The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izwahrazak, 2019-01-27 12:17:34

minit curai uppp bil 1(2019)

minit curai uppp bil 1(2019)

MINIT CURAI

MESYUARAT PENGURUSAN UNIT PENILAIAN, PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAMA GAGAH

Bil. Mesyuarat : 1/ 2019
Tarikh : 24 Januari 2019 / Khamis
Masa : 2.42 PM
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Sama Gagah

Hadir

1. Penolong Kanan Pentadbiran - Pengerusi

(Zuhriyah bt Abdul Rahman)

2. Penyelaras Peperiksaan

(Shamilah bt Haris)

3. Setiausaha Peperiksaan SPM - Setiausaha

(Nur Izwah bt Razak)

4. Penolong Setiausaha Peperiksaan SPM

(Siti Hazwani Nur bt Zakaria)

5. Setiausaha PT3

(Nur Shafiqa bt Mohd Ali)

6. Penolong Setiausaha PT3

(Muhammad Ikram b Mustafa)

7. Setiausaha Peperiksaan Dalaman

(Saai Bua a/p Ebau)

8. Penolong Setiausaha Peperiksaan Dalaman

(Lim Seow Yen)

9. Setiausaha PBS

(Noratika bt Saad)

10. Penolong Setiausaha PBS

(Siti Nadia bt Mat Zainal)

Turut Hadir
Nazidawatie

Agenda
1. Perutusan pengerusi
2. Pembentangan laporan dan isu dari

2.1. Bahagian Peperiksaan Dalaman
2.2. Bahagian PT3
2.3. Bahagian Peperiksaan SPM
2.4. Bahagian PBS
3. Hal-hal lain
4. Penutup

1

BIL. PERKARA / ISU TINDAKAN
1. Perutusan Pengerusi.

Pengerusi memaklumkan jawatankuasa baru dalam UPPP, iaitu: Makluman

1.1 Pn. Nur Izwah sebagai Penyelaras UPPP.

1.2 Pn. Lim Seow Yen digugurkan dari jawatan penolong setiausaha
peperiksaan dalaman dan digantikan dengan Pn Nazidawatie.

2. Pembentangan laporan dan isu dari

2.1 Unit Peperiksaan dalaman menetapkan :

2.1.1 Nilai markah pelajar yang tidak hadir atau tidak menjawab: Guru Mata Pelajaran
2.1.2 Guru Mata Pelajaran
i. Calon SPM / PT3 – 1 markah
ii. Ting. 1, 2 dan 4 – TH
iii. Calon hadir dan tidak menjawab – 1 markah (semua tingkatan)
Pelajar tidak hadir ujian / peperiksaan tidak dibenarkan menduduki
peperiksaan kecuali mewakili sekolah untuk mana-mana
pertandingan.

2.1.3 Pelajar tidak hadir tersebut masih boleh mengambil ujian namun
2.1.4 markah tidak akan diambil kira untuk dimasukkan didalam SAPS.
Hanya untuk mengetahui kebolehan atau aras pelajar.
Guru Mata Pelajaran
Bagi pelajar yang mewakili sekolah – dibenarkan menduduki S/U Pep. Dalaman
ujian/peperiksaan pada satu hari yang akan ditetapkan sahaja.
Senarai nama pelajar berkenaan perlu diserahkan satu salinan
kepada UPPP. Sebagai tindakan awal kertas soalan yang akan
diduduki oleh pelajar berkenaan akan dikutip semula dan diserahkan
kepada UPPP.

2.1.5 Denda RM 1 dikenakan terhadap Calon PT3/SPM yang tidak
membawa kad pengenalan diri semasa peperiksaan percubaan
PT3/SPM. Perkara ini perlu dimaklumkan sebelum peperiksaan Guru Pengawas
bermula. Peperiksaan
Dalaman
2.1.6 Pelajar PT3 /SPM mesti berpakaian lengkap uniform sekolah semasa
2.1.7 menduduki peperiksaan. Pelajar yang mengingkari arahan akan Guru Mata Pelajaran
dirotan.
S/U Pep. Dalaman
Markah percubaan PT3 – wajib diisi mengikut tapak yang disediakan
oleh UPPP.

2.1.8 Ketetapan kelas semasa ujian / peperiksaan:

i. Tingkatan 5 – semua ujian/peperiksaan di dewan peperiksaan
ii. Tingkatan 3 – UP1 di kelas. Percubaan dan PT3 di dewan

peperiksaan
iii. Tingkatan 1, 2, dan 4 akan ditentukan mengikut keutamaan guru

kelas masing-masing dengan mengambil kira meja dan kesesuaian
kelas.
2.1.9 Pelan lokasi kelas semasa peperiksaan dan enrolmen terkini akan
ditampal di papan notis UPPP.

2

BIL. PERKARA / ISU TINDAKAN

2.1.10 Meningkatkan kualiti penyediaan kertas soalan mengikut ketetapan Guru Mata Pelajaran

berikut:

i. Font : Times New Roman S/U Pep. Dalaman

ii. Saiz font : 12
iii. Langkau : 1 – 1.5
iv. Kertas : A4
2.1.11 Muka depan kertas soalan akan diselaraskan dan akan diedarkan

sebelum UP1.

2.1.12 Soalan pertama akan bermula di muka surat kedua.

2.1.13 Tarikh Masuk markah dalam sistem SAPS akan dimasukkan dalam S/U Pep. Dalaman
nota kaki Jadual peperiksaan.

2.1.14 Pengawasan guru dalam dewan peperiksaan mesti mencukupi dan
teratur.

2.1.15 Pembalut bungkusan soalan akan diselaraskan. S/U Pep. Dalaman

2.1.16 Guru yang mengawas perlu mengisi maklumat di lembaran borang Pengawas Pep.

maklumat dan ditandatangani. Dalaman

2.1.17 Pelajar tidak dibenarkan mengambil kertas soalan.

2.2 PT3

2.2.1 Calon tidak hadir Ujian Mendengar, perlu dipastikan kehadiran. S/U PT3

2.2.2 Jika pelajar tidak menduduki PT3, bukti ketidakhadiran atau dibuang
sekolah perlu dimaklumkan/ dibuktikan.

2.2.3 Almari PT3 perlu dikemas dan teratur.

2.2.4 Pentaksir sekolah tidak perlu keluar ramai untuk menghadiri
mesyuarat pelarasan penskoran.Memadai seorang bagi setiap satu
mata pelajaran.

2.3 SPM Makluman
2.3.1 Headcount akan disediakan sebelum hari penetapan target.
2.3.2 Calon SPM 2019 hanya 60 orang.

2.4 PBD

2.4.1 Pn Noratika memaklumkan penjaminan kualiti 4P tidak bergerak. S/U PBS

2.4.2 Rekod transit tidak dapat ditunjukkan sebagai bukti. Oleh itu Guru Mata Pelajaran
diputuskan guru perlu mencatat di Buku Rekod Mengajar atau Fail
mengajar.

2.4.3 Pelaksanaan PBD di dalam kelas, guru perlu mencatat pbd dan tahap
2.4.4 pentaksiran. Guru perlu menyediakan rekod transit sebagai evidens
pelaksanaan PBD dan perlu dimasukkan di bahagian belakang Buku
Rekod Mengajar / Fail Mengajar.

Modul Offline – masih terdapat guru tidak mengisi. Keputusan satu
peringatan perlu sentiasa dibuat dari masa ke semasa. Modul Offline
juga boleh dibuat sebagai rekod transit.

3

BIL. PERKARA / ISU TINDAKAN
2.4.5 Semua guru perlu mengamaskini fail PBD masing-masing. Guru Mata Pelajaran
Makluman
2.4.6 Dapatan pemeriksaan JNJK, dimaklumkan bahawa :
i. PBD – guru tidak melaksanakan pentaksiran formatif. Pn. Nazidawatie
ii. Guru tidak merancang dan melakukan pentaksiran. Pn. Nur Izwah
iii. Guru tidak mengamalkan mencatat TP Ketua Panitia MP

3 Hal-hal Lain

3.1 Headcount perlu disediakan sebelum Hari Penetapan Target Pelajar
(23 Februari 2019).

3.2 Penyediaan headcount:
i. Pn. Nazidawatie – headcount PT3
ii. Pn. Nur Izwah – headcount SPM.
iii. Semua Ketua Panitia – headcount Tingkatan 1, 2 dan 4

4 Penutup

4.1 Tarikh mesyuarat akan datang akan dimaklumkan kemudian.

Tandatangan Pegawai Pelapor
........................................
(Nur Izwah binti Razak)

Tarikh laporan disediakan: 28 Januari 2019

4


Click to View FlipBook Version