AKTIVITI-AKTIVITI KERJA SOSIAL PKUK1143 TUGASAN 3 WAN NUR INSYIRAH BINTI WAN FADLI PENSYARAH: PUAN AMINA BINTI VP HAMZAH
Pengenalan Aktiviti dijalankan di PDK Kerja sosial Kerja-kerja sosial di PDK Al Mawaddah Aktiviti kerja sosial yang sangat praktikal untuk meningkatkan kualiti hidup OKU Penilaian kerja sosial Rujukan Isi Kandungan
Penubuhan PDK Al Mawaddah ini telah dicetuskan oleh Mantan Panglima Medan Tentera Darat ke 14 pada penghujung tahun 2004. Penubuhan PDK ini bertujuan untuk memberi bantuan, bimbingan, mendidik dan melaksanakan program pemulihan kepada kanak-kanak kurang upaya atau Orang Kurang Upaya (OKU). Program PDK ini dilaksanakan mengikut ketetapan dan garis panduan yang telah diberikan oleh pihak JKMWPKL. Terdapat dua jenis pemulihan yang diberikan kepada pelatih iaitu PDK Pusat dan PDK rumah. Di PDK ini kebanyakan pelatih mempunyai masalah pembelajaran seperti autisme dan terdapat juga mereka yang mempunyai masalah dalam fizikal seperti palsi selebral PDK ini bukan berfokus kepada memberi pendidikan sahaja tetapi terdapat juga pelbagai kerja sosial yang dijalankan di PDK Al Mawaddah yang dapat memberi manfaat kepada OKU. Pengenalan
AKTIVITI DIJALANKAN DI PDK Penggunaan AAC Senamrobik Makan sambil mengenali kanakkanak OKU Memasukkan bola ke dalam bakul mengikut warna
Kerja sosial (International Federation of Social Workers, 2000) mendefinisikan kerja sosial sebagai satu profesion yang menggalakkan perubahan sosial, menyelesaikan masalah dalam konteks perhubungan serta memperkasa individu dalam mengecapi kesejahteraan hidup National Association of Social Workers (NASW) Amerika Syarikat (2017) menyatakan misi utama kerja sosial adalah untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dan memandu manusia dalam memenuhi keperluan mereka.
Kerja sosial di PDK Al Mawaddah Fisioterapi Dijalankan oleh Pegawai Pemulihan atau Jurupulih dari Klinik Kesihatan Cheras Memberikan latihan dan taklimat Dijalankan kepada pelatih bersama-sama ibu bapa atau penjaga Program kesihatan pergigian Diadakan oleh Klinik pergigian Cheras Baru Dianjurkan pada 7 Mac 2024 Pemeriksaan dan belajar cara memberus gigi dengan betul
Kerja sosial di PDK Al Mawaddah Lawatan sambil belajar ke Jelita Ostrich Farm dan kilang Yakult Sesampai ke Jelita Ostrich Farm peserta diberi penerangan sebelum masuk ke ladang oleh Mr Abraham pegurus ladang tersebut. Peserta memberi makan kepada binatang dalam ladang tersebut termasuk burung unta, kambing, arnab dan lembu. Merasai pengalaman naik ke atas telur burung unta dan tidak pecah. Program diteruskan ke Kilang Yakult. Penerangan telah diberikan oleh kakak Yakult sebelum peserta dibenarkan melawat sekitar kilang Yakult. Peserta juga diberi minuman kultur tersebut dan buku aktiviti secara percuma
Kerja sosial di PDK Al Mawaddah Sambutan Hari Lahir pelatih di Kidz Sport Dijalankan di Kidz Sport Dianjurkan pada 29 Februari 2024 Melibatkan seramai 28 orang pelatih dan wakil ibu bapa serta para petugas Semua pelatih diberi main di taman permainan dalaman Lawatan pegawai dietitian Melibatkan 10 orang pelatih bersama ibu bapa dan penjaga Berunding mengenai pemakanan pelatih yang lebih berat badan atau kurang berat badan Dilihat berdasarkan tumbesaran pelatih
Aktiviti kerja sosial yang sangat praktikal untuk meningkatkan kualiti hidup OKU Aktiviti kerja sosial yang sangat praktikal untuk meningkatkan kualiti hidup OKU ialah aktiviti atau perkhidmatan fisioterapi yang dijalankan oleh Pegawai Pemulihan atau Jurupulih dari Klinik Kesihatan Cheras. Perkhidmatan fisioterapi merupakan pendekatan komprehensif kepada penjagaan kesihatan yang dijalankan untuk membantu pesakit mengembali dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada tahap tinggi serta dapat difungsikan dengan sebaik mungkin ( Satibi, 2018) Terdapat latihan yang diberikan oleh Pegawai Jurupulih Fisioterapi yang dijalankan kepada pelatih. Ibu bapa yang akan mengendalikan anak-anak mereka dan dengan ini, ibu bapa dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan fisioterapi. Tambahan, ibu bapa juga boleh menjalankan fisioterapi ini dengan anak-anak mereka di rumah.
Penilaian aktiviti Fisioterapi Aktiviti fisioterapi amat penting dan bermanfaat kerana ia merupakan satu penjagaan kesihatan yang memberi rawatan kepada individu untuk menjaga serta memulihkan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh seseorang individu itu. Menurut (Miri et al., 2019) fisioterapi dapat membantu kanak-kanak untuk mengembangkan kemampuan motor halus untuk pelbagai fungsi dan motor kasar meliputi otot-otot besar supaya mereka tidak perlu bergantung kepada orang lain. Kemahiran motor halus penting kerana motor halus dapat membantu kanak-kanak untuk melakukan pelbagai aktiviti harian dan melalui proses pembelajaran dengan lebih mudah. Manakala kemahiran motor kasar penting untuk aktiviti harian kanakkanak OKU seperti berjalan dan penjagaan diri seperti memakai pakaian . Tanpa kemahiran motor kasar, kanak-kanak OKU senang tercedera kerana mereka kerap terjatuh terutamanya ketika bermain. Tambahan, kemahiran motor kasar juga dapat mempengaruhi stamina badan untuk melakukan aktiviti harian di PDK atau di tempat lain. Kemudian, aktiviti harian juga boleh terjejas seperti kanak-kanak OKU tidak dapat duduk lama di dalam kelas kerana mempunyai masalah kemahiran motor kasar. Meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar
Melalui fisioterapi juga, kemahiran sosial dapat dipertingkatkan kerana kanak-kanak OKU perlu berinteraksi dengan ibu bapa mereka dan juga Pegawai Jurupulih. Kemahiran sosial ini dapat membuatkan kanak-kanak OKU dapat berinteraksi di rumah, sekolah dan bersama masyarakat. Dengan ini, kanak-kanak OKU tidak akan diabaikan kerana mereka mampu menyatakan pendapat dan perasaan mereka. Meningkatkan kemahiran sosial Meningkatkan perkembangan dengan lebih cepat Fisioterapi yang dijalankan di PDK dapat membuatkan perkembangan OKU lebih pantas. Melalui fisioterapi, ibu bapa atau penjaga akan diberikan penerangan serta tunjuk ajar berkaitan senaman dan peralatan yang sesuai, cara mengangkat pesakit dan kepentingan senaman untuk di buat di rumah. Dengan ini, senaman atau terapi ini bukan sahaja dapat dilakukan di PDK, malah senaman ini juga dapat diteruskan di rumah oleh ibu bapa. Kesannya, perkembangan atau kemajuan OKU dapat dilihat dengan lebih pantas kerana terapi dilakukan secara konsisten.
Rujukan Miri, S., Syarmila, N. A., Huruf, D., Jonathan, M., Printing, Y., & Bakam, J. (2019). Seminar Penyelidikan dalam Pendidikan (SPdP 2019)“PENYELIDIKAN MENJANA KUALITI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN”. NASW. (2017). Code of Ethics. https://www.socialworkers.org/ . Persatuan Pekerja Sosial Malaysia (Malaysian Association of Social Worker). (2015). Definisi kerja sosial. masw.org.my Satibi, Z. (2018, July 22). Fisioterapi tingkat kesihatan. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/sihat/2018/07/360297/fisioterapitingkat-kesihatan
Thank You