The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatimahzakaria19, 2022-07-15 09:14:44

KOLOKIUM HOMEROOM MRSM SE-MALAYSIA

BUKU PROGRAM 2022

BUKU PROGRAM
KOLOKIUM HOMEROOM MRSM

SE-MALAYSIA 2022

KATA ALU-ALUAN

Pengarah

Bahagian Pendidikan Menengah MARA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-
Nya Program Kolokium Homeroom Se-Malaysia 2022 dapat dilaksanakan walaupun dalam suasana norma baharu.

Homeroom adalah satu elemen yang penting bagi sistem pendidikan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Homeroom merupakan sebuah program kekeluargaan yang telah dilaksanakan di semua Maktab Rendah Sains MARA
seluruh negara. Melalui program ini para pelajar diletakkan dibawah tanggungjawab seorang guru bermula pada hari
pertama mereka mendaftar masuk di MRSM sehinggalah mereka melangkah kaki keluar meninggalkan MRSM.

Hubungan dan kebertanggungjawaban ini adalah menepati fungsi kekeluargaan menurut perspektif Islam itu
sendiri. Institusi keluarga ini merupakan tempat penyuburan kasih sayang, kebaikan, perlindungan, kehormatan,
saling mempercayai, pengorbanan dan ketenteraman. Semua ini berlandaskan kepada kekuatan rohani dan
kesempurnaan material.

Program Homeroom terbukti dapat melahirkan modal insan yang berperibadi mulia seperti rajin, berani,
bertanggungjawab, berdikari, amanah, dan patriotik melalui pelaksanaan aktiviti yang dijalankan.

Penglibatan pelajar sepanjang program ini, bukan saja dapat membina keyakinan diri dan semangat juang yang
tinggi, malah dapat melahirkan pelajar yang pintar dan cerdas dari segi kebolehan bertindak secara aktif, kreatif dan
kritis.

Semoga Program Kolokium Homeroom Se-Malaysia ini dapat menjadi satu landasan kecemerlangan pelajar ke
peringkat yang lebih tinggi dan membina modal insan yang dapat memacu kemajuan negara.

Sekian.

ABD MANAB BIN ABDUL MAJID
PENGARAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH
MARA

KATA ALU-ALUAN

Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA Gerik

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta kurnia-Nya kita diberi peluang
dan ruang bagi menyempurnakan Program Kolokium MRSM Se-Malaysia Tahun 2022.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kepada pihak
Bahagian Pendidikan MARA (BPM) atas kepercayaan yang diberikan kepada Maktab Rendah Sains MARA Gerik
untuk menjadi tuan rumah penganjuran Kolokium Homeroom bagi Tahun 2022 ini, juga kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung dalam program ini terutamanya kepada jawatankuasa program yang telah
bertungkus-lumus dalam memastikan keseluruhan gerak kerja program ini berjalan dengan lancar. Semoga
kejayaan penganjuran program tahunan ini menjadi titik tolak kepada usaha pemerkasaan Unit
Pembangunan Homeroom MRSM ke arah mengorak langkah kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa
hadapan.

Program Kolokium Homeroom MRSM Se-Malaysia ini telah pun bermula pada 13 Mei 2022 yang lalu. Walaupun
kita berada dalam kehidupan dan operasi norma baharu, namun atas kerjasama semua, program ini telah
berjaya dilaksanakan dengan lancar dan jayanya. Selaku tuan rumah, banyak pengalaman yang dilalui dalam
penganjuran program yang merupakan teras kepada sistem pendidikan MRSM ini. Beberapa siri mesyuarat
dan perbincangan telah dijalankan termasuklah perbincangan dengan pihak BPM bagi meneliti beberapa
perkara utama bagi memastikan hanya keputusan yang terbaik diputuskan untuk program ini.

Saya turut ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada anak-anak pelajar
dan penasihat Homeroom yang telah berjaya memperoleh kemenangan dalam setiap acara yang
dipertandingkan dalam program Kolokium Homeroom MRSM Se-Malaysia ini. Sewajarnya, kita harus
meraikan kejayaan mereka yang telah berusaha keras bagi meraih kejayaan dan sekali gus mengharumkan
nama maktab masing-masing. Kejayaan yang dicapai pada hari ini harus menjadi teladan kepada pelajar
lain agar dapat mengorak langkah dan membakar semangat juang untuk tidak berputus asa mencipta
kejayaan dan memperbaik kekurangan yang ada. Sesungguhnya, perjalanan beribu batu pasti sekali sekala
akan tersadung akar di pertengahan jalannya. Bangkitlah dan teruskan perjuangan.

Sesungguhnya, program Kolokium Homeroom ini merupakan program yang amat signifikan dalam
menyemai nilai-nilai murni yang amat berguna untuk pembentukan insaniah pelajar. Selain itu, program ini
juga menjadi satu wadah bagi mendidik kematangan dan potensi pelajar untuk menjadi individu serba boleh
dalam menghadapi cabaran dunia global pelajar-pelajar.

Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak
langsung dalam menjayakan Kolokium Homeroom MRSM Se-Malaysia bagi tahun 2022 ini. Sesungguhnya,
gitar tidak akan bersuara tanpa jari, bulan tidak akan purnama tanpa matahari. Segala yang baik datang dari
Allah SWT dan segala yang kurang atau kelemahan adalah daripada kami insan biasa.

Sekian.

MUHAMMAD ABU BAKAR BIN ISMAIL
PENGETUA

MAKTAB RENDAH SAINS MARA GERIK

ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

KOLOKIUM HOMEROOM MRSM SE-MALAYSIA 2022

NYANYIAN LAGU 1
3.00 - 3.10 Petang

Negaraku
MARA
MRSM

BACAAN DOA 2
3.10 - 3.15 Petang

"IN PERSON WITH" 3
3.15 - 4.00 Petang
4
En. An-Naim bin Yassin
(Bekas Pelajar MRSM Kota Putra 2009-2013)
Guru Homeroom:
Puan Raja Fatmazura bin Raja
Semail
(Guru Sejarah MRSM Kota Putra)

CHORAL SPEAKING
4.00 - 4.10 Petang

UCAPAN 5
4.10 - 4.30 Petang 6
U(Ecna.pAabndPuel nMg
aanraahb BPM
bin Abdul Majid)

Ucapan Pengetua MRSM Gerik
(En. Muhamad Abu Bakar bin Ismail)

PENYAMPAIAN HADIAH
4.30 - 5.00 Petang





ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

ANUGERAH KHAS KOLOKIUM HOMEROOM

01 02 03

AKADEMIK SAHSIAH TERPUJI KEUSAHAWANAN
TERBILANG (TINGKATAN 1-5) TERUNGGUL
(TINGKATAN 1-5)
(TINGKATAN 1-5)

PERTANDINGAN KOLOKIUM HOMEROOM

TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3
My Homeroom Digital Scrapbook A Person to Remember
Teacher, My Inspirer
Tema:
My Homeroom: Nurturing

Happiness

TINGKATAN 4 TINGKATAN 5

Newscasting Challenge Homeroom: GO

LOCAL!

RUMUSAN PERTANDINGAN PERINGKAT ZON

ANUGERAH KHAS KOLOKIUM HOMEROOM
TINGKATAN 1-5

KATEGORI: AKADEMIK TERBILANG

ZON UTARA MRSM TRANSKRIAN
MRSM GERIK
MRSM LANGKAWI
MRSM BESERI

ZON TIMUR

MRSM TUMPAT

MRSM TUN ABDUL RAZAK

MRSM MERSING

MRSM JELI

ZON SELATAN

MRSM TUN DR ISMAIL

MRSM KOTA KINABALU

MRSM GEMENCHEH

MRSM TUN MUSTAPA

ZON BARAT

MRSM BENTONG
MRSM PARIT
MRSM SUNGAI BESAR
MRSM FELDA TROLAK

RUMUSAN PERTANDINGAN PERINGKAT ZON
ANUGERAH KHAS KOLOKIUM HOMEROOM

TINGKATAN 1-5

KATEGORI: KEUSAHAWANAN TERUNGGUL

ZON UTARA

MRSM PENGKALAN HULU
MRSM TRANSKRIAN
MRSM BALING
MRSM KUBANG PASU

ZON TIMUR

MRSM TUN GHAZALI SHAFIE
MRSM TUN ABDUL RAZAK
MRSM MERSING
MRSMMUADZAM SHAH

ZON SELATAN

MRSM GEMENCHEH
MRSM TERENDAK
MRSM TUN MUSTAPA
MRSM TUN GHAFAR BABA

ZON BARAT

MRSM PARIT
MRSM SUNGAI BESAR
MRSM FELDA TROLAK
MRSM PASIR SALAK

RUMUSAN PERTANDINGAN PERINGKAT ZON

ANUGERAH KHAS KOLOKIUM HOMEROOM
TINGKATAN 1-5

KATEGORI: SAHSIAH TERPUJI

ZON UTARA
MRSM PENGKALAN HULU
MRSM TRANSKRIAN
MRSM KUBANG PASU
MRSM GERIK

ZON TIMUR

MRSM KUALA BERANG
MRSM TUN ABDUL RAZAK
MRSM MERSING
MRSM MUADZAM SHAH

ZON SELATAN

MRSM BATU PAHAT
MRSM GEMENCHEH
MRSM TERENDAK
MRSM TUN GHAFAR BABA

ZON BARAT

MRSM BENTONG
MRSM LENGGONG
MRSM SUNGAI BESAR
MRSM PASIR SALAK

KOLOKIUM HOMEROOM
SE-MALAYSIA 2022

RUMUSAN PEMENANG PERINGKAT ZON
MENGIKUT KATEGORI PERTANDINGAN

KATEGORI: KATEGORI:
TINGKATAN 1 TINGKATAN 2
MY HOMEROOM TEACHER, MY INSPIRER MY HOMEROOM : NURTURING
HAPPINESS

MRSM BALIK PULAU MRSM BALIK PULAU
MRSM MERBOK
ZON MRSM PENGKALAN HULU ZON MRSM PENGKALAN HULU
UTARA MRSM TRANSKRIAN UTARA MRSM BALING
MRSM KUBANG PASU

ZON MRSM TUN GHAZALI SHAFIE ZON MRSM TUN ABDUL RAZAK
TIMUR MRSM KUALA BERANG TIMUR MRSM MERSING
MRSM TUMPAT MRSM PASIR TUMBOH
MRSM TUN ABDUL RAZAK MRSM MUADZAM SHAH

ZON MRSM MUAR ZON MRSM KOTA KINABALU
SELATAN MRSM BATU PAHAT SELATAN MRSM MOHAMAD FUAD
MRSM TUN DR ISMAIL STEPHENS
MRSM JOHOR BAHRU MRSM GEMENCHEH
MRSM SEMPORNA

ZON MRSM BENTONG ZON MRSM ATM BERA
BARAT MRSM LENGGONG BARAT MRSM BAGAN DATUK
MRSM PARIT MRSM FELDA TROLAK
MRSM SUNGAI BESAR MRSM PASIR SALAK

KOLOKIUM HOMEROOM
SE-MALAYSIA 2022

RUMUSAN PEMENANG PERINGKAT ZON
MENGIKUT KATEGORI PERTANDINGAN

KATEGORI: KATEGORI:
TINGKATAN 3 TINGKATAN 4
A PERSON TO REMEMBER NEWSCASTING CHALLENGE

ZON MRSM TRANSKRIAN ZON MRSM BALIK PULAU
UTARA MRSM GERIK UTARA MRSM MERBOK
MRSM KEPALA BATAS MRSM PENGKALAN HULU
MRSM LANGKAWI MRSM TRANSKRIAN

ZON MRSM MERSING ZON MRSM TUN GHAZALI SHAFIE
TIMUR MRSM MUADZAM SHAH TIMUR MRSM TUMPAT
MRSM JELI MRSM KUALA TERENGGANU
MRSM BESUT MRSM KUALA BERANG

ZON MRSM MOHAMAD FUAD ZON MRSM JOHOR BAHRU
SELATAN STEPHENS SELATAN MRSM GEMENCHEH
MRSM GEMENCHEH MRSM SEMPORNA
MRSM SEMPORNA MRSM TUN MUSTAPHA
MRSM TERENDAK

ZON MRSM PARIT ZON MRSM SUNGAI BESAR
BARAT MRSM SUNGAI BESAR BARAT MRSM BAGAN DATUK
MRSM PASIR SALAK MRSM FELDA TROLAK
MRSM KUALA KUBU BARU MRSM SULTAN AZLAN SHAH

KOLOKIUM HOMEROOM
SE-MALAYSIA 2022

RUMUSAN PEMENANG PERINGKAT ZON
MENGIKUT KATEGORI PERTANDINGAN

KATEGORI:

TINGKATAN 5

HOMEROOM: GO LOCAL!

ZON MRSM PENGKALAN HULU
UTARA MRSM BALING
MRSM KUBANG PASU
MRSM BESERI

ZON MRSM KUALA BERANG
TIMUR MRSM TUN ABDUL RAZAK
MRSM JELI
MRSM KUALA TERENGGANU

ZON MRSM GEMENCHEH
SELATAN MRSM SEMPORNA
MRSM TERENDAK
MRSM TUN GHAFAR BABA

ZON MRSM BENTONG
BARAT MRSM SUNGAI BESAR
MRSM BAGAN DATUK
MRSM SULTAN AZLAN SHAH

SENARAI JAWATANKUASA DAN AHLI JAWATANKUASA
KOLOKIUM HOMEROOM MRSM SE-MALAYSIA 2022

JAWATANKUASA JASMIN BIN ABD SHUKOR
BPM Timbalan Pengarah 1 (Kokurikulum)
Bahagian Pendidikan Menengah

JAWATANKUASA YUSMAWARTI BINTI DAHRUMI
BPM Ketua Penolong Pengarah
Unit Bimbingan & Kaunseling
Bahagian Pendidikan Menengah

KETUA-KETUA JURI KETUA JURI ZON : UTARA
PERINGKAT ZON ROSLIZA BINTI UMOR

(MRSM PENGKALAN HULU)
KETUA JURI ZON : BARAT
NOOR ASMAA BT UBAIDILLAH

(MRSM BENTONG)

KETUA JURI ZON :TIMUR
HANEZA BINTI RAHMAN

(MRSM MERSING)
KETUA JURI ZON :SELATAN
KHAIRUL HAZWAN BIN ZARKASI

(MRSM BATU PAHAT)

JURI- JURI PERINGKAT PENYELARAS
ZON HOMEROOM SETIAP

MRSM


Click to View FlipBook Version