The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by intanazwaahmadzikri, 2020-04-23 20:47:02

SOLAT TARAWIH

SOLAT TERAWIH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN TIJAH,
MELAKA

TEJASS …….RISE UP……GO FORWARD……SUCCESS…..
TEJASS…. AWESOME

SOLAT TERAWIH

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SMK TUN TIJAH

SOLAT TARAWIH

• Solat tarawih ini dilakukan selepas solat Isyak.
• Selepas selesai solat Isyak, solat tarawih boleh diteruskan sebaiknya selepas solat sunat 2

rakaat.
• Bilangan rakaat paling minimum iaitu 8 rakaat. Boleh juga ditunaikan sehingga 20 rakaat.
• Solat tarawih boleh dikerjakan sepanjang malam dan bukan pada masa tertentu atau harus

selesai dalam sejam atau dua selepas Isyak sahaja. Malah, pukul 12 tengah malam pun
masih boleh bertarawih, asalkan ditunaikan sebelum masuk waktu Subuh.

CARA MENUNAIKAN SOLAT TARAWIH DI RUMAH

• Niat
• Niat solat tarawih secara sendirian.

“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat kerana Allah Ta’ala.”

• Niat solat tarawih secara berjemaah (Niat menjadi Imam atau Makmum).

“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat
imam/makmum kerana Allah Ta’ala.”

CARA MENUNAIKAN SOLAT TARAWIH SEBANYAK 8
RAKAAT

• Solat sunat tarawih 8 rakaat boleh dilakukan dengan 4 salam.
• Ianya ditunaikan pada dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula dua

rakaat berikutnya sehingga genap jumlah 8 rakaat (2 rakaat x 4 salam)
• Bacaan surah solat tarawih 8 rakaat.

Tiada pengkhususan bacaan untuk solat tarawih 8 rakaat. Boleh dibacakan apa sahaja surah dalam al-
Qur’an sama ada yang pendek mahupun panjang.

Namun, bagi mereka yang tidak menghafal surah-surah panjang, boleh sahaja membaca surah-surah
lazim ini dalam solat tarawih 8 rakaat.

Bacaan surah-surah berikut dilakukan selepas daripada membaca surah al-Fatihah.



CARA MENUNAIKAN SOLAT TARAWIH SEBANYAK 20
RAKAAT

• Solat sunat tarawih 10 rakaat boleh dilakukan dengan 10 salam.

Ia ditunaikan pada dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula
dua rakaat berikutnya sehingga genap jumlah 20 rakaat (2 rakaat X 10 salam)



CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT WITIR

• Solat sunat witir boleh dilakukan sesudah “Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat
habis solat sunat tarawih dan boleh imam/mamkum kerana Allah Ta’ala”
dilakukan secara berjemaah atau
bersendirian.

• Solat sunat witir dilakukan dengan 3 rakaat
dan 2 salam. Dua rakaat yang pertama dan
satu rakaat yang kedua.

• Lafaz niat solat sunat witir bagi 2 rakaat
pertama:

• Lafaz niat solat sunat witir bagi 1 rakaat berikutnya:
“Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala”

• Bacaan surah-surah dalam solat witir:
• Selepas bacaan surah al-Fatihah bagi setiap rakaat, digalakkan membaca surah berikut :

• Rakaat pertama - Surah al-A’la
• Rakaat Kedua - Surah al-Kafirun
• Rakaat ketiga/terakhir (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas) sekaligus dalam 1

rakaat terakhir.
• Bermula malam ke-16 hingga ke akhir Ramadan, disunatkan membaca doa qunut untuk rakaat

terakhir solat sunat witir.

SEMOGA PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH INI
DAPAT MEMBANTU KITA SEMUA UNTUK BERIBADAH

PADA BULAN RAMADAN INI.


Click to View FlipBook Version