The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by M Alaun Naufal, 2022-06-26 10:28:25

E-FOLIO AGAMA

E-FOLIO AGAMA

MPU23052 – SAINS, TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN.

TUGASAN E-FOLIO.

TAJUK:
KEMUDHARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN

PENSYARAH:
PN. AISHAH MOHAMAD SAID

KUMPULAN 6

AHLI KUMPULAN:
1.MUHAMMAD ‘ALA’UN NAUFAL B SAIFULNIZAM – 15DKA21F1034

2.MUHAMAD AMIN BIN MOHD A.ROZI – 15DKA21F1052
3.MUHAMMAD SYAMIM BIN ZAHID – 15DKA21F1005

4.MUHAMMAD ALIFF EZANIE BIN AZIZ – 15DKA21F1008

PLATFORM: BLOG

1.0 PENDAHULUAN

Syariat Islam ialah penutup segala syariat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Syariat Islam
bersifat syumul, mudah serta sesuai diamalkan sepanjang masa dan di mana-mana sahaja.
Antara ciri-ciri kesyumulan Islam ialah mampu menyelesaikan pelbagai soalan yang timbul dan
dihadapi oleh manusia berdasarkan pelbagai pendekatan dan kaedah yang telah ditetapkan
oleh syarak. Salah satu pendekatan yang digunakan oleh ulama Islam dalam menyelesaikan
persoalan yang berlaku ialah kaedah Fiqh.

2.0 PENGERTIAN KAEDAH FIQH

Kaedah Fiqh Dalam Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Keadah Fiqh atau Fiqhiyyah merupakan
gabungan dua perkataan Arab iaitu Qawaid dan Fiqhiyyah. Dari sudut bahasa, pengertian
kaedah membawa maksud tapak,asas rumah dan prinsip. Fiqah pula membawa maksud suatu
kefahaman iaitu memahami sesuatu perkara dengan mendalam dan terperinci.

Apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan, maka kaedah Fiqh dapat diertikan sebagai suatu
koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi menentukan sesuatu isu atau masalah, seperti
dalam aspek ibadah,perkahwinan, perubatan, ekonomi dan sebagainya. Penentuan hukum-
hukum ini pula akan ditentukan berdasarkan kaedah atau formula tertentu.

DEFINISI KAEDAH FIQH (al-Qawa `i dul al-Fiqhiyyah)

Perkataan “Al-Qawa`id” adalah kata jamak “al-qa’idah”, yang bermaksud prinsip-prinsip.
Perkataan “fiqhiyyah” berasal dari perkataan “al-fiqh” yang bererti “Al-Fahmu” yang bermaksud
kefahaman. Al-Raghib al-Asfahaniy dalam al-Mufradat Fi Gharib al-Quran berpendapat
“kaedah” dari sudut pengertian bahasa bermaksud asas dan ia merupakan asas sesuatu dan
asalnya sama ada ianya berbentuk Hissi atau dapat dilihat oleh pancaindera seperti asas rumah
( ‫ ) قواعد البيت‬dan juga berbentuk maknawi atau tidak dapat dilihat seperti asas agama ( ‫قواعد‬
‫)الدين‬. Lantaran itu, ilmu yang berkaitan dengan kaedah fiqh merupakan perkara yang penting

dan utama dalam ilmu-ilmu Islam serta berada di kedudukan yang penting dalam fiqh Islam.

Menurut Mustafa al-Zarqa' ketika membahas tentang hukum kaedah fiqh menyebut meskipun

kaedah fiqh adalah prinsip-prinsip umum tetapi memainkan peranan yang penting dalam ilmu

fiqh. Kaedah ini telah berjaya menyelesaikan sebahagian besar hukum fiqh (ahkam) yang mana

tidak ada sumber hukum yang jelas di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Penguasaan ilmu ini

sangat penting kerana ianya signifikan dengan ilmu fiqh dan membantu ulama untuk

mengetahui secara terperinci berkaitan prinsip-prinsip syariah dan fiqh.

PERBAHASANNYA :

Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran
bagi mencapai kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama, nyawa,
keturunan, akal dan harta. Dalam hal ini, kaedah ini sebenarnya menjelaskan bahawa
tiap-tiap perkara yang boleh mendatangkan bahaya dan mudarat hendaklah dihapuskan.
Kaedah ini adalah bersumberkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari
dan Muslim yang bermaksud:

"(Islam itu) itu tidak boleh bahaya dan membahayakan".

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh membawa kepada kemudaratan
sama ada kepada diri, orang lain dan alam sekitar. Dalam masa yang sama, Islam
melarang tindak balas kepada sesuatu tindakan daripada pihak lain yang boleh
memberikan kemudaratan.

Ukuran kemudaratan dengan merujuk kepada kesan buruk menurut perspektif agama
di samping sistem piawaian berdasarkan norma masyarakat yang tidak bercanggah
dengan tujuan dan prinsip syariat. Contohnya, penetapan batasan aurat kepada lelaki
dan perempuan.

Kegagalan mematuhi etika ini akan mengundang kemudaratan kepada sistem nilai
manusia. Pelbagai fesyen pakaian merupakan suatu kemaslahatan kepada konsep
menghayati kecantikan dan keindahan. Namun begitu, fesyen pakaian yang boleh
memudaratkan pandangan, perasaan, akal dan hati walaupun masyarakat
mengiktirafkan fesyen tersebut, maka tetap dianggap haram dalam Islam.

4.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, agama Islam adalah agama yang mudah. Islam memudahkan perkara yang kita
anggap sebagai beban. Kaedah Fiqh yang keempat ini, kemudaratan mesti dihilangkan
membuktikan bahawa Islam membantu kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan
mudah. Islam menghalang kita melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan kemudaratan
kepada diri sendiri, orang lain dan alam sekitar. Kita hendaklah peka bahawa setiap apa yang
ada dimuka bumi ini hanyalah pinjaman semata-mata daripada Allah S.W.T . Kita sebagai
peminjam hendaklah memastikan bahawa kita menjaga apa yang kita pinjam daripada Allah
S.W.T .

5.0 RUJUKAN
https://www.slideshare.net/cikmelly/kaedah-fiqh
https://anyflip.com/juvmr/ucbr/basic
https://books.google.com.my/books?id=rOQ_EAAAQBAJ&pg=PT198&dq=kaedah+fiqh+kemuda
ratan+harus+dihilangkan&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwimpI2J-
bD4AhWU4jgGHdSaA1cQ6wF6BAgIEAU#v=onepage&q=kaedah%20fiqh%20kemudaratan%20h
arus%20dihilangkan&f=false
http://zeckry.net/2020/03/28/mengelakkan-memudaratan-dalam-kehidupan/
https://muhammadiyah.or.id/prinsip-dasar-fiqih-muamalah/


Click to View FlipBook Version