MPU 23012
PENGAJIAN ISLAM
SESI 1 2021/2022
DBS2B
NAMA PENSYARAH: EN. HASMINUDDIN BIN HASHIM
AHLI KUMPULAN:
1. INTAN NUR IZZANY BINTI JAMALUDDIN
(02DBS21F1011)
2. NOR AMYLIA NATASHA BINTI AHMAD YUSNI
(02DBS21F1047)
3. NUR AMIZAH BINTI MOHD ALI
(02DBS21F1013)
4. FARAH ADZWEN BINTI ANUAR ZABIDI
(02DBS21F1033)
5. NURUL ATIRAH BINTI SHAMSUDDIN
(02DBS21F1029)
ISI
KANDUNGAN
KONSEP SAINS TEKNOLOGI DAN ICT
PERANAN ICT TERHADAP
PERKEMBANGAN DAKWAH
ISLAMIAH
KESAN & CABARAN DUNIA SIBER
DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK
MASYARAKAT
PANDANGAN ISLAM TERHADAP
PENGGUNAAN ICT
CARA MENGATASI
PENYALAHGUNAAN ICT
KONSEP SAINS, TEKNOLOGI DAN ICT:
Maksud Sains:
• Sains di ambil dari perkataan lnggeris dari perkataan "science"
• Sains juga berasal dari perkataan Latin iaitu "scientia" yang bermaksud
"pengetahuan".
• English Oxford Dictionary, sains ditakrifkan sebagai, "suatu cabang ilmu yang
mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau dengan fakta-fakta yang
ditinjau, dan disusun secara bersistem dan dihimpun dalam bentuk hukum-hukum.
Sains dalam Islam:
Sains Islam adalah ilmu pengetahuan tertentu , yang lahir dari gabungan unsur fizik dan
metafisik. Gabungan antara falfasah dan sains yang pada prinsipnya ia selaras dengan
ajaran-ajara n dan konsep-konsep dasar dalam Islam.
Maksud Teknologi:
• Teknologi merujuk kepada cara penyelesaian kepada masalah sebenar manusia
mela lui kemajuan dan penggunaan peralatan, bahan-bahan, maklumat
pemprosesan dan sebagainya. la lebih merujuk kepada penggunaan dan
pengetahuan peralatan dan kemahiran manusia.
Teknologi Dalam Islam:
• Islam hanya menerima bentuk teknologi yang boleh memberi manfaat seperti
kemudahan dan kemakmuran kepada ummah. Islam menolak teknologi yang
membawa kerosakan kepada minda dan fizikal.
Maksud ICT:
• Satu proses pengaliran, penyebaran pemprosesan dan penyimpanan maklumat
menggunakan perantaraan teknologi. la juga untuk memindah, menyebarkan dan
memaparkan maklumat
• ICT pula merujuk kepada penggunaan teknologi dalam mengurus, mengguna dan
memproses maklumat.
• Secara tepatnya ICT berkait dengan penggunaan komputer elektronik dan perisian
untuk memindah, menyimpan, memelihara, memproses dan memadankan
maklumat.
• Bagi masyarakat umum pula, ICT lebih difahami sebagai kemahiran memanfaatkan
dan menggunakan Internet untuk tujuan mencari, memindah, menyimpan dan
memadankan maklumat.
M UKA SEPU LUH I: :';_!"'-; ; ; --Pl! i!n ma t!!I Ciolong.11npendakwah pertu
mcningkatkan kemahiran
menguasai setJap bdang ilmu, '!!! ln1s.o1ttf 11)'.!rak keOadakwah
melalut tekno dale dan
sekad.lr tugas pendakwah d<ikwah sibef amat
iltaU ust.az yar1g tampd khuw!if1Ya laman sosial baha ru membantu dalam
di teleYisyen, r ado , masill'.f. hari mi la perlu befpera.nan penyampa ian mesej
§1.Jrau atau rned1<1 IT'lo»Sil" sebagai e;en dakwah'" dakwah semra berlcesan'"
P R . O F -DR.. M O H . A . M A D FA.UZA.N N O O R . D I N Teknologi
maklumat ejen
baharu dakwah
Dakwah lslamiah Pada Masa Kini
• Jika dilihat perkembangan dakwah Islam dari dahulu sehingga kini,
ternyata bahawa para pendakwah dan umat Islam khususnya tidaklah
menggunakan sesuatu media tertentu , dan tidak pula mengehadkan
kepada hanya sesuatu media tertentu saja yang boleh digunakan dalam
menyampaikan dakwah lslamiah di seluruh dunia.
• Sejak dari dahulu lagi dakwah lslamiah telah disampaikan melalui lisan
dan tulisan yang disebarkan kepada individu dan kumpulan, secara
bersemuka atau menerusi penyebaran bahan-bahan tulisan dan
sebagainya, malah selari dengan perkembangan zaman yang dilaluinya
, dakwah islamiah turut disebarkan menerusi filem.
• Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menjalankan aktiviti dakwah
menggunakan teknologi terkini termasuklah penggunaan internet. Oleh
yang demikian, dalam perkembangan di alaf baru kini, teknologi
maklumat (ICT} telah menjadi medium terpenting dalam komunikasi.
• Laman web dan blog seumpama itu, mampu menyampaikan dan mengisikan
ruang ruang maklumat mengenai Islam. Para pendakwah mestilah
melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kemahiran
komputeran. Lebih-lebih lagi, kema hiran tersebut akan dapat dipertingkatkan
untuk menghalang dan menjawab segala fitnah, tohmahan dan tuduhan
penghinaan kepada agama Islam.
• Jika diteliti, penggunaan media elektronik terutama radio dan televisyen
sebagai media dakwah telah dipelopori dan dilaksanakan oleh kerajaan
sendiri. Program program yang disiarkan telah mendapat sambutan dan
penerimaan yang hangat menyeluruh dari kalangan penontonnya.
• Pakar-pakar psikologi Pendidikan berpendapat bahawa, pendengaran hanya
memberikan 70% sahaja kepada hasil penerimaan pengajaran. Berbanding
mereka yang menggunakan pendengaran dan penglihatan akan menghasilkan
100% penghasilannya. Di samping itu, penglihatan melalui pendekatan tayangan
LCD akan dapat merangsang mata dari mengantuk, membuka fikiran dari beku
dan memberikan fokus dari khayalan.
• UQBAH BIN NAFI KETIKA BELIAU SAMPAI DI PANTAI LAUTAN ATLANTIK
SELEPASMEMBUKA WILAYAH MAGHRIBI BELIAU BERKATA:
"YA ALLAH, JIKA AKU TAHU DI SEBALIK LAUTAN INI ADA DARATAN,
NESCAYA AKAN AKU SAMPAIKAN ISLAM KE SANA".
Rujukan:
https://penga jia nislam.pressbooks.com/chapter/sains-teknologi-da n-ict/
KESAN DUNIA SIBER DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK
MASYARAKAT
Laman-laman web sebegini juga menjadi tumpuan para penjenayah yang mahu
menjadi remaja sebagai mangsa mereka. Terdapat juga para remaja mungkin tidak
menyedari keperluan untuk menjaga maklumat peribadi mereka, ataupun gambar
gambar peribadi mereka daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak dikenali dan
sekaligus menjadi mangsa penjenayah-penjenayah dunia siber seperti terlibat
dalam dunia pornografi, pelacuran, seks bebas, penculikan dan pemerdagangan
manusia.
A) KESAHIHAN MAKLUMAT
Berpandukan kepada dalil Naqli iaitu ayat al-Quran Allah berfirman yang
bermaksud
"Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik(jahat) membawa
berita maka hendaklah
Kamu berwaspada(berhati-hati) aka n kebenarannya".[9]
Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah
mempercayai bahan yang diperolehi dari internet. Rujukan maklumat semata-
mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang
kebenaran fakta sesuatu maklumat.
lmpak kepada gejala ini maka merebaklah bermacam penyakit sosial akibat
ketagihan seks seperti perzinaan, pelacuran, penularan HIV/AIDS,
Homoseksual dan Lesbian, penyakit kelamin, curang dalam hubungan dan
melakukan seks sebelum kahwin di kalangan remaja. Menurut laporan akhbar
dan kajian oleh penyelidik Universiti Malaya pada tahun 2005 ramai remaja
sudah melakukan hubungan seks dalam menjalinkan perhubungan mereka.
Malahan ada yang merakamkan untuk simpanan peribadi dan disebar untuk
umum melalui internet dan telefon peribadi menggunakan teknologi 3G.
C} PERMASALAHAN REMAJA
Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan a lat komunikasi
mendorong mereka menghabiskan masa di cyber cafe ,internet cafe dan
telefon tangan. Program seperti chatting, permainan video, sms, mms, 3G
dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan dan ca baran tersendiri.
Kesannya ialah pembaziran masa kerana terlalu lama di cyber cafe, tidak ada
kawalan keluarga dan berkembangbiaknya masalah serta gejala sosial di
kalangan remaja. Hal ini menyebabkan kerajaan terpaksa bertindak mengawal
aktiviti kunjungan remaja ke pusat-pusat internet.
D} PERUBAHAN GAYA HIDUP DAN PENCEMARAN BAHASA
Perpatah Melayu ada menyebut:
"Ya ng Kurik ltu Kendi, Yang Merah ltu Saga"
"Ya ng Elok ltu Budi, Yang lndah ltu Bahasa"
Pengaruh ICT yang menular dalam kehidupan moden hari ini jelas telah
berjaya merubah paradigma sosiobudaya dan bahasa komunikasi.
Penjajahan budaya hidup Barat dalam aspek pakaian, makanan, minuman,
tingkahlaku, hiburan telah menukar jati diri manusia. Pakaian tradisonal
setiap kaum dan bangsa hanya menjadi pakaian rasmi acara atau perayaan.
la tidak lagi menjadi pakaian harian yang dibanggakan.
Makanan seperti kuih tradisional bertukar dengan makanan impot
dengan pelbagai jenama terkenal di dunia.
Bahasa sms dan chatting memerlukan tulisan yang ringkas dan
mudah. Kesannya terbawa sehingga banyak pihak menerima
pakai dalam komunikasi harian mereka terutama di kalangan anak
remaja. Misalnya perkataan Assalamualaikum sudah diringkaskan
dengan berbagai cara seperti Asm.,Akum, Aslam dan Salam mulai
tersebar penggunaannya. Perkataan ini jelas tidak tepat dari
susunan ejaan, kata kata dan maknanya sendiri. lanya jelas
merosakkan penggunaan istilah, perkataan dan bahasa itu sendiri.
CABARAN DUNIA SIBER DALAM PEMBENTUKKAN AKHLAK
MASYARAKAT
Pada perkembangan arus semasa, terdapat banyak
cabaran yang perlu ditempuhi oleh masyarakat mengenai
isu yang berkaitan dengan gejala sosial yang melibatkan
penggunaan siber.Terdapat banyak laman web yang
disertai oleh masyarakat terutamanya golongan remaja
seperti Facebook,Twitter dan Tiktok dapat mempengaruhi
akhlak masyarakat kita.
Antara cabaran-cabaran yang terdapat dalam dunia siber
adalah antaranya:
1.Kesahihan maklumat.
Terdapat banyak perkongsian maklumat palsu dilaman web dan
fitnah.Bertujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan
pihak lain serta mencari perhatian orang ramai dimedia
sosial.Masyarakat perlu memastikan maklumat yang tepat dan
benar kesahihannya sebelum berkongsi dilaman web
.Masyarakat juga perlu merujuk kepada sumber asal bagi
mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan .
Menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah
yang sangat besar. Hal ini kerana fitnah memberi kesan
terhadap maruah dan kedudukan seseorang serta keluarganya.
Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
Fitnah itu lebih merbahaya
dari membunuh"[12]
"
Fitnah di laman
sosial bercanggah
prinsip Islam
2.Pelayaran Web Negatif
Kewujudan laman web lucah dan chatroom yang membicarakan unsur-unsur
seksual yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja memberi kesan negatif dalam
perkembangan minda dan fizikal manusia.Ketagihan terhadap laman web
negatif menyebabkan merosakkan nilai keperibadian dan dorongan melakukan
jenayah seksualiti.Larangan agama Islam juga menuntut umat Islam untuk tidak
boleh menghampiri zina dan menjaga pandangan daripada melihat perkara
tidak baik bagi menghindari perbuatan tercela.Sebagaimana firman Allah dalam
al-Quran yang bermaksud
"Jangan kamu hampiri perbuatan Zina kerana ia adalah amalan yang sangat keji
'.[10]
3.Menjejaskan hubungan
Masyarakat pada masa kini sering menggunakan telefon pintar tanpa
mengira tempat walaupun di hari perayaan.lbubapa perlu mendidik anak
mereka agar tidak mengguna telefon semasa berkumpul bersama keluarga
bagi mengeratkan
silaturrahim. Ramai kanak-kanak sekarang mempunyai masalah bersosial
kerana sejak
kecil mereka diberikan telefon oleh ibubapa mereka.Hal ini dapat
menjatuhkan institusi sesebuah masyarakat kerana masyarakat sukar
mendapatkan bantuan akibat kurang menjalinkan komunikasi .
4.Mengamalkan sikap hedonisme
Remaja mudah terpengaruh dengan budaya barat melalui media sosial
menyebabkan mereka mengamalkan pergaulan bebas dan memakai
pakaian yang mendedahkan
aurat tanpa memikirkan agama.Media sosial sering menyiarkan
hiburan yang
memberi pengaruh tidak baik kepada masyarakat terutamanya kanak-
kanak.Hiburan tidak terkawal mampu merosakkan akidah umat islam.
PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENYALAHAN
PENGGUNAAN ICT
1.Melayari web pornografi menyebabkan peningkatan kes remaja
bawah umur dengan seks luar nikah, berlakunya kes
pembuangan bayi dan sebagainya.lbu bapa perlu memantau
kelakuan anak-anak semasa melayari internet dan memastikan
mereka tidak bergaul terlampau bebas sama ada dirumah
ataupun diluar.
2. Peningkatkan jenayah kerana data peribadi diseleweng oleh orang
yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan mereka sendiri.Banyak
laporan yang didedahkan tentang kes-kes kehilangan remaja mahupun
kanak-kanak disebabkan penggunaan ICT yang tidak dikawal ketat oleh
ibubapa. Pihak yang bertanggungjawab perlulah membuat 'website' yang
mempunyai keselamatan lebih ketat untuk tidak berlakunya data
peribadi terdedah.
3.Penipuan atas talian dari segi kewangan dan data peribadi akan turut
terdedah.Masyarakat perlu peka dengan membuat laporan kepada pihak
polis dan pihak berkuasa jika mendapat panggilan palsu dan jangan
kongsikan maklumat jika berasa ragu dan was-was.
CARA ATASI PENYALAHAN PENGGUNAAN ICT
1) PERANAN IBU BAPA
Peranan yang harus dimainkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-
anak memanfaatkan penggunaan teknologi seperti internet adalah
dengan mengehadkan masa mereka melayari internet. lbu bapa
mempunyai hak untuk mengawal rangkaian internet tersebut agar
anak-anak lebih menghargai waktu. lbu bapa perlu menerangkan
perkara ini kepada anak-anak agar tiada pertelingkahan akan berlaku
antara keluarga. Selain itu, ibu bapa juga mestilah memberi ajaran
agama yang cukup terhadap anak-anak
2)PERANAN PIHAK SEKOLAH
Pihak sekolah perlulah memainkan peranan dalam mengatasi
penyalahgunaan ict iaitu dengan sentiasa membuat pemantaun kepada
pelajar supaya mereka tidak terpengaruh dengan aktiviti-aktivi haram
yang boleh merosakkan kemulian diri serta akhlak mereka. Selain itu,
pihak sekolah perlu menyekat laman web yang boleh dilayari dengan
sentiasa membuat kata laluan terhadap setiap laman web sekolah
tersebut. Hal ini dapat mengelakkan pelajar daripada menggunakan
lama web sekolah sesuka hati atas unsur-unsur negatif.
3.PERANAN INDIVIDU
lndividu juga memainkan peranan yang penting untuk mengatasi
penyalahgunaan internet. Tanpa pertolongan diri sendiri, kita akan
sesat dan tiada arah tujuan. Oleh sebab itu, setiap individu perlulah
mendekatkan diri dengan pengajaran agama.
Apabila ilmu agama yang dipelajari semakin mendalam, ia dapat
menghindarkan diri kita daripada melakukan perbuatan yang buruk.
Sekiranya kita melakukan perbuatan buruk , kita akan berasa kekok
dan sangat berdosa kerana kita sudah mengetahui hukum agama.
lndividu juga perlulah menggunakan internet dengan rasional seperti
menggunakannya untuk mencari maklumat tentang hal-hal agama.
SEKIAN,
TERIMA KASIH