REKA BENTUK KULIT Tema Laporan Tahunan ECERDC 2022 “Memacu Pembangunan ECER” adalah komitmen organisasi dalam memikul amanah untuk membangunkan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). ECERDC akan terus memacu Wilayah ECER ke arah wilayah ekonomi yang berdaya saing dan dinamik untuk kesejahteraan dan kemakmuran seluruh rakyat. Muka hadapan laporan diberi sentuhan kolaj potret-potret rakyat Pantai Timur dan disulami dengan motif tenunan songket Kelantan dan Terengganu yang merupakan salah satu kesenian kraftangan warisan Melayu yang diminati bukan sahaja kerana pada corak yang cantik tetapi juga nilai estetika dan maksud tersirat di dalamnya yang menjadikannya sebagai simbol budaya kepada orang Melayu sejak zaman dahulu kala lagi. Motif pucuk rebung adalah simbolik semangat dan aspirasi ECERDC sebagai sebuah organisasi yang sentiasa berinovasi dan mendepani perubahan, seiring dengan kemajuan teknologi serta rentak pasaran global. Kecekalan ECERDC dalam beradaptasi dengan perubahan yang pantas disinonimkan dengan motif kesemak yang menjadi perhiasan bagi setiap muka surat Laporan Tahunan ini. Cetusan konsep ini merangkumi kepelbagaian budaya Pantai Timur, kesinambungan pembangunan dan semangat pembaharuan ECERDC. Ia juga merupakan cerminan tekad dan visi organisasi dalam memacu pertumbuhan sosioekonomi di wilayah ECER.
KANDUNGAN Mengenai ECER dan ECERDC 4 Perutusan Perdana Menteri dan Pengerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 6 Laporan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 8 Pembuatan Anggota Majlis 18 Jawatankuasa Audit 19 Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) 20 Minyak, Gas dan Petrokimia Pelancongan Perniagaan Tani 32 44 52 68
Jawatankuasa Pengurusan 25 Struktur Organisasi 24 Rekod Pencapaian ECER (2007 – 2022) 26 Penyata Kewangan 140 Laporan Jawatankuasa Audit bagi Tahun 2022 144 Prestasi 2022 30 Pembangunan Modal Insan dan Keusahawanan Logistik dan Perkhidmatan Warga Kerja ECERDC Pusat Kecemerlangan Asia untuk Teknologi Pintar (ACES) 82 98 128 108
Meninggikan rantaian nilai ekonomi. Meningkatkan kapasiti pengetahuan dan inovasi. Menangani ketidaksamaan sosioekonomi secara konstruktif dan produktif. Menambah baik kemampanan dan tahap kualiti kehidupan. Memantapkan keupayaan institusi dan pelaksanaan. Memulihara alam sekitar dan memelihara budaya. VISI Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) terdiri daripada negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing serta Segamat di Johor yang didiami oleh 5 juta penduduk. Merangkumi 52% keluasan seluruh Semenanjung Malaysia, ECER telah ditubuhkan untuk memastikan pengagihan kemakmuran secara seimbang. Pertumbuhan ekonomi berteraskan kepentingan rakyat di wilayah ini dipacu oleh enam kluster iaitu Pembuatan, Minyak, Gas dan Petrokimia, Pelancongan, Perniagaan Tani, Pembangunan Modal Insan dan Keusahawanan serta Logistik dan Perkhidmatan. TERAS-TERAS UTAMA MISI ECER DISTINGTIF • DINAMIK • BERDAYA SAING MENJADI WILAYAH MAJU MENJELANG 2025 Misi ECER meliputi enam teras utama dan setiap satunya mempunyai petunjuk prestasi utama khusus yang digunakan untuk mengukur tahap pencapaian. MISI 6 WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR MENGENAI ECER
ECERDC telah ditubuhkan pada 13 Jun 2008 sebagai sebuah Badan Berkanun yang berfungsi untuk memudahcara pembangunan wilayah menerusi kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan pihak Kerajaan Negeri dalam melaksanakan projek-projek strategik dan program-program berimpak tinggi untuk mempercepatkan pembangunan sosioekonomi di Wilayah ECER. VISI UNTUK MENERAJUI PEMBANGUNAN MAMPAN ECER • Kami komited dalam memacu pertumbuhan ekonomi wilayah. • Kami adalah pemangkin bagi projek-projek strategik dan berimpak tinggi. • Kami melaksanakan program dan projek yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat. • Kami akan memulihara alam sekitar dan memelihara budaya. MISI Pemerkasaan Komuniti pewujudan peluang-peluang pekerjaan dan keusahawanan, serta peningkatan kemahiran dengan mengambil pendekatan inklusif dalam menangani keperluan khusus kumpulan sasaran seperti komuniti Orang Asli, Belia, Wanita dan Bumiputera. Kawasan Pembangunan Utama (Key Development Areas – KDA) telah dikenal pasti berdasarkan kepada sumber dan kepadatan populasi bagi memastikan pembangunan yang saksama dan integrasi kawasan bandar dan luar bandar. Konsultasi dan Kolaborasi di antara agensi dan wakil Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam memastikan perspektif kesemua pihak berkepentingan diambil kira. PRINSIP KERJA UTAMA As One (Bersatu) Loyalty (Setia) Integrity (Berintegriti) Professionalism (Profesionalisme) LAPORAN TAHUNAN 2022 7 MENGENAI ECERDC
PERUTUSAN OLEH PENGERUSI MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR pembangunan modal insan yang bersifat inklusif dan holistik. Program- program seperti empower ECER, entrepreneur ECER dan ECER Talent Enhancement Programme (ETEP) telah memberi banyak manfaat kepada golongan pelajar, usahawan, golongan B40 dan Orang Asli dengan tumpuan khas kepada golongan belia dan kaum wanita. Saya sangat teruja dengan pencapaian ECERDC dalam menarik pelaburan dan menyediakan peluang pekerjaan pada tahun 2022 sewaktu ketidaktentuan ekonomi masih membelenggu seluruh dunia. Pelaburan ini telah dicapai hasil kerjasama rapat dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), KerajaanKerajaan Negeri serta agensi berkaitan. Pada tahun 2022, ECERDC telah berjaya menarik pelaburan komited bernilai RM15.4 bilion yang dijangka mewujudkan kiraMajlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) adalah wahana utama dalam merencana dan melaksana usaha strategik bagi merancakkan pertumbuhan dan menangani kesenjangan ekonomi di Wilayah Pantai Timur yang merangkumi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, daerah Mersing dan Segamat di negeri Johor. Peranan ECERDC sebagai Badan Berkanun Persekutuan yang menerajui pembangunan wilayah ini lebih sedekad lalu telah membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan serius dan komited dalam merealisasikan perubahan yang dinantikan oleh rakyat. Kerajaan Persekutuan cakna dengan proses pemulihan ekonomi yang cukup mencabar disebabkan oleh impak pasca pandemik sepanjang tahun 2022. Namun itu tidak melunturkan komitmen ECERDC dalam memastikan kesejahteraan rakyat di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) melalui pelaksanaan pelbagai program Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Peranan ECERDC sebagai Badan Berkanun Persekutuan yang menerajui pembangunan wilayah ini lebih sedekad lalu telah membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan serius dalam merealisasikan perubahan yang dinantikan oleh rakyat YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM Pengerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 8 WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR
kira 7,000 peluang pekerjaan dan menjana lebih 500 peluang keusahawanan untuk warga ECER. Secara kumulatif, dari 2018 hingga 2022 ECERDC telah berjaya mencapai RM43.6 bilion (61.7%) pelaburan komited daripada sasaran keseluruhan RM70 bilion bagi Pelan Induk ECER 2.0 (2018 - 2025). Kerajaan Persekutuan prihatin akan keperIuan insentif pelaburan khusus untuk wilayah yang masih membangun seperti Wilayah ECER. Insentif cukai oleh kerajaan akan terus mengukuhkan daya saing Wilayah ECER sebagai destinasi pelaburan pilihan. Isu pengangguran, penghijrahan belia dari desa ke bandar dan pasaran tenaga kerja yang terhad saling berkait dengan masalah kemiskinan. Justeru, cabaran Kerajaan Perpaduan untuk menoktahkan kemiskinan pastinya perlu disusuli dengan tindakan yang tuntas. Peluang pekerjaan berkualiti serta pewujudan pintu rezeki menerusi keusahawanan perlu dipertingkatkan. Oleh itu, saya amat menyokong inisiatif ECERDC dalam perjuangan membasmi kemiskinan tanpa kompromi. Perjuangan ini tidak akan selesai selagi ada di kalangan rakyat yang masih tidak dapat menikmati keselesaan hidup. Kerajaan Persekutuan memberi sokongan penuh terhadap pelaksanaan projek-projek strategik berimpak tinggi yang merentasi pelbagai industri di wilayah ini. Antaranya ialah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan membuka lebih banyak kawasan pembangunan baharu di sepanjang koridor ECER. Satu lagi projek yang akan memberi manfaat besar kepada rakyat ECER adalah projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang sedang giat dilaksanakan. Antara Kejayaan pihak ECERDC adalah dalam menyiapkan Projek Pembangunan Semula Kampung Laut yang termasuk pemindahan Masjid Lama Kampung Laut yang berusia 400 tahun dari Nilam Puri ke lokasi asalnya telah memartabatkan warisan sejarah negara dan meningkatkan aktiviti ekonomi setempat menerusi pewujudan peluang keusahawanan kepada peniagapeniaga tempatan untuk memasarkan produk makanan dan hasil seni tempatan. Peranan ECERDC dalam menggabungkan nilai komersil dan estetika budaya, warisan serta sejarah ketamadunan Islam negara perlu diiktiraf dan saya menyokong inisiatif ECERDC dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mencalonkan masjid ini sebagai sebuah Monumen Warisan Kebangsaan dan menyenaraikannya sebagai tapak warisan dunia di bawah UNESCO. Saya menyokong sepenuhnya inisiatif ECERDC dalam menerajui pembangunan industri Kenderaan Rekreasi (Recreational Vehicle) atau RV. Inisiatif bersepadu yang berkonsepkan percutian gaya hidup lestari ini berpotensi untuk meletakkan Malaysia di mata dunia sebagai hab Pembuatan RV dan Destinasi Pelancongan RV terkemuka di rantau ASEAN. Keterjaminan makanan adalah isu sejagat, oleh itu sistem makanan negara perlu diperkukuh supaya lebih berdaya tahan dan mampan. Inisiatif ECERDC yang memanfaatkan kerjasama awam-swasta adalah selari dengan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 yang mensasarkan peningkatan penglibatan pihak swasta bagi meningkatkan sumber dalaman dan memastikan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi krisis sekuriti makanan. Kejayaan projek perintis industri tenusu, Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) membuktikan keberkesanan pendekatan Model Syarikat Induk yang diguna pakai oleh ECERDC untuk menerajui transformasi sektor pertanian di ECER. Oleh itu, saya yakin fasa pembangunan lembah tenusu yang seterusnya di bawah inisiatif agrofood@ECER melalui projek Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) di Mersing, Johor ini akan mampu mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan susu import. Secara keseluruhan saya menyaksikan ECERDC telah mencatatkan pencapaian yang cemerlang selaras dengan sasaran yang ditetapkan dalam EMP 2.0. Saya percaya ECERDC berada di landasan yang tepat untuk membantu Kerajaan mencapai impak ekonomi yang positif. Besar harapan saya agar ECERDC terus mengamalkan muafakat bersama semua pihak ibarat dalam menitikberatkan keseimbangan komuniti supaya kemakmuran Wilayah ECER dinikmati oleh semua rakyat. Semoga usaha murni ini terus utuh bertunjangkan nilai keadilan dan kesaksamaan dalam membangunkan sebuah negara berteraskan Malaysia madani. Akhir kalam, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesungguhan, sumbangan dan usaha gigih semua pihak dalam mengangkat martabat Wilayah ECER dan memastikan manfaatnya sampai kepada rakyat serta golongan sasaran. Amanah ini perlu dijaga dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Wilayah ECER. Semoga Allah memberkati segala usaha murni kita semua. YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM Pengerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur LAPORAN TAHUNAN 2022 9
LAPORAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR Setiap rakyat berhak mengecapi nikmat pembangunan. Bagi mendukung aspirasi Kerajaan, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah menerajui pelaksanaan Pelan Induk ECER 2.0 untuk merapatkan jurang sosioekonomi antara Wilayah bertunjangkan agenda transformasi dan pemerkasaan komuniti tempatan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Mandat untuk mengekalkan momentum pencapaian sehingga ke hari ini adalah tanggungjawab yang digalas tanpa kompromi. ECERDC komited dalam memenuhi amanah untuk memacu pertumbuhan ekonomi Wilayah ECER dan memastikan rakyat terus diperkasa untuk menempuhi apa jua cabaran. Selari dengan visi dan misi untuk menerajui pembangunan mampan dan memacu pertumbuhan ekonomi di ECER, ECERDC meneruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan bersifat progresif, memperkasa modal insan serta menarik pelaburan baharu yang telah mencipta peluang-peluang pekerjaan dan keusahawanan. Usaha mengekang kemiskinan dilaksanakan menerusi pemantapan program pembangunan modal insan yang telah berjaya meningkatkan prestasi akademik para pelajar, melahirkan usahawan mikro dan membangunkan usahawan sedia ada. Ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat dan Wilayah ECER secara amnya. Berdasarkan kejayaan yang dicatatkan setakat ini, saya dengan sukacitanya membentangkan pencapaian ECERDC sepanjang tahun 2022 yang berakhir 31 Disember 2022. Laporan ini merangkumkan kejayaan ECERDC dalam memacu pembangunan ECER melalui Pelaburan, Pembangunan Infrastruktur, Pelancongan, Pembangunan Modal Insan dan Keusahawanan, Perniagaan Tani serta Pusat Kecemerlangan Asia untuk Teknologi Pintar (ACES). Mandat untuk mengekalkan momentum pencapaian sehingga ke hari ini adalah tanggungjawab yang digalas tanpa kompromi. ECERDC komited dalam memenuhi amanah untuk memacu pertumbuhan ekonomi Wilayah ECER dan memastikan rakyat terus diperkasa untuk menempuhi apa jua cabaran. 10 WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR
PELABURAN SEBAGAI PEMACU PEMBANGUNAN WILAYAH BERDAYA SAING Kemasukan pelaburan baharu ke ECER menunjukkan prestasi yang cukup memberangsangkan meskipun berdepan dengan cabaran ekonomi global yang masih belum pulih sepenuhnya. Sepanjang tahun 2022, ECERDC telah berjaya menarik pelaburan komited sebanyak RM15.4 bilion, melebihi sasaran asal RM14.0 bilion untuk tahun ini. Ini merupakan pencapaian tahunan tertinggi sejak tahun 2018 di bawah Pelan Induk ECER 2.0 (EMP 2.0). Pada tahun 2022, pelaburan berjumlah RM900 juta berjaya direalisasikan oleh ECERDC walaupun negara masih dalam fasa awal pemulihan selepas wabak COVID-19. Sektor Pembuatan kekal unggul dengan jumlah pelaburan tertinggi bernilai RM14.6 bilion iaitu 95% daripada jumlah keseluruhan pelaburan. Pelaburan ini mewujudkan lebih 13,000 peluang pekerjaan dan hampir 4,000 peluang perniagaan. Sebagai tulang belakang pertumbuhan ekonomi ECER, ekosistem mesra pelabur memainkan peranan penting dalam menarik kemasukan pelaburan baharu ke tamantaman perindustrian di Wilayah ECER. Berbeza dari tahun lepas, Pelaburan Langsung Asing (FDI) menjadi penyumbang utama dengan pelaburan sebanyak RM8.5 bilion atau 55%, manakala Pelaburan Langsung Domestik (DDI) menyumbang sebanyak RM6.9 bilion atau 45%. PERATUSAN DDI/FDI FDI DDI 2019 FDI DDI 2020 FDI DDI 2021 FDI DDI 2022 31% 69% 81% 19% 55% 45% 45% 55% Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur YBHG. DATO’ BAIDZAWI CHE MAT LAPORAN TAHUNAN 2022 11
ANGGOTA MAJLIS Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim Menteri Besar Pahang YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail Menteri Besar Johor YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi Menteri Besar Terengganu YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob Ketua Setiausaha Negara YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) YM Tan Sri Tengku Muhammad Taufik bin Tengku Kamadjaja Aziz Menteri Ekonomi YB Tuan Mohd Rafizi bin Ramli Pengerusi Eksekutif QL Resources Berhad YBrs. Dr. Chia Song Kun Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri YBhg. Datuk Seri Saiful Anuar bin Lebai Hussen (Ex-Officio) Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC YBhg. Dato’ Baidzawi bin Che Mat (Setiausaha Majlis) Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan YBhg. Datuk Seri Asri bin Hamidin@Hamidon (Ex-Officio) Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi 22 WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR
JAWATANKUASA AUDIT Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Kementerian Kewangan YBhg. Datin Rashidah binti Mohd Sies Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi Pengerusi Eksekutif QL Resources Berhad YBrs. Dr. Chia Song Kun Timbalan Setiausaha Bahagian Sektor Sistem Perolehan, Maklumat & Pendaftaran, Kementerian Kewangan YBhg. Datin Rosni binti Mohd Yusoff (Ahli Ganti) Pengarah Bahagian Pemantauan Pembangunan Sektor dan Penilaian Pembangunan, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri YBrs. Puan Hanani binti Sapit (Ahli Ganti) Pengurus Kanan Audit Dalaman ECERDC (Setiausaha Jawatankuasa Audit) YBrs. Encik Aznan bin Yahya Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) YM Tan Sri Tengku Muhammad Taufik bin Tengku Kamadjaja Aziz LAPORAN TAHUNAN 2022 23
24 WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR JAWATANKUASA PELAKSANAAN DAN PENYELARASAN KELANTAN IMPLEMENTATION AND COORDINATION COMMITTEE (ICC) Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan YB Dato’ Kaya Setia Dato’ Haji Nazran bin Muhammad Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Kelantan YM. Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa) Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC YBhg. Dato’ Baidzawi bin Che Mat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan YBhg. Dato’ Haji Zamri bin Ismail Setiausaha Bahagian, Bahagian Cukai Kementerian Kewangan YBhg. Dato’ Che Nazli binti Jaapar Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah, Kementerian Ekonomi YBrs. Dr. Shaharin bin Umar Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri YBhg. Datuk Bahria binti Mohd Tamil Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan YBrs. Encik Mohamad Nazwan bin Ismail Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri YBrs. Encik Abdul Aziz bin Simat 24 WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR
LAPORAN TAHUNAN 2022 25 IMPLEMENTATION AND COORDINATION COMMITTEE (ICC) JAWATANKUASA PELAKSANAAN DAN PENYELARASAN TERENGGANU Menteri Besar Terengganu YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu YBM Tengku Seri Bijaya Raja Pengarah PLANMalaysia@Kelantan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Terengganu YBrs. Dr. Abu Bakar bin Mat Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu YBhg. Dato’ Haji Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC YBhg. Dato’ Baidzawi bin Che Mat Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri YBhg. Datuk Bahria binti Mohd Tamil Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi Pengarah Tanah & Galian Negeri Terengganu YB Dato' Nara Setia Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun, Kementerian Kewangan YBhg. Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah, Kementerian Ekonomi YBrs. Dr. Shaharin bin Umar Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria LAPORAN TAHUNAN 2022 25
JAWATANKUASA PELAKSANAAN DAN PENYELARASAN PAHANG Menteri Besar Pahang YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang YB Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak Pengarah Pembangunan Negeri Pahang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri YH. Dato’ Indera Haji Zukifli bin Haji Yaacob Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang YH. Dato’ Haji Fadzilla bin Haji Salleh Pengarah PLANMalaysia@Pahang, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Terengganu YBrs. TPr. Haji Mokhtar bin Samadi Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang YH. Dato’ Razihan bin Adzharuddin Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC YBhg. Dato’ Baidzawi bin Che Mat Pengarah Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan YBhg. Datuk Johan bin Mahmood @ Johan Mahmood Merican Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah, Kementerian Ekonomi YBrs. Dr. Shaharin bin Umar Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri YBhg. Datuk Bahria binti Mohd Tamil IMPLEMENTATION AND COORDINATION COMMITTEE (ICC) 26 WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR
JAWATANKUASA PELAKSANAAN DAN PENYELARASAN JOHOR Setiausaha Kerajaan Negeri Johor YB Tan Sri Dato' Dr. Haji Azmi bin Rohani Pengarah Tanah dan Galian Johor YB Dato’ Haji Ashari bin Haji Kasnan Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor YB Dato’ Haji Mohammad Ridha bin Dato’ Haji Abd. Kadir Menteri Besar Johor YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC YBhg. Dato’ Baidzawi bin Che Mat Setiausaha Bahagian, Bahagian Cukai Kementerian Kewangan YBhg. Dato’ Che Nazli binti Jaapar Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria Pengarah Pembangunan Negeri Johor, YBrs. Tuan Haji Rahman bin Mohd Din Pengarah PLANMalaysia@Johor, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Johor YBrs. TPr Saidin bin Lateh Pegawai Daerah Mersing YBrs. Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri YBhg. Datuk Bahria binti Mohd Tamil Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah, Kementerian Ekonomi YBrs. Dr. Shaharin bin Umar IMPLEMENTATION AND COORDINATION COMMITTEE (ICC) LAPORAN TAHUNAN LAPORAN TAHUNAN 2022 2022 27
Jawatankuasa Pelaksanaan & Penyelarasan Negeri Kelantan Jawatankuasa Pelaksanaan & Penyelarasan Negeri Pahang Jawatankuasa Pelaksanaan & Penyelarasan Negeri Johor Jawatankuasa Pelaksanaan & Penyelarasan Negeri Terengganu KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ANGGOTA MAJLIS Jawatankuasa Audit Audit Dalaman Unit Integriti dan Governans Jawatankuasa Pengurusan Ketua Pegawai Operasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Undang-Undang Sekretariat Majlis Pejabat Negeri • Pahang • Terengganu • Kelantan • Johor Bahagian Perancangan Strategik Korporat Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran Bahagian Kewangan Bahagian Hal Ehwal Korporat Bahagian Pembangunan Modal Insan Bahagian Pelaksanaan Projek Bahagian Pengurusan Pelabur Bahagian Perniagaan Tani STRUKTUR ORGANISASI 28 WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR
Pengurus Besar, Bahagian Pembangunan Modal Insan YBhg. Dato’ Wan Mohd Hasnan bin Abdullah Pengurus Besar, Bahagian Pelaksanaan Projek Arizan bin Arifin Ketua Pegawai Operasi YBhg. Dato’ Ragu Sampasivam Ketua Pegawai Eksekutif YBhg. Dato’ Baidzawi bin Che Mat Pemangku Pengurus Besar, Bahagian Perniagaan Tani Woon King Chai Pengurus Besar, Bahagian Hal Ehwal Korporat Sri Ganesh Gopalakrishnan Pengurus Besar, Pejabat Negeri Kelantan Megat Shah Rizal bin Noor Ikhsan Pengurus Kanan, Pejabat Negeri Terengganu Razlee bin Hassan Pengurus Kanan, Pejabat Negeri Johor Muzarir Karnain bin Mahmood Kamsani Pengurus Besar, Pejabat Negeri Pahang YBhg. Dato’ Mohd Mazlan bin Sharudin Pemangku Pengurus Kanan, Sekretariat Majlis Ruzana binti Abdul Samad Pengurus Besar, Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran Shareefa Faridha binti Syed Haniff Pengurus Besar, Bahagian Kewangan Izam Iskandar bin Ismail Pengurus Besar, Undang-Undang Kauthar binti Ali Pemangku Pengurus Besar, Bahagian Perancangan Strategik Korporat Salida binti Azizi Berdiri dari kiri ke kanan Duduk dari kiri ke kanan JAWATANKUASA PENGURUSAN LAPORAN TAHUNAN 2022 29
* Pelaburan Komited Terkumpul sehingga 31 Disember 2022 RM Ke-10 PENCAPAIAN EMP 2.0 (2018 – 2022) RM Ke-11 RM Ke-12 PELABURAN MENGIKUT KLUSTER Rancangan Malaysia (RM) Ke-9 SASARAN SEBENAR % PENCAPAIAN 0 30 60 90 120 150 RM (Bilion) 2006/7 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 9.717.623.229.335.5 55.8 70.9 91.6111.5 113.4120.5 125.9139.3 154.7 15.0 11.9 REKOD PENCAPAIAN ECER (2007 – 2022) PENCAPAIAN PELABURAN PELAN INDUK ECER (EMP 2.0) 2018-2025 FDI 53% * RM154.7 bilion Mencapai Pelaburan Swasta Peluang Pekerjaan berdasarkan EMP1.0 dan EMP2.0 195,401 Peluang Perniagaan 50,833 RM43.2 bilion 62% PELABURAN KOMITED PELABURAN KOMITED RM70 bilion RM22.6 bilion PELABURAN DIREALISASIKAN RM88.9 bilion PELABURAN DIREALISASIKAN 25% 61,528 JUMLAH PELUANG PEKERJAAN 120,000 JUMLAH PELUANG PEKERJAAN 48% 21,558 JUMLAH USAHAWAN JUMLAH USAHAWAN 60,000 36% Mencapai Sasaran untuk Tahun 2020 (RM110 bil) RM154.7 BILION JUMLAH KESELURUHAN PELABURAN DI ECER, 2007-2022 DDI 47% MINYAK, GAS DAN PETROKIMIA PEMBUATAN PERTANIAN LOGISTIK DAN PERKHIDMATAN PELANCONGAN RM3.8 bilion RM0.05 bilion RM5.8 bilion RM2.4 bilion RM15.6 bilion PELUANG PEKERJAAN DARI PELABURAN KOMITED 31,714 2,744 PELUANG KEUSAHAWANAN DARI PELABURAN KOMITED PEMBANGUNAN MODAL INSAN & KEUSAHAWA30 WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR
RINGKASAN PENCAPAIAN PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN (2018-2022) ANAN AKADEMIK PENERIMA MANFAAT Peserta 54,558 ORANG ASLI & LAIN-LAIN 10.0% CINA 2.0% INDIA 1.6% MELAYU 86.4% PEMBANGUNAN MODAL INSAN & KEUSAHAWANAN 96% 25,295 Pelajar Lulus SPM WANITA 75% BELIA 70% B40 97% 6,994 Jumlah Peserta 6,548 Tamat Latihan 94% Penempatan Pekerjaan RM2,300 Pendapatan Purata 8,439 Usahawan Baharu 10,375 Usahawan Julat Pendapatan Bulanan Pendapatan Bulanan RM10,000 - RM2,000 - RM10,000 RM200,000 Peluang Pekerjaan 2,516 Peluang Pekerjaan 20,750 31 Daerah Program Pembangunan Modal Insan dilaksanakan di RAKAN STRATEGIK JOHOR PAHANG TERENGGANU KELANTAN Kepulauan Terengganu Kepulauan Mersing Tumpat Kota Bharu Pasir Mas Bachok Rantau Panjang Jeli Tanah Merah Pasir Puteh Kuala Krai Gua Musang 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Cameron Highlands Kuala Lipis Jerantut Raub Bentong Temerloh Bera Maran Kuantan Pekan Rompin 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Besut Setiu Kuala Nerus Kuala Terengganu Marang Hulu Terengganu Dungun Kemaman 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Segamat Mersing 1. 2. 1 2 3 4 5 7 8 1 2 3 4 5 6 7 8 6 9 10 11 1 2 3 9 10 8 4 5 6 7 11 1 2 LAPORAN TAHUNAN 2022 31
PROJEK-PROJEK ECER YANG TELAH SIAP PADA TAHUN 2022 PROJEK-PROJEK ECER DI DALAM PELAKSANAAN PADA TAHUN 2022 KELANTAN PAHANG TERENGGANU MERSING PEMBANGUNAN SEMULA KAMPUNG LAUT (PAKEJ 2) TARIKH MULA: 2 JUN 2020 TARIKH SIAP: 19 MAC 2022 TAMAN PEMPROSESAN IKAN ENDAU-MERSING (FASA 2) TARIKH MULA: 9 SEPTEMBER 2020 TARIKH SIAP: 30 NOVEMBER 2022 NAIK TARAF JETI KAMPUNG GENTING DAN PEMBINAAN JAMBATAN SUNGAI MANGKAI DI PULAU TIOMAN TARIKH MULA: 1 JULAI 2020 TARIKH SIAP: 5 JULAI 2022 PEMBANGUNAN PELANCONGAN KAMPUNGSTAY, MERSING TARIKH MULA: 10 SEPTEMBER 2020 TARIKH SIAP: MAC 2023 PEMBINAAN TANJUNG BUATAN (ARTIFICIAL HEADLAND) DI PANTAI TELUK LIPAT TARIKH MULA: 30 OKTOBER 2020 TARIKH JANGKA SIAP: OKTOBER 2023 TAMAN PERIKANAN BERSEPADU TOK BALI (FASA 1B) TARIKH MULA: 10 SEPTEMBER 2021 TARIKH JANGKA SIAP: JULAI 2023 PEMBINAAN JALAN DARI LAPANGAN TERBANG TERENGGANU KE KUALA TERENGGANU CITY CENTRE (KTCC) (PAKEJ 1B) TARIKH MULA: 15 OKTOBER 2021 TARIKH JANGKA SIAP: MEI 2023 32 WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR
PROJEK-PROJEK ECER DI DALAM PELAKSANAAN PADA TAHUN 2022 KELANTAN PAHANG TERENGGANU MERSING KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN PEMECAH OMBAK MERSING TARIKH MULA: 6 OKTOBER 2022 TARIKH JANGKA SIAP: OKTOBER 2023 PEMBANGUNAN PANTAI HIBURAN ROMPIN TARIKH MULA: 2 OGOS 2021 TARIKH JANGKA SIAP: OGOS 2023 TAMAN NEGERI TASIK CHINI (FASA 3) (PAKEJ 1) TARIKH MULA: 2 JULAI 2020 TARIKH JANGKA SIAP: JANUARI 2023 PETA RAINFOREST DISCOVERY CENTRE TARIKH MULA: 15 OKTOBER 2021 TARIKH JANGKA SIAP: SEPTEMBER 2023 PEMBANGUNAN TAMAN NEGARA ENDAU - ROMPIN: PEMBINAAN JALAN MASUK KE TAMAN NEGARA ENDAU - ROMPIN DARI KAHANG KE SUNGAI EMAS TARIKH MULA: 15 NOVEMBER 2022 TARIKH JANGKA SIAP: APRIL 2025 PAIP AGIHAN AIR DARI KEMAMAN, TERENGGANU KE GEBENG, PAHANG PAKEJ 1 - TARIKH MULA: 24 NOVEMBER 2021 TARIKH JANGKA SIAP: OKTOBER 2023 PAKEJ 2 - TARIKH MULA: 3 OKTOBER 2022 TARIKH JANGKA SIAP: OKTOBER 2023 LAPORAN TAHUNAN 2022 33
PROJEK-PROJEK ECER DI DALAM PELAKSANAAN PADA TAHUN 2022 PROJEK-PROJEK ECER DI DALAM PERANCANGAN PADA TAHUN 2022 KELANTAN PAHANG TERENGGANU MERSING LEMBAH TENUSU JEMALUANG TARIKH MULA: 5 JANUARI 2022 TARIKH JANGKA SIAP: JULAI 2024 KAJIAN PEMBANGUNAN SEMULA TAMAN PERTANIAN JUBLI PERAK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (TPJPSHAS) TARIKH MULA: 15 JUN 2022 TARIKH JANGKA SIAP: MEI 2023 PEMBINAAN JAMBATAN PALEKBANG - KOTA BHARU TARIKH JANGKA MULA: OGOS 2023 MENAIKTARAF PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU CHERATING, PAHANG TARIKH JANGKA MULA: OGOS 2023 PENGUKUHAN INDUSTRI KAMBING TENUSU DI KELANTAN TARIKH JANGKA MULA: OGOS 2023 PROMENAD KUALA TERENGGANU CITY CENTRE TARIKH JANGKA SIAP: MEI 2023 34 WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR
LAPORAN TAHUNAN 2021 PROJEK-PROJEK ECER DI DALAM PERANCANGAN PADA TAHUN 2022 KELANTAN PAHANG TERENGGANU MERSING TAMAN INDUSTRI TOK BALI (FASA 1A) TARIKH JANGKA MULA: OKTOBER 2023 TAMAN INDUSTRI KUANTAN MALAYSIA - CHINA (MCKIP 3) - KERJA TANAH DAN INFRASTRUKTUR TARIKH JANGKA MULA: OKTOBER 2023 TAMAN BIOPOLIMER KERTIH (FASA 4) FASA 4A (PAKEJ 1) - TARIKH JANGKA MULA: SEPTEMBER 2023 FASA 4A (PAKEJ 2) - TARIKH JANGKA MULA: MEI 2023 PEMBINAAN JALAN DARI LAPANGAN TERBANG KUALA TERENGGANU KE KUALA TERENGGANU CITY CENTRE (KTCC) (PAKEJ 2) TARIKH JANGKA MULA: JANUARI 2023 TAMAN INDUSTRI MAKANAN HALAL, PASIR MAS (FASA 2) - PAKEJ 4 (LOJI RAWATAN AIR KELAR FASA 2) TARIKH JANGKA MULA: OKROBER 2023 AGROFOOD@ECER - PEMBINAAN JETI PENDARATAN TAMBAHAN DI TOK BALI TARIKH JANGKA MULA: OKTOBER 2023 LAPORAN TAHUNAN 2022 35
PRESTASI 2022 46% 6 50% 4 100% 0 79% 0 HLO 2 – PELAKSANAAN PROJEK 3 4 5 6 7 8 9 10 % PROJEK FIZIKAL YANG DIMULAKAN MENGIKUT JADUAL BILANGAN PROJEK FIZIKAL YANG DIMULAKAN MENGIKUT JADUAL % PROJEK FIZIKAL YANG DISIAPKAN MENGIKUT JADUAL BILANGAN PROJEK FIZIKAL YANG DISIAPKAN MENGIKUT JADUAL % PERBELANJAAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN (DE) BILANGAN KEMALANGAN MAUT DI TAPAK PEMBINAAN BILANGAN SYARIKAT INDUK YANG DILANTIK % PENCAPAIAN KPI BAGI SYARIKAT-SYARIKAT INDUK SASARAN - 100% SASARAN - 13 SASARAN - 100% SASARAN - 8 SASARAN - 100% SASARAN - 0 SASARAN - 1 SASARAN - 75% HLO 1 – PELABURAN SWASTA PELABURAN KOMITED PELABURAN TERKUMPUL YANG DIREALISASIKAN 1 2 RM15.4 BIL RM0.9 BIL RM14.0 BIL RM7.0 BIL HLO 3 – PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN KEUSAHAWANAN 11 PELUANG PEKERJAAN JUMLAH - 12,452 SASARAN - 16,303 4,361 SASARAN - 6,303 PELABURAN SWASTA SASARAN - 10,000 PEMBANGUNAN MODAL INSAN 8,091 PELUANG KEUSAHAWANAN % USAHAWAN WANITA DIWUJUDKAN PELABURAN SWASTA PEMBANGUNAN MODAL INSAN JUMLAH - 3,923 SASARAN - 7,050 66% SASARAN - 60% 3,439 SASARAN - 6,050 484 SASARAN - 1,000 12 13 36 WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR
PRESTASI 2022 HLO 4 – AGENDA PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 14 % PEKERJAAN DISEDIAKAN UNTUK 94% GOLONGAN BUMIPUTERA SASARAN - 80% 15 A) % USAHAWAN BUMIPUTERA 94% SASARAN - 80% 16 % KONTRAK ECERDC DIANUGERAHKAN 62% KEPADA KONTRAKTOR BUMIPUTERA SASARAN - 60% 17 BILANGAN ORANG ASLI TERLIBAT DI DALAM PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN 149 SASARAN - 2,530 B) % USAHAWAN WANITA BUMIPUTERA 90% SASARAN - 60% HLO 5 – PERANCANGAN STRATEGIK KORPORAT 18 PENETAPAN KPI TAHUNAN ORGANISASI 5 & 6 JAN 2023 SASARAN - DEC 2022 19 RMKE-12 (RP2) PERMOHONAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN (DE) 31 MAC 2022 SASARAN - Q1 2022 20 MEMUKTAMADKAN ROADMAP UNTUK PELAKSANAAN E-GOVERNMENT DI ECERDC ON-GOING SASARAN - DEC 2022 21 RANGKA KERJA EMP3.0 & KAJIAN SEPARUH PENGGAL EMP2.0 Q4 20222 SASARAN - Q4 2022 HLO 6 – KECEKAPAN OPERASI DAN KESEDIAAN ORGANISASI 22 MEDIA OUTREACH 98% SASARAN - 90% 23 PENGGUNAAAN PERBELANJAAN 86% MENGURUS (OE) SASARAN - 90% 24 100% INDEKS PEMATUHAN AKAUNTABILITI (INTERNAL PEER REVIEW AUDIT) SASARAN - 95% 25 100% PEMERKASAAN BAKAT KAKITANGAN DALAM KECEKAPAN PENGURUSAN PERNIAGAAN DAN KEPEMIMPINAN SASARAN - 100% LAPORAN TAHUNAN 2022 37
ECERDC terus menumpukan usaha untuk melonjakkan sektor pembuatan yang merupakan penyumbang terbesar dalam pelaburan swasta di Wilayah ECER. Strategi penetapan untuk membangunkan Wilayah ECER sebagai pintu masuk ke pasaran ASEAN dan Asia Pasifik serta penaiktarafan infrastruktur perdagangan merupakan antara daya tarikan kepada para pelabur dalam menjadikan Wilayah ECER sebagai destinasi pelaburan pilihan. PEMBUATAN
Pelaburan Baharu Sektor Pembuatan Memacu Pertumbuhan Sosioekonomi Merentasi Wilayah Aspirasi ESG Melalui Pelaburan Dalam Teknologi Hijau Inisiatif Promosi Pelaburan Peluang Pelaburan dan Pakej Insentif ECER
Perkembangan industri Minyak, Gas dan Petrokimia (OGP) di wilayah ECER semakin kukuh dan terus menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan Keluaran Negara Kasar (KDNK) negara dan ekonomi wilayah ini. MINYAK, GAS DAN PETROKIMIA
Mewujudkan Ekosistem OGP yang Mesra Pelabur Pelaburan-pelaburan Baharu Sektor OGP Usaha ECERDC Menggalakkan Pelaburan OGP Di Masa Hadapan Pangkalan Bekalan di Wilayah ECER
PELANCONGAN Tahun 2022 menyaksikan sektor pelancongan di Malaysia semakin pulih berikutan pembukaan semula pintu sempadan negara pada bulan April 2022. Kemasukan pelancong antarabangsa dan tempatan ke destinasi-destinasi pelancongan dalam negara telah mempercepat pemulihan sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik dan mengurangkan kesan kepada sektor ekonomi, terutamanya di kawasan-kawasan yang bergantung kepada aktiviti ekonomi berasaskan pelancongan.
Ekopelancongan – Sinergi Pemuliharaan Alam Dan Pelancongan Mampan Pembangunan Pelancongan Pulau Lestari Pelancongan Seni, Budaya Dan Warisan – Bagai Sirih Pulang Ke Gagang Meningkatkan Pelancongan Bandar dan Pesisiran Pantai Ringkasan Status Projek Menerajui Konsep Pelancongan Gaya Hidup Baharu Sasaran Masa Depan Kluster Pelancongan Wilayah ECER
PERNIAGAAN TANI Wilayah Ekonomi Pantai Timur kaya dengan sumber tanah pertanian yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan perusahaan pertanian berskala komersial bagi menyahut saranan Kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan kepada import makanan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dalam mengukuhkan tahap sara diri (SSL) makanan negara.
Ternakan Tanaman Perikanan Model Perniagaan Syarikat Induk Masa Depan Perniagaan Tani Wilayah ECER di bawah Inisiatif agrofood@ECER Status Projek Pelaksanaan Pelan Kemampanan Agropolitan
PEMBANGUNAN MODAL INSAN Program Pembangunan Modal Insan yang holistik dapat memberikan nilai tambah dalam rantaian pekerjaan dan memperkasakan keusahawanan di samping memacu pembangunan ECER. Apabila kemahiran rakyat tempatan ECER meningkat maka ia boleh menarik lebih ramai pelabur dengan adanya tenaga kerja berkemahiran yang sedia ada di ECER.
Program Reskilling & Upskilling (Train & Place): Jaminan Pekerjaan dan Kebolehpasaran Graduan Program Usahawan Baharu: Penjanaan dan Peningkatan Pendapatan Pendekatan Holistik Bagi Meningkatkan Ekonomi Rakyat dan Mencegah Kemiskinan Masa Hadapan Program Latihan Akademik: Membasmi Kemiskinan Masa Hadapan Program Usahawan Sedia Ada: Peningkatan Produktiviti dan Kualiti Usahawan Melalui Ekosistem Yang Mampan Peningkatan Kualiti Hidup Masyarakat Orang Asli
ACES ACES Industri 4.0 memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan semua pihak sedia berubah untuk kekal berdaya saing, seiring dengan transformasi digital serta kesan daripada keterbukaan dan kesalinghubungan. ACES memainkan peranan penting memandangkan dunia kini sedang menuju ke arah pendigitalan sektor ekonomi, didorong oleh peningkatan data yang berskala besar (big data), ketersambungan (connectivity), analitik, interaksi manusia-mesin dan penambahbaikan dalam robotik.
Memperkasakan Belia Tempatan Untuk Pekerjaan Masa Hadapan Memacu Produktiviti dan Penggunaan Teknologi Intensif untuk Pembangunan Wilayah yang Mampan
LOGISTIK DAN PERKHIDMATAN Pembangunan infrastruktur strategik yang merangkumi logistik dan perkhidmatan mendorong transformasi sosioekonomi, mengukuhkan jaringan pengangkutan (connectivity) dan menambahbaik akses buat rakyat di Wilayah ECER.
Rangkaian Jalan Raya dan Lebuh Raya Naik Taraf Lapangan Terbang Infrastruktur Mampan dan Lestari Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Status Projek Pelabuhan di Wilayah ECER
WARGA KERJA ECERDC Budaya organisasi di kalangan Warga Kerja ECERDC sentiasa menitikberatkan Nilai-nilai Bersama (ALIP) yang turut mementingkan kerjasama, toleransi dan kesepakatan dalam memastikan segala perancangan untuk pembangunan sosioekonomi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dapat dilaksanakan dengan cekap dan lancar, sejajar dengan matlamat yang telah disasarkan.
Pemantapan Keupayaan dan Kemahiran Warga Kerja ECERDC yang Mampan Pemerkasaan Tadbir Urus dan Integriti di ECERDC Pengukuhan HSE dan Kecekapan Operasi Penglibatan Kelab Sukan dan Rekreasi ECERDC (KSRE) Penetapan Hala Tuju Strategik Pembudayaan Nilai-nilai Bersama (ALIP)
ACES PENYATA KEWANGAN