INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR
TUGASAN KERJA KURSUS
GWCP1042 PENULISAN AKADEMIK
NAMA PELAJAR : NUR MARINA MARYAM BINTI YAHYA
ANGKA GILIRAN : 2021292310144
NOMBOR KAD PENGENALAN : 030825-10-1090
KUMPULAN/ UNIT : PPISMP/ PA1
KOD DAN NAMA KURSUS : GWCP1042 PENULISAN AKADEMIK
NAMA PENSYARAH : Pn. ZURAIDA BINTI TALIB
TARIKH HANTAR : TUGASAN 2 : 21 OKTOBER 2021
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tanda tangan pelajar :_________________________ Tarikh :________________
1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUN HUSSIEN ONN, BATU PAHAT, JOHOR
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
Nama :NUR MARINA MARYAM BINTI YAHYA Angka Giliran:2021292310144
Kod:GWCP1092 WACANA PENULISAN Nama Kursus:PPISMP/PA1
Pensyarah :Pn. ZURAIDA BINTI TALIB
Tarikh Hantar : 21 OKTOBER 2021 Tarikh Terima Diisi oleh pensyarah
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tanda tangan Pelajar : Tarikh
Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Moderator (jika berkaitan)
Pemeriksa Kekuatan:
Kekuatan:
Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:
Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
Catatan (jika ada)
Tanda tangan Pelajar : Tarikh :
2
ISI KANDUNGAN
Kandungan Muka surat
2
• Borang maklum balas kerja kursus 4
5-8
• Penghargaan
9
• Tugasan 2 :
CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
YANG EFEKTIF UNTUK PELAJAR DI INSTITUT
PENDIDIKAN GURU
• 1.0 Pendahuluan
• 2.0 Latar belakang perbincangan :
2.1 Penggunaan medium untuk pembelajaran
2.2 Tempat belajar yang kondusif
2.3 Penyediaan alat peranti
• 3.0 Penutup
• 4.0 Bibliografi
3
PENGHARGAAN
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat ilahi dengan limpah
kurniaNya memberikan saya nikmat masa, tenaga, nyawa untuk saya menyiapkan tugasan kerja
kursus ini dengan jayanya. Tanpa bantuan dan pertolongan dari Allah SWT tidaklah mampu untuk
saya menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya, penghargaan ini juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya yang tidak
henti-henti mendoakan segala urusan pembelajaran saya dipermudahkan. Mereka juga banyak
memberikan sokongan dari segi moral mahupun rohani kepada saya agar saya terus
bersemangat dalam melaksanakan tugasan kerja kursus ini.
Tidak dilupakan juga buat pensyarah yang saya hormati, Puan Zuraida binti Talib yang
banyak memberikan bantuan dan tunjuk ajar kepada saya waima ketika saya menggangu rehat
beliau. Beliau juga sering memperingatkan saya dan rakan-rakan sekiranya kami leka serta
menegur kami dengan penuh hemah. Semoga segala jasa baiknya dikurnia ganjaran dari Allah
SWT.
Saya juga ingin memberikan ucapan penghargaan ini buat rakan-rakan seperjuangan
saya yang juga berkongsi ilmu dan idea kepada saya serta menghulurkan bantuan ketika saya
memerlukannya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Ingatlah bahawa segala pertolongan
dan jasa baik anda semua amat saya hargai. Semoga Allah membalas segala jasa budi baik anda
semua.
Sebelum saya menutup bicara pendek ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan tugasan kerja kursus yang saya laksanakan
ini. Kesudian anda semua amat saya hargai.
4
TUGASAN 2 :
CARA – CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF UNTUK PELAJAR DI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Oleh :
Nur Marina Maryam Binti Yahya
PPISMP / PA1
1.0 PENDAHULUAN
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan pada 18 Mac
2020 yang lalu disebabkan oleh pandemik COVID-19, telah menyebabkan pelbagai jenis operasi
melibatkan interaksi antara masyarakat diarahkan untuk tutup. Sektor Pendidikan seperti
sekolah, Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS) juga tidak terkecuali dan merupakan antara sektor yang diarahkan oleh
pihak kerajaan untuk ditutup. Oleh itu, ekoran daripada pandemik COVID-19 ini, perlaksanaan
pembelajaran dan pengajaran telah berlaku perubahan drastik iaitu penyampaian secara
bersemuka di bilik darjah atau dewan kuliah seperti biasa bertukar kepada pembelajaran secara
atas talian. Interaksi penyampaian secara bersemuka antara guru dan pelajar digantikan kepada
interaksi dalam talian dengan menggunakan medium seperti Google Meet, Zoom, Google
Classroom, You Tube dan sebagainya. Sebelum itu, menurut Ahmad Zaki et.al (2014),
pembelajaran atas talian ini bermaksud sesuatu aktiviti yang melibatkan penyambungan kepada
sesuatu sistem bagi alatan teknologi seperti kemampuan dan sistem ini biasanya internet.
Kebenaranya, pembelajaran dan pengajaran secara norma baharu ini biasanya disampaikan
menggunakan penggunaan teknologi digital yang mempunyai grafik visual, video, audio dan
sebagainya. Pembelajaran atas talian juga mempunyai cabaran yang sangat besar kepada para
pendidik kerana perlu memastikan setiap proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan
berkesan kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, penulisan ini bertujuan memfokuskan
berkaitan cara-cara pembelajaran atas talian yang efektif untuk pelajar di Institut Pendidikan Guru
serta memberikan penjelasan menyeluruh berkaitan topik ini.
5
2.0 LATAR BELAKANG PERBINCANGAN
2.1 PENGGUNAAN MEDIUM UNTUK PEMBELAJARAN
Meninjau dari skop yang meluas, cara pembelajaran dalam talian yang efektif ini amat penting
bagi setiap pelajar agar proses sepanjang pembelajaran berjalan dengan lancar dan baik. Oleh
itu, cara pembelajaran atas talian yang efektif ialah semestinya berkaitan penggunaan medium
untuk pembelajaran. Ekoran wabak COVID-19 ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah memperkenalkan serta menyarankan para pelajar menggunakan pelbagai jenis
aplikasi dan medium yang memudahkan sesi pembelajaran berlangsung. Kebiasaannya aplikasi
dalam talian yang digunakan oleh Institut Pendidikan Guru untuk menjalankan pembelajaran dan
pengajaran secara atas talian ialah seperti medium Google Meet, Google Classroom, You Tube,
Kahoot dan sebagainya. Sebelum wujudnya Perintah Kawalan Pergerakan, ada juga sesetengah
pelajar abad ke-21 yang menggunakan aplikasi seperti You Tube untuk menjadi rujukan kepada
subjek atau topik yang mereka kurang faham ketika berada di dalam bilik darjah atau dewan
kuliah. Hal ini demikian kerana, aplikasi seperti ini berkualiti dan juga diguna pakai oleh
masyarakat dalam pelbagai aspek. Sehubungan dengan itu, jelaslah bahawa pembelajaran atas
talian yang efektif ini juga bergantung kepada penggunaan medium untuk pembelajaran mereka
agar sesi pembelajaran dan pengajaran itu berkesan dan yang paling penting masih dapat
dijalankan walaupun tidak secara bersemuka di dalam bilik darjah atau dewan kuliah.
2.2 TEMPAT BELAJAR YANG KONDUSIF
Seterusnya, selepas penekanan berkaitan penggunaan medium untuk pembelajaran, untuk
menghasilkan pembelajaran dalam talian yang lebih efektif , para pelajar perlulah menyediakan
tempat belajar yang lebih kondusif, selesa, dan semestinya tidak mempunyai banyak gangguan.
Selain itu, para pelajar juga mestilah memilih kawasan pembelajaran yang mempunyai capaian
internet yang baik agar pengurusan pembelajaran berjalan dengan lancar kerana pembelajaran
atas talian memerlukan penyediaan internet yang berkelajuan tinggi. Oleh itu, pelajar perlulah
bijak mencari kawasan yang sesuai agar tidak tertinggal sebarang info penting yang disampaikan
oleh pensyarah. Tidak dilupakan juga bagi pihak hal ehwal pelajar (HEP), mereka perlulah
menambah baikkan capaian internet agar para pelajar mahupun pensyarah dapat menjalani sesi
pembelajaran dengan lebih selesa ketika berada di Institut Pendidikan Guru tersebut. Pelajar juga
6
perlu mengelakkan daripada belajar di tempat yang menyebabkan diri mereka kurang fokus,
mengantuk dan sebagainya. Contohnya, elakkan daripada belajar di atas katil atau belajar sambil
berbaring di tempat tidur kerana perkara tersebut boleh menyebabkan kita mudah mengantuk
sekaligus hilang fokus ketika kelas berlangsung. Elemen-elemen kebersihan dan keceriaan juga
boleh ditambah pada kawasan tempat belajar agar pelajar lebih bersemangat sepanjang kelas
berlangsung. Agama islam juga menggalakkan elemen kebersihan dan keceriaan diterapkan di
kawasan tempat belajar kerana di dalam hadis ada meneyebut “kebersihan itu sebahagian
daripada iman” (Hadis Riwayat Muslim). Tuntasnya, penyediaan tempat belajar yang kondusif
merupakan salah satu cara yang efektif kepada pelajar ketika pembelajaran dalam talian
berlangsung.
2.3 PENYEDIAAN ALAT PERANTI
Akhir sekali, sebagai pelajar yang berhadapan kehidupan dunia empat dimensi ini,
pembelajaran atas talian atau e-pembelajaran ini merupakan satu kaedah yang perlu
menggunakan teknologi terkini untuk mempertingkatkan lagi skala pembelajaran yang lebih
efektif. Oleh sebab itu, pembelajaran atas talian ini berlangsung dengan menggunakan pelbagai
jenis perkakas fizikal atau alat peranti seperti kumputer riba, talefon pintar dan alat peranti yang
lain untuk mewujudkan proses pembelajaran antara pelajar dan pengajar. Akan tetapi, terdapat
juga sesetengah pelajar terutamanya di Institut Pendidikan Guru yang mempunyai keluarga yang
kurang berkemampuan untuk mendapatkan segala alat peranti tersebut untuk sesi pembelajaran
disebabkan oleh bilangan adik-beradik yang ramai atau jumlah pendapatan ibu bapa yang kurang
mencukupi. Oleh hal yang demikian, pihak hal ehwal pelajar perlulah memastikan setiap pelajar
mempunyai kelengkapan tersebut untuk menjalani pembelajaran atas talian dengan baik. Selain
itu, melalui daripada maklumat pelajar juga, pihak hal ehwal pelajar di Institut Pendidikan Guru
boleh menanalisa segala maklumat mereka dan memberikan bantuan sekiranya terdapat pelajar
yang kurang berkemampuan. Contohnya, menghulurkan bantuan seperti sejumlah wang untuk
membeli alat peranti atau memberikan alat peranti seperti kumputer riba agar membolehkan
mereka belajar secara atas talian dengan sempurna. Jelaslah, melalui penyediaan alat peranti
yang baik dan sempurna dapat membantu pelajar menjalani pembelajaran atas talian dengan
efektif.
7
3.0 PENUTUP
Sebagai menggulung segala perkara yang diperkatakan di atas, pembelajaran dan
pengajaran dalam talian merupakan satu kaedah alternatif yang telah diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia agar dapat membantu para pendidik dan pelajar menjalani
sesi pembelajaran seperti biasa sepanjang berlakunya pandemik COVID-19 ini. Berdasarkan
huraian di atas dapat di simpulkan bahawa ketiga-tiga cara yang dinyatakan sememangnya dapat
membantu para pelajar sepanjang menjalani pembelajaran dalam talian. Cara-cara dan
kelengkapan yang di nyatakan juga sangat efektif untuk digunakan oleh pelajar di Institut
Pendidikan Guru bermula dari penggunaan medium yang sesuai untuk pembelajaran,
menyediakan tempat belajar yang kondusif dan yang terakhir menyediakan alat peranti. Secara
holistiknya, kaedah ini menunjukkan bahawa pembelajaran dan pengajaran atas talian dapat
dilaksanakan dengan kualiti yang terbaik sekiranya para pelajar bersedia dan mengikuti cara-
cara efektif yang telah diterangkan pada perenggan sebelum ini. Penggunaan kaedah atau cara-
cara yang efektif tersebut sangat penting agar para pelajar terus bersemangat untuk menjalani
pembelajaran sekaligus dapat mewujudkan pembelajaran dan pengajaran yang bermakana
walaupun belajar secara atas talian dalam situasi perintah kawalan pergerakan ekoran
gelombang COVID-19. Pembelajaran atas talian ini juga memberi peluang yang luas kepada
pelajar untuk terus bergiat aktif dan yang paling penting pengalaman pembelajaran tersebut dapat
diperolehi. Nilai pembelajaran juga boleh ditambah mengikut persekitaran yang sesuai
sebagaimana yang dinyatakan oleh (Oblinger, Barone & Hawkins, 2001) iaitu “Exploration,
Experience Engagement, Empowerment, Effectiveness, Expanded dan Ease of Use.” Semoga
segala keterangan yang diberikan dan dihuraikan di atas telah memperjelaskan segala yang
berkaitan dengan tajuk ini. Sekian, terima kasih.
8
4.0 BIBLIOGRAFI
Ahmad Zaki, Ahmed Thalal, Ahmad, Nor, Mohd Shahriman (2014). Penggunaan aplikasi atas
talian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian
Insan 2014 Baru Pahat, Johor.
Ahmad Zaki, Kamarulzaman, Ahmed Thalal, Ahmad, Nor, Amanee, Qaziah Fatihah (2015).
Aplikasi e-pembelajaran untuk proses pembelajaran dan pengajaran bahasa. UMK, Kelantan,
Malaysia.
Kamus Dewan. (5th ed.). (1991). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Oblinger, D, G., Barone, C, A. & Hawkins, B, L. (2001). Distributed Education and Its Challenges.
Amarican Council on Education.
Rafiza Abdul Razak (2013). Strategi pembelajaran aktif secara kolaboratif atas talian dalam
analisis novel Bahasa Melayu. Jabatan Kurikulum & Teknologi Pengajaran Fakulti Pendidikan,
UM.
Rosmani, Nik Azleena, Salma, Fathiah & Norihan (2021). Tahap kepuasan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru. Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Terengganu.
Zakaria saad, Bakaran Subramaniam, Malar Muthiah, Abdul Malek Yaakub, Fong, C, S., &
Kandasamy, O. (2020) Kesediaan penggunaan Google Meet sebagai platform pengajaran dalam
talian bagi siswa guru. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.
9