The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afinajamel06, 2023-09-04 22:11:54

PANDANGAN AHLI FALSAFAH ISLAM BARAT & TIMUR

BAB 2

PANDANGAN AHLI FALSAFAH ISLAM, BARAT & TIMUR Afina, Naja, Liyana,Yaya, Nurin, Asma, Fatini,Azwa, Fitrah, Syifa, Huwa, Athirah


KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran & As-Sunnah Falsafah Islam ialah satu cabang pengajian Islam Falsafah Islam adalah mencintai kebijaksanaan atau pengetahuan yang sebenar bersumberkan Allah dan sunnah Rasul Dari segi falsafah, pendidikan Islam merupakan satu proses penyampaian ilmu yang dijiwai dan meresap dalam pemikiran, kelakuan dan tindakan diri sendiri ☆ bersesuian dengan peranan manusia sebagai hamba Allah, khalifah-Nya dan ulama pewaris nabi


PANDANGAN AHLI-AHLI FALSAFAH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN al-Ta 'dib : memperadabkan, menjadikan individu beradab sopan dan berakhlak al-Ta 'lim : mengajarkan sesuatu ilmu pengetahuan al-Wa'z dan al-Irsyad : penyedaran dan petunjuk


Pandangan Tokoh-Tokoh Islam Pendidikan bermula dengan akal dan hatinya, rohani dan jasmaninya, akhlak dan keterampilannya Pendidikan dapat menyiapkan manusia untuk hidup dengan baik dari segala kebaikan dan kejahatan Pendidikan berkait dengan aspek dalam diri manusia iaitu fizikal, mental dan moral Pendidikan membentuk jiwa, fikiran dan karakternya Dr. Yusuf alQaradawi Dr. Yusuf alQaradawi Abu 'Ali al-Husyn 'Abdullah ibnu Sina Abu 'Ali al-Husyn 'Abdullah ibnu Sina


Pandangan Tokoh-Tokoh Islam disiplin agama - ajaran al-Quran, teologi (ketuhanan), metafizik, bahasa Arab dan Sastera disiplin kognitif - kemanusiaan, alam sekitar, sains gunaan dan teknologi Ilmu Islam merangkumi dua displin : Syed Muhammad AlNaquib Al-Attas Syed Muhammad AlNaquib Al-Attas


Falsafah Pendidikan Moden Barat Dibentuk oleh ahli falsafah amerika syarikat- sanders peorce, william james & john dewey berfokuskan kepada pengalaman dan penyelesaian masalah serta pengalaman manusia yang menggambarkan realiti berkait rapat dengan sains & kaedah saintifik matlamat- fleksibel, terbuka, rasional & saintifik bidang pengajian mestilah mengikut minat pelajar dalam kalangan kanak-kanak sifat ingin tahu sangat tinggi & guru digalakkan untuk menjadi pendorong kepada sifat ingin tahu mereka Pragmatisme


IDEALISME Ideal bermaksud idea dan isme bermaksud ajaran atau fahaman. Ahli - ahli falsafah yang terlibat dalam pemikiran: Plato,Barunch Spinoza dan ramai lagi. Falsafah tertua di dunia sejak zaman India Purba di Timur dan zaman Plato di Barat Ahlinya sering bertentangan pendapat Namun bersetuju jiwa dan kerohanian itu amat penting


IDEALISME Memberi penekanan pada fikiran,jiwa dan kerohanian Aliran seni yang bersifat impian dan khayalan Kebanyakannya terdiri daripada golongan ahli muzik dan seni "idealisme mempercayai bahawa semua perkara yang dialami oleh fikiran adalah hasil pemikiran mutlak" . (Daley, 1996) "Idealisme juga menganggap manusia mempunyi sama ada jasad & akal atau jasad, akal & roh" . (Van Scottes.et.al 1979)


KELEBIHAN IDEALISME Berteraskan kesedaran intelek dan sistem berfikir secara rasional dan logik untuk mengenalpasti apa yang benar Meningkatkan daya pemikiran dari segi menghasilkan idea yang bernas dan boleh diterima pakai.


KELEMAHAN IDEALISME Bersifat statik, stabil dan sukar berubah. Kurang berminat terhadap inovasi, seperti fesyen pakaian yang sentiasa berubah Anggapan terhadap sesuatu nilai atau kebenaran yang kekal sepanjang zaman Tokoh falsafah tidak berupaya untuk menjelaskan kepercayaan baharu atau idea baharu yang sering berubah dan berlaku dari semasa ke semasa.


REALISME Diasaskan oleh Aristotle (384-322 SM) Turut dikenali sebagai materialisme dan naturalisme. Realia bermaksud barang atau perkara-perkara Realiti yang sebenar dapat dilihat menggunakan fizikal dengan mata bukannya melalui idea. Realisme dimaksudkan sebagai pelajaran atau fahaman tentang keadaan yang sebenar-benarnya, cara berfikir dan kesenian yang berpegang betul-betul kepada kebenaran yang nyata dan pada penyaksian pancaindera. Fahaman ini percaya kepada wujud umum, iaitu benda-benda yang dapat kita perhatikan dan buktikan akan wujudnya. Akal manusia hanya boleh melihat dan memahami apa yang terdapat dalam fizikal sahaja. Bertentangan dengan idealisme yang memandang alam kerohanian sebagai realiti, realisme sebaliknya memandang alam kebendaan sebagai realiti.


P e r e n n i a l i s m e Dipengaruhi fahaman idealisme oleh : Plato (427- 347 SM) & Aristotle (384-322 SM) Berasal daripada perkataan asas perennial yang didefinisikan sebagai "tidak berubat" / "tahan lama". Merupakan falsafah agama yang meyakini bahawa setiap agama di dunia memiliki suatu kebenaran yang tunggal & universal. Matlamat : mengajar pengetahuan & bersikap moral yang bersikap sejagat, abadi & tidak mempunyai had. Proses pendidikan haruslah mendisiplinkan mental & jiwa murid, di samping mengembangkan potensi menaakul. Perennialisme memandang pendidikan sebagai jalan , iaitu proses mengembalikan kebudayaan sekarang. Ciri-ciri asas semula jadi manusia: berbentuk sejagat Jenis kurikulum : kemanusiaan & sastera Peranan Guru : menyampaikan ilmu & mendisiplin murid Tujuan pendidikan adalah untuk mengajar nilai & pengetahuan yang berbentuk universal & tiada had masa.


Esensialisme Diasaskan oleh William C Bagley pada tahun 1938. Melihat dasar pendidikan mengikut nilainilai budaya yang sedia ada sejak awal peradaban manusia. Aliran ini menyarankan penerapan nilainilai sosial, kebudayaan, politik, cendekiawan & penulisan terkenal. Falsafah ini mementingkan pembentukan peribadi & kurikulumnya dibentuk daripada topik mudah kepada sukar Mementingkan kemahiran 3M iaitu menulis, membaca & mengira. Guru mainkan peranan penting dalam sampaikan ilmu & model baik Utamakan pembelajaran kendiri Pentingkan kebebasan tidak tetap kerana kurikulumnya berdasarkan minat pelajar.


Progresivisme Terdiri daripada falsafah umum pragmatisme dan dipengaruhi oleh pemikiran John Dewey. Konsep ini menganggap kelahiran manusia ibarat kain putih, bersih dan suci. Perubahan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh persekitaran serta masyarakatnya. Menurut John Dewey (2012), pendidikan di sekolah merupakan sebahagian daripada kehidupan murid dan sekolah yang menjadikan satu unit masyarakat yang bersifat demokratik. John Dewey melabelkan murid merupakan elemen utama pembelajaran manakala guru merupakan pembimbing mereka Beliau juga menyatakan bahawa jika murid dapat memaksimumkan kebolehan mereka di dalam pembelajaran, pembelajaran tersebut akan menjadi lebih bermakna.


Eksistensialisme mazhab falsafah yang baharu wujud selepas Perang Dunia Kedua diasaskan oleh Soren Kierkegaad, Freidrich Wilhelm dan Martin Buber Konsep yang bertentangan dengan idealisme dan realisme menekankan pengalaman yang diperoleh daripada pengalaman deria seperti pengalaman, pendengaran dan rasa. Falsafah ini mengemukakan bahawa idea dan pengetahuan seseorang adalah berasal daripada pengalaman bebas atau laissezfaire Pelajar bebas menentukan apa yang hendak dipelajari dan bukannya ditentukan oleh orang lain atau orang dewasa.


Pandangan ahli falsafah barat terhadap pendidikan JohnDewy(1859-1952) proses perkembangan individu usaha mengatur & menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada bagi memberi manfaat kepada individu tersebut orang berpendidikan bersedia berkhidmat demi diri, masyarakat & negara melaksanakan tugasan dengan ikhlas, bersemangat T.H.Huxley(1852)


Pandangan ahli falsafah barat terhadap pendidikan JohnStuartMill (1806-1873) proses memberi bantuan kepada individu untuk menjadikan hidup lebih bermakna MariaMontessori (1870-1952) proses membentuk & mengembangkan intelek, jasmani, rohani dan sosial kanak-kanak


Pandangan ahli falsafah timur Digolongkan dalam tiga aliran fahaman utama yang berasaskan falsafah pendidikan China (bermula 2500 an) dan India. Konsep Falsafah Pendidikan dinyatakan sebagai elemen penting individu di dunia mahupun di akhirat. (merujuk kepada tingkah laku, moral, nilai, etika). Pendidikan membolehkan individu mencapai kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang undang dan memenuhi kehendak sosial sesebuah negara.


Pandangan ahli falsafah timur Pencapaian hidup individu dipengaruhi oleh sikap dan tingkah laku mereka. Setiap manusia yang memperoleh kebijaksanaan akan berkelakuan baik dan mengelakkan kejahatan. Manusia belajar melalui pemerhatian dan membuat refleksi kendiri supaya dapat menzahirkan rasa kesyukuran kepada tuhan atau keinginan untuk bertaubat.


Pandangan ahli falsafah timur terhadap pendidikan Confucios(551-479SM) Pendidikan ialah proses yang memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia yang dapat dicapai melalui amalan bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas, hidup cara sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara. Pendidikan untuk semua tanpa mengira status sosioekonomi dan sosial. Pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian. Pendidikan harus menjadi satu proses yang hidup, dinamik serta realistik dan tidak semata-mata terikat dengan buku tetapi harus dihubung kaitkan dengan pengalaman. RabidranathTagore (1861-1941)


Sumber Ilmu Wahyu - Perintah atau katakata Allah SWT yang disampaikan kepada rasulnya kepada umat - Sebagai contoh Alquran dan kitab taurad Intuitif - Kesedaran yang disebabkan okeh gerak hati - Kemampuan untuk memahami sesuatu tanpa melalui pemikiran rasional Empirikal - Pengetahuan yang diperoleh berdasarkan amalan, pengalaman dan pemerhatian terhadap fakta -Kaedah yang digunakan melalui kajian dan pengumpulan data Autoritatif - Pengetahuan yang ada pada orang yang diiktiraf sebagai pakar dan berkuasa -Menjadi rujukan dan dikitraf sebagai orang yang boleh dipercayai Rasional - Pengetahuan melalui proses penaakulan yang berpandukan logik -logik deduktif dan induktif digunakan selesaikan masalah


Sekian, terima kasih !


Click to View FlipBook Version