Isnin 24 Ogos 2020
1. Definisi Kurikulum : Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah, senarai
kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan institusi pendidikan ( Kamus
Dewan Edisi Keempat 2007)
2. Definisi Pendidikan : Menurut pakar dalam bidang pendidikan, Prof. Dr. Hasan
Langgulung, pendidikan dilihat daripada dua segi iaitu segi kemasyarakatan yang
bermaksud warisan kebudayaan (seperti nilai intelektual, seni, politik, ekonomi dan lain-
lain) daripada generasi tua kepada generasi muda agar identiti masyarakat terpelihara
serta daripada segi individu pula ialah pengembangan potensi-potensi pada diri manusia
yang terpendam.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pendidikan dimaksudkan sebagai (1) perihal
mendidik ; (2) ilmu mendidik, pengetahuan mendidik ; (3)didikan, latihan dan ajaran.
3. Definisi Pendidikan Islam : Drs. Ahmad D. Marimba dalam karya beliau ‘Pengantar Filsafat
Pendidikan Islam’ memberi maksud pendidikan islam sebagai bimbingan rohani dan
jasmani berdasarkan hukum-hukum agama Islam menuju kepada pembentukan
keperibadian utama menurut ukuran-ukuran Islam.