The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatimahzakaria19, 2022-03-30 23:35:37

MODUL HOMEROOM ORIENTASI

MODUL HOMEROOM ORIENTASI

MRSM Gerik

TEMA PENYESUAIAN FIZIKAL

TARIKH : 12 April 2022

MASA : 2.30 hingga 4.00 petang

AKTIVITI : WHO AM I?
SASARAN : Semua pelajar tingkatan 1 dan 4

MASA : 60 minit
ALAT / BAHAN : Kertas A4 dan pen

OBJEKTIF : 1) Kepentingan mengenali diri sendiri

2) Menghormati diri sendiri

KAEDAH PERLAKSANAAN :

1) Setiap pelajar dalam kumpulan homeroom diminta untuk menulis 3 perkataan yang
menggambarkan dirirnya (kekuatan diri).

2) Setiap pelajar akan berkongsi 3 perkara tersebut dalam kumpulan homeroom masing-
masing.

3) Fasilitator akan meminta setiap pelajar menceritakan situasi tertentu yang
menggambarkan kekuatan diri.

4) Setiap pelajar akan berpeluang menceritakan situasi masing-masing.

RUMUSAN :

1) Mampu mengeratkan hubungan silaturrahim dengan keluarga angkat baharu.
2) Perkara ini supaya pelajar rasa seperti mempunyai keluarga sendiri.
3) Aktiviti ini boleh membantu penasihat homeroom dan ahli homeroom saling

mengenali dengan lebih rapat.
4) Membantu pelajar dalam menyesuaikan diri bersama keluarga angkat yang baharu.

Modul Minggu Penyesuaian Diri Ting. 1 dan 4 tahun 2022

MRSM Gerik

TEMA INTERPERSONAL COMMUNICATION

TARIKH : 14 April 2022

MASA : 10.30 hingga 11.00 pagi

AKTIVITI : DO I KNOW YOU?
SASARAN : Semua pelajar tingkatan 1 dan 4

MASA : 60 minit
ALAT / BAHAN : Kertas A4 dan pen

OBJEKTIF : 1) Melatih tahap keupayaan individu agar dapat berinteraksi
dengan baik dan tenang.

2) Melahirkan individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

KAEDAH PERLAKSANAAN :

1) Pelajar berada dalam homeroom masing-masing.
2) Pelajar diberikan kertas A4 untuk melaksanakan aktiviti
3) Pelajar diberikan masa selama 15 minit untuk menemu ramah sekurang-kurangnya

tiga orang ahli homeroomnya yang lain (temu ramah maklumat diri seperti contoh:
nama, negeri asal, cita-cita, hobi dan pesanan).
4) Dapatan dari aktiviti tersebut dibentangkan dan peserta diminta menyuarakan
perasaan, pengalaman dan cabaran dalam melaksanakan aktiviti.
5) Penasihat homeroom memberi rumusan refleksi / refleksi di akhir aktiviti.

RUMUSAN :

1) Mengasah kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar.
2) Keyakinan diri penting dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

Aktiviti ini boleh membantu penasihat homeroom dan ahli homeroom saling
mengenali dengan lebih rapat.
3) Mengatasi rasa risau dan takut dalam melahirkan individu cekap komunikasi.

Modul Minggu Penyesuaian Diri Ting. 1 dan 4 tahun 2022

MRSM Gerik

TEMA NILAI DIRI DAN PERSAHABATAN

TARIKH / MASA : mengikut kesesuaian penasihat homeroom

AKTIVITI : SAHABAT

SASARAN : Semua pelajar tingkatan 1 dan 4
MASA : 60 minit

ALAT / BAHAN : Kertas A4 (digariskan di tengah-tengah menjadi dua kolum)
OBJEKTIF : 1) Menggalakkan pelajar untuk menghargai rakan

2) Memupuk nilai sahabat sejati di dalam diri pelajar

KAEDAH PERLAKSANAAN :

1) Pelajar diminta berkumpul dan pelajar bersedia dengan kertas A4 masing-masing.
2) Penasihat homeroom meminta pelajar menyenaraikan bilangan rakan baik yang

mereka miliki seterusnya meminta pelajar untuk menulis sebab pemilihan rakan baik
tersebut.
3) Penasihat meminta setiap pelajar berkongsi tentang rakan baik mereka dan sebab
mereka dipilih kemudiannya meminta pelajar menulis sedikit strategi untuk
mendapatkan sahabat baik sejak dari tingkatan satu.
4) Pelajar diminta untuk membentangkan strategi tersebut.
5) Penasihat homeroom akan memberi rumusan atau refleksi di akhir aktiviti ini
6) Menyatakan bahawa kita akan ada ramai kawan sebaya namun kita tidak mampu
untuk bersahabat secara baik dan rapat dengan semua. Oleh itu, kita hanya akan
mempunyai beberapa orang kawan baik yang menjadi sahabat disebabkan kita selesa
dengan mereka dan boleh bertolak-ansur dan berkongsi masalah.
7) Meminta beberapa pelajar yang dipilih secara rawak untuk berkongsi strategi mereka
mencari sahabat baik di MRSM. rumusan strategi diperlukan bagi memperluas lagi
jaringan sosial individu sahabat ialah individu penting dalam diri.

RUMUSAN :

1) Berkawan, bergaul dan bermesra memudahkan individu menyesuaikan diri dengan
persekitaran baharu

2) Strategi diperlukan bagi memperluas lagi jaringan social individu.
3) Sahabat ialah individu penting dalam diri setiap orang.

Modul Minggu Penyesuaian Diri Ting. 1 dan 4 tahun 2022


Click to View FlipBook Version