The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adielaariff, 2022-04-10 22:31:46

Pameran Bertema Ramadhan 2022

ramadan2022

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kita dipertemukan lagi
dengan bulan Ramadhan yang mulia. Tetamu Allah
SWT yang cuma datang stahun sekali. Ambillah
peluang Ramadhan yang tiba pada tahun ini, kerana
besar kemungkinan kita tidak akan menemuinya di
tahu n hadapan

Pengertian Puasa

Puasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan
maksud di sisi ahli feqah ialah meninggalkan diri
melkakukan perkara-perkara yang boleh
membatalkan puasa iaitu bermula daripada terbit
fajar hingga terbenamnnya matahari dan dissertai
dengan niat.

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

1. Saiyidus Syuhur ( Penghulu sekalian bulan )

Oleh kerana Ramadhan disebut di dalam Al-Quran
dan terlalu banyaknya keistimewan dan kelebihan
Ramadhan maka ia mendapat gelaran sebagai
Penghulu sekelian bulan. Di sana adanya ibadah
puasa selama sebulan penuh, Zakat fitrah, Solat
Tarawih, Lailatul Qadar, Nuzul al-Quran, Tadarus al-
Quran, Kelebihan sedekah, Qiamullail, Tazkirah,
Iktikaf dan lain-lain lagi

2. Syahrul Syiam - Bulan Puasa

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 183:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu
berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang
terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi
orang-orang yang bertaqwa"

Madrasah Ramadhan selama sebulan adalah untuk mencapai
sifat taqwa kepada Allah S.W.T. meninggalkan puasa
Ramadhan tanpa uzur syar'ei adalah berdosa dan menjadi kafir
apabila menafikan kewajibannya. Nabi s.a.w telah bersabda:

"Pegangan Islam dan dasar-dasarnya adalah tiga perkara,
sesiapa meninggalkan salah satu daripadanya maka ia adalah
kafir iaitu penyaksian keesaan Allah, mendirikan solat dan
puasa Ramadhan"(Hadis Riwayat Abu Ya'la dan al-Dailami)

"Sesiapa yang berbuka (tidak berpuasa) satu hari daripada
bulan Ramadhan dengan tiada uzur dan tiada sakit, nescaya
tiadalah dapat diqadha' puasanya oleh puasa sepanjang masa
walaupun dia melakukannya" (Hadis Riwayat Bukhari)

3. Syahrul Quran - Bulan Quran

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 185:

"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai
hidayah (petunjuk) kepada manusia dan keterangan-keterangan
tentang petunjuk dan pemisah antara yang hak dan yang bhatil"

Nabi s.a.w telah bersabda:

" Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada para hamba
pada Hari Kiamat. Puasa berkata: "Wahai Tuhanku aku telah
menhalangnya daripada makan dan minum serta mengikut
syahwat pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat
kepadanya". Al Quran berkata: " wahai Tuhanku, aku telah
menghalanginya daripada tidur pada malam hari, maka izinkan
aku member syafaat kepadanya, lalu diterimalah syafaat
keduanya"(Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Abi dunya, al-Tabrani dan
Hakim)

4. Syahrul Sabr - Bulan Kesabaran

Ibadah puasa dan ibadah sabar punya hubungan
yang erat. Allah menjanjikan ganjaran pahala
yang tidak terbatas kepada orang-orang yang
sabar di dalam Al-Qur'an,

5. Syahrul Rahmah - Bulan Kerahmatan

6. Syahrul Magfirah - Bulan Keampunan

7. Syahrul Najah - Bulan Kemenangan dan
bebas dari api
Neraka

8. Syahrul Jud - Bulan Murah hati

9. Syahrul Barakah - Bulan Keberkatan































PENGISIAN RAMADAN, antaranya...
1. Berpuasa pada siangnya dengan puasa yang sebenarnya.
2. Menghidupkan malam dengan amalan yang disyariatkan
termasuk Qiamullail
3. Meningkatkan amal ibadah (sunat) harian
4. Menunaikan solat Tarawih
5. Bertadarus al-Quran
6. Menunaikan zakat fitrah dan zakat yang lain
7. Memperbanyakkan sedekah
8. Memberi makanan kepada orang yang berpuasa
9. Bersahur
10. Bersederhana dalam berbelanja dan makan minum
11. Menjaga pancaindera dari melakukan maksiat
12.



Bulan Ramadhan adalah salah satu
rukun Islam. Setiap detik sepanjang
bulan Ramadhan adalah sebaik-baik
masa dan sebaik-baik hari di atas
muka bumi ini. Allah SWT telah
memberikan kelebihan yang banyak
kepada bulan Ramadhan berbanding
dengan bulan-bulan yang lain.















10 HARI FASA PERTAMA BULAN
RAMADHAN DISEBUT DENGAN MALAM
RAHMAT

10 HARI FASA KEDUA BULAN RAMADHAN
DISEBUT MALAM MAGHFIRAH/MALAM
KEAMPUNAN

10 HARI FASA KETIGA DALAM BULAN
RAMADHAN DISEBUT MALAM PEMBEBASAN
( DARIPADA API NERAKA)



















DISEDIAKAN OLEH
CIKGU ROZILAH
GPM SK LEREH


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Teknologi Immersif
Next Book
Frozen_Junior_Novel_-_Disney_Book_Group