SKTM TS25 (3.0)
STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)
PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH
SEMASA PELAN PEMULIHAN NEGARA
TAHUN 2021
JAWATANKUASA PELAKSANAAN PEMBUKAAN SEKOLAH
SEMASA PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)
Pengerusi: En. Kasniza Jumari bin Shamsir - Guru Besar
Timbalan Pengerusi:
Naib Pengerusi: Pn Azizah binti Ali - GPK Pentadbiran
En. Rosli bin Juhari @ Zahari - GPK Hal Ehwal Murid
Setiausaha: Pn Farina binti Mohd Yahya - GPK Kokurikulum
Quarter Master: En. Khairul Azmi bin Habidin - Guru B&K
JK Ujian Saringan:
En. Muhammad Afiq bin Ahmad
JK Bilik Isolasi:
JK Pergerakan Murid: Pn. Nik Nurfatia binti Tuan Yahya
Pn. Naiemah binti Sidek
JK Kelas: Pn. Nor Husniyah binti Mohd Yusoff
Pn. Nornadiatul Hadawiyah binti Othman KJBS2810
En. Mohd Jasni bin Daud
En. Haziq bin Sawa Ludin
Semua Ketua Aliran
JAWATANKUASA PELAKSANAAN PEMBUKAAN SEKOLAH
SEMASA PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)
JK Bilik-bilik Khas: En. Shahrul Hisyam bin Abdullah
En. Muhammad Faiq bin Abdullah
JK Prasekolah: Cik Rozlina bt Abd Razib
JK Kantin: Pn. Noraini binti Ishak
JK Info Covid-19:
JK Ujian Minda Sihat: Pn. Nik Noor Aziella binti Nik Mustafa
Pn. Saminah binti M.Ahamed Gani
En. Muhammad Hazim bin Miswan
Pn. Nur Izzati Akmal bin Nazrilazdin
En Khairul Azmi bin Habidin - Guru B&K
JK KPMperkasaKU: Cik Nur Aimi binti Alias
Semua Ketua Panitia
JK Jadual Waktu (Pindaan : En. Mohd Hafiz bin Ahmad Tamizi
JK PdP Secara Kendiri: Pn. Siti Mariah binti Mohd Muksin KJBS2810
PELAN LOKASI
Laluan masuk murid dan pergerakan
ke kelas
(Saringan suhu di pagar masuk)
Laluan masuk murid dan pergerakan KJBS2810
ke kelas
(Saringan suhu di pagar masuk)
KJBS2810
PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH KJBS2810
1. Pembukaan semula sekolah dalam PPN adalah tertakluk kepada ketetapan KPM
berdasarkan penilaian risiko, nasihat dan pandangan KKM dan MKN.
2. Kehadiran murid ke sekolah adalah pada kadar 50% daripada enrolmen keseluruhan.
3. Kapasiti murid setiap kelas dihadkan kepada 50% daripada jumlah murid dalam kelas
tersebut dan murid hadir secara penggiliran minggu.
4. Bagi Sekolah Kurang Murid (< 150) kehadiran murid adalah secara bersemuka tanpa
penggiliran berdasarkan kumpulan yang hadir mengikut fasa PPN.
5. Sekolah hendaklah sentiasa bersedia dari semasa ke semasa untuk beroperasi mengikut
Fasa yang ditetapkan oleh KPM.
SUMBER: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH 3.0 - KPM
…sambungan PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH
6. Sekiranya berlaku perubahan fasa, pengoperasian sekolah dan kehadiran murid ke sekolah hendaklah
mengikut ketetapan fasa baharu selepas 2 minggu daripada tarikh peralihan ke fasa tersebut berdasarkan
surat makluman yang akan dikeluarkan oleh JPN.
7. Pihak sekolah perlu bersedia dengan pelan komunikasi kepada ibu bapa/penjaga dan pihak-pihak lain yang
berkepentingan.
8. Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada murid bagi membolehkan mereka
merentas negeri atau daerah untuk hadir ke sekolah.
9. Ibu bapa/Penjaga dibenarkan untuk menghantar dan mengambil anak/anak jagaan di sekolah dengan
mematuhi waktu/masa hadir dan balik murid seperti yang ditetapkan oleh sekolah
10. Guru-guru mesti berada di stesen tempat bertugas dan boleh hadir bertugas pada bila-bila masa.
SUMBER: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH 3.0 - KPM KJBS2810
PENGURUSAN SEKOLAH KJBS2810
1. Kehadiran guru dan murid ke sekolah adalah seperti berikut:
i. kehadiran guru tertakluk pada arahan perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan KPM dari
semasa ke semasa; dan
ii. kehadiran murid adalah berdasarkan model pengoperasian sekolah yang ditetapkan
2. Pemeriksaan rekod perjalanan:
i. sekiranya terdapat murid, guru atau AKP yang mempunyai perjalanan luar negara, mereka hendaklah
mengemukakan rekod kesihatan seperti surat arahan kuarantin daripada KKM; dan
ii. murid, guru atau AKP yang tidak memenuhi syarat para (i) hendaklah diasingkan dan diuruskan
perjalanan mereka untuk balik ke rumah dengan kadar segera.
3. Semua jenis perhimpunan di sekolah tidak dibenarkan.
4. Aktiviti berkumpulan bagi tujuan PdP dibenarkan. Bilangan murid dan guru yang terlibat bergantung pada
kapasiti kawasan atau ruang di sekolah dengan mengambil kira penjarakan fizikal dan keselamatan
SUMBER: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH 3.0 - KPM
PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
PdP akan berlaku dalam dua kaedah iaitu PdP di sekolah dan PdP di
rumah. Pentadbir perlu menyediakan jadual PdP di sekolah dan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta menyemak
semula Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT).
SUMBER: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH 3.0 - KPM KJBS2810
PdPc KJBS2810
1. Ketua Panitia dan ahli mesti modularkan atau gabung jalin topik-topik serta memastikan
sukatan pelajaran dapat dihabiskan pada hujung tahun ini.
2. Penyediaan takwim terbaru mengikut kesesuaian.
3. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dibenarkan.
4. Sukatan pelajaran tidak boleh dikurangkan komponen dan masa pelaksanaan yang telah
ditetapkan sebelum ini.
5. Pentaksiran perlu sentiasa dijalankan.
6. Bilik-bilik khas juga boleh digunakan dan tekankan penjarakkan sosial.
7. Kelas tambahan tidak boleh dilaksanakan
8. Pelaksanaan ujian SEGAK hanya untuk murid kelas peperiksaan sahaja.
9. Aktiviti sukan dan kokurikulum bersemuka tidak dibenarkan apabila murid hadir untuk
PdP di sekolah
SUMBER: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH 3.0 - KPM
MURID HADIR KE SEKOLAH
1. Murid beratur berjalan mengikut arah yang ditunjukkan dan berhenti di stesen bacaan suhu di pintu
masuk pagar prasekolah dan pagar belakang.
2. Murid mesti memeriksa suhu badan di pagar sekolah..
3. Murid yang datang ke sekolah berjalan kaki dan menaiki basikal mestilah direhatkan sementara
sekiranya suhu mencapai dan melebihi 37.5 celcius dan mengambil bacaan suhu kedua.
4. Murid naik ke kelas melalui laluan yang telah ditanda.
5. Murid mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman.
6. Murid wajib memakai pelitup muka sepanjang tempoh mereka berada dalam kawasan sekolah.
Pemakaian pelitup muka berganda digalakkan.
** Guru yang mengandung, menghidap penyakit kronik dan mempunyai imun yang rendah tidak
digalakkan mengambil bacaan suhu murid.
KJBS2810
MURID DI DALAM KELAS
1. Meja dan kerusi di dalam kelas berjarak 1 meter dari individu ke individu.
2. Duduk di meja yang telah ditetapkan dan dilarang bertukar tempat, kekal di meja anda.
3. Berbual dalam jarak 1 meter dan jangan bersentuhan, mengamalkan penjarakkan sosial.
4. Dilarang berkongsi peralatan.
5. Murid dilarang keluar kelas tanpa kebenaran guru.
6. Sekiranya murid menunjukkan gejala di dalam kelas dan tidak sihat, guru waktu tersebut akan
membawa murid terus ke bilik isolasi dan guru kelas akan menghubungi ibu bapa.
7. Murid disarankan membawa kain atau tisu basah untuk mengelap meja masing-masing selepas makan
pada waktu rehat serta sebelum pulang.
KJBS2810
MURID PADA WAKTU REHAT
1. Murid mengamalkan penjarakan fizikal semasa mencuci tangan;
2. Murid makan di tempat duduk masing-masing;
3. Murid tidak dibenarkan berkongsi makanan dan peralatan makan minum seperti sudu dan
cawan; dan
4. Murid membersihkan meja masing-masing sebelum dan selepas makan.
SUMBER: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH 3.0 - KPM KJBS2810
MURID KE TANDAS
1. Tandas dihadkan masuk 2 orang sahaja pada satu masa.
2. Murid mesti mempunyai pas kebenaran keluar kelas.
3. Murid mesti beratur di luar tandas sekiranya 2 orang telah berada di dalamnya.
4. Murid mesti membasuh atau mencuci tangan sebelum keluar tandas.
KJBS2810
MURID PULANG
1. Sebelum pulang murid dikehendaki membersihkan meja dan kerusi masing-masing
dengan cecair pembasmi kuman.
2. Murid digalakkan membawa kain tuala kecil atau tisu basah sendiri.
3. Murid bergerak turun menggunakan laluan dan ikut tanda arah.
4. Apabila murid bergerak balik guru perlu memastikan penjarakan sosial sentiasa
diamalkan.
5. Penjarakan sosial mestilah dipatuhi dan mengikut arah anak panah yang telah
ditetapkan
6. Ibu bapa diminta mengambil anak-anak mereka pulang mengikut masa yang ditetapkan.
7. Murid dilarang bermain di dewan dan kawasan sekolah.
KJBS2810
BILIK ISOLASI KJBS2810
1. Murid yang telah berada di sekolah sekiranya suhu melebihi 37.5 celcius akan terus di bawa
ke bilik isolasi.
2. Guru kelas akan menghubungi ibu bapa.
3. Sekiranya didapati murid tidak sihat setelah suhu diambil di dalam kelas murid tersebut akan
ditempatkan di bilik isolasi sementara menunggu kedatangan ibu atau bapa.
4. Guru tidak dibenarkan membawa murid ke klinik hanya ibu bapa atau pihak ambulans sahaja
yang dibenarkan berbuat demikian.
5. Sekiranya ada murid dibawa atau berada di bilik isolasi guru bertugas perlu berada di sana
pada waktu tersebut.
6. Rekodkan butiran maklumat murid yang bergejala dan mereka yang memasuki bilik isolasi
dalam buku yang disediakan.
7. Maklumat nombor telefon pusat kesihatan daerah disediakan di bilik isolasi.
SURAU SEKOLAH
Pihak sekolah perlu memastikan perkara yang berikut disediakan:
1. Jadual bertugas surau;
2. Sabun/pensanitasi tangan di tempat yang bersesuaian;
3. Pelan laluan arah keluar dan masuk murid ke surau;
4. Tanda penjarakan satu (1) meter di pintu masuk dan keluar surau, semua
ruangan solat, tempat wuduk serta tandas; dan
5. Tandas/tempat wuduk perlu disanitasi secara berkala pada setiap hari.
SUMBER: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH 3.0 - KPM KJBS2810
TERIMA KASIH
JITU
Jaya Iltizam Tekun Usaha