The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-77330217, 2022-06-14 01:23:10

Peraturan Sekolah

peraturan sekolah

呀吃十四哩国民型华文学校

SJK(C)BATU 14 HULU LANGAT, 43100 HULU LANGAT.
Kod Sekolah : BBC4043 Tel / Faks : 03-90213744

校规
PERATURAN

SEKOLAH

PERATURAN 1 –WAKTU PERSEKOLAHAN

1. Semua murid perlu tiba di sekolah sebelum pukul 7.15 pagi dan waktu pulang dari sekolah ialah
12.50 tengah hari setiap hari Isnin hingga hari Jumaat.

2. Semua murid mestilah hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan. Jika murid sakit atau
berlaku kecemasan, surat kebenaran doktor hendaklah dikemukakan kepada guru kelas sebaik
sahaja murid kembali ke sekolah. Sekiranya tidak ada surat kebenaran dari doktor, ibu bapa atau
penjaga haruslah menulis surat rasmi menyatakan sebab-sebab anak jagaan mereka tidak hadir ke
sekolah.

3. Murid yang tidak hadir dan tidak dapat mengemukakan surat tunjuk sebab kepada guru kelas
dianggap ponteng sekolah, di mana tindakan disiplin akan diambil.

PERATURAN 2 – PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

a) Pakaian Seragam Sekolah
1. Pakaian seragam sekolah hendaklah dipakai sepanjang masa persekolahan dan semua acara
rasmi sekolah atau acara anjuran sekolah.
2. Pakaian seragam sekolah mestilah lengkap termasuklah lencana sekolah dan tag nama.

b) Pakaian Seragam Murid Lelaki
1. Baju kemeja
1.1 Baju kemeja yang berwarna putih dibenarkan.
1.2 Baju kemeja lengan pendek sahaja dibenarkan.
1.3 Lencana dan tag nama mestilah dijahit pada baju.
1.4 Baju kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam seluar pada setiap masa sama ada di dalam
atau di luar kawasan sekolah.

2. Seluar lelaki
2.1 Warna biru kehitaman.

3. Tali pinggang
3.1 Semua murid lelaki diwajibkan memakai tali pinggang biru tua/ hitam.

c) Pakaian Seragam Murid Perempuan
1. Blouse
Blouse mestilah berwarna putih dan berlengan pendek.

2. Stoking dan Kasut
2.1 Sekolah hanya membenarkan murid menggunakan kasut berwarna hitam dan putih sahaja.
Penggunaan stoking mestilah mengikut warna kasut iaitu hitam atau putih sahaja.
2.2 Kasut yang bertali mesti diikat dengan bertul.
2.3 Kasut putih mesti sentiasa bersih dan tidak boleh diconteng dengan sebarang warna.
2.4 Kasut sukan tidak dibenarkan dipakai bersama dengan pakaian seragam sekolah.
2.5 Memastikan murid menulis nama pada kasut.

PERATURAN 3 – PERHIMPUNAN

1. Perhimpunan rasmi sekolah akan diadakan pada hari Isnin di dalam Dewan SJK(C) Batu 14 Hulu Langat.
2. Semasa loceng perhimpunan berbunyi, semua murid mesti berada di dalam dewan dan beratur mengikut

kelas masing-masing dan senyap. Murid tidak dibenarkan beratur di kelas yang lain.
3. Semua murid mesti beratur mengikut kelas setiap kali perhimpunan. Tindakan akan diambil ke atas

murid yang ponteng semasa perhimpunan.

1

PERATURAN 4 – KEKEMASAN DAN KEBERSIHAN DIRI
1. Rambut Murid Lelaki

1.1 Setiap murid lelaki mesti sentiasa memastikan rambut mereka mengikut syarat-syarat berikut:
Di depan : Bahagian hadapan rambut tidak dibenarkan melepasi paras bulu kening.
Di tepi : Rambut tidak menutupi kedua-dua belah telinga.

1.2 Murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut atau mana-mana bahagian rambut.
1.3 Murid yang memotong rambut pendek tidak dibenarkan mengguna gel atau krim rambut.
1.4 Murid tidak dibenarkan untuk mengayakan rambut.

2. Rambut Murid Perempuan
2.1 Rambut tidak boleh menyentuh kolar baju.
2.2 Murid yang berambut panjang perluhlah disanggul.
2.3 Rambut depan tidak boleh melebihi kening.
2.4 Getah dan klip rambut yang berwarna hitam dan biru tua sahaja dibenarkan dipakai di sekolah.

3. Semua murid tidak dibenarkan menyimpan kuku yang panjang atau mewarnakannya.
4. Berselipar ke sekolah tidak dibenarkan kecuali dengan sebab yang kukuh.
5. Murid-murid tidak dibenarkan memakai barangan kemas seperti subang (lelaki), gelang, rantai

dan lain-lain.

PERATURAN 5 – PAKAIAN KETIKA BERSENAM DAN BERSUKAN
1. Ketika PJ dan bersukan, semua murid mesti memakai baju sukan sekolah atau baju yang berwarna putih

sahaja. Murid yang tidak memakai pakaian sukan tidak dibenarkan melakukan aktiviti sukan dan PJ.
2. Bagi mewujudkan keseragaman dalam kalangan murid, baju dan seluar yang berbagai corak tidak

dibenarkan di sekolah ini. Seluar berwarna biru tua atau hitam sahaja dibenarkan.
3. Baju sukan mestilah sentiasa dimasukkan dalam seluar “tuck in”.
4. Murid perempuan tidak boleh memakai seluar leggings atau yoga yang ketat.

PERATURAN 6 – BAHASA
1. Penggunaan bahasa dialek di kawasan sekolah adalah dilarang.
2. Segala bahasa kesat dan tidak senonoh tidak boleh digunakan di kawasan sekolah.

2

PERATURAN 7 – WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Murid wajib berada di dalam kelas pada setiap waktu.
2. Murid yang hendak keluar kelas diwajibkan menggunakan “PAS KELUAR”.
3. Setiap latihan atau projek yang diberi oleh guru harus disiapkan dengan kemas dan mesti dihantar

mengikut masa yang ditetapkan.
4. Keengganan menyiapkan kerja sekolah atau kerja yang tidak kemas dianggap melawan arahan guru

dan ia adalah satu kesalahan.
5. Mengganggu kelas atau tidur dalam kelas adalah satu kesalahan.
6. Semasa pertukaran waktu murid tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa “PAS KELUAR”.
7. Semasa ke bilik khas semua murid haruslah beratur dengan tertib.

PERATURAN 8 – WAKTU REHAT

1. Semasa rehat murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas melainkan yang menjalankan tugas.
2. Makan dan minum minuman di dalam kelas adalah dilarang.
3. Semasa membeli makanan dan minuman, murid dikehendaki beratur dan tidak berebut-rebut.
4. Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu rehat untuk membeli makanan

di gerai-gerai dan kedai makanan.
5. Murid tidak dibenarkan bermain bola keranjang, bola sepak, ping pong, badminton atau lain-lain

permainan semasa waktu rehat.

PERATURAN 9 – LARANGAN MEROKOK

1. Kawasan sekolah adalah kawasan larangan merokok bagi murid dan orang awam.
2. Murid dilarang sama sekali mengamalkan tabiat merokok.

PERATURAN 10 – HARTA BENDA SEKOLAH

1. Kemudahan-kemudahan sekolah mestilah dijaga dan digunakan dengan sebaik-baik mungkin.
2. Murid-murid dilarang menconteng dinding, lantai, siling, bumbung, kerusi, meja, tingkap, pintu, papan

kenyataan, dan papan tulis di sekolah ini.
3. Segala pokok bunga serta pokok lain harus dipelihara dengan baik. Tindakan akan diambil ke atas murid-

murid yang merosakkan tanaman di sekolah.

PERATURAN 11 – KEBERSIHAN DAN KEMUDAHAN SEKOLAH

1. Kebersihan sekolah adalah tanggungjawab SEMUA.
2. Murid-murid dikehendaki membuang semua kotak, tin, botol dan pembungkus makanan semasa berada

di kantin ke dalam tong sampah yang disediakan.
3. Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di tempat lain selain di kantin sekolah.
4. Kebersihan tandas hendaklah sentiasa dijaga.
5. Pastikan kelas sentiasa bersih sebelum PdP bermula. Sampah dalam tong sampah haruslah dibuang

sebelum tamat waktu akhir.
6. Jadual bertugas membersihkan kelas haruslah dipamerkan di papan kenyataan kelas.

3

PERATURAN 12 – BARANGAN LARANGAN
1. Buku-buku lucah, buku-buku yang dianggap tidak senonoh, komik serta majalah hiburan.
2. Permainan komputer.
3. Pemadam cecair (liquid paper), pembaris besi dan pembaris fleksibel.
4. Daun terup dan semua permainan berunsur perjudian
5. Barangan kemas
6. Telefon bimbit
7. Sebarang alat permainan digital
8. Jam tangan digital.

Pengawas berhak untuk merampas barang larangan.
Barang larangan yang telah dirampas hanya boleh dituntut oleh ibu bapa atau penjaga sahaja.

Digubal pada 1 JUN 2022

4


Click to View FlipBook Version