The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aliabalkisahmadzaki, 2021-05-23 06:13:36

Dasar-Dasar Kerajaan Ke Arah Perpaduan Negara

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Keywords: 123

PENGHAYATAN
ETIKA DAN
PERADABAN
(MPU 21032)

TAJUK TUGASAN: DASAR-DASAR KERAJAAN KE ARAH
PERPADUAN NEGARA.

NAMA AHLI:

NUR ALYA SYAHERA BINTI KAMARUDIN (04DAT20F2059)

SITI NUR ALIA BALKIS BINTI AHMAD ZAKI (04DAT20F2050)

NUR HAZWANI BINTI YAHYA (04DAT20F2066)

KELAS: DAT 1B

NAMA PENSYARAH: PUAN MARIATI BINTI ABDUL KADIR

ISI Kandungan

Unit Isi kandungan m/s
1. 1
2. PENGHARGAAN 2
3. 3
MAKSUD PERPADUAN
4. 4
5. MAKSUD DASA-DASAR KERAJAAN KE 6
6. ARAH PERPADUAN 8
7. DASAR KEBUDAYAN KEBANGSAAN 10
8. 12
9. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN) 13

DASAR EKONOMI BARU (DEB)

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

KESIMPULAN

RUJUKAN

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirahim.

AlhamdulillahSetinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan
kehadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja folio
ini dengan penuh sukses.

Dikesempatan ini saya ingin menghadiahkan ribuan
terima kasih kepada Puan Mariati binti Abdul Kadir
,selaku pensyarah bagi kursus Penghayatan Etika dan
peradaban kerana telah meletakkan sepenuh
kepercayaan beliau kepada saya untuk
menyempurnakan tugasan

Ucapan penghargaan juga ingin saya berikan
kepada para rakan seperjuangan kerana telah banyak
menghulurkan bantuan mahupun kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini
dengan baik sekali.Selain itu, ucapan ini juga
ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat
dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang
telah kalian hulurkan teramat saya hargai. Biar jasa
jadi kenangan.

Sekian, terima kasih.

1

APAKAH ITU PERPADUAN?

Perpaduan ialah satu proses yang
menyatupadukan anggota masyarakat dan
negara keseluruhannya melalui ideologi negara
supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identity dan nilai bersama serta
satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan
mereka.

Perpaduan memainkan peranan penting untuk
memacu kemajuan dan keharmonian negara.
Sejak merdeka lagi kerajaan telah brusaha
memupuk semangat perpaduan dalam
memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah
dijalankan untuk mencapai proses
perpaduan,kemajuan negara yang ingin dicapai
untuk wawasan 2020 tidak mungkin menjadi
kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk
mencapai kemajuan.

2

Apakah dasar-dasar
kerajaan ke arah
perpaduan negara

Dasar ialah rangka, paduan, pelan, strategi dan
petunjuk dirangka untuk terjemahkan wawasan
politik kerajaan kepada golongan dan tindakan
yang mencapai hasil yang diingini.

Dasar awam ialah usaha kerajaan untuk
menjadikan malaysia negara yang makmur lagi
bersatu berasaskan perpaduan.

Sejak merdeka kerajaan telah menggubal
pelbagai dasar pembangunan bertujuan untuk
mencapai perpaduan negara bagi mengatasi
masalah ketidakseimbangan ekonomi yang timbul
akibat daripada dasar penjajah british.

Selepas merdeka pula, kerajaan memulakan
usaha bagi merancang dan melaksanakan
pembangunan negara dengan lebih tersusun.
Usaha yang dilakukan bagi mengatasi berbagai-
bagai masalah sosioekonomi dan politik
membangunkan negara agar hasilnya boleh
dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat tidak
kira keturunan atau kaum. Selain itu, merancang
rancangan pembangunan 5 tahun untuk

dilaksanakan secara berperingkat.

3

Dasar kebudayaan
kebangsaan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan - Sebagai
sebuah negara yang rakyatnya berbilang
kaum,bangsa dan agama Malaysia tidak lari
dari aspek kepelbagaian budaya antara
satu sama lain.

4

Dasar Perpaduan Negara mampu atasi isu
perkauman

NORHIDAYAH HAIROM | | 16 Februari 2021

SHAH ALAM – Dasar Perpaduan Negara yang
dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin disifatkan sebagai tepat pada masanya dan
amat relevan ketika isu perpaduan di negara kini
diibaratkan ‘seperti api dalam sekam’.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin
Abdullah berkata, meskipun Malaysia berjaya
mengekalkan perpaduan antara kaum sejak merdeka.
Menurutnya, masalah politik yang berasakan
perkauman, masalah diskriminasi kaum yang masih
berlaku mampu menjadi pencetus kepada masalah
yang lebih besar.
“Ia seperti api dalam sekam... cuma ia boleh dikawal.
Namun kita bimbang jika satu hari nanti ia akan
meletup. Jadi dasar ini sangat relevan demi
meningkatkan perpaduan itu sendiri,” katanya
kepada Sinar Harian pada Selasa.
Beliau berkata, penekanan terhadap konsep
perpaduan berlandaskan Perlembagaan juga penting
dan perlu difahami serta dihayati dengan baik oleh
semua kaum.
“Perkara 3, Perkara 8 dan Perkara 153 dalam
Perlembagaan Persekutuan perlu difahami. Jika kita
boleh amalkan ini, kita seharusnya boleh elakkan
daripada salah faham hubungan antara kaum dan
agama,” katanya.
akhbar sinarharian ms/23

5

Dasar pembangunan
nasional (dpn)

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) -
Melalui dasar ini ia masih lagi mengekalkan
tujuan asas DEB dan mematlamatkan untuk
mencapai pembangunan yang seimbang
bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu dan adil.Matlamat akhir dasar ini ialah
untuk membentuk perpaduan kaum.

6

Kerajaan lancar Dasar Perpaduan Negara

HALINA BINTI KADIR | | 15 Feb 2021

TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN

PUTRAJAYA - Kerajaan melancarkan Dasar Perpaduan
Negara berkonsepkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian
yang menggariskan usaha berterusan untuk memupuk,
mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan
rakyat. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
berkata, antara tiga objektif yang ditetapkan adalah
mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional
berteraskan Perlembagaan Persekutuan serta Rukun
Negara.

"Saya ingin tekankan bahawa Dasar Perpaduan Negara
ini adalah dasar kita bersama dan kita semua adalah
ejen perpaduan negara,". Beliau berkata, penggubalan
Dasar Perpaduan Negara adalah berlandaskan kepada
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Muhyiddin berkata, perpaduan adalah tunjang
kemakmuran negara dan Malaysia merupakan negara
majmuk."Oleh kerana perbezaan dan kepelbagaian ini,
maka usaha ke arah mewujudkan perpaduan di negara
ini perlu dilengkapi dan berlandaskan usaha integrasi
berterusan," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua pihak
membawa aspirasi Dasar Perpaduan Negara ke
hadapan."Marilah kita menggerakkan seluruh kekuatan
dan kudrat untuk terus menyebarkan semangat
perpaduan dalam keadaan yang amat mencabar pada
masa ini," katanya.

akhbar sinarharian ms/18

7

Dasar ekonomi baru
(deb)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) - Dasar ini
diperkenalkan pada tahun 1970 dan
mempunyai matlamat yang serampang dua
mata iaitu:

Pembasmian Kemiskinan Tanpa Mengira
Kaum

- Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk
merapatkan jurang kekayaan antara
golongan kaya dan goongan miskin tanpa
mengira kaum ketidakseimbangan kekayaan

Penyusunan Semula Masyarakat

- Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan
juga memberi tumpuan untuk
menyatupadukan semula masyarakat yang
telah berpecah belah akibat
ketidakseimbangan perolehan dan
pengagihan kekayaan negara

- Dengan adanya dasar ekonomi baru ini
dapat membina sebuah negara yang bersatu
padu dan mewujudkan masyarakat yang
lebih adil, maju, aman dan makmur dalam
kalangan masyarakat di Malaysia.

-8

Contoh-contoh keratin akhbar tentang
Dasar Ekonomi Baru (DEB)

9

DASAR PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

Pada amnya dasar ini bertujuan untuk membantu
menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang
bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran
yang menitikberatkan penggunaan BAhasa melayu
sebagai bahasa pengantar yang utama.

Kerajaan mewujudkan pelan induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006 bagi memperkasakan
sekolah kebangsaan dan membina negara bangsa
dan pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 - pelaksanaan RIMUP (Rancangan Integrasi
Murid untuk Perpaduan).

10

Pendidikan di sekolah
dapat memupuk
semangat perpaduan
dengan cara:
melalui kokurikulum:
- contohnya, mewujudkan persatuan unit beruniform,
sukan dan kelab.

- unit beruniform pengakap yang terdiri daripada
pelbagai kaum di satu sekolah.

- apabila sekolah mengadakan aktiviti bekumpulan
yang terdiri daripada pelbagai kaum akan bekerjasama
antara satu sama lan dan secara tidak langsung dapat
memupuk semangat perpaduan.

Melalui pembelajaran pula ialah:
- Sekolah akan mengajar pelajar subjek pendidikan
sivik dan moral iaitu subjek yang boleh memupuk
perangai saling menghormati antara satu sama lain.

11

Kesimpulan

Kesimpulan yang boleh disimpulkan dalam topik ini
ialah kerajaan negara kita telah berusaha sebaik
mungkin untuk memupuk semangat perpaduan
dalam kalangan rakyat tak mengira bangsa atau
agama. Sebagai rakyat, kita pula haruslah
memberikan kerjasama untuk menjayakan usaha
kerajaan tersebut. Apabila kerjasama dilakukan
akan memberikan banyak kesan yang baik kepada
rakyat mahupun kerajaan. Ia dapat menjaga
keharmonian negara dan secara tak lansung
mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini
berlaku contohnya, perstiwa 13 Mei 1969. Akhir
sekali, kita sebagai rakyat haruslah bersyukur
apabila mengambil berat tentang kamanan negara
kita.

12

rujukan

 Buku Tesk Penghayatan Etika Dan
Peradaban , Politeknik , Munirah Mustaffa,
Mohammad Bazli Md Radzi,Naimah Ghazali.
Wan nMohd Tarmizi Wan Othman,
Mohammad Faizal Ahmat dan Mohammad
Tramizi Yahya.

 https://slideshare.info/s;ide/14530161
 https://www.perpaduan .gov.my/
 https://www.jpnin.gov.my
 Akhbar sinar harian, muka surat 18 dan

penulis HALINA BINTI KADIR | | 15 Feb 2021
 Akhbar sinar harian, muka surat 23 dan

penulis NORHIDAYAH HAIROM | | 16
Februari 2021

13


Click to View FlipBook Version