DISEDIAKAN OLEH : ABDUL AIMAN BIN AZALEE
Perkahwinan adalah salah satu ibadah dan ia nya merupakan asas kepada kewujudan sesebuah keluarga, masyarakat dan seterusnya pembentukan negara. Selain itu, Perkahwinan adalah salah satu tuntutan agama yang meraikan fitrah semula jadi penciptaan manusia untuk hidup secara berpasangpasangan (Wan Ismail et al., 2018). Hidup-berpasangpasangan merupakan sunnatullah dalam semua jenis ciptaannya bukan sahaja bagi alam manusia bahkan dalam alam haiwan dan alam tumbuh-tumbuhan (Mahfodz Mohamed, 2021), sesuai dengan Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan) Kami dan mentauhidkan Kami.” (AdzDzaariyaat : 49) tambahan Firman Allah lagi yang bermaksud: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka atau pun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” (Yassin: 36). PROSUDER PERKAHWINAN DENGAN WARGANEGARA ASING BERAGAMA ISLAM
Setiap orang bebas memilih pasangannya sesuai keinginannya seperti Firman Allah SWT “Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat”. (Surah Al-Nisa’ , 4:3). Walaupun demikian, ia mesti betepatan dengan ketetapan kriteria yang telah digariskan oleh Islam (Siti Fatimah, 2021) sepertimana hadis berikut Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Seorang wanita dinikahi kerana empat (4) sebab: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu merebut yang empunya agama, itulah pilihan terbaik.” (HR Bukhari dan Muslim). Laporan ini membincangkan berkenaan prosedur perkahwinan dengan warganegara asing beragama Islam menurut perundangan dan syariat Islam. Secara dasarnya, urusan perkahwinan dengan warganegara asing melibatkan beberapa jabatan bagi mendapat pengesahan serta kelulusan seperti Jabatan Agama Negeri, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kedutaan Negara. Pelangsungan perkahwinan dengan warga asing memerlukan pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) dan beberapa dokumen tambahan diperlukan bagi melengkapkan segala keperluan senarai.
Dalam suatu petikan yang diambil daripada laman sesawang Mufti Wilayah menjelaskan bahawa sesuatu polisi pasti ada maslahah (kebaikan) padanya, maka wajib dituruti. َمْصَلَحِة ْل َتَصُّرُف ا ِإْلَماِم َعىَل الَّرِعَّيِة َمُنوٌط ِبا “Polisi dan tindakan pemerintah terhadap rakyatnya mestilah tertakluk kepada maslahah”. (Rujuk: al-Asybaah wa al-Nazhair li al-Suyuthi, hlm 121) Perkahwinan campur dengan warganegara asing sama ada Islam atau bukan Islam sudah menjadi kebiasaan. Namun terdapat garis panduan yang perlu dipatuhi agar mematuhi perundangan tanpa dikenakan sebarang penalti atau denda atas faktor-faktor tertentu. Bagi perkahwinan warganegara asing dengan warganegara Malaysia, pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan berkahwin selesai dilengkapkan dibawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Agama negeri masing-masing.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti dalam peruntukan undang-undang pernikahan dengan Warganegera asing seperti dalam Seksyen 24 Bahagian II (Akad nikah perkahwinan di Kedutaan Malaysia dsb., di luar negara) dan Seksyen 110 Bahagian VIII (Pengiktirafan perkahwinanperkahwinan yang dilakukan di Kedutaan-Kedutaan, dsb., di Negeri). Perlu diketahuai bahawa terdapat beberapa isu yang menghalang dan mempunyai kesulitan dalam meneruskan perkahwinan dengan warganegara asing , iaitu : i. Pemegang Visa Pelarian Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), seseorang pelarian yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri (yang sah) tidak dibenarkan berkahwin dengan warganegara Malaysia. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selaku pihak berkuasa agama juga memberikan jawapan yang sama kerana dokumen identiti pelarian yang tidak diiktiraf di negara ini (Malaysiakini, 2011).
i. Pemengang Pas Lawatan kerja Sementara PL(KS) Pekerja tidak dibenarkan berkahwin dengan warganagera Malaysia atau warganegara asing sepanjang memegang PL(KS) (Jabatan Imigresen) sehingga pemegang PL(KS) pulang ke negara asalnya untuk membatalkan visa tersebut. Hanya pemegang permit atau visa pelancong atau visa pelajar dibenarkan oleh peruntukan undangundang negara untuk membolehkan individu tersebut berkahwin dengan warganegara di Malaysia. Menurut daripada laman sesawang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) prosedur perkahwinan dengan warganegara asing berlangsung seperti perkahwinan sesama warganegara Malaysia namun terdapat beberapa dokumen tambahan diperlukan. Dalam konteks perbincangan situasi ini, sekiranya pihak lelaki merupakan waarganegara Malaysia beragama Islam berhasrat untuk berkahwin dengan warganegara asing beragama Islam maka tersebut merupakan keterangan lanjut tentang proses yang perlu dipatuhi.
Seseorang itu wajib mengahadiri kursus pra perkahwinan seperti yang dimaktubkan oleh perudangan syariah dibawah JAKIM pada tahun 1997 (JAKIM, 2016). Kursus pra perkahwinan bertujuan mendedahkan peserta yang lazimnya dalam kalangan bakal-bakal pengantin tentang persediaan awal perkahwinan. yang merangkumi pelbagai aspek iaitu fizikal (keperluan isi rumah, kewangan), psikologikal (keperluan rohani, seksual, saling menghormati), spiritual (nilai-nilai murni, keagamaan) serta tanggungjawab sebagai suami dan isteri Ia merupakan gandingan usaha dan kerjasama pelbagai pihak seperti terapis keluarga, pendidik keluarga,kaunselor dan agamawan; dimana mereka termasuk dalam golongan pendidik perkahwinan (Yusof, Mahmud, & Amat, 2014). Selain itu, pemohon tersebut perlu ke jabatan agama untuk mendapatkan Borang Kebenaran Kahwin dibawah Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) masingmasing atau boleh menguruskannya melalui dalam talian pada laman sesawang Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM)
merangkumi negeri-negeri berkenaan iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan, Johor, Selangor dan Terengganu, manakala bagi negeri-negeri lain mempunyai sistem persendirian contohnya bagi negeri Kelantan menggunakan sistem e-Qaryah. Borang yang dicetak perlu dihantar ke masjid mukim untuk mendapatkan tandatangan Pendaftra/Penolong Pendaftar Perkahwinan bersama dua orang saksi seperti yang termaktub dalam rukum nikah (Rujuk: Mughni alMuhtaj, 4/226) [1]. Kaedah Fiqh menjelasn “Kerosakan itu dihindari seboleh mungkin.” (Lihat al-Wajiz fi Idhah Qawa’id alFiqh al-Kulliyyah, hlm. 258). Maka Pemohon wajib menjalani prosedur ujian Human Immunodeficiency Virus (HIV) sesuai dengan tutntutan Islam melalui pandangan ulama (Zulkiflialbakri, 2022) daripada Syeikh Muhammad al-Zuhaili, beliau berkata:
Pemeriksaan kesihatan sebelum berkahwin yang berkaitan penyakit keturunan adalah satu kewajipan yang wajib, dan ini tidak dianggap sebagai pelanggaran hak kebebasan peribadi, kerana di dalamnya terdapat maslahah kepentingan umum yang menjadi milik individu, masyarakat, negara dan dunia. (Lihat al-Irsyad al-Jini, hlm. 782) Pemohon perlu ke masjid mukim untuk mengisi Borang Pengesahan Pemastautin daripada nazir masjid. Bagi menjalankan perkahwinan luar negeri maka pemohon pelu mengisi Borang Kebenaran berkahwin Luar Negeri daripada JAIN, rajah 1 dibawah menujukkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam yang digunapakai semua negeri .
Rajah 1 : Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kedah (Digunapakai semua negeri)
Pada peringkat ini pemohon perlu mengemukan dokumen tambahan seperti berikut kepada pendaftar : I. Salinannya Kad pengenalan pemohon II. Salinannya Kad pengenalan dua saksi III. Passport & salinannya IV. Gambar passport Namun demikian, sekiranya perkahwinan tersebut dilaksanakan di Malaysia maka Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan berkahwin disertakan dengan dokumen-dokumen berikut : I. Salinan pasport yang sah. II. Surat kebenaran dari kedutaan negara pemohon. III. Surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia. Sekiranya warganegara asing adalah seorang wanita, pasangan hendaklah memastikan perkahwinan tersebut dijalankan berdasarkan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa di negara berkenaan dan bertepatan dengan Hukum Syarak manakala pemohon perempuan telah mendapat keizinan daripada Wali dengan menyertakan Surat Wakalah Wali (jika berkaitan).
Setelah berpuasa hati terhadap borang permohonan yang diterima, pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran berkahwin. Manakala bagi permohonan luar negeri atau tempat lain, pendaftar akan mengeluarkan surat kebenaran 3B [Seksyen 17 dan 20] dengan bayaran RM10 (info dari : SPPIM). Setelah selesai segala pengisian dan pengesahan borang, pemohon perlu berurusan dengan Jabatan Kedutaan/Konsulat/UNHCR dan Imgigresen bagi memohon Surat Kebenaran Berkahwin daripada Jabatan terlibat seperti yang tertera dalam rajah 1 di atas, dalam memberi kemudahan Permohonan NCR Luar Negara juga diwujudkan melalui laman SPPIM seperti rajah 2 di bawah, permohonan ini hanya diproses selepas pemohon mendapat Surat Kebenaran Berkahwin dari JAIN.
Rajah 2 : Permohonan NCR Luar Negara Apabila lengkap prosedur perkahwinan bagi pihak lelaki di Malaysia dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Jabatan Kedutaan dan Jabatan Imigresen. Pasangan pemohon akan menguruskan segala dokumen di negaranya mengikut peruntukan perundangan yang ditetapkan sebelum diijab qabul.
Perkahwinan yang berlangsung di luar negara dikira sah tetapi setelah pemohon dan pasangan kembali ke Malaysia, pasangan tersebut hendaklah membuat permohonan pendaftaran bagi perkahwinan yang dilangsungkan di luar negara di Jabatan Agama Islam Negeri yang berkaitan dalam tempoh masa enam (6) bulan setelah kembali ke Malaysia (SPPIM) sebagai rekod. Sekiranya perkahwinan tidak didaftarakan akan mendatangkan implikasi seperti harta sepencarian, Iddah, Mut’ah tidak boleh dituntut. Selain itu anak tidak boleh didaftarkan di Jabatan pendaftaran Negara (JPN) maka anak menjadi mangsa seperti tidak boleh meneruskan persekolahan, bukan itu sahaja jika berlaku penceraian maka isteri akan digantung tak bertali kerana tidak wujud dokumen pendaftaran perkahwinan di makhamah (Amin Hidayah, Associates,2021).
Setiap permohonan pendaftaran nikah hendaklah disertakan dengan maklumat seperti yang berikut : i) Salinan kad pengenalan suami dan isteri yang disahkan (jika berkenaan); ii) Salinan pasport suami atau isteri yang bukan warganegara yang disahkan atau surat akuan sumpah yang diikrarkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah (jika berkenaan); iii) Salinan Perakuan Masuk Islam atau apa-apa catatan mengenai pengislaman yang disahkan (jika berkenaan); iv) Salinan surat kebenaran berkahwin yang disahkan (jika berkenaan); v) Salinan sijil mati yang disahkan jika pemohon bercerai mati atau perintah anggapan mati beserta dengan surat perakuan nikah yang asal; vi) Surat nikah asal dan salinannya yang disahkan serta terjemahan surat nikah asal dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris;
vii) Surat perakuan cerai dan pembatalan salinannya yang disahkan atau apa-apa pengesahan perceraian yang diiktiraf oleh Mahkamah (jika berkenaan); viii) Surat wakalah wali sekiranya wali tidak dapat hadir semasa majlis akad nikah dijalankan; dan ix) Apa-apa dokumen berkaitan pernikahan yang diperakui oleh pihak berkuasa agama negara berkenaan. Kesimpulannya, prosedur perkahwinan warganegara Malaysia dengan warganegara asing yang beragama Islam tidak begitu rumit bahkan dari segi prosedur adalah sama seperti perkahwinan sesama warganegara Malaysia, cuma memerlukan beberapa dokumen tambahan sahaja kerana melibatkan perhubungan antara dua negara yang berbeza polisi. Melalui penelitian dan pencarian menunjukkan setiap urusan pendokumenan perkahwinan dibawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam bagi setiap negeri adalah sama mengikut pekeliling am. Disediakan oleh, 17 Julai 2023 ___________________________ (ABDUL AIMAN AZALEE) Unit Bahasa Melayu 6 Aiman
7.0 RUJUKAN BUKU Kemajuan Islam Malaysia. (2008). Menuju Gerbang Perkahwinan (Edisi Kedua). Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Kemajuan Islam Malaysia. (2021). Gerbang Perkahwinan: Berasaskan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Dato’ Haji Ismail Yahya.(2015, 1 Julai).UndangUndang Keluarga Islam Di Malaysia. SukaBuku
JURNAL Wan Ismail, W. A. F., Hashim, H., Abdul Shukor, S., & Harun, A. (2018). Faraq Perkahwinan bagi Pasangan Tak Sah Taraf di Negeri Sembilan (Judicial Separation of Illegal Marriage in Negeri Sembilan). International Journal of Islamic Thought (IJIT), 13, 124-134. Yusof, S. N. M., Mahmud, Z., & Amat, S. (2014). Kefahaman dan Keperluan Pendidikan Perkahwinan di Malaysia. Ulum Islamiyyah, 12, 73–86. https://doi.org/https://dx.doi.org/10.12816/0008084
INTERNET Amin Hidayah & Associates.(2021, 9 Mei). Pengesahan Perkahwinan Luar Negara di Mahkamah Syariah [Amin Hidayah & Associates] [Video]. Youtube. https://www.youtube.com/watch?v=5CsSwWwpDjw Arnis Syaripah.(2019, 11 Jun 2019). Cara Mengurus dokumen perkahwinan Malaysia Indonesia [Video]. Youtube. https://www.youtube.com/watch? v=EYmZmY3_mqA Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor).(2003, 24 Julai). Government Of Selangor Gazette. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor).(2008, 27 Mac). Government Of Kedah Darul Aman Gazette.
Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Praperkahwinan Islam Beradasarkan MBKPI.(2016).Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). https://www.islam.gov.my/images/garispanduan/Gari s_Panduan_Pelaksanaa n_Kursus_Praperkahwinan_Islam_Berdasarkan_MBKPI _2016.pdf Malaysiakini. (8 Jun 2011). Gadis Mohon Bantuan Untuk Kahwin Jejaka Burma. https://www.malaysiakini.com/news/166332. Diakses 10 Julai 2023 Mahfodz Mohamed.(2021, 13 Ogos). Hidup berpasang-pasangan adalah sunnatullah. https://harakahdaily.net/index.php/2021/08/13/hidu p-berpasang-pasangan- adalah-sunnatullah/ Masjid Wilayah Persekutuan. Rukun Nikah/Syarat dua orang saksi/Syarat bagi perempuan.https://www.masjidwilayah.gov.my/v1/in dex.php?option=com_con tent&view=a rticle&id=161:kelas-bahasa-arab-&catid=57:kelaspengajian-a- kuliah&Itemid=133
Mufti Wilayah Persekutuan. Hukum Kahiwn Cukup Rukun Sebelum Berdaftar.https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyadfatwa/irsyad-fatwa- umum/4865- irsyad-al-fatwa-sirike-593-hukum-kahwin-cukup-rukun- sebelumberdaftar Mufti Wilayah Persekutuan. Hukum akad nikah salah sebut nama pengantin atau ayah pengantin. .https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyadfatwa- umum/5307-irsyad-al-fatwa-siri-ke-697- hukum-akad-nikah-salah-sebut-nama- pengantinatau-nama-ayah pengantin? fbclid=IwAR0PtcSrbcvBRSlFr_e5_6lnFvcnB5JzJCtLPr 4NOcOsjV6 qo8LmuI0r1gc MeriNour Vlogs.(2022, 25 Mei). How we got married in Malaysia || marriage in Malaysia || perkahwinan dengan warga asing [Video]. Youtube. https://www.youtube.com/watch?v=1XBUW4EtXIE
Portal rasmi Jabatan Imigresen Malasyai. Pekerja asing.https://www.imi.gov.my/index.php/perkhidmat an-utama/pekerja-asing-2/ Siti Fatimah.(2021, 20 Jun). Kriteria Mencari Jodoh. https://www.ikim.gov.my/index.php/2021/06/20/krit eria-mencari-jodoh/ Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malasyia. Prosedur Tadbir NCR.https://sppim.gov.my/pdf/panduan/prosedur_ta dbir_NCR.pdf Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malasyia. Garis Panduan Permohonan & Perkahwinan, Penceriaan dan Ruju’ Di luar Negara .https://sppim.gov.my/pdf/panduan/panduan_NCR_L uarNegara.pdf ZulkifliAlBakri.(2022).Pandangan keperluan ujian saringa HIV PraPerkahwinan.https://zulkiflialbakri.com/ujiansaringan-hiv-pra-perkahwinan- satu-pendapat/