MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 & MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2023 08 JUN 2024 | SABTU | 8:30 PAGI BALAI PUJANGGA, SMK DATO’ USMAN AWANG, JOHOR BAHRU, JOHOR SMK DATO’ USMAN AWANG ATO’ USMAN AWANG
1 SENARAI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN HALAMAN 1. KATA-KATA ALUAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 2 2. KATA-KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 3 3. JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2023 5 4. ATURCARA MAJLIS 9 5. NOTIS MESYUARAT AGUNG 10 6. AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 12 7. AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2024/2025 13 8. AGENDA MESYUARAT PIBG KALI KE-22 14 9. MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-22 15 10. LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2023/2024 20 11. PENYATA KEWANGAN PIBG SESI 2023/2024 22 12. ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2023 1. ANUGERAH PENINGKATAN PRESTASI SPM 2023 - GURU 2. ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2023 - MURID 26 29 13. PENGHARGAAN 30
2 Assalamualaikum w.b.t dan Salam Darul Takzim. Sebagai pembuka bicara saya pada hari ini, eloklah kiranya saya menzahirkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan kurnianya maka dapat kita sama-sama berkumpul untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Dato’ Usman Awang kali ke-23 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan pada hari ini. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada jawatankuasa pelaksana program yang bertungkus lumus untuk menjayakan program kita pada hari ini. Saya juga berbesar hati dengan kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa/penjaga yang hadir pada hari ini bagi menjayakan majlis pada hari ini. Kerjasama yang diberikan ini jelas menunjukkan rasa cakna anda semua terhadap kemenjadian dan kecemerlangan anak-anak SMK Dato’ Usman Awang. Hadirin sekalian, Saya selaku wakil daripada pihak sekolah ingin berkongi khabar gembira buat semua hadirin sekalian. Untuk pengetahuan hadirin, keputusan peperiksaan SPM 2023 SMK Dato’ Usman Awang yang telah diwara-warakan baru-baru ini menunjukkan peningkatan yang cukup membanggakan semua pihak. Peningkatan peratusan calon yang mendapat sijil pada peperiksaan SPM yang lepas menunjukkan peratusan tertinggi sepanjang lima tahun kebelakangan ini dengan pencapaian sebanyak 86.96% dengan GPS sebanyak 5.09 yang merupakan GPS terkecil untuk lima tahun kebelakangan ini. Hampir kebanyakkan mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi berbanding keputusan peperiksaan SPM yang lepas. Hadirin yang dikasihi sekalian, Kata-kata pujangga yang sering berlegar-legar di ruang lingkup kehidupan kita semua. “Hasil tidak akan pernah mengkhianati usaha” Kejayaan yang diperoleh dalam peperiksaan SPM yang lepas sememangnya bukan usaha daripada satu pihak sematamata. Penggabungjalinan usaha daripada pihak murid itu sendiri yang sentiasa cuba untuk meningkatkan diri ke arah yang lebih baik,pihak guru-guru yang tidak pernah pernah kenal erti jemu dalam berkongsi segala ilmu kepada anak-anak murid, pihak ibu bapa/penjaga yang sentiasa cakna dengan keperluan anak-anak serta pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang tidak henti memberikan sokongan dalam menjayakan pelbagai program yang dirangka oleh pihak sekolah menjadi asbab besar kepada kejayaan yang terukir pada hari ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kemenjadian dan kecemerlangan anak-anak Usman Awang terus bersinar. KATA-KATA ALUAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK DATO’ USMAN AWANG JOHOR BAHRU, JOHOR
3 Hadirin yang dirahmati Allah, Kita sedia maklum bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah sebuah organisasi yang cukup penting dan bermakna terhadap perkembangan dan kemajuan sesebuah sekolah. Pelbagai program sekolah yang telah dirangka dan sememangnya mendapat sekongan sepenuhnya daripada pihak PIBG SMK Dato’ Usman Awang antaranya Program Tongkat Waran dan Program Insentif khas yang melibatkan caloncalon SPM tahun 2023. Untuk pengetahuan hadirin, program ini diadakan pada cuti sekolah dan menjemput guru-guru yang berpengalaman dalam bidang masing-masing sebagai moderator buat calo-calon SPM ini. Program galakan seumpama ini menjadi antara asbab kepada kejayaan yang diraih pada hari ini. Saya berharap kerjasama yang lebih baik antara pohak sekolah dan pihak PIBG SMK Dato’ Usman Awang dapat dimaksimumkan pada masa akan datang agar dapat merealisasikan hasrat yang kita inginkan, iaitu meningkatkan kemenjadian dan kecemerlangan murid. Hadirin yang dimuliakan, Perubahan dalam sistem pendidikan negara juga menuntut pengorbanan daripada guru-guru. Para guru perlu sentiasa bersiap siaga dengan segala ilmu di dada agar aspirasi negara ini dapat direalisasikan. Dengan itu, saya mewakili pihak sekolah menyeru supaya ibu bapa memberikan kerjasama yang erat kepada pihak sekolah supaya kita sama-sama dapat berganding bahu dan sekali gus dapat menyuntik semangat belajar dalam diri anak-anak. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita mencapai kejayaan yang diharapkan. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk ibu bapa dan ahli komuniti bersatu dan menyokong satu matlamat, iaitu membantu murid berjaya secara holistik dan seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi. Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-anak di rumah tidak dapat dinafikan. Apabila ibu bapa dan komuniti terlibat sama, sekolah mendapat banyak manfaat antaranya pencapaian murid meningkat, kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan dan hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa menjadi lebih baik. Oleh itu, marilah kita bekerjasama dan berganding bahu membentuk anak-anak kita berjaya dan menjadi orang yang berguna kepada keluarga dan negara kita. Sebagai wakil pihak sekolah, saya akan sentiasa memastikan hala tuju sekolah ini selari dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melahirkan modal insan yang berwibawa dan berdaya saing di peringkat yang lebih tinggi. Bagi menjayakan hasrat ini, semua ibu bapa dan guru perlulah berganding bahu, bersatu hati dan seia sekata dalam usaha menggilap potensi anak didik kita sehingga berupaya mencipta kegemilangan dalam bidang pendidikan bak kata peribahasa seikat bagai sirih, serumpun bagai serai. Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah. Assalamualaikum w.b.t.
4 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di mana dengan limpah taufik-Nya dapat kita menghadiri Mesyuarat Tahunan PIBG Kali ke-23 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan pada hari ini. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya memastikan majlis ini berjalan dengan lancar. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar cemerlang SMKDUA yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi di dalam pembelajaran. Pencapaian keputusan SPM 2023 amat membanggakan. Hadirin yang dihormati, Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar, guru, dan ibu bapa atas usaha dan dedikasi yang telah membuahkan hasil yang cemerlang. Kejayaan yang dicapai dalam SPM tahun 2023 ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia adalah hasil daripada kerja keras, komitmen, dan kerjasama yang erat antara pihak sekolah, para guru, pelajar, dan ibu bapa. Saya ingin merakamkan setinggitinggi penghargaan kepada para guru yang telah bertungkus-lumus mendidik dan membimbing anak-anak kita. Tanpa usaha dan dedikasi mereka, kejayaan ini tidak mungkin tercapai. Saya juga ingin menekankan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik anakanak di rumah. Pendidikan bukanlah tanggungjawab guru semata-mata. Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik dan memberikan sokongan moral serta akademik kepada anakanak. Dengan adanya kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa, saya yakin kita dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga berakhlak mulia dan berbudi pekerti. Selain itu, saya ingin menyeru kepada semua ibu bapa agar turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG. Penyertaan tuan-tuan dan puan-puan amat penting dalam memastikan setiap program yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektifnya. Saya percaya dengan komitmen semua pihak, kita mampu membawa sekolah ini ke arah yang lebih gemilang. Hadirin sekalian, Pihak PIBG akan terus komited membantu SMKDUA dari segi idea dan kewangan dalam melaksanakan apa-apa jua program untuk membentuk kemajuan sahsiah anak-anak secara menyeluruh yang bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik malahan cemerlang dalam bidang sahsiah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Saya mendoakan agar warga SMKDUA akan terus gemilang mengorak langkah kehadapan dalam memajukan sekolah kita yang dikasihi ini. Usaha bersepadu dari gandingan ibubapa dan guru amat penting dan dan perlu dipertingkatkan lagi bagi tujuan memastikan SMKDUA mampu bersaing dan muncul sebagai sekolah yang cemerlang. Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, saya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Dato’ Usman Awang kali ke-23 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2023. Sekian, terima kasih dan Selamat Maju Jaya. KATA-KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SMK DATO’ USMAN AWANG JOHOR BAHRU, JOHOR
5 JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG & MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KALI KE-23 JAWATANKUASA JEMPUTAN DAN SAMBUTAN PENYELARAS: PUAN NG YIN YIN 1.1 JEMPUTAN Encik Mohd Shah Bin Arifin ▪ Menyediakan surat panggilan mesyuarat dan borang usul kepada AJK PIBG dan Ibu bapa/penjaga ▪ Memaklumkan PPD tentang pelaksanaan MAT kali ke-23 ▪ Menyerahkan satu salinan untuk difailkan 1.2 JEMPUTAN IBU BAPA & MERUMUS USUL / CADANGAN IBU BAPA Puan Norliana binti Rosli (K) Puan Nur Nadia binti Abd Samad Puan Raja Sharina binti Raja Abdul Rashid Guru Tingkatan ▪ Menyediakan surat makluman mesyuarat dan muat turun melalui telegram ▪ Menyediakan borang usul dalam bentuk Google Form ▪ Mengira jumlah kehadiran berdasarkan maklumbalas ibu bapa & memaklumkan kepada AJK Jamuan dan AJK buku program untuk anggaran penyediaan makanan dan buku program ▪ Memastikan usul ditaip kemas dan tersusun untuk diriso ▪ Menyerahkan usul kepada AJK buku program 1.3 SAMBUTAN / PANEL PEMILIH Semua Pentadbir Semua AJK Ibu Bapa PIBG Student Lead Board(SLB) / Pengawas ▪ Memantau setiap perjalanan majlis mengikut aturan protokol yang telah dirancang ▪ Menyambut kehadiran VIP ▪ Meraikan kedatangan ibu bapa 1.4 KAWALAN KESELAMATAN Encik Mohd Aminuddin bin Mohd. Ibrahim ▪ Mengatur anggota RELA untuk mengawal trafik 1.5 PENDAFTARAN DAN BUKU PELAWAT Cik Nurul Huda binti Abd Halim (K) Puan Maskadar binti Baha@Majidi Puan Jasley a/p Engketeramana Puan Bessek Zinatul Ashiqin binti Zakaria ▪ Menyediakan buku pendaftaran ibu bapa dan guru ▪ Merekodkan pendaftaran ▪ Mengedarkan buku program kepada ahli PIBG ▪ Menyerahkan rekod kehadiran ibu bapa dan guru kepada Setiausaha PIBG. AHLI JAWATANKUASA INDUK PENGERUSI EX-OFFICIO TIMBALAN PENGERUSI 1 TIMBALAN PENGERUSI 2 NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2 NAIB PENGERUSI 3 SETIAUSAHA BENDAHARI PENOLONG BENDAHARI : ENCIK HAIERAL BIN ABD RAZAK : - : ENCIK AHMAD ZAKI BIN ABD HAMID : PUAN NORSHAHIRAH BINTI IBRAHIM : PUAN TEOH WOOI HUNG : DATIN AZLINA BINTI SELAMAT : PUAN LIM GEAK SHIAN : ENCIK MOHD SHAH BIN ARIFIN : ENCIK MOHD AMINUDDIN BIN MOHD. IBRAHIM : PUAN NOOR AIN BINTI AZAMUDIN (YDP PIBG) (PENGETUA) (PK PENTADBIRAN) (NAIB YDP) (PK HEM) (PK KOKURIKULUM) (PK PETANG)
6 JAWATANKUASA PROGRAM DAN ATURCARA PENYELARAS: PUAN EZATUL FAZRIN BINTI AKMAN 2.1 BUKU PROGRAM Cik Norazah binti Mustapha(K) Cik Nur Syawatie binti Isa Puan Rafidah binti Samsudin Puan Noramiera binti Mohd Zawawi Puan Azreen Syazwani binti Mohd Azmi Puan Puteri Anisha binti Ashar Puan Shaifol Annuar bin Abd Ghani ▪ Mendapatkan maklumat daripada SU PIBG, Bendahari, penyedia teks ucapan, unit peperiksaan dan pihak lain yang berkaitan ▪ Menyediakan buku program untuk VVIP dan ibu bapa dan mengedarkannya pada hari berkenaan ▪ Menyediakan pamplet program kecemerlangan Unit Kurikulum, HEM dan Kokurikulum 2.2 BACAAN DOA Encik Abd Aziz bin Hussin ▪ Menyediakan teks doa dan memimpin bacaan doa semasa majlis berlangsung 2.3 PENGACARA MAJLIS Cik Nurul Syafiqah Aini binti Mohamad Asri (K) Encik Sharmarash a/l Mohanasundram ▪ Menyediakan teks pengacaraan ▪ Memastikan aturan penerima anugerah, persembahan mengikut giliran ▪ Menyerahkan majlis kepada YDP PIBG untuk memulakan Mesyuarat Agung PIBG ▪ Mengacarakan Majlis Derma Kilat 2.4 PENYEDIA TEKS UCAPAN PENGETUA, YDP, DAN PERASMI Cik Norhidayahwati binti Salim (K) Cik Nurul Farhana binti Salim ▪ Menyediakan teks ucapan Pengetua, YDP PIBG, dan perasmi majlis anugerah cemerlang (YB) ▪ Mencetak dan meletakkan teks ucapan tersebut mengikut turutan giliran berucap (rujuk tentatif majlis) 2.5 PENGURUS PENTAS DAN PERSEMBAHAN Cik Ong Ace Hong a/p Ong Long (K) Puan Nurul Aida binti Norhizan Puan Nurul Amalina bin Anawar Puan Wan Syahirah binti Ahmed Shakeri Cik Choo Zi Luan ▪ Mengenal pasti persembahan sebagai selingan sebelum Majlis Anugerah Cemerlang ▪ Memastikan persembahan, pakaian dan tingkahlaku peserta sesuai dan teratur ▪ Mengatur keluar masuk murid-murid yang mengambil bahagian dalam persembahan dan murid-murid yang mengambil anugerah ▪ Menyusun atur persembahan mengikut giliran 2.6 PENCATAT MINIT MESYUARAT AGUNG DAN KIRAAN UNDI Puan Norliyana Arina Binti M. Buhari (K) Puan Nannthini a/p Murugaiyah Puan Nur Fatin Amelyana Afiqah binti Ismail Puan Nurfarahana binti Zi Zaini ▪ Mencatat minit Mesyuarat Agung PIBG ketika mesyuarat berlangsung ▪ Membuat kiraan undi dalam pemilihan AJK PIBG ▪ Menyerahkan minit mesyuarat Agung PIBG yang telah siap bertaip dalam bentuk ‘soft copy’ kepada SU PIBG dalam tempoh seminggu selepas MAT
7 JAWATANKUASA TEKNIK, PERALATAN DAN SIARAYA PENYELARAS: ENCIK TUAN AMZI SHAH BIN TUAN ALIAS 3.1 P.A SISTEM Encik Nur Hasif Asyraf bin Zulazmi (K) Encik Mat Fahadi bin Mat Ali ▪ Menyediakan P.A System dan memastikan ia berfungsi dengan baik ▪ Menyediakan mikrofon secukupnya untuk mesyuarat agung ▪ 1 di meja mesyuarat ▪ 1 di tengah dewan 3.2 PERSEMBAHAN MULTIMEDIA Cik Nurul Fatanah binti Othman (K) Puan Nurazreen binti Mohd Tahir Puan Zakiahtyul Salamah binti Othman ▪ Memaparkan maklumat-maklumat penting sepanjang mesyuarat agung berlangsung menggunakan powerpoint ▪ Menyediakan persembahan powerpoint berkaitan infrastruktur sekolah dan aktiviti/program yang telah dijalankan 3.3 BANNER Encik Saffreezahar bin Sanusi ▪ Menyediakan banner untuk mesyuarat agung ▪ Menggantung banner ▪ Menurunkan banner setelah majlis selesai 3.4 DOKUMENTASI DAN FOTOGRAFI Puan Fazlynda binti Murad (K) Puan Izzati Syaira binti Hasnuddin ▪ Merakamkan peristiwa sepanjang majlis berlangsung ▪ Menyediakan laporan perjalanan majlis untuk diserahkan kepada Setiausaha PIBG 3.5 HIASAN PENTAS DAN DEWAN / BACKDROP Puan Siti Fadzilah binti Mohd Yusop (K) Puan Nurulhidayah binti Aziz Puan Norjanah binti Ghazali Puan Nur Aqila Binti Mat Hanin Puan Salsabila binti Muhammad Abu Bakar ▪ Mengemas dan menghias pentas dan dewan, tempat duduk VIP, meja hadiah, dan meja untuk Mesyuarat Agung PIBG ▪ Menyediakan backdrop pentas untuk mesyuarat agung 3.6 PERALATAN DAN PERABOT Encik Ahmad Naqib bin Md Norazni (K) Encik Aminuddin bin Mohd Ibrahim Encik Md Halid bin Garan Encik Mohd Shahrul Izzar bin Ghazali Encik Muhammad Anwar bin Abd Rahman Encik Choi Lai Seng Encik Punithan a/l Pannirchelvam ▪ Menyediakan meja untuk mesyuarat agung ▪ Menyediakan kerusi untuk guru, ibu bapa dan penerima anugerah (anggaran 200 orang tetamu termasuk guru dan ibu bapa) ▪ Menyediakan meja untuk makanan dan minuman ▪ Menyediakan papan putih dan pen marker untuk mesyuarat agung ▪ Memastikan semua peralatan dan perabot disimpan setelah tamat mesyuarat 3.7 KEBERSIHAN DAN MENGEMAS SEMULA DEWAN Encik Muhammad Aliff Aiman bin Affandi (K) Encik Muhammad Farhan Hazmi bin Mohd Nasir Encik Ariff Akmal bin Abdul Manan Encik Abdul Aziz bin Hussin Encik Luqman Al-Hakim bin Azhar Dr. Siva Sankar a/l Mahalingam ▪ Memastikan kebersihan dalam dan luar dewan ▪ Memastikan kebersihan sebelum dan selepas majlis ▪ Memastikan kebersihan semua laluan ke dewan ▪ Mengemas semula dewan selepas majlis selesai
8 JAWATANKUASA JAMUAN, SIJIL DAN CENDERAMATA PENYELARAS: PUAN NOR FARIZA BINTI HAMZAH 4.1 JAMUAN AJK PIBG Puan Che Aziah binti Che Abdullah (K) Puan Sarimah binti Musa Puan Suhana binti Arip ▪ Berbincang dengan pentadbir mengenai menu jamuan ▪ Menyediakan jamuan dan tempat jamuan AJK PIBG 4.2 JAMUAN GURU DAN IBU BAPA Puan Nor Hanim binti Kassim (K) Puan Nurzawani binti Abd. Razak Puan Norlita binti. Abdul Rani Puan Nor Izzalwati binti Abdullah ▪ Berbincang dengan pentadbir mengenai menu jamuan ▪ Menyediakan makanan dan minuman untuk ibu bapa dan guru ▪ Menghias meja untuk menghidang makanan dan minuman ▪ Menyediakan bakul sampah ▪ Mengemas tempat jamuan setelah selesai 4.3 DERMA KILAT Puan Zahratun Aini binti Mohd Tanggali (K) Puan Chiong Fung Ping Puan Jamuna Rajam a/p Agilan Puan Punitha Malar a/p Umarpatty ▪ Menyediakan tabung derma kilat ▪ Menyediakan cenderamata (jika perlu) ▪ Menyediakan pengawas (pengawas yang sama semasa menjadi petunjuk aras) untuk memastikan edaran tabung ▪ Mengira jumlah kutipan dan memaklumkan kepada pengerusi majlis semasa AGM untuk diumumkan kepada hadirin 4.4 PENGELOLA PENERIMA ANUGERAH Puan Raziatul Aisyah binti Shamsudin (K) Puan Faza farhana binti Mohd azmi Puan Norita Hasliza binti Ahmad Puan Mas Ayu binti Endut Puan Yeo Shze Sieng Puan Tan May Yang ▪ Mengenalpasti nama penerima anugerah cemerlang - Murid cemerlang SPM 2023 ▪ Menghubungi penerima anugerah ▪ Menyerahkan senarai nama kepada pengelola buku program, multimedia dan pengacara majlis ▪ Mengatur keluar masuk murid yang mengambil anugerah ▪ Menempah cenderamata untuk penerima anugerah 4.5 SIJIL Cik Nur Lieyana Syuhada binti Md. Nazri (K) Puan Nadhrahtul Nafis binti A. Rahman Puan Maizatulakmal binti Ibrahim ▪ Menyediakan sijil untuk penerima anugerah cemerlang ▪ Menyediakan sijil perhargaan utk AJK PIBG sesi 2023/2024 ▪ Sijil Peningkatan Prestasi SPM – panitia dan guru (Setiausaha Kurikulum) Catatan: 1.Sila serahkan resit perbelanjaan yang dibuat kepada bendahari untuk tuntutan. 2.Guru terlibat diminta menyerahkan nama@bilangan pelajar yang membantu kepada AJK Jamuan untuk penyediaan makanan Arahan Pentadbir: Diminta semua guru dikehendaki masuk semasa mesyuarat dijalankan dan menyokong usul yang dicadangkan oleh AJK PIBG. Disediakan Oleh: Disahkan Oleh: ........................................ …...................................... (MOHD SHAH BIN ARIFIN) (HAIERAL BIN ABD RAZAK) Setiausaha PIBG YDP PIBG SMK Dato` Usman Awang SMK Dato` Usman Awang
9 ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUNAN & MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KALI KE-23 ATUR CARA MAJLIS 8.30 Pagi : Pendaftaran 9.00 Pagi : Kata-kata pembukaan Pengacara majlis 9.10 Pagi : Bacaan Doa 9.15 Pagi : Ucapan Alu-aluan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SMKDUA 9.25 pagi : Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG 9.35 Pagi : Derma Kilat 9.45 Pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-23 (rujuk lampiran Agenda) 11.30 pagi : Majlis Anugerah Kecemerlangan i. Anugerah Peningkatan Prestasi SPM – GKMP, Panitia dan Guru ii. Anugerah Kecemerlangan SPM 2023 iii. Pemberian Sijil Penghargaan AJK PIBG sesi 2023/2024 01.00 tengah hari : Cabutan Bertuah 01.30 tengah hari : Ucapan Penutup oleh Pengacara Majlis / Negaraku
10 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23
11
12 AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK DATO’ USMAN AWANG SESI 2023/2024 JAWATAN NAMA EX-OFFICIO : PUAN KOH POH TAN YANG DIPERTUA (YDP) : ENCIK HAIERAL BIN ABD RAZAK NAIB YDP : PUAN NORSHAHIRAH BINTI IBRAHIM SETIAUSAHA : ENCIK MOHD SHAH BIN ARIFIN PENOLONG SETIAUSAHA : PUAN NUR FATIN AMELYANA AFIQAH BINTI ISMAIL BENDAHARI (IBU BAPA) : PUAN MOHANAMBAL A/P RETHINAM BENDAHARI (GURU) : ENCIK MOHAMAD AMINUDDIN BIN MOHD IBRAHIM PENCIK BENDAHARI : PUAN NOOR AIN BINTI AZAMUDDIN JURUAUDIT (WAKIL IBU BAPA) : ENCIK MOHD ZULHISHAM BIN MOHD NOH JURUAUDIT (WAKIL GURU) : PUAN CHIONG FUNG PING AJK GURU : PUAN FAZA FARHANA BINTI MOHD AZMI : PUAN NORITA HASLIZA BINTI AHMAD : CIK ONG ACE HONG : PUAN PUVANI A/P RAMASAMY AJK IBU BAPA : PUAN ROHANI BINTI KABEK : PUAN FAIZAH BINTI MAHFOZ : ENCIK ANDERIAN DENG : PUAN NORSHARILA BINTI JIMIN : ENCIK MICHAEL LOPEZ
13 AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK DATO’ USMAN AWANG SESI 2024/2025 JAWATAN NAMA YANG DIPERTUA (YDP) : NAIB YDP : SETIAUSAHA : PENOLONG SETIAUSAHA : BENDAHARI (IBU BAPA) : BENDAHARI (GURU) : PENCIK BENDAHARI : JURUAUDIT (WAKIL IBU BAPA) : JURUAUDIT (WAKIL GURU) : AJK GURU : : : : AJK IBU BAPA : : : : :
14 AGENDA MESYUARAT PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK DATO’ USMAN AWANG SESI 2023/2024 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SMKDUA KALI KE-23 ❖ Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-22 ❖ Membentang dan mengesahkan laporan PIBG bagi sesi 2023/2024 ❖ Membentang, menerima dan meluluskan Laporan Kewangan PIBG ❖ Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 ❖ Perlantikan Pengerusi sementara ❖ Perlantikan AJK PIBG 2024 ❖ Membentang dan membahaskan usul-usul daripada ibu bapa dan penjaga ❖ Mencadang dan menetapkan jumlah sumbangan PIBG tahun 2024 ❖ Hal-hal lain ❖ Ucapan Penangguhan
15 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 SMK DATO’ USMAN AWANG SESI 2023/2024 TARIKH : 10 JUN 2023 (SABTU) MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : BALAI PUJANGGA, SMK DATO’ USMAN AWANG KEHADIRAN : 151 Orang 1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa pengelola dan semua yang turut serta dalam mesyuarat PIBG kali ini. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih juga kepada semua semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa, tenaga, wang ringgit dan juga idea sepanjang tahun 2022. 1.3 Menyeru semua supaya terus komited dan lebih proaktif dalam member kerjasama dengan pihak sekolah supaya anak-anak SMKDUA lebih berilmu dan berakhlak, sekaligus dapat merealisasikan wawasan pendidikan negara untukmelahirkan pelajar yang holistik. 1.4 Pihak PIBG mengucapkan tahniah kepada semua guru dan anak murid SMK Dato Usman Awang kerana mendapat keputusan yang cemerlang pada SPM 2022. Tindakan: MAKLUMAN SEMUA AHLI PIBG 2.0 PERUTUSAN PENGETUA SMK DATO USMAN AWANG 2.1 Pengetua mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak atas komitmen menjayakan mesyurat Pibg kali ke 22. 2.2 Pengetua berterima kasih kepada PIBG SMKDUA atas kerjasama, sokongan padu, bantuan kewangan, tenaga dan nasihat yang dihulurkan selama ini. 2.3 Pengetua berharap kerjasama ini dapat diteruskan dan dipertingkat demi menyokong kemenjadian murid. Tindakan: MAKLUMAN SEMUA AHLI PIBG 3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG DAN PEMBENTANGAN AKTIVITI PIBG TAHUN 2022/2023 3.1 Dibentangkan oleh penolong setiausaha PIBG, Puan Fatin Amelyana Afiqah binti Ismail. 3.2 Minit mesyuarat dicadangkan untuk disahkan oleh Puan Ezatul Fazrin binti Akman dan disokong untuk disahkan oleh Puan Lim Bee Noi. 3.3 Pn. Fatin Amelyana Afiqah binti Ismail melaporkan laporan tahunan sesi 2022/2023.
16 3.4 Memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 21 telah diadakan pada 22 Mei 2022 secara bersemuka dan dihadiri seramai 137 orang. 3.5 Memaklumkan bahawa mesyuarat AJK PIBG telah diadakan sebanyak 3 kali secara bersemuka iaitu pada 26 Jun 2022, 2 Oktober 2022 dan 7 Mei 2023. 3.6 Memaklumkan bahawa komitmen yang diberikan AJK yang terlibat banyak membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti dan program yang telah dilaksanakan pada tahun 2022 sambil merujuk senarai program pada muka 17. 3.7 Berterima kasih atas komitmen tersebut dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan oleh ahli PIBG lantikan baru. 3.8 Laporan tahunan dicadangkan untuk disahkan oleh Puan Ezatul Fazrin binti Akman dan disokong untuk disahkan oleh Puan Lim Bee Noi. Tindakan: MAKLUMAN SEMUA AHLI PIBG 4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN 4.1 Laporan kewangan dibentangkan oleh bendahari Pibg, En. Aminuddin bin M. Ibrahim sambil meminta hadirin untuk merujuk keterangan perincian belanjawan pada mukasurat 20, 21 dan 22. 4.2 Bendahari menekankan bahawa laporan tersebut hanya merangkumi pergerakan kewangan sepanjang 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022 sahaja. PIBG sesi 2022/2023 bagaimanapun ada mengeluarkan belanja sepanjang Januari 2023 sehingga Jun 2023 tetapi ia akan direkodkan dalam laporan kewangan penghujung tahun 2023. 4.3 Bendahari memaklumkan bahawa kutipan dana kecemerlangan SPM sebanyak RM100 yang dikutip daripada ibu bapa pelajar SPM banyak membantu pihak sekolah dalam menjalankan program-program sekolah. 4.4 YDP menambah informasi bahawa sebahagian daripada baki akhir dana kecemerlangan SPM 2022 telah diguna pakai untuk membeli cenderahati untuk pelajar cemerlang SPM 2022. 4.5 Laporan kewangan telah dicadang untuk disahkan oleh Pn. Rohani binti Kabek dan disokong untuk disahkan oleh En. Umar bin Kooba. Tindakan: MAKLUMAN SEMUA AHLI PIBG 5.0 PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL 5.1 Terdapat beberapa usul yang diuatarakan oleh ibu bapa dan guru: 1. AJK PIBG (ibu bapa) menguruskan Mesyuarat Agung PIBG sesi hadapan Nama guru : Sharmarash Mohan (guru SMKDUA) YDP memberi maklum balas bahawa pihak AJK Ibu bapa ada menawarkan diri sebelum ini tetapi semua perkara telah disiapkan oleh pihak sekolah. YDP setuju untuk AJK ibu bapa lebih terlibat dalam persiapan mesyuarat agung pada sesi-sesi akan datang.
17 2. Permohonan memanjangkan masa rehat dan makanan terhad di kantin. Nama ibu bapa : Marina binti Ngaderi Nama anak : Nur Damia Nabila binti Abdullah (4 Nilam) Pengetua memberi maklum balas bahawa penambahan masa rehat walaupun selama 10 minit akan memberi kesan kepada waktu pulang pelajar, jadi ia tidak dapat dilaksanakan. Pengetua juga memaklumkan bahawa pihak kantin sedang dalam proses menambah pekerja untuk melancarkan urusan jual beli di kantin. Beliau memohon pihak sekolah dan kantin diberi lebih masa untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pengetua juga ambil maklum isu makanan kantin yang terhad dan menerangkan bahawa kantin mengalami masalah untuk menganggar jumlah makanan yang perlu disediakan setiap hari kerana kehadiran pelajar yang tidak menentu terutamanya pada hari Ahad dan Khamis. Pengetua dengan ini memohon ibu bapa untuk sama-sama memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah dan mengelak daripada mengambil cuti tambahan. 3. Kaedah PdP dipelbagai, lebihkan soal jawab Nama ibu bapa : Norshahirah binti Ibrahim Nama anak : Hana Humairah binti Mohd Faris (2 Hibiscus) Pengetua memaklumkan bahawa kaedah tersebut merupakan kaedah PAK21 yang memang ditekankan oleh KPM. Akibat kekangan sesi akademik yang pendek, kebanyakkan guru memilih untuk menghabiskan silibus secepat mungkin pada penggal 1 dan menggunakan penggal 2 dan 3 untuk ulangkaji dan teknik mejawab. Pengetua dengan itu memohon agar guru diberikan peluang untuk melaksanakan hal tersebut dengan lebih aktif pada penggal seterusnya. 4. Usul sumbangan PIBG bagi sesi 2023/2024 Bendahari menyatakan bahawa satu tinjauan pendapat telah dijalankan melalui telegram untuk menentukan jumlah sumbangan PIBG dan sumbangan kecemerlangan SPM. Hasil tinjauan mendapati majoriti ibu bapa/penjaga memilih RM70.00 bagi setiap satu keluarga dan RM100.00 untuk sumbangan kecemerlangan SPM. Cadangan ini disokong oleh Pn. Mas Ayu binti Endut dan Pn. Rohani binti Kabek. 5.2 Penolong setiausaha, Pn. Fatin Amelyana Afiqah binti Ismail memaklumkan terdapat 7 lagi usul yang tidak dapat dibacakan kerana orang yang memberikan usul tidak hadir. Pengetua mengingatkan hadirin untuk memastikan kehadiran jika mengemukakan sebarang usul. Tindakan: MAKLUMAN SEMUA AHLI PIBG
18 6.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2022/2023 6.1 YDP memaklumkan perletakan jawatan bagi semua AJK secara rasmi. 6.2 YDP merakamkan ucapan terima kasih selama menjadi YDP PIBG di SMKDUA. Tindakan: PIHAK SEKOLAH DAN AJK PIBG 7.0 PERLANTIKAN AJK PIBG SESI 2023/2024 7.1 Pengerusi sementara iaitu En. Tuan Amzi Shah bin Tuan Alias telah dilantik dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 7.2 Pengerusi meminta para hadirin member cadangan bagi perlantikan YDP yang baru serta AJK baru dalam kalangan ibu bapa. 7.3 Ir.Zulkifli bin A.Kahar mencadangkan Pn. Norshahirah binti Ibrahim sebagai pengerusi dan cadangan ini disokong oleh En. Umar bin Kooba. 7.4 En. Saffreezahar bin Sanusi mencadangkan En. Haieral bin Abd Razak dan cadangan ini telah disokong oleh Pn. Norshahirah binti Ibrahim. 7.5 Pn. Marina mencadangkan agar Ir. Zulkifli bin A.Kahar dilantik semula tetapi beliau menarik diri kerana anak beliau sudah menamatkan pengajian di SMK Dato’ Usman Awang. 7.6 En. Abdul Aziz bin Hussin mencadangkan cadangan ditutup dan cadangan ini disokong oleh Pn. Lim Bee Noi. 7.7 Hasil undian mendapati majoriti memilih En. Haieral bin Abd Razak sebagai Pengerusi dan Pn. Norshahirah binti Ibrahim sebagai Timbalan Pengerusi. 7.8 Untuk perlantikan 5 ahli jawatankuasa yang lain, Ir. Zulkifli bin A. Kahar mengingatkan agar perlantikan ajk yang baru melibatkan penglibatan semua kaum. 7.9 Berikut adalah senarai AJK PIBG sesi 2023/2024: Ex-Officio: Pn. Koh Poh Tan Yang Dipertua: En. Haieral bin Abd Razak Naib Yang Dipertua: Pn. Norshahirah binti Ibrahim Setiausaha: En. Mohd Shah bin Arifin Pen. Setiausaha: Pn. Nur Fatin Amelyana Afiqah binti Ismail Bendahari: En. Mohamad Aminuddin bin Mohd Ibrahim Pen. Bendahari: Pn. Noor Ain binti Azamudin Juruaudit (Wakil Ibu Bapa): En. Azman bin Sapari Juruaudit (Wakil Guru): Pn. Chiong Fung Ping Ahli Jawatankuasa Guru: Pn. Faza Farhana binti Mohd Azmi Pn. Norita Hasliza binti Ahmad Cik Ong Ace Hong Pn. Puvani a/p Ramasamy Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa: Pn. Norsharila binti Jimin En. Anderian Deng Pn. Faizah binti Mahfoz Pn. Rohani binti Kabek En. Mohd Zulhisham bin Mohd Noh Pn. Mohanambal a/p Rethinam Tindakan: MAKLUMAN SEMUA AHLI PIBG
19 8.0 HAL-HAL LAIN 8.1 Bendahari memaklumkan bahawa hasil kutipan tabung derma kilat yang dilancarkan pada awal mesyuarat adalah sebanyak RM1270.00. Bendahari berterima kasih kepada semua yang menyumbang. Tindakan: MAKLUMAN SEMUA AHLI PIBG 9.0 UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada para hadirin kerana menjayakan mesyuarat kali ini. YDP berharap semoga lebih ramai penglibatan ibu bapa dalam mesyuarat PIBG. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi untuk memberi laluan kepada majlis penyampaian anugerah kecemerlangan. Disediakan oleh: AJK pencatat minit mesyuarat dan ucapan serta kiraan undi: 1. Pn. Nurul Amalina binti Anawar (K) 2. Pn. Norliyana Arina binti Mohamad Buhari 3. Pn. Maizatul Habsah binti Ismail 4. Pn. Farahana binti Zi Zaini Disemak Oleh, Disahkan Oleh, ............................................ ................................................ (MOHD SHAH BIN ARIFIN) (HAIERAL BIN ABD RAZAK) Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG SMK Dato’ Usman Awang SMK Dato’ Usman Awang Sesi 2023/2024 Sesi 2023/2024
20 LAPORAN TAHUNAN PIBG SMK DATO’ USMAN AWANG SESI 2023/2024 AKTIVITI PERSATUAN Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKDUA bagi sesi 2023/2024 telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-22 pada 22 Jun 2023 dan telah telah memilih saf kepimpinan yang baharu yang diketuai Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan beberapa ahli jawatankuasa (AJK). Komitmen yang diberikan oleh AJK yang terlibat telah banyak membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti dan program yang telah dilaksanakan pada tahun 2023. Berikut adalah aktiviti-aktiviti PIBG yang telah dijalankan bagi sesi 2023/2024. Antaranya ialah : 1. Menjalankan mesyuarat-mesyuarat AJK PIBG sebanyak 4 kali secara bersemuka BIL BILANGAN MESYUARAT TARIKH MESYUARAT 1 Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama 02.07.2023 2 Mesyuarat AJK PIBG Kali kedua 23.09.2023 3 Mesyuarat AJK PIBG Kali ketiga 14.12.2023 4 Mesyuarat AJK PIBG Kali keempat 28.04.2024 2. Menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan pihak luar. Antaranya ialah: BIL NAMA PROGRAM TARIKH PELAKSANAAN 1 Hari Koperasi, Keusahawanan & Karnival 1M1S 27.09.2023 2 Bengkel Matematik Tambahan 10.10.2023 3 Bengkel Matematik SPM 12.10.2023 4 Program Kelas Tuisyen SPM 2023 Mengikut Jadual 5 Ceramah Maulidurrasul dan Solat Hajat Perdana 19.10.2023 6 Kem Pemantapan Sahsiah 24.10.2023 7 Pertandingan Syarahan Bahasa Tamil Prkt Kebangsaan 21.11.2023 8 Bengkel STAR Matematik Tambahan Murid Cemerlang 03.12.2023 9 Seminar Komuniti Majlis Bandaraya Iskandar Puteri 07.12.2023 10 Program Intensif dan Tongkat Warrant Tingkatan 5 Mengikut Jadual 11 Majlis Restu Ilmu Calon SPM 2023 07.01.2024 12 Projek Naik Taraf Perkakasan Komputer di Perpustakaan 30.01.2024 13 Program Lawatan Ke Parlimen Malaysia 04.03.2024 14 Gotong Royong Madani 04.03.2024 15 Program Kembali ke Sekolah sesi 2024 10.03.2024 16 Program Khatam al-Quran dan Iftar Jama’i 29.03.2024 17 Larian Layang 16.04.2024 18 Majlis Penetapan ETR SPM 2024 28.04.2024
21 19 Sambutan Minggu HEM 05.05.2024 20 Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Muda 12.05.2024 21 Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri 16.05.2024 22 Kejohanan Olahraga dan Balapan Tahunan 23.05.2024 3. Menguruskan kutipan sumbangan PIBG dan tabung kecemerlangan SPM. 4. Memohon dan mendapatkan sumbangan daripada pihak-pihak tertentu untuk pembangunan sekolah. Contohnya, sumbangan yang diterima daripada pihak KPM dan PPD serta pihak-pihak yang lain. 5. Menyalurkan sumbangan kewangan kepada program pembangunan sekolah dan kemajuan serta kebajikan pelajar (Rujuk Laporan Bendahari). SUMBER KEWANGAN PIBG Bagi sesi 2023/2024, pihak PIBG memperoleh sumbangan kewangan daripada kutipan RM70.00 bagi setiap keluarga. Terdapat hanya lebih kurang 55 peratus keluarga sahaja yang memberikan sumbangan tersebut untuk tahun 2023, menyebabkan sumber kewangan ini masih belum mencukupi untuk pembangunan sekolah secara menyeluruh. Maka pihak PIBG juga turut berusaha mendapatkan sumber kewangan melalui permohonan kepada pihakpihak tertentu. PENUTUP Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Dato’ Usman Awang bagi sesi 2023/2024 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam semua program sama ada yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau pihak PIBG sendiri. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada ibu bapa serta penjaga pelajar yang telah banyak memberi sumbangan sama ada dari segi kewangan, masa, dan tenaga demi kemajuan dan kecemerlangan para pelajar di SMK Dato’ Usman Awang. AJK PIBG bagi sesi 2023/2024 mengucapkan selamat memikul tanggungjawab dan menjalankan amanah kepada AJK PIBG baharu yang akan dilantik bagi sesi 2024/2025. Diharapkan AJK PIBG yang baharu dilantik dapat memberikan komitmen yang lebih baik dan berkesan bagi menjadikan SMK Dato’ Usman Awang sebagai sekolah yang cemerlang dalam semua bidang. Semoga usaha murni ini akan berkekalan demi kemajuan pelajar dan sekolah. Sekian, terima Kasih. Saya yang melaporkan, ........................................ (MOHD SHAH BIN ARIFIN) Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Dato’ Usman Awang, Johor Bahru Sesi 2023/2024
22
23
24
25
26 SENARAI PENERIMA ANUGERAH PENINGKATAN PRESTASI SPM 2023 1. ANUGERAH PENINGKATAN PRESTASI SPM 2023 BIL NAMA GURU NAMA BIDANG 1 NG YIN YIN BIDANG BAHASA 2 NOR FARIZA BINTI HAMZAH BIDANG SAINS DAN MATEMATIK 3 TUAN AMZI SHAH BIN TUAN ALIAS BIDANG SAINS KEMASYARAKATAN 4 EZATUL FAZRIN BINTI AKMAN BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL 2. ANUGERAH PENINGKATAN PRESTASI SPM 2023 1. PANITIA BAHASA MELAYU 1 KETUA PANITIA : SITI NORADINA BAIZURA BINTI ABU BAKAR 2 HAFININURFARAHAIN BT AHAD 3 ABDUL AZIZ BIN HUSSIN 4 NOOR HALIZAH BINTI SAMSUDDIN 5 RAZIATUL AISHAH BINTI SHAMSUDIN 6 NORHIDAYAHWATI BINTI SALIM 2. PANITIA BAHASA INGGERIS 1 KETUA PANITIA : JASLEY A/P ENGKETERAMANA 2 NG YIN YIN 3 PUNITHAVATHY A/P THANGARASU 4 SUHAILLA BINTI ABDUL JALIL 5 KAVITHA A/P MURUGASOO 3. PANITIA BAHASA CINA 1 KETUA PANITIA : LINA DANG 4. PANITIA BAHASA TAMIL 1 KETUA PANITIA : REKHAA A/P MANOHAN 5. PANITIA MATEMATIK 1 KETUA PANITIA : NOR IZZALWATI BINTI ABDULLAH 2 NOR HANIM BINTI KASSIM 3 CHE AZIAH BINTI CHE ABDULLAH 4 NOOR AIN BINTI AZAMUDIN
27 5 NURAZREEN BINTI MOHD TAHIR 6 TAN MAY YANG 7 NORAZAH BINTI MUSTAPHA 6. PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN 1 KETUA PANITIA : NAZARIYAH BINTI OTHMAN 2 NOR HANIM BINTI KASSIM 3 NORAZAH BINTI MUSTAPHA 7. PANITIA SEJARAH 1 KETUA PANITIA : SIVA SANKAR A/L R.MAHALINGAM 2 DING AN QI 3 YASOTHA A/P ARUMUGAM 4 SHARMARASH A/L MOHANASUNDRAN 5 ABDUL AZIZ BIN HUSSIN 8. PANITIA SAINS 1 KETUA PANITIA : NORLITA BINTI ABDUL RANI 2 SARIMAH BINTI MUSA 3 NOR FARIZA BINTI HAMZAH 4 RAFIDAH BINTI SAMSUDIN 5 SUHANA BINTI ARIP 9. PANITIA SAINS RUMAH TANGGA (SRT) 1 KETUA PANITIA : MAS AYU BINTI ENDUT 2 MD HALID BIN GARAN 10. PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL 1 KETUA PANITIA : FAZLYNDA BINTI MURAD 2 AMINATUN QIFTIAH BINTI AHMAD 11. PANITIA PENDIDIKAN MORAL 1 KETUA PANITIA : SHARMARASH A/L MOHANASUNDRAN 2 DING AN QI 3 NUR AMIERA BINTI MOHD ZAWAWI 4 MOHAMMAD FARHAN HAZMI BIN MD NASIR 5 ABDUL ARIFF AKMAL BIN ABDUL MANAN 12. PANITIA ASAS KELESTARIAN 1 KETUA PANITIA : EZATUL FAZRIN BINTI AKMAN 13. PANITIA BIOLOGI 1 KETUA PANITIA : RAFIDAH BINTI SAMSUDIN
28 2 NOR FARIZA BINTI HAMZAH 14. PANITIA EKONOMI 1 KETUA PANITIA : OOI AI YEN 15. PANITIA FIZIK 1 KETUA PANITIA : YEO SHZE SIENG 2 TAN MAY YANG 16. PANITIA GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL (GKT) 1 KETUA PANITIA : NURAZREEN BINTI MOHD TAHIR 17. PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN 1 KETUA PANITIA : SITI FADZILAH BINTI MOHD YUSOP 18. PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 1 KETUA PANITIA : NUR HAMIZAH BTE MUHANI 2 ZIKRA ZAHIRA BINTI ZAKARIA 3 NORLIYANA ARINA BINTI MOHAMAD BUHARI 19. PANITIA PERNIAGAAN 1 KETUA PANITIA : SYUHAINI BINTI BUANG 20. PANITIA KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF (KMK) 1 KETUA PANITIA : HAFININURFARAHAIN BINTI AHAD 2 NOOR HALIZAH BINTI SAMSUDIN 21. PANITIA KIMIA 1 KETUA PANITIA : SARIMAH BINTI MUSA 2 NORLITA BINTI ABDUL RANI
29 SENARAI NAMA ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2023 ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2023 BIL NAMA MURID KEPUTUSAN 1 OOI WEN JIE 10A 2 WONG JIAN ZONG 9A 1B 3 KWAH WEN YUAN 9A 1B 4 ESTHER 9A 1D 5 CHRISTINE LEE QIAN YEE 8A 1B 6 LAW AN XIAN 8A 1B 7 MUHAMMAD ZAKWAN BIN MOHAMAD SHAHIR 8A 1B 8 TEO HUI WEN 8A 2B 9 TARRSHINI A/P SUGUMARAN 7A 1B 10 FATHIAH FIRZANA BINTI MOHAMED ZAIN 7A 1B 11 NURUL SYAFIQAH ANDREANNA BINTI ISNIN 7A 1B 12 MUHAMMAD SYIMIR EMIR BIN MOHD HAPIDZ 7A 1C 13 CHEONG WENG YAN 7A 2B 14 UMESH A/L RAVIKUMAR 7A 2B 15 NURDURRA KHAYRA BINTI MOHD HELMI SYAH 7A 2B 16 NUR AMIRA RASYIDAH BINTI ADIKARIAZ 7A 1B 1C 17 SEE SHUN YU 7A 3B 18 THIA HUI PING 7A 2B 1C 19 ASMITHA A/P SARAVANAN 6A 2B 20 ASMITHA A/P PANDIAN 6A 2B 1E 21 MUHAMMAD AIDIL RAYYAN BIN MOHD JUSOH 6A 1B 2C 22 NUR HAZIEQAH DYANA BINTI RAHASHIMEE 6A 1B 2C 23 LAY QIAN YU 6A 2B 2C 24 LEE WAI SIANG 6A 3B 1C 25 CHAM KAI LE 6A 3B 1C 26 CHONG JIA HUI 6A 3B 1C 27 ONG JOEY 6A 3B 1C 28 CHAI JIA XUAN 6A 3B 1D
30 Pihak PIBG SMK Dato’ Usman Awang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada : BARISAN PENTADBIR SMK DATO’ USMAN AWANG AHLI JAWATANKUASA PIBG SMK DATO’ USMAN AWANG GURU-GURU SMK DATO’ USMAN AWANG YANG KOMITED PIHAK IBU BAPA / PENJAGA YANG HEBAT INDIVIDU DAN PERSEORANGAN di atas sumbangan ikhlas untuk wang, masa dan tenaga bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 ini. Terima kasih di atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan setiap aktiviti PIBG sepanjang tahun. Niat ke Acheh melihat pemandangan, Berjumpa dengan ikan lumba-lumba, Guru dan ibu bapa saling memerlukan, Agar anak-anak SMKDUA cemerlang dan berjaya! Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan, Usaha murid boleh memberi impak, Jika semua pihak saling memberi sokongan! PENGHARGAAN