The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LOG PANDU PUTERI RENJER

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by insyirah2341, 2024-02-21 22:20:54

BUKU LOG PANDU PUTERI

BUKU LOG PANDU PUTERI RENJER

Keywords: BUKU LOG,PANDU PUTERI,PANDU PUTERI RENJER

P a g e 47 | 67


P a g e 48 | 67


P a g e 49 | 67


P a g e 50 | 67


P a g e 51 | 67


P a g e 52 | 67 -BAHAGIAN IVORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH


P a g e 53 | 67 ‘ BIL. MINGGU / TARIKH CADANGAN AKTIVITI / TAJUK CATATAN / PEMORELAHAN LENCANA PPT 1. 1 13/03/2024 Mesyuarat agung tahunan & Sesi Perlantikan Ahli Jawatankuasa Persatuan Pandu Puteri - Sasaran : Melibatkan barisan guru pembimbing & murid 2. 2 03/04/2024 Pendaftaran ahli Baharu Pandu Puteri Tunas & Pembahagian Kumpulan Berenam Kumpulan : ◼ Melur ◼ Kenanga ◼ Teratai ◼ Kesidang ◼ Siantan ◼ Cempaka 3. 3 08/05/2024 Pengenalan / Sejarah Penubuhan Persatuan Pandu Puteri - Bbm : tayangan multimedia interaktif, Youtube, Slideshow 4. 4 05/06/2024 Penyediaan buku log persatuan Isi kandungan: ◼ Biodata diri - Buku log fizikal / digital RANCANGAN TAHUNAN PROGRAM UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI TUNAS DI


P a g e 54 | 67 ◼ Lencana Dunia ◼ Lencana PPT 5. 5 03/07/2024 Prinsip asas pandu puteri tunas Mengetahui, memahami dan mengamalkan Prinsip asas PPT: ◼ Lagu pandu puteri ◼ Cogan kata ◼ Isyarat dan hormat ◼ Berjabat tangan - Skim Lencana kecekapan kolektif lagu – lagu PPT (Elemen budaya dan kreativiti) 6. 6 07/08/2024 Asas kawad kaki dan istiadat pandu puteri tunas Istiadat PPT: ◼ Ladam kuda ◼ Naik dan turun bendera ◼ Perlantikan ◼ Hormat besar - Skim Lencana kecekapan kolektif kawad dan istiadat (Elemen hubungan keluarga dan masyarakat) 7. 7 04/09/2024 Kemahiran Asas – Bantu Mula ◼ Anduh dan balutan - Skim Lencana kecekapan kolektif bantu mula (Elemen hubungan keluarga dan masyarakat) 8. 8 02/10/2024 Kemahiran Asas – ikatan dan simpulan ◼ Bunga geti ◼ Buku sila ◼ Simpul manuk ◼ Tindih kasih ◼ Ikatan balak - Skim Lencana kecekapan kolektif pembuat simpulan (Elemen cabaran dan kecergasan)


P a g e 55 | 67 9. 9 06/11/2024 Kemahiran rumah tangga Aktiviti jahitan : ◼ Butang baju ◼ Butang lubang - Skim Lencana kecekapan kolektif penjahit (Elemen hubungan keluarga dan masyarakat) 10. 10 04/12/2024 Program sayangi alam sekitar - Membersih Kawasan pantai - Skim Lencana kecekapan kolektif pencipta alam (Elemen sains dan teknologi) 11. 11 01/01/2025 Refleksi kendiri - Penutup


P a g e 56 | 67 TARIKH : 10 Januari HARI : Rabu MASA : 2:30 – 4:30 p.m TEMPAT : Dewan K39, IPG Kampus Kota Bharu AKTIVITI : Pengenalan LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN PANDU PUTERI RENJER (MINGGU 1) KEHADIRAN MURID : - Semua hadir KEHADIRAN GURU : 1. Puan Hjh Nadimah bt Ismail 2. Puan Hjh Nurziana bt Che Hashim LAPORAN : Pada hari Rabu bertarikh 10 Januari 2024, telah diadakan satu perjumpaan buat kali pertama di Dewan K39. Perjumpaan tersebut telah dikendalikan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek MPU3441a Kokurikulum – Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet I, iaitu oleh Puan Nadimah bt Ismail Bersama Puan Hjh Nurziana bt Che Hashim. Seramai 34 orang pelajar telah Berjaya menyertai perjumpaan tersebut. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah pembentangan Maklumat Kursus bagi kursus MPU3441a oleh Puan Nadimah. Perbincangan secara umum terhadap soalan pentaksiran berterusan juga telah dijalankan. Beberapa perkara perlu diberi perhatian bagi memastikan kesemua tugasan yang dikehendaki dapat disempurnakan dengan jayanya. Setelah itu, sesi pengenalan terhadap persatuan Pandu Puteri secara ringkas juga telah diberikannya misalnya termasuklah hal berkaitan penubuhan Pandu Puteri, visi, misi dan seumpama dengannya. Dalam pada itu, pemilihan bagi ahli jawatankuasa persatuan juga telah dijalankan. Bukan itu sahaja, pemilihan bagi ketua kumpulan berenama juga telah diadakan bagi memastikan segala aktiviti dapat dijalankan dengan mudah selepas ini. Sesi perjumpaan kali pertama itu telah ditamatkan tepat jam 4:30 dengan bacaan doa. REFLEKSI : Menerusi perjumpaan kali pertama ini, saya telah Berjaya mendapat pemahaman awal berkaitan kursus MPU3441a Kokurikulum – Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet I dengan jayanya. Saya dapat mengetahui objektif kursus, hasil pembelajaran yang akan diperoleh menerusi topik yang dipelajari serta mengetahui serba sedikit mengenai persatuan Pandu Puteri Renjer. Bahkan, bukan itu sahaja, saya juga dapat mengetahui perincian berkaitan pentaksiran berterusan bagi kursus ini. Hal ini dapat membantu saya untuk merangka perancangan lebih awal terhadap tugasan yang diberikan. DISEDIAKAN OLEH : (AINA INSYIRAH BT SAIFOLBAHARI)


P a g e 57 | 67 TARIKH : 17 Januari 2024 HARI : Rabu MASA : 2:30 – 4:30 p.m TEMPAT : Perkarangan Padang IPGKKB AKTIVITI : Ikatan dan simpulan LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN PANDU PUTERI RENJER (MINGGU 2) KEHADIRAN MURID : - Semua hadir KEHADIRAN GURU : 1. Puan Hjh Nadimah bt Ismail 2. Puan Hjh Nurziana bt Che Hashim LAPORAN : Pada hari Rabu bertarikh 17 Januari 2024, perjumpaan kali kedua telah diadakan yang telah diketuai oleh Puan Nadimah Bt Ismail dan Puan Hjh Nurziana bt Che Hashim. Agenda utama perjumpaan tersebut adalah untuk melaksanakan aktivti kemahiran ikatan dan simpulan. Beberapa jenis simpulan telah Berjaya dipelajari antaranya termasuklah simpulan bunga geti, buku sila, simpul manuk, tindih kasih, simpul balak dan simpul belit. Bukan itu sahaja,beberapa jenis ikatan turut dipelajari iaitu ikatan seraya, serong, lilit kacang, silang tungku, dan silang gunting. Pensyarah pembimbing telah memberikan bahan berbentuk helaian kertas yang mempunyai nota berkaitan langkah untuk melakukan ikatan dan simpulan sebagai bahan rujukan tambahan kepada pelajar. Setiap kumpulan berenam perlulah hadir ke meja pensyarah untuk mendapatkan kertas tersebut. Sekiranya kumpulan tersebut mendapat jenis simpulan seraya, maka kumpulan tersebut perlulah berlatih melakukan simpulan tersebut dan perlu membuat demonstrasi Teknik simpulan itu di hadapan pensyarah. Hal ini diikuti dengan jenis simpulan yang lain sehingga kesemua murid dapat melakukan keenam – enam jenis simpulan. REFLEKSI : Menerusi perjumpaan kali kedua ini, saya telah memahami beberapa jenis simpulan dan ikatan. Ikatan dan simpulan ini mempunyai fungsi – fungsinya yang tersendiri. Kemahiran yang dipelajari ini penting kerana ianya boleh diaplikasikan sewaktu perkhemahan atau ketika kecemasan. Pada akhir sesi perjumpaan tersebut, saya dapat menguasai kesemua jenis simpulan tersebut dengan jayanya bersama rakan – rakan yang lain. DISEDIAKAN OLEH : (AINA INSYIRAH BT SAIFOLBAHARI)


P a g e 58 | 67 TARIKH : 22 Januari 2024 HARI : Isnin MASA : 2:30 – 4:30 p.m TEMPAT : Dewan Asrama IPGKKB AKTIVITI : Ikatan dan Anduh LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN PANDU PUTERI RENJER (MINGGU 3) KEHADIRAN MURID : - Semua hadir KEHADIRAN GURU : 1. Puan Hjh Nadimah bt Ismail 2. Puan Hjh Nurziana bt Che Hashim LAPORAN : Pada hari Isnin bertarikh 22 Januari 2024, perjumpaan kali ketiga telah diadakan yang telah diketuai oleh Puan Nadimah Bt Ismail dan Puan Hjh Nurziana bt Che Hashim. Perjumpaan tersebut telah dihadiri seramai lebih kurang 60 orang pelajar renjer IPGKKB semester 5. Para pelajar telah ditugaskan untuk mencuba membuat ikatan dengan menggunakan 3 batang kayu yang telah dibekalkan oleh guru pembimbing serta tali. Para pelajar telah melakukannya dalam kumpulan berenam. Pada hari itu juga, pensyarah pembimbing juga telah menunjukkan demonstrasi Teknik balutan anduh. Beberapa jenis balutan anduh telah dipelajari iaitu balutan kepala, tapak tangan dan pergelangan tangan. Aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut adalah sebagai persediaan awal untuk menghadapi amali bagi menyempurnakan tugasan pentaksiran berterusan MPU3441a. Perjumpaan ditamatkan pada jam 4:30 p.m. REFLEKSI : Menerusi perjumpaan ini, saya telah berjaya memahami dan mengingati Teknik untuk melakukan ikatan. Antara jenis ikatan yang telah berjaya dilakukan adala ikatan silang tungku, seraya dan serong. Saya juga berpeluang untuk mengetahui fungsi – fungsi ikatan tersebut iaitu dengan merujuk kepada beberapa sumber rujukan seperti laman internet, Youtube dan pensyarah pembimbing. DISEDIAKAN OLEH : (AINA INSYIRAH BT SAIFOLBAHARI)


P a g e 59 | 67 TARIKH : 29 Januari 2024 HARI : Isnin MASA : 2:30 – 4:30 p.m TEMPAT : Padang IPGKKB AKTIVITI : Istiadat ladam kuda & Lagu Pandu Puteri LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN PANDU PUTERI RENJER (MINGGU 4) KEHADIRAN MURID : - Semua hadir KEHADIRAN GURU : 1. Puan Hjh Nadimah bt Ismail 2. Puan Hjh Nurziana bt Che Hashim LAPORAN : Perjumpaan kali keempat telah diadakan pada hari Isnin bertarikh 29 Januari 2024. Ianya telah diketuai oleh Puan Nadimah Bt Ismail dan Puan Hjh Nurziana bt Che Hashim. Beberapa aktiviti telah berjaya dilaksanakan bersama ahli pandu puteri renjer IPGKKB. Pertama sekali, murid telah beratur dan berdiri mengikut kumpulan berenam masing – masing. Setelah itu, istiadat ladam kuda telah dilakukan. Puan Nadimah dan Puan Nurziana telah melakuakan demostrasi berkaitan cara untuk melakukan istiadat tersebut dengan betul. Pertama sekali, murid akan beratur dan berkumpul mengikut kumpulan, Kemudian mereka akan berjalan dan membentuk ladam kuda. Sewaktu ladam kuda siap dibentuk, seorang ahli akan dipilih untuk berkongsikan berkaitan sesuatu yang bermanfaat. Sebagai contoh, Ain telah dipilih dan beliau telah berkongsikan mengenaiهkepentinganهperibahasaه’Masaهituهemas’.هAktivitiهkeduaهyangهturutهdijalankan adalah mengingati lagu pandu puteri termasuk lagu dunia dan lagu kumpulan berenam. REFLEKSI : Menerusi perjumpaan kali kedua ini, saya telah berjaya mengetahui salah satu jenis istiadat yang terdapat dalam persatuan Pandu Puteri ini. Bukan itu sahaja, saya juga berpeluang untuk mengingati lirik lagu Pandu Puteri seperti lagu dunia dan lagu kumpulan berenam. Sewaktu menyanyikan lagu tersebut, saya dapat memahami isi – isi lagu tersebut yang mempunyai makna tersirat disebalik lagu tersebut. DISEDIAKAN OLEH : (AINA INSYIRAH BT SAIFOLBAHARI)


P a g e 60 | 67 TARIKH : 5 Februari 2024 HARI : Isnin MASA : 2:30 – 4:30 p.m TEMPAT : Perkarangan Padang IPGKKB AKTIVITI : Ikatan, simpulan dan Anduh LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN PANDU PUTERI RENJER (MINGGU 5) KEHADIRAN MURID : - Semua hadir KEHADIRAN GURU : 1. Puan Hjh Nadimah bt Ismail 2. Puan Hjh Nurziana bt Che Hashim LAPORAN : Pada 5 Februari 2024, perjumpaan kali kelima telah diadakan yang telah diketuai oleh Puan Nadimah Bt Ismail dan Puan Hjh Nurziana bt Che Hashim. Beberapa aktiviti telah berjaya dilaksanakan sepanjang tempoh bermakna dua jam tersebut iaitu bermula jam 2:30 sehngga jam 4:30 p.m. Antara aktiviti yang telah dilakukan adalah melakukan latihan pengukuhan berkaitan ikatan, simpulan dan anduh. Tujuannya adalah sebagai persediaan awal untuk menghadapi amali yang akan berlangsung pada waktu tersebut. Kesemua ahli pandu puteri telah berusaha dan bertungkus lumus bagi memastikan mereka dapat mengingati kesemua langkah, fungsi dan jenis ikatan, seraya serta anduh yang akan diuji pada hari tersebut. Proses ujian amali tersebut diadakan di bilik kokurikulum. Setiap kumpulan bernama perlu bersama – sama masuk dan diikuti pula dengan kumpulan yang seterusnya. Kesemua kumpulan dilihat dapat melakukan amali tersebut dengan jayanya. REFLEKSI : Menerusi perjumpaan kali ini, saya bersama rakan kumpulan telah berjaya menyempurnakan amali bagi ikatan, simpulan dan anduh dengan jayanya. Saya dapat menyampaikan kesemua ilmu yang telah dipelajari kepada penguji iaitu pensyarah pembimbing sewaktu sesi amali diadakan. DISEDIAKAN OLEH : (AINA INSYIRAH BT SAIFOLBAHARI)


P a g e 61 | 67 TARIKH : 19 Februari 2024 HARI : Isnin MASA : 2:30 – 4:30 p.m TEMPAT : Perkarangan Padang IPGKKB AKTIVITI : Asas Kawad Kaki LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN PANDU PUTERI RENJER (MINGGU 6) KEHADIRAN MURID : - Semua hadir KEHADIRAN GURU : 1. Puan Hjh Nadimah bt Ismail 2. Puan Hjh Nurziana bt Che Hashim LAPORAN : Pada hari isnin yang lepas, perjumpaan kali keenam telah dilaksanakan yang telah dihadiri oleh ahli pandu puteri renjer IPGKKB. Perjumpaan tersebut telah dihadiri dan dikelolakan oleh pensyarah subjek iaitu Puan Nadimah dan Puan Nurziana. Agenda utama perjumpaan tersebut adalah untuk melaksanakan aktivti asas kawad kaki dan perbincangan mengenai tugasan pentaksiran berterusan iaitu masakan rimba. Perjumpaan tersebut dimulakan dengan melakukan perbincangan mengenai aktiviti masakan rimba yang akan dilaksanakan pada hari jumaat akan datang. Secara kumpulan berenam juga, pelajar telah berbincang bersama – sama mengenai menu yang akan dimasak pada hari jumaat tersebut. Kemudian, perjumpaan tersebut diteruskan pula dengan menjalankan kawad kaki. Memandangkan ianya merupakan kali pertama aktiviti kawad kaki dilakukan, puan Norziana telah meminta wakil kumpulan untuk melakukan demonstrasi kawad yang akan dibimbing oleh beliau. Kumpulan Kenanga secara sukarela untuk melakukan pertunjukan kawad di hadapan rakan – rakan yang lain. Setelah selesai, setiap kumpulan berenam ditugaskan untuk berlatih berkawad dengan berpandukan teks arahan kawad kaki yang telah diedarkan oleh puan Norziana. REFLEKSI : Menerusi perjumpaan tersebut, saya telah berjaya memahami Teknik atau asas kawad kaki bagi unit beruniform Pandu Puteri. Saya dapat membezakan asas kawad kaki di antara unit beruniform pandu puteri dengan persatuan yang lain seperti pengakap dimana, persatuan pandu puteri akan sentiasa melakukan Gerakan bermula dengan kaki kanan sementara persatuan pengakap kebiasaannya dimulakan dengan kaki kiri. Walau bagaimanapun, saya dapat mengetahui asas kawad kaki dan memahami Bahasa atau isyarat kawad kaki pandu puteri. DISEDIAKAN OLEH : (AINA INSYIRAH BT SAIFOLBAHARI)


P a g e 62 | 67 (Aktiviti ikatan dan simpulan -Minggu 2) (Aktiviti balutan anduh – Minggu 3) (Aktiviti simpulan – Minggu 3) (Aktiviti simpulan – Minggu 3) (Aktiviti istiadat ladam kuda – Minggu 4) (Aktiviti nyanyaian lagu PPT – Minggu 4)


P a g e 63 | 67 (Aktiviti ikatan – Minggu 5) (Aktiviti balutan anduh – Minggu 5) (Aktiviti amali – Minggu 5) (Aktiviti kawad kaki – Minggu 6) (Aktiviti kawad kaki – Minggu 6) (Pakaian rasmi semi formal)


P a g e 64 | 67 Asma azyyati. (n.d). Laporan mingguan pasukan pandu puteri kadet. Scribd. https://www.scribd.com/doc/128625954/Laporan-Mingguan-Pasukan-Pandu-Puteri-Kadet Cheow. (n.d). Program Pandu puteri tunas. Scribd. https://www.scribd.com/document/387106510/Program-Pandu-Puteri-Tunas Claire. (n.d). Portfolio pandu puteri. Scribd. https://www.scribd.com/doc/137200639/PorfolioPandu-Puteri Wan Anis. (2021). Buku log pandu puteri. Flipsnack. https://www.flipsnack.com/finlyskyler/bukulog-pandu-puteri-2.html Yan lee. (n.d). Struktur dan organisasi persatuan pandu puteri Malaysia. Scribd. https://www.scribd.com/doc/316769371/53661519-Struktur-Dan-Organisasi-PersatuanPandu-Puteri-Malaysia-1


P a g e 65 | 67


Click to View FlipBook Version