The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Chip Zainudin, 2024-03-01 08:14:26

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA, BACAAN YASIN & TAHLIL SERTA CERAMAH AGAMA AMBANG RAMADHAN(1445H) SURAU AL-IHSAN TANAH PERKUBURAN KAMPUNG JUASSEH TENGAH, KUALA PILAH

Sebuah program anjuran bersama Surau Al Ihsan dan JPKK Juasseh Tengah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Keywords: buku program

OBJEKTIF PROGRAM 1. Mengeratkan silaturahim antara warga kampung. 2. Mengingati kematian dengan menziarahi dan membersihkan tanah perkuburan. 3. Mempersiapkan diri warga kampung bagi menyambut dan mengimarahkan bulan ramadhan tahun ini dengan ibadah yang berkualiti. Penceramah Jemputan Ustaz Harryanto Rizal Rokman (Pendakwah Bebas) Surau Al-Ihsan dan JPKK Juasseh Tengah TARIKH : 3 MAC 2024 (SABTU) MASA : 2.00 PETANG LOKASI : SURAU AL-IHSAN JUASSEH TENGAH PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA, BACAAN YASIN & TAHLIL SERTA CERAMAH AGAMA AMBANG RAMADHAN(1445H) SURAU AL-IHSAN TANAH PERKUBURAN KAMPUNG JUASSEH TENGAH, KUALA PILAH Anjuran Bersama “AHLAN YA RAMADHAN” SEMUA DIJEMPUT HADIR!


TENTATIF PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA, BACAAN YASIN & TAHLIL SERTA CERAMAH AGAMA AMBANG RAMADHAN(1445H) SURAU AL-IHSAN TANAH PERKUBURAN KG JUASSEH TENGAH, KUALA PILAH Anjuran Jawatankuasa Surau Al-Ihsan bersama JPKK Juasseh Tengah Tarikh 3 Mac 2024 (Ahad) Tempat Surau Al-Ihsan Tanah Perkuburan Kg Juasseh Tengah ✓ SESI PAGI GOTONG-ROYONG PERDANA, BACAAN YASIN & TAHLIL 08.00 Pagi Gotong-Royong 10.00 Pagi Ucapan Aluan Pengerusi Majlis 10.05 Pagi Ucapan Aluan Pengerusi Surau 10.10 Pagi Ucapan Pengerusi JPKK 10.20 Pagi Ucapan Perasmian 10.30 Pagi Bacaan Yasin & Tahlil 11.00 Pagi Jamuan ✓ SESI PETANG CERAMAH AGAMA AMBANG RAMADHAN 1.30 ptg Solat Zuhur Berjemaah Di Surau Al-Ihsan 1.45 ptg Ucapan Aluan Pengerusi Majlis 2.00 ptg Ceramah Agama (Al-Fadhil Ustaz Harryanto) 3.00 ptg Penyampaian Cenderahati & Sumbangan 3.30 ptg Jamuan & Bersurai


SENARAI JEMPUTAN 1. YB Dato’ Adnan bin Abu Hassan (Ahli Parlimen Kuala Pilah) 2. YB Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid (ADUN Juasseh) 3. YB Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Lasim (ADUN Senaling. 4. YB Ustaz Muhammad Sufian Maradzi (ADUN Seri Menanti) 5. YB Puan Nurzunita Begum Ibrahim (ADUN Kuala Pilah) 6. Yg Berusaha En. Rosdi bin Yunus (Penghulu Mukim Juasseh) 7. Ybhg Tuan Hj. Juhari bin Hj. Hassan (Pegawai Agama DUN Juasseh) 8. Ybhg Ustaz Muhammad Abdul Hadi bin Ismut (Pegawai Hal Ehwal Islam PAID) 9. Ybhg Ustaz Hanapi bin Abd Hamid (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam PAID) 10. Ybhg Ustaz Fawwaz bin Roslan (Guru Takmir) 11. Ybhg En. Joehaizat bin Hj Jaafar (Pengerusi JPKK Juasseh Tengah) 12. Tuan Hj. Abu bin Osman (Pengerusi Masjid Qariah Juasseh Tengah) 13. En. Rosman bin Yasip (Pengerusi Surau Al-Ihsan Kg. Juasseh Tengah) 14. Tuan Hj. Hamdin bin Idris (Imam 1 Masjid Kariah Juasseh Tengah) 15. Barisan saling melengkapi Team Nurul Sakinah dan ahli jawatankuasa Program Gotong-Royong Perdana, Bacaan Yasin & Tahlil Serta Ceramah Agama Ambang Ramadhan(1445H) Surau Al-Ihsan Tanah Perkuburan Kampung Juasseh Tengah 16. Anak-anak dari Tahfiz Ulu Beting dan Tahfiz Serting 17. Warga Kampung Juasseh Tengah serta muslimin muslimat Rasulullah SAW menegaskan bahawa: “Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadhan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadhan” – Hadis Riwayat al-Thabrani, Ibnu Khuzaimah & al-Baihaqi.


PENCERAMAH JEMPUTAN sepintas lalu.. USTAZ HARRYANTO RIZAL ROKMAN berasal dari Kuang, Selangor. Beliau berdarah campuran Melayu dari sebelah ibu dan Jawa di sebelah bapanya. Pemilik nama yang unik ini lebih popular dengan sapaan Ustaz Harry. Namanya mula menjadi sebutan setelah wajahnya sering muncul dalam program-program dakwah di kaca televisyen termasuk TV3, TV9 dan TV Al-Hijrah. Segalanya bermula pada tahun 2003 selepas beliau tamat pengajian dalam bidang Pengajian Syariah dan Islam di Universiti Muktah, Jordan. Selain berceramah, Harryanto juga mengendalikan syarikat menguruskan ibadah umrah dan menganjurkan program Umrah Bersama Ustaz Harry di bawah syarikatnya Ustaz Harry Umrah Travel Services Sdn Bhd. Boleh dikatakan setiap orang yang mendengar ceramah Ustaz Harryanto akan teringat kepada Dato' Ismail Kamus, seorang pendakwah terkenal suatu masa dulu. Bukan sahaja rupa paras, penampilan, suara dan gaya penyampaian, malah lawak jenaka beliau semasa berceramah juga amat mirip dengan Allahyarham Dato’ Ismail Kamus.


Click to View FlipBook Version