USUL DAN CADANGAN IBU BAPA DAN PENJAGA MURID SK TEMENGGONG DATUK MUIP TAHUN 2023
1. YENNI BINTI JUNIDI (IKRAM NAZMIE BIN IBRAHIM ,4 DEDIKASI) “Cadangan saya... sekiranya buku teks anak2 di tinggalkan sedikit di kelas... hntar buku yg ada kerja sekolah yg perlu di bawa blik... untuk mengelakan anak2 membawa buku yg bnyak dalam beg. t. kasih” JAWAPAN: TIDAK DIBENARKAN. 2. IRA NIRVANA AK DADUM (ERWINN JAGALLANG AK RAYMOND BLIANG, 1 EFISIEN) “ Mengubah warna bilik darjah.“ JAWAPAN : BOLEH DENGAN SYARAT WARNA YANG CERAH. DALAM BILIK DARJAH DIBENARKAN TETAPI LUAR BILIK TIDAK DIBENARKAN
3. NOOR SHAZIEZEHAN (RAYYAN IRSYAD, 4 DEDIKASI) 1.“Kafa d buat hari Isnin, Selasa, Rabu. tidak d buat hari Khamis. Incase kelas tasmik d buat hari khamis. habis jam 1. kafa jam 1.45.kena jem 1 hal. anak makan tsedak sbb nak cpt. mandi xbasah. xberseh. bau telur2. “ JAWAPAN: JADUAL MEMANG TIDAK DAPAT DIUBAH . CADANGAN ADALAH MURID-MURID MENUKAR PAKAIAN DI SEKOLAH DAN TIDAK PERLU BALIK KE RUMAH. SILA HANTAR BEKALAN BAJU DAN MAKANAN PADA MASA SEBELUM MURID MASUK KE KELAS KAFA. RABU ADA PERJUMPAAN KOKURIKULUM. 2.“Tetapkan jam anak2 keluar. d jadual jam 12.50. tapi anak dah keluar jam 12.30. kesian anak2 tgu parents belum sampai. jangan bagi tahu sruh kami ambil awal. dah ambil awal. anak keluar lewat. dh ambil cun2 anak keluar awal. ada group whatsapp. boleh update d group whatsapp. skiranya cikgu benarkan murid kluar awal. “ JAWAPAN :
4. LESSIE ANAK JANIN (LESTNER BEMBANG ANAK RUDY,3 EFISIEN) “Sila ambil perhatian khusus pada waktu pagi pada jam mghantar anak. Banyak kereta dia akan mula bergerak perlahan sebelah kiri jalan sampai di hadapan gate sekolah akan berhenti. Kalau boleh bagi ruang kosong di hadapan gate untuk kereta yang cuma drop off saja . Untuk kereta yang menungu lama elakkan berhenti di hadapan gate. Boleh berhentikan kereta di depan stesen bas. “ JAWAPAN : JALAN RAYA DI HADAPAN SEKOLAH ADALAH BUKAN DI BAWAH KUASA PIHAK SEKOLAH, IANYA DI BAWAH POLIS TRAFIK. PIHAK SEKOLAH TIADA KUASA UNTUK MEYEDIAKAN RUANG KOSONG DI DEPAN GATE SEKOLAH.
5. DONNY ANAK RUMBOK (DYLAN SHANE TEMBAK, 5 ASPIRASI) “During school registration (2023/2024) on 18.03.2023, i observed that the partition between class 5A & 5B is sliding partition. From my observation, i think that the partition need to be replaced with concrete/cement. This is due to inconvenience for students. Second, is safety measure because the partition is shaking, maybe due to fitted there for many years. Hopefully, relevant authorities or School can take the necessary action and look into this matter. “ JAWAPAN : PENGUBAHAN SUAIAN SEKOLAH PERLU ADA KEBENARAN DAN KELULUSAN JPN.
6. SITI FATIMAH MAJID (ABDUL HAKIM BIN HASLAN, 3 FATANAH) “1. Menyediakan makanan dan air yang lebih berkhasiat untuk pelajar.” JAWAPAN : PIHAK KANTIN MENYEDIAKAN MAKANAN DAN MINUMAN MENGIKUT STANDARD MAKANAN KPM. “2.Pihak sekolah perlu menyediakan air bertapis yang mana pelajar boleh ambil ketika perlu terutamanya ketika musim panas atau ketika melakukan aktiviti sukan.” JAWAPAN : MAINTENANCE TERLALU TINGGI DAN MEMBAWA KESAN BAHAYA KEPADA MURID. “3. Buku kerja yang dibeli oleh pelajar dan buku aktiviti yang dibagi oleh pihak sekolah mesti digunakan sehingga habis .” JAWAPAN : CADANGAN DITERIMA.
7. AVING ANAK AJAT (FEDDEZUS MIGUEL,3 EFISIEN) “Mohon ibu/bapa/penjaga yang ada kemahiran melibatkan diri secara suka rela dalam KISB (kumpulan sokongan ibubapa)” JAWAPAN: PROGRAM KECERIAAN AKAN DIMAKLUMKAN DALAM MASA TERDEKAT DAN MOHON IBU BAPA BERBINCANG DALAM GROUP WHATAPP KELAS MASING-MASING. 8. FAIZUDDIN BIN HAMDIN (ADDAM EEZZ ADDIN BIN FAIZUDDIN ,4CEKAL) “Masa balik sekolah anak anak diselaraskan (sama waktu balik tiada beza tahap 1 atau tahap 2).” JAWAPAN : UNTUK MENGELAKKAN KESESAKAN.
9. NURFAZLIN ABDULLAH (MOHD. FAIZ BIN RAJIMAN,5 EFISIEN) “Pelbagaikan pilihan makanan dan minuman dikantin sekolah terutama semasa ada aktiviti kokurikulum atau kelas d waktu petang.” JAWAPAN : CADANGAN DITERIMA DAN TELAH DILAKSANAKAN. 10. SITI MASITAH BINTI RAMLI (MUHAMMAD SUFI SAIFULLAH BIN MUHAMMAD AMINULLAH, 5 EFISIEN “Minta security jgn tahan kereta dpn pagar sekolah utk bagi laluan budak ke sekolah.kereta langsung tak dpt bergerak dan lambat utk hantar anak ke sekolah lain.sakit kaki tgu kereta nak bergerak(saya pakai kereta manual). Biar ibu bapa yg hantar mereka ke seberang.” JAWAPAN : ATAS KESELAMATAN MURID.
11. SHAMSIAH BINTI MISBAHUDDIN (NUR ALEYSHA SYAFIERA BINTI ARDYAN,2 CEKAL) “Mohon pencerahan tentang pembelian buku latihan kerja sekolah murid adakah ia WAJIB atau TIDAK. Ini kerana timbul kekeliruan di kalangan ibubapa yang tidak berkemampuan. Apakah solution dari pihak sekolah ataupun pibg tentang perkara ini.?” JAWAPAN : TELAH DIMAKLUMKAN DALAM GROUP WHATAPP.
12. NURDINI ABDULLAH (JASMINE EZRA ABDULLAH, 2 CEKAL) “Melaksanakan program 3R Love Station di mana pengumpulan barang-barang preloved (pakaian yg masih elok tetapi jarang digunakan atau sudah tidak muat/barang sekolah yg tidak digunakan/buku² atau mainan) & dibuka kpd ibu bapa dr semua peringkat darjah utk grab based on first come first serve. Dengan kata lain,guru in charge atau ahli PIBG yg dilantik menjadi penyelia program ni perlu up gmbr barang preloved tersebut dlm group Telegram & jika ada ibu² yg merespond,maka barang tersebut hendaklah diserahkan kpd murid berkenaan. Sbg cth : Cikgu Dayang up gmbr baju kurung anak yg dah x muat dlm Telegram.Keadaan masih elok.Ibu bapa yg merespond pd gambar tersebut,hendaklah standby beg utk ambil barang tersebut.Barang tersebut boleh diserahkan kpd murid sama ada melalui guru kelas atau ibu bapa dtg tuntut ke sekolah & jumpa penyelaras.Konsep macam bundle tapi tanpa dikenakan sebarang bayaran terhadap barang² tersebut.Ibu bapa yg mahu menyumbang barangan pun amat digalakkan.Nama program ni boleh ditukar mengikut kesesuaian & budi bicara pihak sekolah.“ JAWAPAN : CADANGAN DITERIMA DAN AKAN DIBINCANGKAN UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA OLEH PIHAK PIBG.
13. RASHINAH BINTI ZAINI (NIA NATASYA BINTI JUMAT,4 CEKAL) “Menambah baik pulih peralatan sekolah seperti kerusi dan meja untuk keselesaan pelajar.” JAWAPAN : PROGRAM JIWA MURNI 14. STEPHEN AJENG WAN (EMMANUEL DYLAN BALAN ETHELBERT, 4 EFISIEN “Memandangkan semakin banyak kereta pakai jalan didepan Prasekolah sekarang saya cadangkan agar tanda2 keselamatan jalan dapat dibuat disana untuk keselamatan murid2 yang keluar masuk di sana.” JAWAPAN : AKAN DIAJUKAN KEPADA PIHAK MBM.
15. ANNALING LISU (DOVERSSON BALAN DAUD, 5 BESTARI) 1. "Saya cadangkan pembelian buku latihan & buku nilam boleh dibeli secara berasingan bukannya beli pakai set. Sebab masih banyak buku latihan yang belum habis dipakai di tahun sebelumnya, jadi ibu bapa hanya perlu beli buku latihan yg diperlukan sahaja. pihak sekolah hanya perlu maklumkan berapa buku latihan garis yg diperlukan bagi setiap subjek. Supaya ibu bapa boleh beli jumlah buku latihan yang secukupnya. Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran.” JAWAPAN : IKUT KEMAMPUAN 2. “Saya juga mahu cadangkan pembelian buku kerja di awal persekolahan boleh dibuat pembayaran kepada guru sekolah/kelas semasa pendaftaran murid, dan buku2 kerja,latihan & aktiviti boleh diagihkan terus kepada murid pada minggu pertama persekolahan atau bila bekalan buku telah sampai.sama seperti cara pengagihan buku teks kepada anak murid. Ini adalah untuk memudahkan urusan pembelian buku dan ibu bapa tidak perlu datang ke sekolah berkali kali, terutamanya ibu bapa yg bekerja & susah mendapat cuti. “ JAWAPAN : MULAI TAHUN DEPAN, PENJUALAN BUKU AKAN DIBUAT DI KEDAI BUKU.