The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adielaariff, 2021-03-18 06:38:07

Majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah 2021

pelancaran Nilam

DIRASMIKAN OLEH
PN JUNALIS BINTI MAHMOD

GURU BESAR SK LEREH

TARIKH : 19 MAC 2021
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DI DALAM KELAS MASING-MASING

8.00 PAGI : UCAPAN GURU BESAR DAN PERASMIAN MAJLIS
PELANCARAN PROGRAM NILAM 2021.

: PERSEMBAHAN MURID
TAHAP 1 : BERCERITA ( BAHASA INGGERIS )
TAHAP 2 : BERCERITA ( BAHASA MELAYU)

: NYANYIAN LAGU NILAM ( DI DALAM KELAS )

Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang
dipraktikan sesebuah masyarakat untuk
menjadi masyarakat bertamadun. Peradaban
ini akan terus relevan dan berkembang jika
diasah dan diperturunkan kepada generasi
muda masyarakat kita. Pembentukan bangsa
atau masyarakat dapat dibina jika
mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas
yang penting bagi budaya ilmu ialah amalan
membaca. Membaca perlu disemai dan
dijadikan amalan setiap anggota masyarakat
agar dapat berkembang maju dalam pelbagai
bidang seperti pendidikan, ekonomi, dan
teknologi. Kecemerlangan bangsa dan negara
akan dapat dicapai jika masyarakatnya
membudayakan amalan membaca sebagai
rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan
pengalaman melalui pembacaan dijadikan
asas pembentukan modal insan yang
cemerlang bagi membentuk negara maju.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah
memperkenalkan Program NILAM di
peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah. Program NILAM adalah agenda
prima untuk menjadikan murid-murid sekolah
sebagai warga yang berilmu. Di samping
menjadikan membaca satu habit yang
berkesinambungan tanpa mengira peringkat
usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi
Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM
merupakan pengabungan atau adunan semua
aktiviti galakan membaca yang pernah
dijalankan di sekolah seluruh negara.
Program NILAM adalah penjenamaan semula
program membaca dengan memberi
pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk
menangani masalah yang menghalang
penyuburan tabiat membaca dalam kalangan
warga sekolah dan masyarakat Malaysia
amnya.

OBJEKTIF
PROGRAM

NILAM

1. Melestarikan budaya pembacaan berkualiti, membantu
proses pencarian ilmu pengetahuan,membina kemahiran,
penguasaan literasi maklumat dan digital sepanjang hayat.

2. Menyediakan murid Malaysia untuk menjawab soalan
yang menguji pemikiran aras tinggi (KBAT)yang menguji
keupayaan menaakul,membuat refleksi, dan menilai
melalui aktiviti pengayaan.

3. Mengalakkan penlibatan semua warga sekolah dalam
pelaksanaan program dan aktiviti membaca merentasi
kurikulum.

4. Mengalakkan penglibatan masyarakat/komuniti
setempat/pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan.

PENGIKTIRAFAN
NILAM



SENIKATA LAGU NILAM

Membaca dan belajar amalan hidup
mulia
Jadikan panduan wawasan anda
NILAM program membaca
memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita
Bina tabiat membaca matlamat
NILAM kita
Ganjaran diberi tidak terhingga
Jadi rakan pembaca juga capai
jauhari
Pembaca yang bestari anugerah
diberi

NILAM, NILAM, anugerah NILAM
Menerangi jalan suram
NILAM, NILAM, anugerah NILAM

Idaman Pembaca Jaya
Membaca dan belajar amalan hidup
mulia
Bina tabiat membaca NILAM kita
Dunia indah sekali pasti berseri
Amalan membaca menjana minda
bestari

Pn Junalis Binti Mahmod ( Guru Besar SK LEREH )

Para Gpk ( Gpk 1, Hem, Kokurikulum, PPKI

Guru-guru, Murid-murid

Dan

Mereka yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan Majlis Perasmian
Pelancaran Nilam Peringkat Sekolah 2021


Click to View FlipBook Version