ANNA OLIVIA NAK SIGAN KANDUNGAN E-BOOK
HERLYANA ANAK LANGUT DEFINISI TRAGEDI 13 MEI
KRONOLOGI PERISTIWA 13 ME
SARAH FAZERA SAUL PUNCA DAN PENGJARAN
KESIMPULAN
PENGHARGAAN
BERSYUKUR KE HADART ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH KARUNIA NYA DAPAT JUGA KAMI
MENYIAPKAN E-FOLIO KAMI YANG TELAH DIUSAHAKAN SELAMA INI YANG BERTAJUK
PERISTIWA RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969.E-FOLIO INI AMAT PENTING BUAT KAMI
MEMANDANGKAN PERKARA INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA KERJA KHUSUS
SEKUMPULAN.RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA INDIVIDU PENTING YANG BANYAK MEMBANTU
KAMI SEPANJANG KAMI MENYIAPKAN PROJEK E-FOLIO KAMI INI.PERTAMA SEKALI KEPADA
PUAN FAYZATOL JAMIYAAH BINTI ABDUL RAHIM KERANA BELIAU TELAH BANYAK MEMBERIKAN
BIMBINGAN DAN SEMANGAT SEKALUNG PENGHARGAAN UNTUK PARA PENSYARAH KERANA
TELAH MEMBERIKAN TUNJUK AJAR KEPADA KAMI SEPANJANG KAMI MENYIAPKAN E-FOLIO
TIDAK LUPA JUGA KEPADA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN YANG SAMA-SAMA BERHEMPAS
HEMPAS PULAS DALAM MENYEMPURNAKAN PROJEK INI.BUDI KALIAN YANG SANGGUP
MELUANGKAN MASA UNTUK MEMBERIKAN KAMI MAKLUMAT TIDAK AKAN KAMI
LUPAKAN.AKHIR SEKALI,TERIMA KASIH KEPADA PIHAK-PIHAK YANG TELAH MEMBANTU SAYA
SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG SEPANJANG PROJEK KAMI DIJALANKAN.t
OBJEKTIF
1 Mengetahui maksud sebenar tragedi peristiwa 13 mei 1969
2 Mengetahui kronologi peristiwa 13 mei 1969
3 Mengenalpasti punca-punca yang menybabakan berlakunya peristiwa pad a 13 mei 1969
4 Mengenalpasti pengajaran-pengajaran yang terdapat pada peristiwa 13 mei 1969
5 Membuat kesimpulan daripada keseluruhan peristiwa 13 mei 1969.
PENDAHULUAN/PENGENALAN
Peristiiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah
perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta
benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan
satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
PENDAHULUAN/PENGENALAN
Peristiwa 13 Mei merupakan rusuhan yang berlaku antara
kaum yang paling tragis didalam negara kita, Malaysia
iaitu telah membabitkan kaum cina dan kaum Melayu.
Tragedi ini telah meragut nyawa dan harta benda
dikabarkan berkait rapat dengan Pilihan Raya Umum 10
Mei 1969. Namun penceritaan semula kisah ini adalah
untuk membincangkan dan mengulas punca-punca konflik
ini berlaku dan pengajaran yang sepatutnya kita peroleh
daripada kisah yang tragis ini.
5 Faktor cabaran
1.Perkembangan etnopopulisme
2.Keputusan pilihan raya umum 1969
3.Perasaan tidak puas hati terhadap orng Melayu
4.Tercetus rusuhan antara kaum Cina dan Melayu
5.Faktor ekonomi yang tidak stabil
5 Kesan cabaran
1.Kesan terhadap orang yang tidak bersalah terhadap pertaruhan nyawa
2.Memberikan kerugian pada diri sendiri
3.Ekonomi semakin memburuk
4.Kehilangan sikap silaturahim
5.Undang-undang negara diketepikan
5 Cara mengatasi cabaran
1.Menjalin hubungan diplomatik dengan masyarakat.
2.Mendampingi dan menyelami masalah rakyat
3.Mentadbir negara dengan penuh tanggungjawab
4.Menyelesaikan sebarang masalah negara secara musyawarah
5.Memimpin dengan bijak dan membawa negara kearah kegemilangan
5 Contoh isu
1.Anggota pasukan simpanan persekutuan sedang mengawal rusuhan di Stadium Jalan
Raja Muda
2.Rumah dan kedai hangus dibakar oleh penunjuk perasaan semasa peristiwa 13 Mei
3. Anggota pasukan simpanan sedang melakukan rondaan di kawasan yang berlaku
rusuhan.
4. Sekatan jalan raya di adakan bagi menyekat merebaknya rusuhan
5.Jalan raya menjadi sesak berikutan rusuhan kaum 13 Mei .
Penutup
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah
pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan-sempadan yang
harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak ,malah ia politik,sosial dan
ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional.Andai kata
petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudah tentu
cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan
makmur akan menjadi bayangan sahaja.
Selepas peristiwa ini kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar
seperti Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara bagi memulihkan sistem
sosio-ekonomi negara dan perpaduan penduduk.Diharapkan peristiwa
seperti ini tidak lagi berulang di Malaysia.Dalam peristiwa ini apa yang
penting bukanlah siapa yang terlibat dan bersalah dalam rusuhan
ini,tetapi apakah puncanya peristiwa ini berlakun dan apakah langkah-
langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya.Sikap ultra-
racist,chauvinist serta kegagalan dalam memahami Kontrak Sosial dan
Pakatan Murni semasa penubuhan Malaysia merupakan punca utama
Pengajaran
Peristiwa 13 Mei 1969 memberi beberapa pengajaran paling penting
kepada ahli-ahli politik dan setiap rakyat Malaysia bak kata pepatah "Yang
baik itu jadi tauladan yang buruk dijadikan sempadan".Pertama,rusuhan
kaum tidak menguntungkan sesiapa.Malahan,rusuhan kaum merugikan
semua pihak dengan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.Kedua,
langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan
nasional dan keharmonian antara kaum.Ketiga,perpaduan nasional tidak
akan dicapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang
miskin.Keempat,dan akhir sekali,peristiwa 13 Mei telah memberi
pengajaran bahawa setiap rakyat harus menghormati satu sama lain.Kita
bersikap toleransi dan menghormati adat resam kumpulan-kumpulan etnik
lain.
AKTIVITI PENGUKUHAN
senaraikan 5 Faktor cabaran yang dihadapi berdasarkan tajuk.
Apakah pengajaran yang kita dapat daripada tragedi 13 mei 1969
Apakah 3 perspektif gambaran masyarakat manusia sebelum tragedi 13 mei 1969
RUJUKAN t
https://images.app.goo.gl/pBr1vPdawv9SRZeK6
http://poovarasidns.blogspot.com/2015/09/kesan-peristiwa-13-mei-1969.html?m=1
https://www.academia.edu/33270995/_13_MEI_1969_SEJARAH_HITAM_CINA_MELAYU_DI_M
ALAYSIA
https://www.studocu.com/en-gb/document/university-of-london/history-and-
meanings/faktor-faktor-yang-mengakibatkan-peristiwa-13-mei-1969/17570882
e-book ini menjelaskan cabaran dan pengajaran ;tragedi 13mei 1969 yang
menggemparkan masyarakat pada zaman dahulu ,antara cabarn yang dihadapi
masyarakat ialah perkembangan etnopopulisme ,keputusan pilihan raya umum
1969 ,perasaan tidak puasa hati terhadap orang melayu ,tercetus rusuhan antara
kaum cina dan melayu dan faktor ekonomi yang tidak stabil.Perbincangan cabaran-
cabaran ,ini telah disesuaikan dedngan menghubungkaitkan isu semasa yang
semakin berleluasa disebabkan faktor-faktor yang mempengaruhinya dari pelbagai
sudut.e-book ini juga menjelaskan pengajaran -pengajaran daripaa cabran tersebut
serta mengemukakan usaha-usaha dalam mengatasi masalah tersebut daripada
terus menular