KISAH SEEKOR KATAK
Kisah katak di dalam bikar ini sebenarnya sudah acapkali dikongsikan baik di laman
muka buku, telegram dan whatsapps atau dari mulut ke mulut. Namun,
mendengar dan membaca kisah kata dalam bikar ini tidak pernah menjemukan.
Malah setiap kali dibaca, kita mampu mengutip ibrah dari cerita yang kit abaca.
Konon ceritanya bermula apabila sekumpulan pelajar sains telah menjalankan satu
ujikaji di makmal menggunakan katak. Pada ujikaji pertama, seekor katak cuba
dimasukkan ke dalam satu bikar yang berisi air yang panas mendidih. Apabila katak
itu dicampakkan ke dalam bikar tersebut, katak tersebut terus menggelupur dan
melompat keluar dari bikar yang berisi air panas. Maka terselamatlah sang katak
dalam ujikaji ini.
.
Kemudian, pelajar sains tersebut telah membuat ujikaji kedua. Di dalam ujikaji
kedua kali ini, satu bikar berisi ketulan ais telah digunakan. Seperti ujikaji pertama,
seekor katak telah dimasukkan di dalam bikar di bawah ketulan ais tersebut. Seperti
yang kita ketahui, katak memang suka dengan tempat yang sejuk . Maka
seronaklah sang katak duduk di bawah ketulan ais.
Tidak lama selepas itu, pelajar sains tersebut telah memanaskan bikar yang berisi
ais dan katak dengan menggunakan penunu Bunsen. Perlahan demi perlahan, bikar
tersebut menjadi panas sehingga menyebabkan ais di dalam bikar semakin lama
semakin cair. Lama-kelamaan, air di dalam bikar menjadi panas. Namun, katak
tetap tidak berganjak keluar meskipun suhu air semakin panas dan akhirnya
mendidih. Katak akhirnya mati di dalam bikar dalam ujikaji yang telah dijalankan.
Pengajaran Dan Hikmah Dari Cerita
1. Jangan terlalu leka dengan keseronokan yang sementara. Berhati-hatilah
kerana seringnya keseronokan itu tidak kekal lama.
2. Kita sering terperangkap dalam zon selesa (comfort zone) tanpa mahu
melakukan sebarang perubahan dalam kehidupan sedangkan pada ketika
yang sama orang lain sudah berubah dan mendapat pelbagai kejayaan dalam
kehidupan mereka.
3. Gunakan peluang yang datang sebaik-baiknya. Berani untuk mengubah dan
berubah. Jangan takut mencuba kerana tanpa mencuba kita tidak tahu
sejauh mana keupayaan yang kita ada.
4. Allah tidak menjadikan kita hidup untuk berserah tanpa melakukan apa-apa.
Bersyukur dengan nikmat yang ada dan lakukan perubahan demi masa
depan diri sendiri dan keluarga.
5. Jom berubah. Untuk Berjaya adalah tidak mustahil andai kita berusaha.