Dahlia memang ingin supaya anaknya mati. Orang kampung juga menyebarkan berita yang
sama. Namun, Tauke Lim memuji mereka anak beranak. Semasa memotong kelapa sawit di
Parit Haji Kadir, Embong dibelit ular sawa tetapi dia dapat menyelamatkan diri.

60

Bab 8

Semasa berehat dan tertidur di biliknya, Dahlia bermimpi dibelit ular sawa. Terdapat kesan
cekikan di lehernya. Hal ini menghairankannya. Melati menyatakan hasratnya ingin berhenti
sekolah untuk menjaga Anggerik tetapi dihalang oleh Dahlia. Embong sampai di rumah
dengan membawa ular yang telah dibunuhnya. Dahlia menjerit ketakutan dan menangis
apabila melihat ular tersebut. Hal ini menghairankan Embong. Dahlia menceritakan mimpi
yang dialaminya kepada Embong.

Bab 9

Najib dan Kavita mengunjungi rumah Dahlia. Mereka berasa sayu akan kedaifan keluarga
Dahlia. Anggerik yang masih sakit dibawa dengan kereta Najib ke hospital. Seman, bapa
saudara Dahlia balik ke kampung menziarahi Nek Kiah. Seman memujuk Nek Kiah supaya
menjual tanah dan rumah yang didiami oleh Embong dan keluarganya.

Bab 10

Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang tidak tinggal di asrama lagi dan sering lewat sampai ke
sekolah. Dia tidak mahu memberitahu masalahnya kerana akan melibatkan nama baik ibunya
kepada Cikgu Salwani. Dia juga mahu menjaga adik-adiknya. Dengan perasaan sedih, Dahlia
mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. Cikgu Hisyam berjumpa dengan Dahlia
setelah Kavita menceritakan hal Dahlia kepadanya. Beliau menasihatkan Dahlia terus tinggal
di asrama agar pelajarannya tidak terganggu dan cemerlang dalam STPM nanti.

Bab 11

Abu Bakar, adik Dahlia tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri dan
sering keluar berpeleseran dengan kawan-kawannya. Walaupun kerap diimarahi oleh Embong,
dia tetap dengan perangainya dan tidak mahu membantu adik-adik yang lain. Mawar yang
tinggal di asrama penuh kembali ke rumah kerana rindu akan ibunya dan ingin berjumpa
dengannya. Dia tercari-cari ibunya tetapi tidak ditemuinya. Embong tidak memberitahunya
tentang keadaan Saleha dan menyuruh Mawar bertanyakan Dahlia.

Bab 12

Dahlia melawat ibunya di Taman Bahagia. Doktor memberitahu Dahlia bahawa penyakit
ibunya pada tahap bahaya. Semasa di hospital, Dahlia bertemu dengan Azhari yang bertugas
sementara di situ. Dahlia berasa sedih kerana Saleha tidak mengenalinya. Kesihatan Saleha
bertambah menurun.

Bab 13

Azhari menghantar Dahlia balik ke rumahnya. Embong bertanyakan keadaan Saleha. Oleh
sebab memikirkan Mawar akan mengambil SRP pada bulan September nanti, Dahlia
menyatakan bahawa ibunya sihat. Namun dia tidak sanggup menipu ayahnya. Pada
malamnya, Dahlia memberitahu keadaan sebenar Saleha kepada Embong. Semasa berbual-
bual, sesuatu telah berlaku kepada kambing peliharaannya. Embong keluar dan menuju ke
kandang kambingnya.

Bab 14

Tauke Lim sentiasa membantu keluarga Embong. Tauke Lim membenarkan mereka berhutang
barang-barang keperluan di kedainya. Tauke Lim datang ke rumah Embong untuk membeli
kambing peliharaannya. Namun, Embong memberitahu bahawa kambingnya telah hilang

61

dicuri orang. Azhari ingin membawa keluarganya untuk merisik Dahlia. Dahlia keberatan
dan meminta Azhari menangguhkan hasratnya. Dia bimbang keluarga Azhari tidak akan
memerimanya setelah melihat keadaan sebenar keluarganya. Embong memanggil Dahlia dan
memberitahu bahawa kawan Dahlia datang ke rumah.

Bab 15

Keluarga Azhari datang untuk merisik Dahlia. Embong menerima baik kedatangan keluarga
Azhari kerana mereka begitu menyenangi Dahlia dan merestui perhubungan ini. Embong juga
menyuarakan kehendak Dahlia yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat universiti dan
bekerja untuk membantu keluarga. Keluarga Azhari tidak membantah malahan menyokong
keinginan Dahlia untuk menyambung pelajaran. Perasaan Azhari menjadi tenang kerana
keluarga Dahlia menerimanya sebagai calon menantu. Selepas Azhari dan keluarganya
beredar, Embong bertanyakan Dahlia sama ada keluarga Azhari mengetahui tentang keadaan
Saleha yang boleh menyebabkan ikatan ini terputus. Perasaan Embong masih berbaur antara
gembira ataupun sedih selepas anaknya disunting orang. Embong terbawa-bawa dengan
perasaannya dan mengingati Saleha yang masih ditahan di Taman Bahagia, Johor Bahru.
Embong yang merasakan dirinya telah lewat ke masjid, tergesa-gesa untuk bersiap. Embong
menuju ke bilik air tetapi seekor ular telah mematuk pahanya.

Bab 16

Dahlia menasihati Mawar agar meneruskan persekolahan dan tugas menjaga keluarga adalah
tugasnya sebagai anak sulung dalam keluarga. Dahlia berjaya menyakinkan Mawar supaya
menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajarannya kerana dia pernah berjanji dengan emak
mereka untuk mendapatkan keputusan cemerlang. Tambahan pula Mawar adalah murid
sekolah berasrama penuh. Keluarga mereka menghadapi pelbagai masalah, iaitu emak dan adik
sakit, kambing hilang dan abah dipatuk ular. Dahlia mengambil iktibar daripada kisah Nabi
Ibrahim yang tabah dalam menghadapi ujian daripada Allah. Sewaktu melawat abahnya di
Hospital Batu Pahat, Dahlia terserempak dengan Kavita dan Cikgu Hisyam yang menghantar
Siti Wangi yang pengsan sewaktu berlatih bola jaring. Cikgu Hisyam meminta Kavita
menolong memfotostat nota-nota pelajaran sepanjang ketiadaan Dahlia di sekolah. Dahlia
terkenangkan pesanan abahnya yang meminta dia menjaga adik-adik di rumah dan
menggunakan wang simpanannya sebanyak RM60.00 sebagai belanja sekolah. Kedatangan
Nek Siah dan Seman ke hospital telah membawa berita yang mengejutkan, iaitu mereka mahu
menjual tanah dan rumah yang didiami oleh Dahlia dan keluarganya.

Bab 17

Walaupun terbeban dengan pelbagai urusan, Dahlia tetap mencuri masa untuk mentelaah
pelajarannya. Kemunculan Abu Bakar telah mengejutkan Dahia. Dahlia telah memberitahu
Abu Bakar bahawa emak dan abah mereka telah dimasukkan ke hospital tetapi tidak
diendahkan oleh Abu Bakar. Tanpa menunjukkan simpati akan keadaan keluarganya, Abu
Bakar meninggalkan rumah sekali lagi. Dahlia memeriksa barang yang disembunyikan oleh
Abu Bakar dan berjaya menemui wang sebanyak RM120.00 yang disimpan dalam dompet.
Azhari telah singgah di rumah Dahlia dan mendapat khabar bahawa abah telah dimasukkan ke
hospital. Azhari singgah untuk mengambil pakaian emak Dahlia dan dalam masa yang sama
mendapatkan nombor wad abah Dahlia. Kedatangan Nek Kiah telah menyebabkan Dahlia sakit
hati dan geram kerana dia disindir selepas Nek Kiah terserempak dengan Azhari. Sikap Nek
Kiah yang beria-ia untuk menjual rumah mereka telah menimbulkan kekecewaan kepada
Dahlia. Ketamakan Seman turut mempengaruhi Nek Kiah untuk menjual tanah itu walaupun
emak dan abah Dahlia masih berada di hospital.

62

Bab 18

Dahlia berasa susah hati kerana kedua-dua ibu bapanya masih di hospital sedangkan mereka
memerlukan RM15000 untuk membayar Nek Kiah bagi menyelamatkan tanah dan rumah
mereka. Dahlia juga berasa serba salah sama ada meneruskan persekolahan atau bekerja di
kilang demi membantu keluarga. Semasa menunggu bas, Dahlia didatangi oleh Tauke Lim.
Tauke Lim menunjukkan keprihatinan dirinya dengan mengambil berat akan keadaan yang
menimpa keluarga Dahlia. Tauke Lim juga menunjukkan kekecewaan dirinya terhadap sikap
Nek Kiah dan Seman yang tidak putus-putus menyusahkan Dahlia sekeluarga. Dahlia
dinasihati oleh Tauke Lim agar bertahan dan tidak berpindah dari rumahnya. Selain itu, Tauke
Lim turut menawarkan pertolongan kepada Dahlia. Pada mulanya Dahlia enggan untuk
menerima pertolongan tersebut tetapi bertukar fikiran selepas Tauke Lim memintanya untuk
mengajar karangan Bahasa Malaysia kepada anaknya Ann yang akan mengambil peperiksaan
SRP. Perihal Bakar yang tidak habis belajar dan malas bekerja turut diperkatakan oleh Tauke
Lim. Perbualan mereka terhenti kerana terdapat sebuah kereta yang tiba-tiba berhenti dan
penumpangnya telah melaungkan nama Dahlia.

Bab 19

Cikgu Hisyam dan Kavita telah memujuk Dahlia agar kembali bersekolah tetapi Dahlia tidak
mahu mengabaikan adik-adiknya yang sangat memerlukan sokongan daripadanya. Selain itu,
Najib kawan baiknya turut datang melawatnya di rumah. Najib menawarkan pertolongan
kepada Dahlia untuk membayar harga tanah seperti yang diminta oleh Nek Kiah. Dahlia
enggan memberitahu hal sebenar kepada Najib kerana tidak ingin mendedahkan bahawa orang
yang ingin menjual tanah tersebut ialah neneknya sendiri. Pada yang sama juga Azhari singgah
di rumah Dahlia. Perasaan Azhari tidak senang kerana tetamu Dahlia ialah seorang lelaki. Najib
yang sudah lama berkawan dengan Dahlia bertanyakan Azhari tentang status hubungannya
dengan Dahlia. Azhari menyatakan bahawa Dahlia ialah bakal isterinya dan selepas itu terus
beredar dari situ. Nek Siah yang berada tidak jauh dari rumah Dahlia telah datang dan
memarahi Dahlia kerana membenarkan Najib dan Azhari masuk ke rumah sedangkan ibu
bapanya tiada di rumah.

Bab 20

Embong telah dibenarkan pulang ke rumah setelah dimasukkan ke wad selama beberapa hari.
Tauke Lim mengunjungi Embong di rumah dan menceritakan tentang tanah yang ingin dijual
oleh Nek Kiah dan Seman. Nek Kiah yang tidak menyedari kepulangan Embong telah datang
ke rumah dan memarahi Dahlia. Nek Kiah tergesa-gesa pulang setelah mendapati Embong naik
berang. Embong menasihatkan Dahlia supaya menyambung pelajaran semula dan
menyerahkan segala masalah keluarga mereka kepadanya untuk diselesaikan. Embong berasa
terharu kerana hanya Tauke Lim sahaja yang datang menemuinya selepas dia keluar dari
hospital. Malahan Tauke Lim juga sanggup membantunya untuk menyelesaikan masalah tanah
tersebut.

Bab 21

Dahlia telah ke balai raya untuk bergotong royong bagi menjayakan Majlis Maulidurrasul.
Dahlia berasa hairan kerana keadaan di balai raya lengang dan orang-orang kampung tidak
kelihatan seperti biasa. Haji Sulaiman meluahkan perasaan tidak senangnya kepada Dahlia atas
sikap orang kampung yang tidak hadir ke balai raya untuk menyiapkan kenduri menyambut
maulud nabi. Semasa Dahlia bekerja seorang diri, Aton datang dan tanpa perasaan bersalah dia
menyindir dan mengata Dahlia sesuka hatinya. Malahan dia turut mempertikaikan kebaikan
Tauke Lim kepada keluarga Dahlia. Dahlia yang berasa malu telah beredar dari situ. Abu Bakar

63

yang menyaksikan peristiwa itu telah naik marah dan cuba menerpa ke arah Aton tetapi sempat
dihalang oleh Haji Sulaiman. Kepulangan Dahlia ke rumah dan diikuti oleh Abu Bakar telah
menimbulkan kehairanan kepada Embong. Embong berasa lebih hairan kerana Abu Bakar yang
tidak mempedulikan keluarga beria-ia memujuk Dahlia yang sedih kerana kata-kata Aton di
balai raya. Abu Bakar berasa bersalah kerana selama ini dia telah mengabaikan keluarganya.
Akhirnya Abu Bakar mengaku bahawa dialah yang menjualkan kambing abahnya.

Bab 22

Abu Bakar berasa kesal kerana telah menjualkan kambing abahnya tetapi Dahlia cuba
memujuk Abu Bakar. Abu Bakar berasa insaf kerana selama ini dia telah mengabaikan
keluarganya demi kawan-kawan. Abu Bakar juga berjanji dengan Dahlia untuk berubah dan
akan mempertahankan tanah mereka daripada gangguan Nek Kiah. Dahlia meluahkan rasa
hairannya kepada Abu Bakar kerana dia tidak nampak kelibat Nek Kiah pada pagi itu. Abu
Bakar tidak mempedulikan perkara itu sebaliknya sibuk berkemas di sekeliling rumah mereka.
Semasa membersihkan bawah rumah, Abu Bakar telah menjumpai sesuatu yang mengejutkan,
iaitu dua biji telur yang berwarna hitam. Telur hitam yang dipecahkan itu mengandungi jarum
peniti, cincin akek, butiran pasir dan dua bilah paku. Abu Bakar menerangkan bahawa ada
orang yang dengki akan keluarga mereka tetapi Dahlia tidak mempercayai perkara syirik dan
menyuruh Abu Bakar tidak menyimpan perasaan dendam. Dahlia menjenguk keadaan Nek
Kiah di rumahnya tetapi niat baik Dahlia itu dibalas dengan kata-kata kesat.

Bab 23

Dahlia kembali bersekolah dan dia berasa gembira kerana kawan-kawan masih mengingati
dirinya. Kavita telah memberitahu Dahlia bahawa Najib akan membawa keluarganya
berkunjung ke rumah Dahlia. Dahlia berasa tertekan kerana Najib dan Azhari hanya
mementingkan diri mereka sahaja. Dahlia meminta Kavita menyampaikan pesanan kepada
Najib bahawa dia sudah bertunang dan hanya menganggap Najib sebagai sahabat baiknya
sahaja. Dahlia berasa bersemangat untuk belajar kerana guru dan kawan-kawan sentiasa
memberikan sokongan kepadanya. Dahlia yang baru pulang dari sekolah berasa terperanjat
kerana terdapat van putih di hadapan rumahnya. Embong yang menyedari kepulangan Dahlia
telah menggesa Dahlia naik ke rumah. Dahlia berasa gembira kerana ibunya telah pulang ke
rumah. Belum sempat Dahlia bermesra dengan ibunya, Embong memanggil Dahlia kerana
Azhari ingin berjumpa dengannya. Azhari bertanyakan tentang Najib dan Dahlia meminta
Azhari sendiri yang memikirkan jawapannya. Dahlia yang bimbangkan keadaan Nek Kiah
telah ke rumah neneknya dan memanggil nama orang tua iitu tetapi tiada jawapan. Azahari
menolong menolak pintu dan Dahlia mendapati bahawa neneknya tidak sedarkan diri.

Bab 24

Nek Kiah dimasukkan ke hospital. Setelah dua hari di hospital, dia dibenarkan pulang, Nek
Kiah dibawa ke rumah Dahlia dan mereka sekeluarga menjaga Nek Kiah yang masih sakit.
Nek Kiah berasa terharu kerana Dahlia dan adik-adiknya yang menjaga Nek Kiah semenjak
dia jatuh sakit. Hujan yang tidak henti-henti turun telah menyebabkan banjir. Tiang dapur
rumah mereka runtuh dan menimpa Kiambang tetapi nasibnya baik kerana hanya lebam-lebam
sahaja. Mereka sekeluarga telah dipindahkan ke balai raya dengan bot. Semasa di pusat
pemindahan, Dahlia dan ibunya menolong menyediakan makanan untuk mangsa banjir.

Bab 25

Dahlia tidak dapat mengulang kaji pelajaran kerana keadaan di pusat pemindahan yang begitu
sesak dan tidak selesa. Embong memberitahu Dahlia bahawa rumah mereka telah roboh tetapi

64

Dahlia dapat menerimanya. Selepas empat hari barulah air surut. En Daim, iaitu wakil Ahli
Parlimen Seri Gading sering menjenguk mangsa banjir untuk melihat keadaan mereka. Dia
yang pernah menjadi guru kepada Dahlia telah memuji Dahlia kerana rajin mengulang kaji
pelajaran walaupun tempat itu tidak selesa. Tebing sungai yang pecah telah dibaiki dan
jambatan yang dihanyutkan air akan digantikan dengan yang baru. Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan dan meminta orang-orang kampung agar bekerjasama dan bantu
membantu antara satu sama lain. Hasil ucapan Haji Sulaiman itu orang-orang kampung telah
datang untuk membina semula rumah Dahlia.

Bab 26

Peperiksaan STPM semakin hampir dan Dahlia sudah bersedia, Dia juga membuat keputusan
untuk tinggal di asrama kerana bimbang dirinya terlewat ke tempat peperiksaan. Cikgu Salwani
mengalu-alukan keputusan Dahlia untuk tinggal di asrama. Azhari dan keluarganya datang ke
rumah Dahlia untuk bertanyakan keputusan keluarga Dahlia tentang perhubungan mereka.
Akhirnya persetujuan diambil, iaitu mereka akan ditunangkan selepas Dahlia tamat
peperiksaan STPM. Kavita bertanyakan Dahlia tentang pelawaan yang dibuat oleh Najib
sebelum ini tetapi Dahlia menolak permintaan itu dengan memberitahu bahawa dirinya sudah
dimiliki oleh orang lain.

Bab 27

Dahlia menunggu kedatangan Azhari untuk membeli cincin pertunangan dan pada masa yang
sama dia masih mempertimbangkan keinginan dirinya yang mahu menyambung pelajaran ke
universiti dan bekerja untuk membantu keluarga. Sewaktu menunggu kedatangan keluarga
Azhari, rumah Dahlia didatangi oleh Cikgu Daim yang membawa khabar gembira, iaitu Dahlia
terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun. Dahlia berasa amat gembira dan keluarganya
menyokong. Namun begitu pendaftaran untuk kursus ini sehari selepas tarikh pertunangannya.
Azhari yang baru sampai telah terdengar berita itu dan dia terpaksa merestui pemergian Dahlia
kerana sudah berjanji semasa merisik dahulu.

Bab 28

Majlis pertunangan Dahlia akan diadakan mengikut tarikh yang dirancang. Hubungan antara
Nek Kiah dan Dahlia bertambah erat. Nek Kiah menerangkan kepada Dahlia berkenaan
falsafah tepak sirih kepada Dahlia. Selain itu, pengertian bagi setiap kandungan dalam tepak
sirih turut diceritakan oleh Nek Kiah kepada Dahlia. Suasana di rumah Dahlia semakin riuh
dengan kedatangan saudara mara dekat dan jauh. Dahlia hanya bersiap secara ringkas sahaja
dan dalam yang sama dia berasa sedih kerana pada petangnya dia akan berangkat ke Kuala
Lumpur. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusakanya kepada Dahlia. Cikgu Hisyam,
Kavita dan Siti Wangi datang memeriahkan majlis pertunangan Dahlia. Berita Dahlia
mendapat tawaran ke Jepun turut diketahui oleh mereka. Bas Dahlia akan bertolak pada pukul
5,00 petang tetapi rombongan Azhari yang berjanji datang pada pukul 2.00 masih belum
kelihatan sedangkan waktu sudah menginjak pukul 3.45 petang. Embong menyuruh Dahlia
bersiap kerana khuatir dia ketinggalan bas. Dahlia bersalaman dengan ahli keluarga dan tetamu
yang datang. Dia berasa sedih kerana akan meninggalkan mereka. Haji Sulaiman menyerahkan
sumbangan orang kampung sebanyak RM500.00. Dahlia bernasib baik kerana sempat sampai
ke stesen bas. Tiba-tiba Azhari muncul dan mereka sempat mengucapkan selamat tinggal.
Dahlia membaca kad kiriman Najib yang disampaikan melalui Kavita. Azhari menghadiahkan
songket merah berbenang emas kepada Dahlia atas kejayaannya. Azhari menghadiahkan
Dahlia songket supaya Dahlia sentiasa mengingati asal usulnya sebagai orang Melayu.

65

Kekuatan

Antara kekuatan yang terdapat dalam novel ini ialah banyak nilai yang dapat dipelajari.
Dengan ini pembaca yang menghayati novel ini akan mendapat pelbagai nilai. Sebagai contoh,
sikap tanggungjawab Dahlia iaitu sebagai seorang pelajar dan anak sulong.

Kekuatan yang kedua ialah mempunyai jalan cerita yang menarik. Hal ini membuatkan
pembaca tidak akan berasa bosan apabila membaca novel ini kerana mempunyai binaan plot
yang menarik dan tersusun.

Seterusnya, dalam novel ini mempunyai sifat watak yang dapat dijadikan
teladan. Pembaca boleh mencotohi sifat-sifat positif yang terdapat pada watak di dalam novel.

Di samping itu, penulis menonjolkan sifat kekeluargaan yang kuat di dalam novel ini.
Dengan ini, pembaca dapat mnyemarakkan sifat tersebut setelah membaca novel ini.

Akhir sekali, sifat kegigihan yang ditunjukkan oleh dahlia. Hal ini dikatakan demikian
kerana pembaca akan lebih gigih untuk mencapai apa yang diingini.

Kekurangan

Antara kekurangan yang terdapat dalam novel ini ialah penduduk yang hanya
memikirkan diri sendiri dan tidak mahu membantu orang susah. Sebagai contoh, Dahlia dan
keluarganya terpaksa belajar dalam keadaan kurang selesa di pusat pemindahan banjir, tetapi
tiada seorang pun datang untuk membantu keluarga Dahlia.

Seterusnya, kekurangan novel ini ialah pembinaan plot cerita yang panjang. Hal ini
dikatakan demikian kerana jalan cerita dipanjangkan walaupun plotnya pendek membuatkan
pembaca kurang berminat untuk terus membaca tanpa melangkau halaman.

Di samping itu, sikap penduduk kampung yang tidak patut kita contohi. Sebagai contoh,
penduduk yang memandang serong kepada keluarga dahlia yang sepatutnya tidak patut berlaku
dan dinormalisasikan di kalangan masyarakat.

Akhir sekali, kekurangan novel ini ialah mempunyai dialog yang agak membosankan.
Hal ini kerana sesetengah dialog yang hanya berbual kosong dan tiada hala tuju yang boleh
ditukarkan kepada plot cerita yang lebih penting.

Cadangan Penambahbaikan

Antara cadangan penambahbaikan yang mungkin boleh di buat dalam novel ini ialah
penulis seharusnya menceritakan tentang bagaimana Said boleh tiba-tiba terjatuh dan
menyebabkan dia meninggal dunia.

Seterusnya, penulis boleh menceritakan dengan lebih lanjut bagaimana keadaan mak
Dahlia, Saleha setelah di masukkan ke hospital untuk mendapat rawatan selanjutnya tentang
penyakit yang dihadapinya itu.

66

Selain itu, penulis juga boleh memendekkan jalan penceritaan dalam novel ini sesuai
dengan tahap pembacaan oleh remaja dan pelajar-pelajar. Hal ini akan membuatkan para
pelajar lebih bersemangat untuk membacanya.

Di samping itu, penggunaan latar yang kurang jelas juga perlu ditukar untuk lebih
mudah difahami dan diketahui oleh para pembaca.

Akhir sekali, penulis perlu mengurangkan penggunaan watak dalam novel ini supaya
jalan penceritaannya tidak meleret dan pembaca dapat mendalami watak-watal dalam novel
ini.

67

Tirani karya Ben Sabariah

Pengenalan

Kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki seseorang dapat melindungi
kelemahan diri.

Biografi Pengarang

Beb Sabariah atau Bibi Sabariah Hj Abang Awet yang merupakan anak kelahiran Betong,
Sarawak. Penulis telah mendapatkan pendidikan ikhtisas/ diploma dari Maktab Perguruan
Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Penulis
juga mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi,
rencana serta rencana kritikan sastera.

Muka Hadapan & Belakang Novel

68

Sinopsis Keseluruhan

TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi
cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai
kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan
bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik
Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau
pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya
mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam
bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan
suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan
dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga.
Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan
kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang
terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel
TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah
diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada
mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya
Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan
menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh
Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid.
Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah
satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.

Sinopsis Mengikut Bab

Bab 1

Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang
kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses
dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan
kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak
dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah
Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawankawannya dapat diredakan.

Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan
Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh
pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan
pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan
asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan
udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal,
pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di
Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi

69

penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk
memajukan lagi homestay itu.

Bab 2

Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan
institusi pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke
Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk
dipamerkan bagi menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan
yang hadir.

Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun
di sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang
tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah
dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana
bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak
melakukan apa yang dihajatinya.

Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut.
Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa
Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke
hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui
perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan
pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.

Bab 3

Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi
ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke
pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan
mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob,
keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada
malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-
kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak
bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang
semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum
tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar
Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.

70

Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas.
Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda
mempunyai perasaan katarsis. Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda
menuju ke rumah Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal
bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang
dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

Bab 4

Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan
bandar raya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya
bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang
sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta
sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia
sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di
rumah kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-
peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Malaysia. Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr
Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital
Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran
tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda
juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.

Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini,
Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan
dari hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk
proses pembedahan tersebut.

Bab 5

Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan
dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam
kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan
yang bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan
masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal
terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya
untuk menolak bala.

Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah
sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya.
Tiba-tiba ibunya sudah berada di depan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan
menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya.
Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.

71

Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas
berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik
bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda.
Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati
yang tabah demi kecantikan wajahnya.

Bab 6

Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar.
Operasi ini diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr
Averroes (Dr.Rushdi). Di dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela
menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa
selama 12 jam.

Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang
menunggu di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersamasama
ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda
berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah
terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej
pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La
Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang
membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.

Bab 7

Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari.
Waheeda bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa
dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai
anugerah alam di situ. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan
pohon ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana di situ
juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan
bapanya.

Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr
Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan
kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.

Bab 8

Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan
ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari
Greek. Persoalan ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka berdua.

72

Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang
disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr
Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampung halamannya.
Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen
Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga
menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut.

Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan
oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda teringat semula akan chalet
ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda
memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas. Dengan tidak disangka, Waheeda
menerima berita gembira untuk menghadiri satu temu duga pegawai Perhubungan di Flamingo
Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel
Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda
berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort
terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

Bab 9

Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo
Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu,
Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau
Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan
Waheeda di kafe, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah
dibisikkan oleh Alex kepadanya.

Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda
sedar sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang
mesra dan seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa.
Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin
menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu
memang benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke
Flamingo Resort.

Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak
berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat
Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau
Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.

73

Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang
dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan
Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan
diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan
itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda.

Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan
tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

Bab 10

Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan
tujuan untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser
banyak membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam,
rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang
kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka
tinggal di sana kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa
bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada
pengembangan perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam
kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan
Zahid.

Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh
Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan
Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada
kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat
gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.

Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya
dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.

Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi idea
tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism
Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai fesyen yang
berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang
merupakan pakaian tradisi Sarawak.

74

Bab 11

Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah
menceritakan bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser,
tuan punya Sri Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut

Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International
disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua
warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda
menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya
dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda
menghantar kad jemputan nanti.

Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk
Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara
merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah
mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.

Bab 12

Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah
digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas
yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan
tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibuk
mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.

Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa
bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus
menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut,
Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan
kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.

Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi
perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada
Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema.

Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel
Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas
bersin berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr
Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.

75

Bab 13

Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan
yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira
kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60
juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang
sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu,
Datin Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang
nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin
Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja
lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan
baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan
Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.

Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis
kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah
diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran
Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan.

Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk
pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya
Raidah dan telah menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa
yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya
bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi
hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut
berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.

Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada
di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa
meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid
cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi
tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi
selepas mengalami selesema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.

Bab 14

Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan
daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat
meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri
Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari
Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan
teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke
daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang

76

yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara
ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz
sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin
diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini
berlangsung selama dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk
Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu
hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira

Bab 15

Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang
yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan
mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan
lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan
pelancong asing juga memuji pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan
nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk
membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa
yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar negara bersama beberapa
wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita.

Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan
kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai
ke mana sedangkan usia semakin meningkat.

Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara
Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta
keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.

Bab 16

Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak
member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba
dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada
tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut
yang datang ke Sarawak nanti.

Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke
nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor pelancongan. Kemudian
dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan
daripada Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan

77

dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah
dahulu.

Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid
menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersamasama.
Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka
banyak membuat aluan masing-masing.

Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah
dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat
tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda
beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.

Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya.
Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi
Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya
mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak menantunya,
Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda
ingin berdikari.

Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana
ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda
kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.

Bab 17

Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan
dirinya seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan
Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri.
Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu.

Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya
diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus
ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual
dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.

Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya.
Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang
Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi

78

tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya.
Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami dan macammacam lagi.

Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid
merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati
Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan
peristiwa semasa di SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda.

Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya.
Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda
baring di atas katil mengingatkan kenangan dalam kenangan yang melingkari hidupnya.

Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga
pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitiviti
hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.

Bab 18

Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup
kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah
disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading
tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort.
Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung joging.
Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan
kehebatan wanita-wanita dahulu seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.

Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid
meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid
tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.

Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid
terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati
Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda
rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu.

Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan
diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan

79

tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan
laluan yang dihadapinya.

Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda
ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan
kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes
seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman
hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang
disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada
petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran
Zahid.

Bab 19

Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif
Hospital Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan
bahawa Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating
menziarahinya dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya
menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.

Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada
kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka
mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila
Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak
bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.

Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di
Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria.
Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati.
Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah
mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.

Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang
diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk
memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil
yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan. Hidungnya
peset tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan
tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda
berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.

80

Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh
sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkan
Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda.

Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang
dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda
tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan
agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling

Bab 20

Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan
Waheeda di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan
kepada Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat
rawatan tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan
kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa
selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun
strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin
menjualkan perusahaannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan
pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan
alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda
pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah
menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya
Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu
kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr. Qamariah, serta
sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta
semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi. Waheeda ingin
memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba
teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak
Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa
mereka pada keesokan harinya.

Bab 21

Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan
cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet
Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan
muflis kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda
amat berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di
Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku dan
urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya
untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara
dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan

81

oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan
anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Bab 22

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh
tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia
membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya
semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing.
Izzati hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung
ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa
kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu.
Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang
pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-
Sajinah (nama baru kepada Chalet IwanaIwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh
ramai pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati
melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-
Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong
warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.

Bab 23

Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil
menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah
hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan
kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya
sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah
keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani.
Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-
bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat
kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara
Zahid dan Aiman.

Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para
pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa
dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar
perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak
kuat dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati
bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan
Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter.
Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada
Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang
kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang

82

melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada
Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka.
Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan
kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat.
Izzati yang mendengar terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat
mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort
ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat
menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa
apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid
mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah
yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku
anak gadisnya itu.

Bab 24

Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata.
Ingatannya terpaku kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya.
Senyuman, wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu
seolaholah entiti dirinya dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang
pernah disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu
sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah
memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana.
Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan
Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya
dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirindunya. Zahid juga ingin menemui
Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya
mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemuan Zahid dan
Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda
tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah
mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan
ayahnya.

Kekuatan

Antara kekuatan yang terdapat dalam novel ini ialah mempunyai binaan plot yang
menarik. Hal ini dapat menarik perhatian pembaca kerana binaan plot yang teratur.

Seterusnya, novel ini mengajar kita erti kesyukuran. Hal ini dikatakan demikian
kerana pembaca akan lebih bersyukur akan apa yang dikurniakan atas diri sendiri.

Selain itu, kekuatan novel ini ialah mempunyai penutup cerita yang
menginsafkan. pembaca boleh mengambil iktibar tentang keinsafan Waheeda setelah
membaca novel ini.

83

Di samping itu, novel ini mempunyai beberapa saspens yang menarik. Hal ini
membuatkan pembaca akan lebih tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Sebagai
contoh, Peristiwa monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang Chalet Tajau
Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-pekerja lari
bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada digigit monyet itu. Monyet itu telah
menyerang dan mengigit muka Pembaca tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada
Waheeda. Akhirnya Waheeda di bawa Hospital oleh Raidah dan Fadhil. Dr Zakaria telah
menjahit luka pada kulit pipi dan hidung Waheeda.

Akhir sekali, kejutan di dalam novel ini agak menarik. pembaca akan lebih teruja
ketika membaca novel ini. sebagai contoh, Peristiwa Waheeda akan menjalankan pembedahan
di Singapura. Pembaca terkejut ibu Waheeda datang ke Singapura dan sudah berada di
hadapan rumah Waheeda, sedangkan pada awal cerita ibu Waheeda tidak bersetuju dengan
hasrat Waheeda itu.

Kekurangan

Antara kekurangan yang terdapat dalam novel ini ialah jalan cerita sering
menyimpang jauh dari plot utama. Penulis memanjangkan jalan cerita dengan isi-isi yang tiada
kena mengena dengan jalan cerita utama menyebabkan pembaca berasa bosan dan tidak selesa
membaca novel ini.

Kekurangan yang kedua ialah penghujung cerita yang mengecewakan. Hal ini
diperkatakan demian kerana seorang suami yang telah meminta cerai atas sebab suaminya
berasa isterinya curang, padahal itu hanyalah kerana perasaan cemburu dan suaminya juga
berkata buruk tentang rupa anaknya , walau bagaimanapun, isterinya masih memaafkan
suaminya. Hal ini telah membuatkan ramai pembaca tidak berpuas hati dengan keputusan
penulis untuk mengkonklusikan cerita ini sebegini.

Seterusnya, personaliti watak yang tidak berubah untuk menjadi yang lebih baik.
watak utama yang naif, sanggup memaafkan bekas suaminya yang berperangai keji
terhadapnya sebelum bercerai dan personaliti watak yang tidak konsisten, bertukar-tukar
sesukahati penulis.

Kekurangan yang keempat ialah penggunaan bahasa penulis yang tidak seberapa.
Sebagai contoh, terdapat banyak penggunaan bahasa Indonesia pada muka surat yang awal
menyebabkan pembaca yang tidak faham bahasa tersebut harus menggunakan aplikasi
terjemahan untuk memahami konteks dialog tersebut.

84

Akhir sekali, penulis lebih memfokuskan acara yang tidak penting. plot yang penting
hanya ditunjuk dan diterangkan beberapa muka surat sahaja terlihat seperti penulis ini tidak
berusaha sehabis mungkin untuk menjayakan novel ini.

Cadangan Penambahbaikan

Antara cadangan penambahbaikan yang mungkin boleh dilakukan dalam novel ini
ialah penulis boleh memulakan dahulu kisah bagaimana hidung Waheeda boleh menjadi kemet
sehingga menyebabkan dia ingin melakukan pembedahan plastik. Dengan ini pembaca akan
lebih tertarik untuk membaca novel ini dari awal.

Seterusnya, penulis perlu menukarkan juga tajuk buku kepada tejuk-tajuk tempatan
atau tajuk yang mudah difahami. Dengan cara ini akan membuatkan pembaca sudah dapat
meneka penceritaan yang akan berlaku hanya dengan membaca tajuk buku.

Selain itu, penulis juga tidak seharusnya melakukan jalan penceritaan yang
menyimpang daripada plot asal. Hal ini dikatakan demikian kerana pembaca akan berasa keliru
tentang cerita apa yang hendak disampaikan.

Di samping itu, penulis juga seharusnya menukarkan perwatakan watak utama kepada
yang lebih baik. Sebagai contoh, zahis perlu bersungguh dalam menyesali kesalahan yang dia
lakukan dan Waheeda pula tidak perlu mudah-mudah memaafkan suaminya itu.

Akhir sekali, penulis juga perlu menyelitkan kisah-kisah yang menarik yang berlaku
kepada watak-watak sampingan agar karekter mereka membangunkan lagi novel ini.

85

Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Pengenalan

Novel ini menceritakan tentang Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.
Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk
melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan
kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka telah berusaha
mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang
pertama di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan
projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina rumah mesra alam.

Biografi Pengarang

Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor
Tarikh lahir: 18 Jun 1976
Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988).
Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993).
Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand
dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999)
Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK
Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).

Muka Hadapan & Belakang Novel

86

Sinopsis Keseluruhan

Novel Bima Sakti Menari mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai
Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Hafsa dikunjungi oleh pelajar dari Jepun untuk melihat
buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap
namun gagal kerana langit terlalu cerah. Beliau yang pada mulanya runsing dengan situasi
tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan
berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan
negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung
Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya
dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa
menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan
pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip
tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di
hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK
Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan
untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad
Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim
mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula
menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik
cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen
minyak Petronas. Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa
cuba menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala
Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa
terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan
ini menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah
diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan
beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka
pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul
Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke
kediaman orang tua Nurul Hasfa.

87

Sinopsis Mengikut Bab

Bab 1

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya
bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan
pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa
telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang
sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan
situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia
dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca
daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam
tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para
pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya.
Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan
bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya
menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia
sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala
banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan
deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat
dilihat oleh deria.

Bab 2

Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap
Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan
janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar- benar kenal
dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut
untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan
anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi
melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua
muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad
Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang
diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau
tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya,
Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu
apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.

88

Bab 3

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata
kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di
Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa
telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh
ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul
Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir
tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah.
Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip- kelip terbang dalam satu gerombolan dengan
jumlah berjuta- juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan
hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga
tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul
Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung
dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip
yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak
pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian
yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu
hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat
dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil
memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi.
Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran
cahaya dengan senyap.

Bab 4

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan
oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir.
Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama
dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya,
Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung
Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle
yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu
peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah
diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan
warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala
Selangor yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk
Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika
tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa
terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk
menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak
terancang.

89

Bab 5

Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan
ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila
dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar
Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin
menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun
Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan membawa
haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung
silaturahim mereka berdua.

Bab 6

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat
Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala
Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak
mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-
undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah
tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin
melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk
menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat
tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang
tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan
beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah
pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh
dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa
dengan “lelaki kelip-kelip”. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di
kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah
dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun
Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu- buru bersangka buruk terhadap orang lain.
Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan
tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 7

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip- kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh
seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan

90

rumah lelaki kelip- kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-
kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan.
Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-
wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki
tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan
bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya
Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat.
Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama,
Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada
sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya
membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung
Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi
kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai
dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan
kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang
semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut
dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untuk bersembunyi dan akan meruntuhkan
pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar
penjelasan tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap
pemuda tersebut.

Bab 8

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman
dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi
yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah
tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu
model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan
rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan
kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk
menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia kembali
bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya
alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa
sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman
tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa
adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak
boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa
tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali
kegelapan ke Kuala Selangor.

Bab 9

Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit

91

gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang
kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya
telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir
perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya
selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan
Maryam.

Bab 10

Muhammad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun
begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya.
Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-
keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam
bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang
tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi
memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka
berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan
kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara
lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan
projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi kelip- kelip ke Kuala Selangor sebelum
pupus sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian
falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik
mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul
Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.

Bab 11

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan
Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik
itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian bilangan
kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip- kelip yang
berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut
apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa
bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan
data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.

92

Bab 12

Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A, raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat
pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala
Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan Kuala
Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.

Bab 13

Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak
dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu- lampu daripada syarikat miliknya.
Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan
musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan
Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan
membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi
mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.

Bab 14

ohan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan
malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani
Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala
sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong
pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis
penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk
Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa
pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa
bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga
orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan
mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

Bab 15

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam.

93

Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat
tiga orang lelaki memotong rumput di tepi- tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun
tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan
kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan.
Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan
bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik
dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu
walaupun penyerang mengambil barang- barang berharga milik Taufik, namun mereka
meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa.
Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

Bab 16

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad
Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka.
Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman
Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian,
mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun
belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani
abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang
terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu,
temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam
pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia
tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.

Bab 17

Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada
di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian
jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad
Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan
tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk
membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan
Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri
Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa
Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 18

Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan

94

pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika
meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan,
tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah.
Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki
sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain
gelap.

Bab 19

Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik
kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di
stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat
kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin
menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan
alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih
seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam
van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but
kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa
ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba
menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di
rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.

Bab 20

Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik
yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak
dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang
boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh
melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan
bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah
membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji
Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan
menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita
setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

Bab 21

Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut.
Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri
Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang
dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika
tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan

95

sensasi etrsebut secara besar- besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan
telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang
terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut
untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik
berjaya diselamatkan.

Bab 22

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur
beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh
perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik
kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik.
Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke
kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu
mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad
Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.

Kekuatan

Antara kekuatan novel ini ialah mempunyai tema yang menarik. Hal ini kerana, Tema
novel ini yang berbeza dari topik kebiasaan, ia mengisahkan tentang pemeliharaan alam sekitar
khususnya untuk menangani pencemaran cahaya.

Kekuatan yang kedua ialah pembaca dapat mengetahui dan mempelajari banyak fakta
tentang kelip-kelip dan pencemaran cahaya. Ini menjadikan novel lebih menarik kerana fakta
tentang kelip-kelip sukar untuk didapati.

Seterusnya, keberanian watak ini dalam memulihkan kawasan tertentu. Sebagai
contoh, Kuala Selangor yang tidak mampu berdiri sendiri tanpa kehadiran watak-watak yang
mampu memulihkan dan mencantikkan semula Kuala Selangor dengan bintang yang bersinar
pada waktu malam.

Kekuatan yang keempat ialah penulis mempunyai pemikiran yang agak bagus semasa
menulis novel. Ini kerana watak-watak yang ditulis ini amat mudah untuk menarik perhatian
pembaca dengan kehadiran watak yang menepati janji dan tekad dalam melakukan sesuatu.

96

Akhir sekali, sikap watak yang ditulis. Hal ini dikatakan demikian kerana sikap watak-
watak yang ada di dalam novel ini boleh dijadikan contoh di dalam kehidupan kita, kerana
watak yang ditulis mampu merubah dan memperbaiki diri kita tidak kira dari segi sikap dan
perbuatan.

Kekurangan

Antara kekurangan novel ini ialah penceritaan yang tidak spesifik. Hal ini
diperkatakan demikian kerana penulis tidak menceritakan dengan lebih mendalam tentang
sesuatu situasi dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembaca. Sebagai
contoh , penulis menceritakan bahawa Nurul Hafsah sudah dibebaskan oleh penculik tetapi
penulis tidak memberitahu lokasi dimanakah Nurul Hafsah dibebaskan

Seterusnya, kekurangan novel ini ialah sikap ceroboh dan sembrono seorang watak.
Hal ini kerana penulis tidak menerapkan nilai kebijaksanaan dalam menceritakan sesuatu
situasi. Sebagai contoh , Muhammad Taufik tahu dirinya akan diculik tetapi dia masih pergi
ke arah van tersebut seorang diri tanpa apa-apa perancangan.

Selain itu, penulis tidak berfikiran luas. Hal ini kerana di dalam penceritaan tersebut ,
penulis menceritakan tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon bimbit Tan Sri
Muhaimin. Inspektor Lim pula menjumpai lokasi tersebut hanya disebabkan oleh aduan
penduduk. Penulis tidak mengembangkan ideanya dalam penggunaan teknologi. Jika kita
lihat pada zaman kini, pihak polis mempunyai pelbagai kemudahan untuk menangkap
penjenayah, salah satunya ialah menggodam pesanan ringkas yg dihantar oleh penjenayah
untuk mencari lokasi mereka. Perkara ini menyebabkan perasaan tidak puas hati dalam
kalangan pembaca.

Di samping itu, penulis tidak menerapkan nilai kemaafan di dalam novel. penulis
mewujudkan watak yang mempunyai dendam yang tidak berkesudahan. Sebagai contoh,
Johan Arlington menaruh dendam yang tidak pernah padam terhadap Tan Sri Muhaimin
berpunca daripada Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami sehingga
membawa kepada kes penculikan anak mereka iaitu Muhammad Taufik. Nilai ini akan
menyebabkan kesan yang buruk kepada pembaca.

Akhir sekali, kekurangan novel ini ialah kulit buku yang tidak menarik. Hal ini kerana
novel ini menggunakan warna yg gelap menyebabkan pengguna tidak tertarik dan mula
membuat ekspetasi tentang cerita novel tersebut tidak menarik dan membosankan tanpa
membacanya.

97

Cadangan Penambahbaikan

Antara cadangan penambahbaikan yang mungkin boleh dibuat dalam novel ini ialah
penulis boleh mengurangkan jalan cerita agar menjadi lebih pendek. Jika jalan penceritaan
novel itu panjang, pembaca akan merasa bosan dan tidak mahu menghabiskan novel itu.

Seterusnya, penulis seharusnya mengurangkan penggunaan latar masyarakat yang
terlalu banyak. Penulis hanya perlu mengambil latar masyarakat yang betul-betul diperlukan
untuk novel ini.

Selain itu, penulis boleh berfikiran secara lebih luas untuk membuat novel ini. Dengan
idea-idea yang menarik, pelajar akan lebih tertarik untuk membaca novel ini sehingga habis.

Di samping itu, penulis boleh memasukkan beberapa konflik dalam setiap penceritaan
untuk menonjolkan rasa ingin tahu dalam diri pembaca. Dengan ini, pembaca akan lebih
tertarik dan focus untuk mengetahui apa yang akan terjadi.

Akhir sekali, novel ini perlu menukar kulit buku ke yang lebih menarik seperti menukar
kaler atau menambah corak. Dengan kulit buku yang menarik, orang ramai akan tertarik untuk
membaca novel ini.

98

Silir Daksina karya Nizar Parman

Pengenalan

Haiqal yang mengalami konflik keluarga berpunca daripada penceraian ibu dan bapanya
sehingga menyebabkan dia dipisahkan oleh ibunya daripada ayah kandung, Abdullah Kayan.

Biografi Pengarang

Penulis novel, Nizar Parman, 42, kelahiran Batu Pahat, Johor meraikan ulang tahun bersamaan
hari kemerdekaan negara. Nizar, guru SK Seri Lalang, Kluang, baru menamatkan pengajian
ijazah asas di Universiti Terbuka Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah rendah.
Novel pertama beliau ini terus menang tempat kedua hadiah sastera Utusan-Exxon Mobil tahun
2009 kategori novel remaja.

Muka Hadapan & Belakang Novel

99

Sinopsis Keseluruhan

Novel ini menceritakan tentang seorang remaja yang bernama Haiqal Haqimi. Dia
tinggal bersama umi dan ayah tirinya. Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama
yang kandungannya adalah hasil penulisan ayah kandungnya. Haiqal teruja dengan kandungan
manuskrip itu. Dia bertekad untuk menjejak ayah kandungnya di sebuah kampung di Batu
Pahat, Johor .keputusan Haiqal untuk ke kampung arwah ayahnya mendapat tentangan keras
daripada uminya atas sebab tiada apa-apa di sana kerana ayah kandungnya sudah lama
meninggal dunia. Hubungan umi dan ayah kandungnya tidak bahagia kerana mereka tidak
sehaluan kerana uminya tidak faham kerjaya ayahnya. Umi membawa Haiqal tinggal
bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah kandung Haiqal tinggal kesepian di Johor . hidup
keseorang, kesepian dan dihurung kerinduan terhadap anaknya.

Haiqal tetap ingin ke sana walaupun umi melarang keras keputusannya itu. Umi tidak
mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal diugut umi, tidak
akan memberikan wang perbelanjaan semasa di sana tetapi akhirnya walidnya akan
menanggung perbelanjaannya semasa di sana.

Sesampai di kampung Seri Purnama, di sana Haiqal di sambut mesra oleh penduduk
kampung. Hal ini dikatakan kerana arwah ayahnya seorang yang sangat di segani. Sedikit demi
sedikit Haiqal mengetahui tentang arwah ayahnya melalui penceritaan penduduk–penduduk
kampung di sini .terdapat sedikit ilmu tentang tarian zapin didalam novel ini. Beliau juga
seorang yang amat mencintai sastera.

Dari situlah Haiqal mula mengetahui tentang arwah ayahnya. Semenjak arwah ayahnya
meninggal kampung Seri Purnama kehilangan orang yang sangat penting untuk
memperkenalkan tarian zapin ini . sebelum Haiqal pulang , Haiqal ingin kumpulan zapin
D’Purnama membuat persembahan tarian zapin. Haiqal dan See Hwa menari zapin bersama .
Haiqal terharu kerana umi, walid dan adik tirinya Nurul Asiyah turut ada untuk
menyaksikannya menari zapin. Dendam uminya terhadap Abdullah melebur apabila dia datang
ke kampung seri purnama untuk menyaksikan Haiqal menari dan uminya mengaku bahawa
darah yang mengalir dalam tubuh Haiqal adalah darah Abdullah bin Kayan .

Sinopsis Mengikut Bab

Bab 1

haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat.
Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang
pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan
l Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika. Uminya
membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya tentang
ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal
menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan.

Bab 2

Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan
sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya
membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan

100


Click to View FlipBook Version