LAPORAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU, KELANTAN.
Tajuk Projek: 2K Diri
Disediakan oleh: Wong Leh Yee
1. TAJUK INOVASI
Penggunaan “2K Diri” dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) subjek Pengurusan Diri.
2. PENGENALAN
Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang
lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan
idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan
kualiti dan produktiviti organisasi. Oleh itu, inovasi bahan bantu mengajar sangat penting
dalam membantu guru untuk memastikan objektif pengajaran berjaya dicapai. Dalam subjek
pengurusan diri khususnya, inovasi perlu diketengahkan agar murid dapat melalui proses
pengajaran dan pembelajaran dalam suasana pembelajaran yang pelbagai dan tidak hanya
terbatas dengan penggunaan buku teks. Lantaran itu, satu idea iaitu penghasilan “2K Diri”
telah diperoleh. “2K Diri” bukan sahaja dilihat dapat melengkapi kekurangan yang terdapat
dalam buku teks, malah ia turut memenuhi keperluan dan memudahkan guru dan murid.
3. LATAR BELAKANG / PERNYATAAN MASALAH
Terdapat pelbagai masalah atau isu dikesan apabila pemerhatian dilakukan. Murid
berkeprluan khas mempunyai daya tumuan yang rendah dan singkat. Masa yang
diperuntukkan Pdp menjadi terhad kepada pengawalan tingkah laku murid kerana mereka
mudah menunjukkan tingkah laku negative. Penggunaan kad-kad imbasan sudah menjadi
bosan kerana hanya melibatkan beberapa penggunaan deria sahaja. Oleh itu, tumpuan
mereka juga murdah teralih daripada terus berinteraksi dalam sesi pdp. Selain itu,
penggunaan bahan yang kurang menarik menyebabkan murid kurang menunjukkan minat
1
untuk mengikuti sesi pdp dan seterusnya mereka tidak mengenal alatan kebersihan diri.
Mereka juga tidak boleh membaca alatan kebersihan diri dengan menggunakan kad-kad
imbasan yang penuh dengan perkataan. Dengan menggunakan kad-kad imbasan, murid
kurang menunjukkan minat untuk mengikuti sesi pdp. Hal ini disebabkan oleh guru kurang
mempunyai kemahiran penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang
efisien.
4. OBJEKTIF @TUJUAN INOVASI
Antara objektif saya melakukan inovasi ini adalah sebagai alat bantu mengajar dalam
konsep alatan kebersihan diri. Inovasi yang ingin dilaksanakan membantu guru dari segi
pemudahcaraan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Selain itu, ianya bertujuan untuk
memberi peluang kesamarataan kepada murid berkeperluan khas untuk mempunyai
pendidikan bercorak teknologi kini yang boleh menjalankan proses pembelajaran di mana-
mana sahaja dengan tanpa batasan dan tidak terhad dalam bilik darjah sahaja. Melalui
penyerapan elemen peneguhan seperti kuiz digital di dalam pdp secara tidak langsung
dapat menarik perhatian murid untuk lebih menumpukan perhatian. Inovasi ini adalah lebih
berfokus kepada murid tahap 1 murid pendidikan khas.
5. KUMPULAN SASARAN
Murid Tahun 1 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang masih belum mengenal alatan
kebersihan diri.
6. KEPENTINGAN PROJEK INOVASI
Inovasi yang dijalankan adalah penting bagi memberikan nafas baru dalam pdp tradisional
yang mengintegrasikan elemen digital di dalam proses pengajaran guru dan pembelajaran
murid. Selain itu, inovasi ini dapat mengukuhkan pemahaman murid terhadap alatan
kebersihan diri. Aplikasi digital berbentuk pendidikan ini yang mempunyai video yang
menarik lebih efektif dalam membantu murid berkeperluan khas untuk belajar. Dengan itu,
mereka tidak mudah bosan dan boleh dijadikan aktiviti pengukuhan dalam pdp. Di samping
itu, inovasi ini memberikan peluang kepada guru untuk menekankan unsur TMK dalam
pembelajaran dan membuka idea guru untuk menajamkan lagi kemahiran TMK mereka.
Inovasi ini juga membolehkan pdp dijalankan di mana-mana sahaja dengan tanpa batasan
2
dan tidak terhad dalm bilik darjah sahaja. Inovasi ini juga menjimatkan kos. Hal ini kerana
tiada anggaran kos yang digunakan.
7. ELEMEN-ELEMEN INOVASI
2K Diri itu menggabungkan elemen penerangan dan pengukuhan di mana merupakan
langkah-langkah yang perlu ada dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk penerangan
saya menggunakan video yang dibuat menggunakan Powtoon manakala bagi pengukuhan
pula saya menyediakan kuiz menggunakan Appy Pie yang lebih mudah.
Video Kuiz
Penerangan
Pengenalan Diri
Gambar 1 Ilustrasi fungsi penggunaan Kebersihatan
8. ANGGARAN KOS
Tiada kos diperlukan untuk menggunakan Kebersihatan kerana perisian Appy Pie untuk
menjalankannya adalah percuma. Guru boleh menggunakan secara online di laman
sesawang https://www.appypie.com/. Guru boleh menggunakan komputer di makmal
komputer atau tablet jika ada dibekalkan oleh pihak sekolah.
3
9. PELAN PROJEK INOVASI
PERKARA Feb Feb Feb Feb Mac Mac Mac Mac
M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2
Skop Inovasi
Perbincangan
Analisis
Masalah
Pernyataan
Masalah
Tindakan
Lanjutan
Membeli
Bahan
Menyiapkan
Inovasi
Jadual 1 Pelan Projek Inovasi
10. CADANGAN PROMOSI
Terdapat 5 kaedah promosi yang digunakan iaitu melalui penggunaan Facebook, Youtube,
Whatapps, Wechat dan Instagram.
4
Gambar 2 Mempromosikan produk menggunakan Whatapps.
Gambar 3 Mempromosikan produk menggunakan Wechat
5
Gambar 4 Mempromosikan produk menggunakan Instagram
Gambar 5 Mempromosikan produk menggunakan Youtube
6
Gambar 6 Mempromosikan produk menggunakan Facebook
Gambar 7 Penggunaan memberikan komen-komen positif (Whatapps)
Gambar 8 Penggunaan memberikan komen-komen positif (Wechat)
7
Gambar 9 Penggunaan memberikan komen-komen positif (Youtube)
Gambar 10 Penggunaan memberikan komen-komen positif (Facebook)
8
Gambar 11 Murid sedang menonton video di Youtube.
11. KEBERHASILAN DAN IMPAK
Bagi menguji keberhasilan dan impak penggunaan “2K Diri”, saya telah membuat uji kaji di
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2. Saya
menjalankan uji kaji produk kepda murid-murid Pendidikan Khas Tahun 1. Sebelum menguji
inovasi di sekoalh tersebut, saya telah mempromosikan produk inovasi saya menggunakan
medium-medium social seperti Facebook, Youtube, Whatapps, Instagram dan Wechat. Hal
ini penting bagi mendapatkan maklum balas dan boleh melakukan penambahbaikan
berdasarkan komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna di aplikasi “2K Diri”.
12. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Dari segi cadangan penambahbaikan, berdasarkan kepada hasil maklum balas daripada
pengguna mereka meminta untuk memasukkan lembaran kerja dalam aplikasi tersebut.
Selain itu, saya perlu menambah permainan-permainan digital yang ringkas ke dalam
aplikasi supaya dapat menarik minat pengguna selain pengukuhan melalui kuiz sahaja. Jadi,
aplikasi ini akan menjadi lebih menarik dan boleh disebarkan supaya ramai pengguna
mengetahui kebolehgunaan 2K Diri.
13. PENUTUP
9
Terdapat pelbagai penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap aplikasi 2K Diri ini.
Inovasi lanjutan mampu meningkatkan lagi keberkesanan fungsi atau menukarkan fungsi
utama 2K Diri kea rah yang lebih baik. Penggunaan Appy Pie juga harus disebar luas agar
dapat membuka ramai pihak tentang kebaikan menggunakannya sebagai satu platform yang
mudah tetapi menarik.
10