KELAB TAEKWONDO BEKAS TENTERA (WTF) NEGERI PERAK
7 NOVEMBER 2020 | DEWAN DATO’ KY, SLIM RIVER
INAUGURATED BY
YB TUAN CHANG LIH KANG
MEMBER OF PARLIAMENT TANJUNG MALIM
SPONSOR BY
U CUUACCPAAPPAAANNN AAALLUULAAUNNA N
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah
SWT atas segala limpah kurnia dan inayahNya, saya diberi peluang
untuk berucap di Graduation Taekwondo Black Belt buat kali pertama.
Hari ini menandakan titik permulaan sebuah kejayaan dalam
kehidupan para graduan sebagai pemegang tali pinggang hitam
Taekwondo (WTF). Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan yang berjaya dan bukan
mudah untuk kita bertahan selama tiga atau empat tahun untuk
sampai ke tahap ini. Tahniah juga kepada para Jurulatih yang tidak
jemu dan putus asa untuk mengajar dan memberikan ilmu kepada para
graduan. Begitu juga kepada para ibu bapa yang memberikan sokongan
dan dorongan untuk menghantar anak-anak belajar seni pertahankan
diri dan memberikan semangat kepada anak-anak sehingga ke tahap
ini.
Konvokesyen ini merupakan wadah untuk memupuk budaya bersukan
dalam kalangan pelajar. Pendedahan ini perlu berterusan dan
dilaksanakan secara sistematik supaya impaknya nanti dapat dikecapi
seterusnya melahirkan para graduan sebagai atlet atau jurulatih yang
hebat suatu hari nanti.
Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada para
graduan dan gunakanlah segala ruang dan peluang yang ada untuk
mempertingkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta sahsiah diri
demi kecemerlangan yang diimpikan untuk masa akan datang.
Sekian terima kasih.
Dato’ Kassim Bin Yaakob DIMP
Penasihat Kelab Taekwondo Bekas Tentera (WTF)
Negeri Perak
UCAPAN ALUAN
Salam Sejahtera,
Saya merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada
pihak Kelab Taekwondo Bekas Tentera (WTF) Negeri Perak yang
menjemput saya untuk bersama-sama dalam majlis konvokesyen.
Tahniah dan syabas kepada penaja rasmi iaitu Dato’ Kassim Bin Yaakob
dan para Jurulatih kerana berjaya menjayakan majlis konvokesyen ini
dengan lancar.
Dengan berbekalkan sijil black belt taekwondo yang para pelajar
terima pada hari ini, serta iringan doa dan harapan daripada ibu bapa
dan jurulatih serta rakan-rakan, saya yakin para pelajar akan menjadi
insan yang cemerlang pada masa hadapan untuk melahirkan modal
insan yang mempunyai kebolahan, kekuatan dan kemahiran diri
sendiri.
Secara peribadi, saya menyokong sepenuhnya penganjuran majlis
graduasi dan majlis-majlis yang seumpamanya oleh pihak pengurusan
kelab taekwondo ini. Sesungguhnya penganjuran program seperti ini
merupakan suatu inisiatif yang baik untuk menyuntik semangat dan
keyakinan diri serta memotivasikan diri para pelajar.
Sebelum saya akhiri ucapan saya, saya mengucapkan tahniah kepada
semua graduan. Dengan ini, saya merasmikan Graduation Taekwondo
Black Belt buat pertama kalinya diadakan.
Sekian terima kasih,
YB Tuan Chang Lih Kang
Timbalan Presiden
Kelab Taekwondo Bekas Tentera (WTF)
Negeri Perak
SEJARAH KTBT
Kelab ini dikenali sebagai KELAB TAEKWONDO BEKAS TENTERA (WTF)
atau ringkasnya akan disebut sebagai KTBT (WTF). Kelab ini ditubuhkan
pada 19 Oktober 2012. dan telah berdaftar dengan Pesuruhanjaya Sukan
dan Taekwondo Malaysia. Kelab ini diiktiraf sebagai Primer Kelab pada
19 Oktober 2018. Seramai dua ribu (2000) orang pelajar yang telah
menyertai KTBT di seluruh Malaysia. KTBT telah bertapak di beberapa
negeri seperti :
KTBT Negeri Perlis
KTBT Negeri Kedah
KTBT Negeri Perak
KTBT Negeri Selangor
KTBT Wilayah Persekutuan
KTBT Negeri Sembilan
KTBT Negeri Melaka
KTBT Negeri Johor
KTBT Negeri Sabah
KTBT Negeri Sarawak
JURULATIH KTBT NEGERI PERAK
KETUA JURULATIH NEGERI PERAK
MASTER ZAINUDIN 4TH DAN
PENOLONG KETUA JURULATIH NEGERI PERAK
COACH SARAH 3RD DAN
JURULATIH NEGERI PERAK
COACH CHU 2ND DAN
COACH JAFRI 2ND DAN
COACH MASITAH 2ND DAN
COACH ANITA 2ND DAN
COACH HAJAR 2ND DAN
COACH ADIB 2ND DAN
COACH ZAIRI 1TH DAN
UTCENATAPTAIFN PRAOGLRUAAMN
MASA AKTIVITI
8.00mlm Pendaftaran Pelajar & Ketibaan Ibu Bapa
8.30mlm Ketibaan Para Tetamu VIP
8.35mlm Lagu Negaraku
Lagu Negeri Perak
Bacaan Doa
Ikrar Ahli
8.50mlm Ucapan Aluan
Dato’ Kassim Bin Yaacob
Penasihat KTBT Negeri Perak
Ucapan Perasmian Graduation Taekwondo Black Belt KTBT
Negeri Perak
YB Tuan Chang Lih Kang
Timbalan Presiden KTBT Negeri Perak
Penyampaian Sijil Konvokesyen Taekwondo Black Belt KTBT
Negeri Perak
Penyampaian Cabutan Bertuah
10.00mlm Jamuan
Bersurai
UC A PGAANMBAALRUA N