PENGEMBARA DAN SEPOHON POKOK
Dua lelaki berjalan bersama-sama di bawah sinar matahari yang terik. Cuaca
semakin lama semakin panas dan mengganggu perjalanan mereka. Akhirnya,
kerana kepanasan mereka telah berhenti berteduh di bawah sepohon pokok yang
agak besar.
Sambil berteduh, mereka berdua memandang keliling termasuk kepada pokok
tempat mereka berteduh. Salah seorang daripada mereka menghalakan
pandangan ke ranting pokok berkenaan dan berkata,
"Pokok ini sungguh tidak berguna. Tidak ada sebiji buah pun yang boleh dijadikan
makanan kita. Daun dan kayunya juga tidak dapat digunakan untuk buat apa-apa."
Kata salah daripada mereka ketika melihat ranting pokok berkenaan. Manakala
yang seorang lagi mendengus dan mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Jangan jadi manusia yang tidak bersyukur," pokok itu tiba-tiba bersuara.
"Bukankah aku sekarang sangat berguna kepada kamu? Aku sedang melindungi
kamu berdua dari terik matahari. Tapi kamu berdua menuduh aku pokok yang
tidak berguna?’
Kedua-dua lelaki itu tertunduk malu. Malu kerana sikap mereka yang tidak tahu
bersyukur dengan nikmat yang sedang mereka nikmati.
Pengajaran dan hikmah dari cerita
1. Setiap kejadian yang berlaku mempunyai sebab dan musabab. Semua ada
hikmah yang tersendiri.
2. Belajar bersyukur dengan apa juga perkara yang berlaku adalah sebaik-
baiknya.
3. Jangan menilai sesuatu berdasarkan apa yang kita Nampak tetapi, tengoklah
sesuatu berdasarkan himah yang tersembunyi.