The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PELAKSANAAN DAN PERANAN ZAKAT PADA ZAMAN ABBASIYAH.png

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by estherviaa, 2022-07-11 07:28:43

SEJARAH SEMESTER 2.png

PELAKSANAAN DAN PERANAN ZAKAT PADA ZAMAN ABBASIYAH.png

zaman kerajaan
Abbasiyah :zakat

-Bincangkan pelaksanaan dan peranan
zakat pada zaman khalifah Abbasiyah

pada abad ke -9 hingga abad ke -11

Konsep zakat

Zakat berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud
penambahan,penyucian jiwa dan penyuburan pahala
.Zakat merupakan salah satu Rukun Islam dan
diwajibkan ke atas setiap orang yang cukup syaratnya .
Sejarah Pelaksanaan Zakat bermula sebelum kerasulan
Nabi Muhammad SAW .Pada tahun kedua Hijrah ,zakat
mula difardukan ke atas setiap umat islam

Pelaksanaan Zakat

Pelaksanaan zakat pada zaman pemerintahan
Abbasiyah merupakan kesinambungan dari zaman Nabi
Muhammad SAW dan Khalifah al-Rasyidin.Pelaksanaan
zakat diperkukuhkan dengan mewujudkan jawatan
Ketua Kadi. Seorang ketua Kadi merupakan pakar dalam
bidang Syariah dan bertanggungjawab menasihati
khalifah dalam urusan Zakat . Hal ini kerana kewujudan
pelbagai Mazbah dalam islam yang membawa kepada
tafsiran yang berbeza seterusnya mempengaruhi urusan
dan pentadbiran zakat.

Pada zaman Abbasiyah juga, Kadar zakat
ditentukan sebanyak 2.5%. Zakat terbahagi kepada Zakat
Fitrah dan Zakat Harta . Zakat fitrah ini wajib ditunaikan
setelah selesai mengerjakan ibadat puasa pada bulan
Ramadhan. Zakat harta dikenakan ke atas binatang
ternakan ,emas dan perak ,barang perdagangan, hasil
pertanian dan kekayaan laut (hasil tunai perlombongan
dan rikaz) . Zakat harta hanya diwajibkan ke atas
individu yang mampu setelah harta yang dimiliki cukup
nisab dan haulnya . Terdapat lapan golongan penerima
zakat antaranya ialah golongan fakir,miskin ,musafir dan
mualaf .Secara Tradisinya,harta zakat akan dibelanjakan
untuk pembangunan dan kemajuan negara.

Zakat mempunyai pelbagai fungsi dan peranan
. Zakat dapat mengeratkan hubungan atau tali
persaudaraan antara umat islam terutamanya
antara golongan kaya dan golongan miskin.Zakat
yang dikeluarkan oleh golongan kaya dapat
membolehkan golongan miskin menjalankan
kehidupan mereka dengan lebih baik dan sempurna
.Keadaan ini dapat mengukuhkan perpaduan umat
islam dan sekali gus membentuk sebuah masyarakat
yang adil dan penyanyang.

Kedua, Zakat juga dapat menyucikan jiwa
dan rohani manusia . Pembayaran zakat boleh
menghilangkan sifat tercela seperti kedekut,
sombong ,tamak dan mementingkan harta. Hal ini
terkandung dalam al-Quran , surah al-Taubah yang
menjelaskan zakat akan membersihkan hati dan
menghapuskan sifat buruk serta akan melahirkan
sebuah masyarakat yang aman ,bahagia dan saling
bekerjasama.

Ketiga, Zakat pada zaman pemerintahan
Abbasiyah juga berperanan sebagai ujian kepada
keimanan dan ketakwaan golongan kaya
.Pembayaran zakat dapat melahirkan perasaan
bersyukur dan seterusnya mengawal hawa nafsu serta
kemahuan yang tidak terbatas.Sikap bersyukur ini boleh
melahirkan individu yang pemurah dan saling tolong-
menolong . Hal ini akan mewujudkan keadaan
masyarakat islam yang hidup secara aman dan tenteram
.

Keempat,zakat akan membersihkan harta
seseorang daripada bercampur dengan harta orang
lain, iaitu harta yang tidak halal. Harta yang dimiliki
oleh seseorang harus dikeluarkan zakat apabila cukup
nisab dan genap haulnya. Zakat yang dikeluarkan akan
diberikan kepada orang yang berhak menerimanya .
Selagi zakat tidak dikeluarkan , maka hak orang lain
masih bercampur dalam harta tersebut. Jika harta ini
dibelanjakan ,bermakna hak orang lain juga
dibelanjakan . Hal ini bermakna pengeluaran zakat
dapat mengelakkan penggunaan harta dan hak orang
lain.

Kelima, Zakat juga telah membawa
kepada perkembangan ekonomi dan intelektual.
Orang yang beriman akan berusaha unuk
mengeluarkan zakat bagi memperoleh ganjaran
daripada Allah SWT . Zakat akan digunakan oleh
kerajaan untuk menyediakan kemudahan-
kemudahan asa bagi mendorong pembangunan
ekonomi. Pada zaman ini juga berlaku
perkembangan intelektual yang pesat. Kutipan zakat
digunakan untuk mengembangkan bidang ilmu
sehingga Kota Baghdad muncul sebagai pusat
keilmuan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, Kewajipan mengeluarkan
zakat mencerminkan sistem ekonomi islam yang
mementingkan aspek keadilan .Bantuan yang
diberikan kepada golongan yang kurang bernasib
baik dilihat sebagai usaha pemerintah untuk
menunaikan tanggungjawab sosial demi
kemakmuran negara.


Click to View FlipBook Version