The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by along yusuff, 2026-01-05 20:57:43

BAB 1 MAKLUMAT SEKOLAH

BAB 1 MAKLUMAT SEKOLAH

1Adab Didahulukan, Ilmu Dimuliakan, Kejayaan DiimpikanSAUJANA HEBAT YAKIN CEMERLANGBAB 1 : MAKLUMAT SEKOLAHAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara SejahteraSalam SAUJANA HEBAT YAKIN CEMERLANGDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Buku Pentadbiran dan Pengurusan SMK Saujana Impian Tahun 2026 dapat diterbitkan sebagai rujukan utama dalam melicinkan pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran sekolah.Saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Buku Pentadbiran dan Pengurusan yang telah berusaha gigih, komited serta bekerjasama secara profesional dalam menyediakan buku ini. Kesungguhan dan dedikasi yang ditunjukkan amat saya hargai kerana buku ini menjadi panduan penting kepada seluruh warga sekolah dalam melaksanakan tugas dengan lebih terancang, sistematik dan berkesan sepanjang tahun 2026Penerbitan Buku Pentadbiran dan Pengurusan 2026 ini adalah berpandukan Buku Malaysian School Governance (MySG) Sekolah Menengah sebagai rujukan utama, selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkukuh tadbir urus sekolah yang cekap, telus dan berimpak tinggi. Sehubungan itu, semua warga pendidik dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) hendaklah memahami serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan demi memastikan kelancaran pengurusan sekolah.Saya ingin menegaskan bahawa setiap guru perlu melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh integriti, tanggungjawab dan profesionalisme. Pada masa yang sama, kerjasama yang erat perlu terus diperkukuhkan dalam kalangan guru, AKP serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Sinergi yang kukuh antara semua pihak ini amat penting bagi menjamin kecemerlangan dan kejayaan berterusan SMK Saujana Impian.Seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkukuh Pendidikan Digital, guru-guru juga diseru agar sentiasa meningkatkan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Penguasaan kemahiran digital yang mantap akan membolehkan PdP dilaksanakan dengan lebih kreatif, inovatif dan relevan dengan keperluan murid abad ke-21. Alhamdulillah, Pihak Yayasan Sime Darby telah memberi sumbangan 20 buah Smart TV berukuran 55 inci , 3 buah Smart TV 70 inci dan sebuah Interaktif White Board 75 inci di bawah Program Sekolah Angkat Madani 2025.Dalam usaha melahirkan murid yang seimbang dan berakhlak mulia, semua warga sekolah hendaklah berganding bahu meningkatkan sahsiah murid berlandaskan slogan sahsiah sekolah, “Adab didahulukan, Ilmu dimuliakan, Kejayaan diimpikan”. Pembentukan adab dan nilai murni perlu menjadi asas kepada pencapaian akademik dan kejayaan kehidupan murid pada masa hadapan.Dalam usaha melahirkan murid yang seimbang dan berakhlak mulia, semua warga sekolah hendaklah berganding bahu meningkatkan sahsiah murid berlandaskan slogan sahsiah sekolah, “Adab didahulukan, Ilmu dimuliakan, Kejayaan diimpikan”. Pembentukan adab dan nilai murni perlu menjadi asas kepada pencapaian akademik dan kejayaan kehidupan murid pada masa hadapan.Akhir kata, marilah kita bersama-sama membina keyakinan diri guru dan murid dalam melaksanakan fungsi dan peranan masing-masing, berpaksikan slogan keramat sekolah, “Saujana Hebat Yakin Cemerlang”. Dengan iltizam, semangat kerja berpasukan dan komitmen yang tinggi, saya yakin SMK Saujana Impian akan terus melakar kejayaan yang gemilang pada tahun 2026.Sekian, terima kasih.“MALAYSIA MADANI”“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”Saya yang menjalankan amanah,MASHUDI BIN KHAILANIPengetuaSekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian05 Januari 2026KATA ALU-ALUAN PENGETUA


2Adab Didahulukan, Ilmu Dimuliakan, Kejayaan DiimpikanSAUJANA HEBAT YAKIN CEMERLANGBAB 1 : MAKLUMAT SEKOLAHJAWATANKUASA PENYEDIAAN & PENERBITAN BUKU PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN KALENDAR AKADEMIK 2026Pengerusi : Tn Hj Mashudi bin Khailani[Pengetua]Timbalan Pengerusi : Pn Norhazlin binti Mohd Sani[Penolong Kanan Pentadbiran]Naib Pengerusi I : Pn Suhaila @ Rafidah binti Abdul Majid [Penolong Kanan Hal Ehwal Murid]Naib Pengerusi II : Dr Ilhamanggai a/p Narinasamy @ Narayanasamy[Penolong Kanan Kokurikulum]Naib Pengerusi III : Pn Amirah binti Mohamed[Penolong Kanan Petang]Setiausaha : Pn Zulraidah binti Suli [Setiausaha Kurikulum]Naib Setiausaha : Pn Mazihan binti Hussin [Penolong Setiausaha Kurikulum I]Pn Yuslennywati bt Che Yaacob[Penolong Setiausaha Kurikulum II]Ahli JawatankuasaGKMP Bahasa : Marlinda bt Abd RazakGKMP Sains dan Matematik : En Abd Razak bin MuhammadGKMP Teknik & Vokasional : Pn Ayunawati bt NayanGKMP Kemanusiaan : En Mohd Fadzli bin NuruddinSU Hal Ehwal Murid : Pn Ruzana Binti JaafarPenolong SU Hal Ehwal Murid : Pn Nur Amirah Binti KamaruddinSU Kokurikulum : Pn Junaidah binti JusohPenolong SU Kurikulum : Pn Nur Hafizah binti AriffinPembantu Pen Kanan Petang : Pn Talimah binti RahidinPn Norliza binti Abd GhaniEditor / ICT : Pn Nor Haryanie binti Md Yusuff


3Adab Didahulukan, Ilmu Dimuliakan, Kejayaan DiimpikanSAUJANA HEBAT YAKIN CEMERLANGBAB 1 : MAKLUMAT SEKOLAH


4Adab Didahulukan, Ilmu Dimuliakan, Kejayaan DiimpikanSAUJANA HEBAT YAKIN CEMERLANGBAB 1 : MAKLUMAT SEKOLAHRuj. Kami : SMKSI.500-2/3/2( ) Tarikh : 05 Jan 2026Semua Warga Guru, SMK Saujana Impian, KM22 Jalan Cheras,43000 Kajang, SelangorAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Malaysia Madani, Salam Karamah InsaniahSalam SAUJANA HEBAT YAKIN CEMERLANGTuan /Puan, WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU SMK SAUJANA IMPIAN TAHUN 2026Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa, JK Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah telah melantik tuan/puan sebagai Ahli Jawatankuasa seperti yang dicatat dalam Buku Pentadbiran dan Pengurusan Kalendar Akademik Tahun 2026.3. Jawatan, amanah dan tanggungjawab dalam Buku Pentadbiran dan Pengurusan Kalendar Akademik 2026 ini juga boleh diubah, dikurang atau ditambah oleh pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah mengikut keperluan perkhidmatan dari semasa ke semasa. 4. Pihak sekolah amat berbesar hati atas kesudian tuan/puan menerima pelantikan ini dan bekerjasama menjayakan hala tuju dan KPI yang telah dirancang oleh pihak sekolah. 5. Semoga tuan/puan dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan cemerlang dan penuh dedikasi selaras dengan visi dan misi serta dasar Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekian, terima kasih.“MALAYSIA MADANI ”“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”Saya yang menjalankan amanah,MASHUDI BIN KHAILANIPengetuaSekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impians.k Fail Timbul


5Adab Didahulukan, Ilmu Dimuliakan, Kejayaan DiimpikanSAUJANA HEBAT YAKIN CEMERLANGBAB 1 : MAKLUMAT SEKOLAHSijil Perakuan Terima PelantikanJawatankuasa dan Tanggungjawab Guru Kalendar Akademik Tahun 2026Nama PenuhNombor Pendaftaran JPSNombor Kad PengenalanJawatanNombor TelefonSenarai Tugas Kalendar Akademik Tahun 20261. Tugas-tugas Pentadbiran2. Tugas-tugas Kurikulum3. Tugas-tugas Hal Ehwal Murid4. Tugas-tugas Kokurikulum5. Tugas-tugas LainBahawasanya saya menerima pelantikan yang terkandung dalam Buku Pentadbiran Dan Pengurusan Kalendar Akademik 2026 ini dan akan melaksanakan dengan penuh tanggungjawab, amanah, iltizam dan istiqamah bagi melonjakkan kualiti kerja yang CEMERLANG untuk mengoptimumkan kemenjadian murid berdasarkan Visi dan Misi Sekolah. ……………………………………................... Tarikh : …………………….( )Saksi:……………………………………................( )


6Adab Didahulukan, Ilmu Dimuliakan, Kejayaan DiimpikanSAUJANA HEBAT YAKIN CEMERLANGBAB 1 : MAKLUMAT SEKOLAHPENGGAL PERSEKOLAHAN KALENDAR AKADEMIK 2026PENGGALMULA PERSEKOLAHANAKHIR PERSEKOLAHANJUMLAH HARIJUMLAH MINGGU112.01.2026 31.01.2026 151001.02.2026 28.02.2026 1501.03.2026 20.03.2026 13JUMLAH HARI 43CUTI PENGGAL 1 TAHUN 2026121.03.2026 - 29.03.2026 930.03.2026 31.03.2026 2801.04.2026 30.04.2026 2201.05.2026 22.05.2026 15JUMLAH HARI 39CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2026223.05.2026 - 07.06.2026 16208.06.2026 30.06.2026 161201.07.2026 31.07.2026 2301.08.2026 28.08.2026 19JUMLAH HARI 58CUTI PENGGAL 2 TAHUN 2026129.08.2026 - 06.09.2026 907.09.2026 30.09.2026 171301.10.2026 31.10.2026 2201.11.2026 30.11.2026 1901.12.2026 04.12.2026 4JUMLAH HARI 62CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN TAHUN 2026405.12.2026 - 31.12.2026 27


7Adab Didahulukan, Ilmu Dimuliakan, Kejayaan DiimpikanSAUJANA HEBAT YAKIN CEMERLANGBAB 1 : MAKLUMAT SEKOLAHTAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2026CUTI PERAYAANTAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KPMKUMPULAN A KUMPULAN B CATATANTAHUN BARU CINA17.02.2026 (Selasa)sehingga18.02.2026 (Rabu)15.02.2026 (Ahad) 16.02.2026 (Isnin) Tiga (3) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan Adan Kumpulan B16.02.2026 (Isnin) 19.02.2026 (Khamis)19.02.2026 (Khamis) 20.02.2026 (Jumaat)HARI RAYA AIDILFITRI21.03.2026 (Sabtu)sehingga22.03.2026 (Ahad)19.03.2026 (Khamis) 19.03.2026 (Khamis) Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan Adan Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B20.03.2026 (Jumaat)HARI DEEPAVALI08.11.2026 (Ahad)(kecuali Negeri Sarawak)09.11.2026 (Isnin)10.11.2026 (Selasa) Semua Negeri Kumpulan B kecuali Negeri SarawakSatu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan Adan Kumpulan B09.11.2026(Isnin)(Negeri Sarawak sahaja)Satu (1) Hari Cuti Peruntukan KPMCATATAN:Kumpulan A : Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan TerengganuKumpulan B : Sekolah-sekolah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan PutrajayaPerayaan Hari : 21 & 22 Mac 2026 (Dalam Cuti Penggal 1 Tahun 2026 )Raya Aidilfitri Pesta Keamatan : 30 & 31 Mei 2026 (Dalam Cuti Pertengahan Tahun 2026)(Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja)Perayaan Hari Gawai Dayak : 01 & 02 Jun 2026 (Dalam Cuti Pertengahan Tahun 2026)(Sarawak sahaja)Hari Krismas : 25 Disember 2026 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Tahun 2026)


8Adab Didahulukan, Ilmu Dimuliakan, Kejayaan DiimpikanSAUJANA HEBAT YAKIN CEMERLANGBAB 1 : MAKLUMAT SEKOLAH HARI KELEPASAN AM NEGERI SELANGOR DAN PERSEKUTUAN TAHUN 2026BULAN JANUARI01.01.2026, Khamis Tahun Baru 2026 Cuti UmumBULAN FEBRUARI01.02.2026, Ahad ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor17.02.2026, Selasa Tahun Baru Cina Cuti Umum 18.02.2026, Rabu Tahun Baru Cina Hari Kedua Cuti UmumBULAN MAC07.03.2026, Sabtu Hari Nuzul Al-QuranKuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu21.03.2026, Sabtu Hari Raya Aidilfitri Cuti Umum22.03.2026, Ahad Hari Raya Aidilfitri Cuti UmumBULAN MEI01.05.2026, Jumaat Hari Pekerja Cuti Umum27.05.2026, Rabu Hari Raya Aidiladha/Haji Cuti Umum31.05.2026, Ahad Hari Wesak Cuti UmumBULAN JUN01.06.2026, IsninHari Keputeraan Seri Paduka Baginda YDP Agong Cuti Umum17.06.2026, Rabu Awal Muharam (Maal Hijrah) Cuti UmumBULAN OGOS25.08.2026, Selasa Maulidur Rasul Cuti Umum31.08.2026, Isnin Hari Kebangsaan Cuti UmumBULAN SEPTEMBER16.09.2026, Rabu Hari Malaysia Cuti UmumBULAN NOVEMBER08.11.2026, Ahad Hari Deepavali Cuti UmumBULAN DISEMBER11.12.2026, JumaatHari KeputeraanDYMM Sultan Selangor Selangor25.12.2026, Jumaat Hari Krismas Cuti UmumCatatan : *Tertakluk kepada perubahan Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am dan jika hari sedemikian adalah sememangnya Hari Kelepasan Am maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am.Jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.


9Adab Didahulukan, Ilmu Dimuliakan, Kejayaan DiimpikanSAUJANA HEBAT YAKIN CEMERLANGBAB 1 : MAKLUMAT SEKOLAHLENCANA SEKOLAHMOTO SEKOLAHSLOGAN SAHSIAH SAUJANA


10Adab Didahulukan, Ilmu Dimuliakan, Kejayaan DiimpikanSAUJANA HEBAT YAKIN CEMERLANGBAB 1 : MAKLUMAT SEKOLAHSLOGAN SEKOLAH


11Adab Didahulukan, Ilmu Dimuliakan, Kejayaan DiimpikanSAUJANA HEBAT YAKIN CEMERLANGBAB 1 : MAKLUMAT SEKOLAH


12Adab Didahulukan, Ilmu Dimuliakan, Kejayaan DiimpikanSAUJANA HEBAT YAKIN CEMERLANGBAB 1 : MAKLUMAT SEKOLAHLAGU SEKOLAHLAGU NEGARAKU & LAGU NEGERI SELANGOR


13Adab Didahulukan, Ilmu Dimuliakan, Kejayaan DiimpikanSAUJANA HEBAT YAKIN CEMERLANGBAB 1 : MAKLUMAT SEKOLAH⮚ Pada tanggal 01 Disember 2000 tercipta catatan sejarah apabila terbinanya sebuah lagi institusi pendidikan di daerah Hulu Langat, Selangor iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, berhampiran Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat. Nama sekolah diberi sinonim dengan nama kawasan perumahan yang dibina oleh Syarikat Negara Properties Sdn. Bhd iaitu Taman Saujana Impian.⮚ Keluasan Sekolah adalah seluas 396,017 kaki persegi (3.69 hektar). Beroperasi - 01 Disember 2000 (menumpang di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian selama 6 bulan)Bilangan kelas - 7 buah (Tingkatan 1)Bilangan murid - 133 orang, Bilangan kakitangan – 1 kerani, 1 pekerja am dan 21 guru ⮚ 01 Jun 2002 - mula beroperasi sepenuhnya di bangunan sendiri. Bilangan murid - 370 orang (sebahagian murid tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang mula belajar di sekolah iniKOORDINAT GPS SMK SAUJANA IMPIAN• Longitud : 3.013135• Longitud : 101.785143PELAN LOKASI SEKOLAHSEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH


14Adab Didahulukan, Ilmu Dimuliakan, Kejayaan DiimpikanSAUJANA HEBAT YAKIN CEMERLANGBAB 1 : MAKLUMAT SEKOLAH• Datin Hajah Asma binti T.K. Ab Rahman 2000 – 2006• Tn Nik Mat bin Nik Man 2006 – 2007• Pn Hjh Basinah binti Hj Taib 2007 – 2011• Pn Hjh Zaiton binti Ismail 2011 – 2016• Pn Massita binti Mohamed Sin 2016 - 2019• Tn Hj Ruslan bin Abdol 2019 - 2023• Tn Ibrahim bin Ishak 2023 - 2024• Tn Hj Mashudi bin Khailani 2024 - sehingga kiniASAL USUL NAMA SEKOLAHNama sekolah diberi sinonim dengan nama kawasan perumahan yang dibina oleh Syarikat Negara Properties Sdn. Bhd iaitu Taman Saujana ImpianREKA BENTUK SEKOLAHReka bentuk bangunan sekolah ini merupakan gabungan reka bentuk moden dan tradisional yang menonjolkan ciri-ciri mesra murid. Sekolah ini terdiri daripada empat blok bangunan yang dibina mengelilingi sebuah dataran perhimpunan yang luas. Blok-blok dinamakan dengan nama tokoh terkenal. Blok utama di bahagian hadapan adalah blok pentadbiran yang dinamakan Blok Abu Bakar yang menempatkan pejabat pentadbiran, bilik mesyuarat Saujana Murni, bilik guru, bilik kesihatan, bilik PIBG, bilik peperiksaan, pusat sumber, dan dua makmal komputer. Dua blok akademik bersebelahan pula dinamakan Blok Za’aba (Blok C) dan Blok Burhanuddin Helmi (Blok D) yang merangkumi 34 bilik darjah, sebuah koperasi dan bilik kaunseling. Berhadapan Blok Abu Bakar (Blok A) ialah Blok Ibnu Sina (Blok B) yang menempatkan enam bilik makmal sains, bilik pendidikan jasmani, bilik operasi SPBT sekolah (BOSS), studio pendidikan seni visual dan bilik mesyuarat Saujana Harmoni. Selain blok utama, terdapat blok yang dibina secara berasingan untuk memenuhi keperluan murid seperti kantin, bengkel RBT dan surau.SENARAI NAMA PENGETUA


15Adab Didahulukan, Ilmu Dimuliakan, Kejayaan DiimpikanSAUJANA HEBAT YAKIN CEMERLANGBAB 1 : MAKLUMAT SEKOLAHPELAN KEDUDUKAN BILIK DARJAH


16Adab Didahulukan, Ilmu Dimuliakan, Kejayaan DiimpikanSAUJANA HEBAT YAKIN CEMERLANGBAB 1 : MAKLUMAT SEKOLAHPELAN LALUAN KEBAKARAN SEKOLAH


17Adab Didahulukan, Ilmu Dimuliakan, Kejayaan DiimpikanSAUJANA HEBAT YAKIN CEMERLANGBAB 1 : MAKLUMAT SEKOLAHKami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas.Ke arah ini kami :Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;Bekerja dengan penuh tanggungjawab;Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri;Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara;Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan Berpegang teguh kepada ajaran agama. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita negaraberdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARAKELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANGKESOPANAN DAN KESUSILAAN Dengan ini saya telah melafazkan dan berjanji akan melaksanakan ikrar di atas. ..………………………………………………………....…[Nama: ………………………………………………………] Tarikh: ……………………….Saksi:………………………………………................( )IKRAR PERKHIDMATAN AWAM


Click to View FlipBook Version