The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penerangan Inovasi Imbuhan Jawi "Fun Learning"

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syuriahni Omar, 2022-03-10 10:23:35

Inovasi Imbuhan Jawi "Fun Learning"

Penerangan Inovasi Imbuhan Jawi "Fun Learning"

INOVASI
PENDIDIKAN

IMBUHAN JAWI
“FUN LEARNING”

DISEDIAKAN OLEH :
SYURIAHNI BINTI OMAR

SINOPSIS

Nama produk inovasi ini ialah Imbuhan Jawi
“Fun Learning”. Inovasi ini merupakan kaedah
pembelajaran imbuhan apitan Jawi melalui permainan
beroda. Inovasi ini bertujuan untuk menarik minat
murid mempelajari imbuhan Jawi. Kaedah ini
diperkenalkan untuk menarik minat murid memahami
kaedah mempelajari imbuhan apitan dengan mudah.
Sasaran penggunaan bagi produk inovasi ini ialah murid
tahap 1 yang baru mempelajari perkataan berimbuhan
apitan khususnya tahun 3. Selain itu produk ini juga
boleh digunakan sebagai bahan asas atau rujukan oleh
sesiapa sahaja yang baru mempelajari imbuhan apitan
dalam Jawi. Produk inovasi ini direka khas untuk murid
tahun 3 mengikut sukatan pelajaran Jawi. Kaedah
pembelajaran ini dihasilkan untuk membantu murid
supaya memahami perkataan berimbuhan apitan serta
kedudukan perkataan tersebut dalam ayat lengkap.
Produk inovasi ini juga memberi impak kepada
pendidikan era Revolusi Industri 4.0. Murid didedahkan
dengan teknik pembelajaran yang baharu dengan
menggunakan teknik belajar sambil bermain. Murid
akan lebih tertarik dengan kaedah baharu ini kerana
terdapat unsur unsur “fun learning”. Produk ini boleh
menarik minat murid untuk meneroka pelbagai
perkataan berimbuhan apitan dalam Jawi, kaedah
bacaan dan teknik penyesuaian perkataan berimbuhan
apitan dalam ayat yang lengkap melalui kad ayat yang
disediakan.

OBJEKTIF

• Menarik minat murid untuk memahami
imbuhan apitan dalam jawi

• Murid dapat menguasai imbuhan apitan
dalam jawi dengan mudah

• Murid dapat mengenal imbuhan apitan
dengan cepat

• Memudahkan murid untuk menguasai
imbuhan apitan yang terdapat dalam ayat
lengkap

• Membantu murid meneroka kepelbagaian
perkataan berimbuhan apitan

• Membantu murid membaca ayat-ayat yang
mengandungi perkataan berimbuhan apitan

KUMPULAN SASARAN

Sasaran pengguna bagi produk inovasi
ini ialah murid tahap 1 yang mempelajari
perkataan berimbuhan apitan khususnya tahun 3.
Selain itu produk ini boleh digunakan sebagai
bahan asas atau rujukan oleh sesiapa sahaja
yang baru hendak mengenal imbuhan apitan
dalam Jawi.

ISU YANG DITANGANI
OLEH BAHAN INOVASI

Murid menghadapi masalah kekeliruan
imbuhan apitan pada kata dasar. Mereka selalu
tersalah jawapan apabila memadankan kata dasar
dengan imbuhan apitan. Justeru mereka tidak dapat
membina ayat dengan betul dan lengkap dengan
menggunakan perkataan berimbuhan apitan. Dengan
inisiatif memperkenalkan inovasi Imbuhan Jawi “Fun
Learning” ini, murid mula berminat untuk membaca
contoh ayat pada kad ayat dan mengenal perkataan
berimbuhan apitan dalam kad-kad ayat yang
disediakan. Kemudiannya mereka perlu meneroka
perkataan berimbuhan apitan menggunakan putaran
roda pada board roda. Inovasi ini memberi galakan
kepada murid supaya menguasai perkataan
berimbuhan apitan dan sekaligus cekap membaca
Jawi.

MASALAH YANG PERLU DITANGANI
OLEH BAHAN INOVASI

Ø Murid sukar untuk menguasai perkataan
berimbuhan apitan degan cepat.

Ø Murid cepat lupa dengan apa yang dibaca
di dalam buku teks.

Ø Murid-murid tiada pendedahan dengan
inovasi baru selain dari membaca kad ayat
dan carta.

Ø Ramai murid masih lemah dalam mengenal,
membaca dan menguasai perkataan
berimbuhan apitan dalam bidang jawi.

Murid tidak dapat membaca jawi akan turut
menyalin apa yang ditulis oleh guru ke dalam
buku tulis sedangkan mereka belum
menguasai bacaan tersebut.

Bahan- bahan yang digunakan
Untuk menghasilkan inovasi

PENTAS & BACKDROP
v Laptop
v Perisian Microsoft Power Point
v Perisian Microsoft Word
v Pencetak
v Kertas A4
v Kertas Manila
v Palastik laminate
v Gam
v Gunting
v Pisau
v Butang
v Dawai craft halus
v Mounting Board

penghasilan inovasi

Ø PENTAS & BACKDROP

Ø Pembinaan kerangka asas menggunakan perisian
Microsoft Powerpoint dan aplikasi carta pai.

Ø Beberapa slaid telah dibina mengikut susunan.
Terdapat 2 slaid roda besar yang mengandungi
imbuhan awalan. Terdapat juga 2 slaid roda
sederhana yang mengandungi kata dasar serta
roda paling kecil yang mengandungi imbuhan
akhiran.

Slaid roda paling besar mengandungi imbuhan awalan
seperti : ke, pem, me, men

penghasilan inovasi

Slaid roda sedrhana untuk lapisan kata dasar seperti jana,
lebih, jiwa, didik dan lain-lain. Manakala lapisan roda paling
kecil mengandungi imbuhan akhiran seperti : kan, i, an (
hamzah + nun dan nun sahaja)

Slaid roda besar dicetak 2x1 Poster

penghasilan inovasi

Hasil cetakan menjadi 2 kertas A4 untuk digunting
Hasil cetakan menjadi 1 kertas A4 untuk digunting

penghasilan inovasi

Roda besar saiz A3 telah siap digunting setelah dilekatkan
pada kertas manila. Satu lubang kecil dibuat di tengah untuk
butang

Roda sederhana dan kecil juga dilekatkan dengan kertas
manila supaya kemas dan tegap

penghasilan inovasi

Proses laminate roda menggunakan plastic laminate saiz A3
Roda telah siap dilaminate dan perlu digunting satu persatu

penghasilan inovasi

Bahan yang diperlukan untuk mencantum roda

Ø Bahan yang diperlukan untuk mencantum roda
ialah butang besar untuk letak di bahagian
hadapan, butang kecil untuk diletakkan di
belakang roda, dawai craft halus untuk
mengikat butang dan pisau untuk membuat
lubang di tengah roda.

penghasilan inovasi

Roda sudah siap dipasang pada board dan boleh diputar 360
darjah

Kad ayat dibina dan dicetak

penghasilan inovasi

Kad ayat yang telah dicetak
Set Imbuhan Jawi “Fun Learning”

Cara inovasi digunakan

Guru menerangkan ayat-ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan
apitan pada kad ayat dan membimbing mereka mengenal perkataan
berimbuhan apitan. Mereka juga dibimbing bagaimana untuk memadankan
perkataan tersebut dengan putaran roda.

Aktiviti kendiri, seorang murid sebagai ketua kumpulan menerangkan kepada
ahli kumpulan cara menggunakan board roda imbuhan apitan.

Cara inovasi digunakan

Aktiviti kendiri, menyalin atau menyenaraikan perkataan berimbuhan apitan
yang dicari oleh rakan satu kumpulan ke dalam buku tulis.

Keupayaan murid membaca kad ayat yang mengandungi perkataan
berimbuhan apitan dan seterusnya mereka mencari di manakah di manakah
kedudukan perkataan berimbuhan apitan tersebut dalam berpandukan board
roda.

Keberkesanan penggunaan inovasi
Melalui soalan kajian

Satu set soalan kajian dalam bentuk
google form diedarkan kepada guru-guru yang
mengajar bidang Pendidikan Islam negeri Perlis
dan Kedah.

Ia bertujuan mengkaji keberkesanan
penggunaan Inovasi Imbuhan Jawi “Fun
Learning” ini. Seramai 22 orang guru telah
menghantar respond yang dihantar dalam
tempoh 2 hari.

Keberkesanan penggunaan inovasi
Melalui soalan kajian

Hasil menunjukkan bahawa 100%
respondent bersetuju bahawa murid
memerlukan inovasi baharu dalam bidang
Jawi.

Kesemua respondent juga bersetuju bahawa
Inovasi imbuhan Jawi “Fun Learning” ini sesuai
digunakan dalam PdP abad 21

Keberkesanan penggunaan inovasi
Melalui soalan kajian

Kesemua 100% respondent telah bersetuju
bahawa Imbuhn Jawi “Fun Learning” ini boleh
digunakan secara bindividu mahupun berkumpulan.

Seramai 68.2% respondent juga
memberikan respond sangat bersetuju bahawa
Inovasi Imbuhan Jawi “Fun Learning” boleh
meningkatkan kefahaman murid dengan cepat
dan 31.8 % dari mereka menunjukkan respond
setuju dengan pernyataan berikut.

kelebihan penggunaan inovasi

Guru boleh menguji tahap
kefahaman murid dengan memantau murid
membaca kad ayat serta meneliti apakah
perkataan berimbuhan apitan yang terdapat
dalam kad ayat tersebut. Setelah itu guru
dapat menilai kebolehan murid menyesuaikan
imbuhan awalan, kata dasar dan imbuhan
akhiran untuk menghasilkan perkataan
berimbuhan apitan.

Inovasi ini sesuai digunakan untuk
aktiviti berkumpulan atau individu mengikut
krativiti guru. Murid juga boleh menjalankan
aktiviti kendiri sesama ahli kumpulan,

Kos bagi penghasilan inovasi

• Kos untuk menyiapkan Inovasi Imbuhan
Jawi “Fun Learnin” ialah RM 16 untuk dua
board roda beserta kad ayat.

• Terdapat 2 board roda dan 24 kad ayat
dalam set Imbuhan Jawi “Fun Learning”
ini.

• Set ini boleh dijual dengan harga RM 25.
Caj pos akan dikenakan secara
berasingan.

Faedah penggunaan inovasi

• Panitia Pendidikan Islam dapat merealisasikan
kaedah memadankan imbuhan apitan dengan kata
dasar dan membaca perkataan berimbuhan apitan
yang terdapat dlam ayat lengkap.

• Murid yang baru mengenal perkataan
berimbuhan apitan berasa gembira dan seronok
kerana berpeluang membaca sambil memutarkan
roda imbuhan apitan.

• Murid yang masih lemah untuk membaca akan
dibantu oleh rakan dan memudahkan mereka
mengenal imbuhan apitan.

• Murid dapat membaca ayat lengkap yang
mempunyai imbuhan apitan dalam kad ayat.

• Murid-murid juga akan lebih cepat mengingati
bacaan pada boarad roda berbanding kaedah
tulisan di papan tulis.

• Penyebaran luas juga berlaku apabila aplikasi
penggunaan kaedah putaran roda ini boleh
digunakan dalam matapelajaran Bahasa Melayu

juga.



https://srkseriindera.edu.my
https://www.facebook.com/srkseri.indera
https://www.youtube.com/channel/UCqAf
2xBUOu_Ag1kuuyoGkOQ

#09 Educators


Click to View FlipBook Version