The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku skrap ini mengenai Tun Hussien Onn yang dihasilkan oleh Nur Aqielah Bt Hajali dari SMK Banang Jaya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norasliza.mohdbisri, 2021-04-10 10:00:35

TUN HUSSIEN ONN

Buku skrap ini mengenai Tun Hussien Onn yang dihasilkan oleh Nur Aqielah Bt Hajali dari SMK Banang Jaya

Keywords: Buku Skrap

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR

MAKLUMAT PESERTA

Nama pelajar : NUR AQIELAH BINTI HAJALI
Kelas : 5 UKM
No.kad pengenalan : 041123-01-0788
E-mail : [email protected]
Alamat sekolah : SMK BANANG JAYA,

KM 8, JLN TANJONG LABOH,
83000 BATU PAHAT JOHOR

1)Pendahuluan

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan
buku skrap digital ini dengan sempurna.
Saya berusaha mencari dari pelbagai sumber dan hasilnya tugasan ini dapat disiapkan atas usaha keras saya sendiri. Disini saya ingin
mengucapkankan ribuan terima kasih kepada Puan Asliza kerana telah banyak membantu dalam memberi panduan dan tunjuk ajar tentang
pelaksanaannya.
Saya telah memilih tokoh pemimpin Johor iaitu TUN HUSSEIN ONN sebagai hasil kajian yang
saya dalami. Saya amat berbangga kerana dapat menyelesaikan tugasan ini tepat pada waktunya.
Sekian, terima kasih

2)Biodata

Nama: Hussein bin Onn
Gelaran: Tun Hussein Onn
Keputeraan: 12 Februari 1922
Tempat kelahiran :Johor Bahru, Johor, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Keturunan: Melayu
Warganegara:Tanah Melayu (Malaysia)
Agama: Islam
Zodiak: Aquarius
Kemangkatan: 29 Mei 1990 (umur 68)
San Francisco,California,Amerika Syarikat

TEM PAT P ER S EMADIAN : M AKAM PAHLAWAN,MAS J ID NEGAR A,KUALA LUM P UR ,M ALAYS IA .
AYAHANDA: DATO ONN J AAFAR
IBUNDA : DATIN HALIMAH HUS S EIN
PASANGAN: TUN SUHAILAH BINTI TAN SRI MOHAMED NOAH

ANAKANDA:
I) HISHAMMUDDIN HUSSEIN
II) HARIS ONN HUSSEIN
III) DATIN R OQUIYA HANIM
IV) P UAN S R I DR S UR AIYA HANI
V) ROZIAH HANIS
VI) DR ROZITA HALINA

BELIAU MENGHEMBUS KAN NAFAS TER AKHIR PADA HAR I S ELAS A , 29 M EI 1990, S EWAKTU BER UM UR 6 8 TAHUN DI
P US AT P ER UBATAN S EATON, S AN FR ANC IS C O , AMER IKA S YAR IKAT KER ANA S ER ANGAN S AKIT J ANTUNG DAN
DIS EMADIKAN PADA HAR I J UMAAT DI MAKAM PAHLAWAN , MAS J ID NEGAR A , KUALA LUM P UR .

3)PENDIDIKAN

❖ Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok Kurau Primary School
(Sekolah Rendah Telok Kurau)

❖ Kemudian berilmu di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru.
❖ Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940.
❖ Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst, di Dehradun, India.
❖ Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad ke-19 (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan.
❖ Selepas peperangan, kerajaan British melantik beliau sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi.
❖ Melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln's Inn, England dan lulus sebagai Barrister-at-Law pada

tahun 1958

4)KERJAYA

➢ Apabila UMNO ditubuhkan, beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO
➢ Kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama pada usia 28 tahun.
➢ Selepas itu,beliau menjadi Setiausaha Agung UMNO

dan Tun Abdul Razak pula mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO.
➢ Beliau memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu dan berkhidmat di Kuala Selangor dan Kelang

sebagai Penolong Pegawai Daerah.
➢ 1949 -menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama .
➢ 1950 - dipilih menjadi Setiausaha Agung dan dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan di samping menduduki Majlis Mesyuarat

Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.

4)KERJAYA

➢ 1951- Apabila bapanya menarik diri daripada UMNO, beliau kemudiannya menyertai bapanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti
Kemerdekaan Malaya (IMP) serta Parti Negara.

➢ 1958- Oleh sebab IMP tidak menerima sambutan yang baik, beliau meninggalkan bidang politik apabila menukar arah dengan melanjutkan
pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln's Inn, England dan lulus sebagai Barrister-at-Law.

➢ Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor
➢ Beliau juga pernah bekerja di negeri Selangor sebagai pegawai daerah untuk Klang dan Kuala Selangor.
➢ 1969- Beliau bertanding dan menang dalam pilihan raya umum pada tahun dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran.
➢ Perdana Menteri Ke-3 (15 Januari 1976 – 16 Julai 1981)

5) SUMBANGAN

# Beliau telah memberikan kebebasan kepada akhbar dan majalah untuk melontarkan kritikan dan ulasan dengan harapan bahawa
perkara itu akan meningkatkan prestasi pentadbirannya.
#. Dalam sejarah, beliau akan sentiasa dikenang sebagai "Penyambung Warisan Yang Terbilang".
#Usaha beliau dalam memupuk semangat perpaduan antara berbilang kaum telah berjaya dicapai dalam konteks masyarakat
Malaysia.
#Beliau mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh ayahandanya serta program pembangunan yang
dijana oleh sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi. Malah, beliau juga telah mewariskan
pentadbiran kerajaan serta UMNO
kepada Tun Dr. Mahathir dalam keadaan yang stabil dan begitu kukuh pada ketika itu.
#Penyertaannya dalam kabinet Malaysia (September 1970) apabila dilantik menjadi Menteri Pelajaran
oleh Tun Abdul Razak.

5) SUMBANGAN

#Di bawah pentadbiran beliau, Kementerian Pelajaran terus meningkat maju. Beliau maju setapak lagi apabila dalam.Perhimpunan Agung UMNO
(1972), beliau telah menjadi salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden yang dipilih.
#Apabila Tun Dr. Ismail meninggal dunia, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri (13 Ogos 1973) sekaligus merangkap Menteri
Perdagangan dan Perindustrian.
# Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau telah meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan
oleh Tun Abdul Razak khususnya dalam
menggerakkan Dasar Ekonomi Baru.
#Sebagai seorang pemimpin, beliau arif tentang hal ehwal keselamatan.
#Beliau juga memberi penekanan kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman dadah.
Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesar dan dipermodenkan apatah lagi pada ketika itu rantau di Asia Tenggara telah
menjadi gempar ekoran jatuhnya
kerajaan Vietnam Selatan ke tangan komunis dan terbinalah cita-cita "Teori Domino" komunis.

5) SUMBANGAN

# Semasa pentadbirannya pada tempoh darurat, usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan bandar telah diperhebat malah golongan yang
bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengintipan yang dikatakan berjaya.
#Beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang menyebabkan Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak
kontroversi. Dasar-dasar dan program-program yang diketengahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru.
# Awal 1981- Beliau berjaya untuk mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial. Beliau pernah menjalani
rawatan jantung atau pintasan koronari.
# April 1981 - Beliau juga telah berjaya melancarkan Rancangan Malaysia Keempat.
#Beliau juga telah mengikuti jejak langkah bapanya yang sentiasa mencuba untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak
ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi ekonomi.
# 20 April 1981- beliau melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang membantu
peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.

5) SUMBANGAN

#Sumbangan beliau yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yang kukuh.
#Selepas beliau meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri, beliau masih aktif dalam pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata
dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) semasa hayatnya.
#Disebabkan perkhidmatannya kepada negara, Hussein Onn dikurniakan dengan gelaran Tun yang merupakan anugerah
diraja yang tertinggi di Malaysia.
#Beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang menyebabkan Malaysia meniti arus pembangunan
dengan konsisten.
#Beliau meneruskan sumbangannya kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan.
#Beliau memainkan peranan utama dalam pertubuhan Hospital Mata Tun Hussein Onn.
#Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan
penasihat kepada Petronas.

6)NILAI KEPIMPINAN

- Seorang yang berdisiplin dan menepati masa
-Sebagai seorang pemimpin, beliau arif tentang hal ehwal keselamatan
-Beliau ialah seorang yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan
-Beliau sangat tegas dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya
-Beliau ialah seorang negarawan yang disegani dan dihormati.
-Beliau juga terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur.
Beliau telah memberikan kebebasan kepada akhbar dan majalah untuk melontarkan kritikan dan ulasan dengan
harapan bahawa perkara itu akan meningkatkan prestasi pentadbirannya.
-Dalam sejarah, beliau akan sentiasa dikenang sebagai "Penyambung Warisan Yang Terbilang"
-Usaha beliau dalam memupuk semangat perpaduan antara berbilang kaum telah berjaya dicapai dalam konteks masyarakat Malaysia
-Beliau mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh ayahandanya serta pogram pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan
melaksanakannya dengan penuh dedikasi.
-Beliau juga telah mewariskan pentadbiran kerajaan serta UMNO kepada Tun Dr. Mahathir dalam keadaan yang stabil dan begitu kukuh pada ketika itu.
-Beliau seorang yang bijaksana dalam tindakannya.

7)PENUTUP

Setelah dihalusi segala yang diperkatakan di atas, sudah terang lagi bersuluh Tun Hussein Onn
merupakan seorang pemimpin yang berdedikasi dan berwibawa dalam melakukan tindakannya.
Kita boleh menjadikan beliau sebagai suri teladan kepada masyarakat pada hari ini.Hasil titik peluh dan
sumbangan beliau sangat bermakna dan berharga untuk rakyat pada zaman sekarang.Negara
kita menjadi negara yang aman kerana mempunyai pelbagai kaum dan bangsa.Tidak
dicemburui,beliau sememangnya merupakan `Bapa Perpaduan` di negara kita.

8) sumber Rujukan

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hussein_Onn
https://www.thefamouspeople.com/profiles/hussein-onn-5929.php
https://parade.com/1016265/astro_twins/aquarius-traits/
http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/tun-hussein-bin-dato-onn.html
https://www.google.com/search?q=tun+hussein+onn&rlz=1C1CHBD_enMY916MY916&sxsrf=ALeKk03rueVGQI7Me_ZTPc6OBH3UtEcs_w:16173
68779415&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwiF9sSc0N_vAhV0muYKHc91Bc8Q_AUoAXoECAIQAw&biw=1366&bih=657#imgrc=7i1
Xc9Nw5IePqM
https://www.slideshare.net/layyinulharir184/kumpulan-4-tun-hussien-onn
http://www.smkelopura.my/umum/bilik-tho-baru.html
https://www.slideshare.net/Dhass97/sejarah-dan-sumbangan-yabhg-tun-hussein-bin-dato-onn
http://tanwir.my/tun-hussein-onn/
https://www.flickr.com/photos/pixelbrainz/14495838992
https://maruwiah.com/tag/tun-hussein-onn/
http://penatokoh.blogspot.com/2014/01/tokoh-tun-hussein-onn.html
https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hussein_Onn&oldid=4430110


Click to View FlipBook Version