The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

murid dapat kenali cara membuat nota bagi fakta yang dipelajari melalui gambar rajah yang menarik.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKTPI, 2021-08-28 14:05:33

JOM BELAJAR KAEDAH MEMBUAT NOTA ISTILAH DAN GAMBAR RAJAH

murid dapat kenali cara membuat nota bagi fakta yang dipelajari melalui gambar rajah yang menarik.

Jom Belajar Kaedah
Membuat Nota Istilah

dan Gambar Rajah

NOTA ISTILAH

 Nota istilah digunakan untuk menyalin
istilah-istilah sukar, definisi atau formula di
atas kad atau kertas.

 Nota istilah ini boleh digunakan sebagai
bahan untuk mengulang kaji tanpa mengira
masa dan tempat .

KAEDAH MEMBUAT NOTA ISTILAH

1. Baca topik dengan teliti.

2. Tandakan istilah , formula atau
definisi-definisi yang penting.

3. Catatkan istilah , formula atau definisi
di atas kertas .

4. Gunakan kertas keras dan pen
berwarna untuk menjadikan nota tersebut

menarik dan tahan lama.

5. Nota yang dicatat hendaklah ringkas
dan padat . Kamu boleh guna
ringkasan perkataan atau simbol
seperti yg , dgn , cth , & .

NOTA GAMBAR RAJAH

 Nota gambar rajah dapat memberikan gambaran yang
menyeluruh tentang sesuatu topik yang dipelajari.

 Kaedah ini dapat membantu mengimbas kembali topik
yang sedang diulang kaji.

 Gambar rajah atau carta penting, bolehlah kamu salin
daripada nota, buku teks atau buku rujukan.

KAEDAH MEMBUAT NOTA GAMBAR RAJAH

1. Tenangkan hati dan pasang niat untuk
belajar . Bacalah doa , duduk tegak , dan

pernafasan biarlah betul.

2. Tingkatkan konsentrasi.

3. Pastikan suasana tenang , hindarkan
sebarang gangguan yang boleh memberi

kesan terhadap penumpuan belajar
seperti bunyi bising.

4. Gunakan pen berwarna untuk
menjadikan nota gambar rajah ini lebih

menarik. Kamu bebas untuk memilih
bentuk gambar rajah .

5. Baca teks keseluruhan , terutama tajuk
penting , pendahuluan ,

subtajuk , kesimpulan , soalan/latihan,
gambar rajah dan carta .

6. Ketika mencatat nota , kamu harus
bertanya kepada guru. Jadi, kamu
harus bertanya kepada guru jika kamu
tidak faham tentang sesuatu fakta.

7. Faktor ini penting untuk mengelakkan
kamu mencatat nota yang tidak
perlu atau tidak penting.

8. Bertanyalah kepada guru tentang fakta-
fakta penting yang Perlu diberi

penekanan dalam proses pembelajaran.

Belajarlah menulis nota dari sekarang
kerana nota menjadi suatu rekod yang
kekal dan amat penting untuk tujuan

mengulang kaji dan pembelajaran
semula.

Cuba ingat nota-nota penting dalam
minda kamu kerana kesemua nota yang
baik dan sempurna merupakan pasport

kejayaan kamu dalam peperiksaan.

Khas daripada
Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTPI


Click to View FlipBook Version